Thursday, January 21, 2010
PENANGGUHAN kes liwat Anwar Ibrahim yang sudah berkali-kali ini makin menjuruskan mahkamah untuk diletakkan sebagai  kurang peka dan bertanggungjawab kepada tuntutan masyrakat dan rakyat negara ini yang mahu kes ini segera didengar dan dibicarakan demi kestabilan undang-undang, rakyat dan negara ini secara keseluruhan.

Sudah ada yang bercakap dan berharap mahkamah di Negara ini tidak seperti mahkamah kanggaru yang tidak tunduk kepada permainan politik dan taktik licik Anwar untujk memboloskan diri daripada di hadapkan di mahkamah dan penangguhan terbaru ini makin melebarkan sayap Anwar untuk terus melancarkan serangan ke atas polis dan mahkamah bahawa segala pertuduhan yang dilemparkan kepadanya berupa sebuah konspirasi yang mahu menyekat kebangkitannya dalam politik Malaysia serta menggagalkan usahanya mencapai tampuk jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Anwar sedang menagih simpati Negara-negara barat yang dilihat berdiri teguh dibelakangnya bagi menekan kerajaan Malaysia termasuklah mahkamah dan penagihan beliau ini memungkin akan meletakkan  kerajaan dalam situasi serba salah demi menjaga hubungan antara kerajaan dengan kerajaan.

Cara Anwar mempromosi dirinya sebagai tokoh yang perlu diberikan peluang untuk meneruskan kebangkitan ataupun menyempurnakan agenda pihak tertentu dan mahkamah sepatutnya mengambil kira kepentingan awam sebelum membenarkan ataupun memberikan sebarang persetujuan untuk Anwar menangguhkan kes liwatnya dengan Saiful Bukhari.

Mahkamah harus melihat bahawa Anwar sedang mengadu domba, mengkhinati keluhuran undang-undang dan sekaligus sedang mencemarkan proses perundangan, seolah-olah beliau mahu proses itu memihak kepadanya lantaran beliau dilihat tokoh besar dalam dan di luar Negara.

Pencabulan proses undang-undang ini turut mengheret rakyat untuk meragui sistem penghakiman dalam Negara ini dan dengan cara Anwar merantaikan segala ceramahnya di serata negeri, rakyat mula terpedaya bahawa mahkamah juga sedang menjalankan konsiprasi untuk mensabitkan beliau sedangkan hakikat sebenar, Anwar sedang melarikan diri daripada mahkamah bagi membicarakan kes beliau.

Kita tidak mahu mahkamah kita ini akan dianggap sebagai mahkamah kanggaru, mahkamah yang dibentuk oleh Anwar untuk mengikut segala rentak tari dan acuannya dan penanggauhan berulangkali ini juga ternyata memberikan suntikan semangat Anwar untuk memanipulasikan kononnya Pendakwaraya dan mahkamah tidak bersedia kerana tidak cukup bukti bagi mendakwa. Putar belit Anwar ini makin menjadi-jadi dan Anwar dilihat akan menggunakan apa sahaja cara bagi menghalalkan segala matlamatnya.

Meskipun mahkamah mempunyai sebab tersendiri bagi menangguhkan kes ini tetapi sebab itu tidak cukup untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar bersalah dan perlu dibicarakan kerana sejak sekian lama, Anwar dan gerombolannya menjelajah ke pelusuk Negara bagi menyakinkan rakyat kononnya akan berulang kembali konspirasi 1998 bagi memalukan dia dan keluarganya serta sekaligus membunuh karier politiknya.

Selagi kes liwat Anwar ini dtangguhkan, selagi itulah rakyat di bawah akan membuat pelbagai andaian dan spekulasi. Rakyat yang bebal dengan undang-undang dan mahkamah akan menelan bulat-bulat segala yang Anwar syarahkan dan rakyat yang mahu undang-undang Negara ini ditegakkan tanpa memilih bulu,pangkat serta kedudukan mahu mahkamah dan Pendakwaraya serta Peguam Anwar mempercepatkan kes ini dan tidak cuba mencari jalan untuk melengah-lengahkannya.

Rakyat yang lagi cerdik akan menyakini bahawa Anwar sememangnya bersalah. Anwar memang melakukan liwat dan orang Islam yang berpegang kepada Al-Qu`an dan Hadis akan bertambah yakin bahawa sesungguhnya Anwar adalah peliwat apabila Saiful berani bersumpah menjunjung Al-Qur`an namun Anwar memilih untuk takut berbuat seperti Saiful lakukan.
Sunday, January 17, 2010
MARAH sungguh Nik Aziz,Selepas menyerang dan mengeji  beberapa blog dengan hingga dicerca sebagai  celaka  kepada penulisnya, Nik Aziz masih lagi memperkecilkan peranan yang dimainkan oleh media internet meskipun selama ini beliau menganggap media internetlah yang banyak menyumbang kepada kejayaan parti-parti pembangkang terutamanya di PRU12 lalu.

Bila Nik Aziz menuduh media internet bukan lagi medan ilmu yang baik dan lebih banyak mengumpat daripada berkata benar serta banyak menyerang keperibadian tertentu, kemarahan Nik Aziz ini ada kaitan dengan pendedahan kepincangan dan penyelewengan beliau sebagai MB serta rasuah beliau,menantu dan keluarganya.

Selama  ini Nik Aziz begitu hebatt menyanjung dan mempertahankan kredibiliti media internet ini  tetapi sejak akhir-akhir ini Nik Aziz begitu terekan dan telah beralih pandang dengan menganggap media internet ini sebagai pengacau kepada kepimpinan PAS dan juga pembangkang.

Pujian yang selama ini diberikan oleh Nik Aziz rupanya hanya kepada blog-blog  yang memuji sertta menagngkat namanya sebagai seorang ulamak dan tok guru yang didewakan oleh PAS serta penyokongnya tetapi apabila ada blog-blog yang mengkritik dan tidak memuji beliau sebagai pemimpin hebat, bersih dan berkarisma atau sebagainya yang baik-baik, blog ini akan dianggap sebagai blog yang tidak bertanggungjawab dan bertaraf celaka serta tidak mempunyai ilmu.

Sikap Nik Aziz ini ternyata mengundang reaksi yang pelbagai.Setelah taraf ulamak dan perguruannya dalam soal agama mula diragukan, Nik Aziz tiba-tiba menjadi pemimpin yang pasif, double standard dan mahu seluruh media yang ada dalam negara ini termasuk media maya memujinya, mengagungkan dan meletakkan beliau sebagai pakar rujuk dalam soal agama,perpaduan dan perjalanan politik dalam Negara ini.Media internet wajib memujinya dan lebih mencerca ataupun mendedahkan kepincangan UMNO serta Barisan Nasional, blog sebegini akan dianggap berilmu dan tidak mengumpat

Nik Aziz memang mempunyai blog-blog tertentu yang sanggup bersekongkol dengan segala kebejatan serta salahlakuknya melalui pentadbiran sebagai Menteri Besar Kelantan dan blog-blog ini terus mengabui mata rakyat dan penyokokng PAS untuk terus melihat batang tubuh Nik Aziz ini  yang tidak ada cacat celanya. Nik Aziz dijadikan sebagai idola, setaraf pemimpin agung Islam pada zaman nabi,pemimpin yang baik, tidak rasuah, meletakkan kepentingan rakyat lebih utama daripada kepentingan peribadi dan keluarga.Inilah Nik Aziz yang hipokrit.

Tetapi apablila ada blog-blog tertentu mendedahkan bahawa Nik Aziz sebenarnya turut sama terlibat dengan rasuah serta penyelewengan, kroni dan nepotisme, blog-blog inilah yang dainggap oleh Nik Aziz sebagai tidak bertanggungjawab dan kemuncak kemarahan Nik Aziz apabila beliau mencelakakan penulis dan blog-blog yang dimaksudkan itu.

Kerosakan serta kerakusan Arif Fahmi, menantu Nik Aziz yang dilihat membolot segala kekayaan melalui PMBK turut mengundang ataupun membuka ruang bahawa Nik Aziz turut terlibat sama dalam beberapa siri penyelewengan ataupun rasuah yang dilakukan oleh menantunya itu dan kemuncak kepada mahu menutup malunya ataupun menipu rakyat Kelantan,

Nik aziz tunduk mengalah apabila terpaksa membayar jumlah wang hampir RM50 juta kepada syarikat Sensa Timur atas kecuaian ataupun penipuan yang dibuat oleh PMBK melalui menantunya.Wang rakyat Kelantan Nik Aziz gunakan bagi membayar segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukannya
.
Blog dan media internet lain mula mendedahkan satu persatu kerakusan Nik Aziz dan keluarganya menggunakan kuasa yang ada bagi meraih untung dan membolot kekayaan peribadi serta keluarga sehinggakan mendorong Nik Amelina, isteri Arif Fahmi, anak Nik Aziz membuka blog sendiri bagi mempertahankan bapa dan suaminya yang telah diserang hebat oleh media internet lain.Anak beranak berpakat  menutup segala kecelakaan yang mereka lakukan.

Gabungan anak beranak dan menantu ini  bergerak secara bersepadu untuk menangkis segala serangan yang telah disasarkan kepada keluaraga mereka. Nik Aziz menggunakan pengaruhnya dalam PAS, Arif Fahmi pula memperalatkan bapa mertuanya untuk terus berkuasa dan membenarkan isterinya berhujah mempertahankan diri beliau dan Nik Aziz dalam blog peribadinya.

Nik Aziz sedar beliau sudah pun berada diambang kemusnahan keperibadiannya sebagai pemimpin yang kononnya berwajah islam. Pekung yang selama ini beliau sembunyikan perlahan-lahan terserlah dan nanah-nanah dalam pemerintahannya hampir 20 tahun di Kelantan mula membiak keluar dan kebusukan kepimpinannya semakin hari semakin terbongkar.

Rupanya Nik Aziz hanya alat ataupun cuma sebatang ball pen yang hanya digunakan untuk menandatangani sebarang kertas perjanjian ataupun memo dan beliau sebenarnya tidak tahu ataupun tidak pernah mengambil tahu apa yang tertulis di atas kertas tersebut terutama sekali yang datang dari menantunya Arif Fahmi.

Nik Aziz percaya, beliau perlu menyerang media internet yang tidak menyokong dan memujinya ini supaya tidak  membunuh keyakinan penyokong PAS terhadap beliau yang mula beralih arah untuk mempercayai bahawa Nik Aziz ini seorang menteri Besar yang korup. Nik Aziz melihat pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh blog-blog yang selama ini dilihat sebagai pro PAS akan menjadikan beliau malu sampai akhir hayat dan kesedaran media internet ini harus disekat sebelum terbongkar lebih banyak lagi segala salah laku yang beliau selindungkan selama ini.

Selama ini beliau menyakini, media internet akan sentiasa menyokong apatah lagi dengan penipuan imej bersih,sihat,ulamak dan bertanggungjawab yang belaiu pamerkan sejak menjadi pemimpin PAS dan Menteri Besar Kelantan namun barangkali beliau tidak sedar bahawa pepatah ada menyebut ``tidak tertutup bangkai gajah’ dan bangkai inilah yang menjadi bayang-bayang menakutkan Nik Aziz..

Bersanggahlah Nik Aziz dengan apa cara sekalipun, PAS perlu melihat Nik Aziz sudah tidak relevan dan menjadi liabaliti kepada PAS secara keseluruhan dan Nik aziz sekarang ini menjadi seperti anai-anai yang sedang memakan secara perlahan struktur pembinaan kekuatan PAS selama ini. Lama kelamaan PAS akan runtuh hanya kerana seseorang yang bernama Nik Aziz Nik Mat.
Thursday, January 14, 2010
ANWAR semakin terdesak,Beliau bagaikan tidak ada pilihan, sebelum rakyat bangkit meludah mukanya, sebelum  tembelangnya pecah dan membusuk, dia perlu buat sesuatu dan kes liwat  yang akan dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi membabitkan dia dengan Saiful sudah tidak sama skripnya dengan kes pada tahun 1998.

(Gambar : Saat Anwar bersama Sukma Darmawan)

Teori konspirasi yang beliau mainkan dan sedang diarak ke seluruh negara ketika ini oleh kumpulan Pemudanya sudah tidak relevan lagi. Dia sedar, dia bakal berdepan dengan malu yang cukup besar bila kes ini mula dibicarakan dan dia mula mengasak kumpulan peguambelanya supaya kes tersebut dibicarakan  di Mahkamah Syariah.

Hanya manusia yang tidak menggunakan akal sahaja akan mengatakan isu liwat terbarunya ini adalah konspirasi daripada UMNO ,polis atau sesiapa sahaja kerana kalau mahu dijadikan konspirasi, seseorang itu tidak akan mengulangi konspirasi untuk perkara yang sama. Anwar telah menjadikan rakyat bodoh dan yang bodoh itulah sedang menelan bulat-bulat kononnya Anwar tidak bersalah, Anwar  teraniaya, Anwar sedang dinafikan hak untuk menjadi Perdana Menteri. Dan berbagai-bagai lagi tomahan dibuat kepada pihak lain bagi menutup segala salah laku seks Anwar.

Anwar sudah tidak ada pilihan dan pilihan songsang yang dia buat  hari ini adalah menagih simpati negara-negara barat dan cuba menjadi hero di kalangan penganut agama Kristian apabila menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan orang-orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Apa tujuan yang Anwar selindungkan sedangkan satu ketika dulu, dia begitu lantang mempertahankan  Islam dan kalimah Allah ini katanya hanya hak eksklusif orang-orang Islam dan memberi amaran  supaya penganut agama lain tidak campur tangan dalam isu ini.

Anwar sedang mengumpul pengaruhnya dengan cara  mengalihkan isu dan dia mahu rakyat yang bukan beragama Islam melihat dia sebagai seorang yang boleh bertolenrasi dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan agama dan secara  tidak langsung mahu menonjolkan corak kepimpinannnya sedangkan Anwar masih lagi berdepan dengan soal-soal peribadi yang masih belum selesai.

Anwar sedang diperalatkan dan dia bagaikan merelakan dirinya menjadi alat ataupun instrumen daripada pihak yang berkepentingan untuk memecahbelah perpaduan dan keharmonian rakyat negara ini. Rela Anwar itu cuma dengan satu matlamat, meruntuhkan institusi yang sedang didokong oleh bangsa Melayu  untuk digantikan dengan satu sistem yang tidak akan menguntungkan orang-orang Melayu dan agama Islam.

Anwar mendepangkan tangannya dan melapangkan dada seluas maya untuk mengundang campurtangan luar dengan meletakkan kerajaan dan negara sebagai bersalah kepada dia kerana menghumbankannya ke penajara lebih kurang enam tahun kerana didapati bersalah dalam kes rasuah.

Wajah cameleon Anwar makin terserlah. Di depan puak-puak Kristian, Anwar menyokong segala usaha yang dibuat oleh penganut agama ini, di depan bangsa Melayu, Anwar menjadikan dirinya Melayu tulen dan Islam sejati dan didepan Cina maupun India, Anwar  boleh menjadi lebih hebat daripada bangsa itu.Anwar menggunakan kehebatan berpidato untuk mengabui mata rakyat.

Ketaksuban penyokong terhadap Anwar cukup menggila. Anwar berjaya menanam benih kebencian di kalangan anak-anak muda untuk membenci seluruh sistem yang ada hari ini dan digantikan dengan sistem baru yang belum nampak pun kerangkanya, walaupun begtiu janji-janji Anwar hanya sekadar retorik kerana jelas Anwar sedang berhadapan dengan masalah moral yang cukup meruncing.

Masyarakat yang celik masih belum lupa penghakiman yang dibuat satu ketika dulu apabila ada Hakim yang membuat keputusan bahawa dipercayai Anwar terlibat dalam kegiatan meliwat ini tapi dokumen penghakiman itu ditolak oleh golongan-golongan yang taksub ini tanpa mahu menilai dan mengkaji secara ilmu dan akal, siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Lebih malang lagi, yang berpendidikan tinggi, bertaraf doktor,profesor,peguma, arkitek dan bermacam-macam lagi sanggup diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim,keengganan Anwar untuk bersumpah seperti yang Saiful lakukan sepatutnya sudah boleh mereka jadikan kayu pengukur tentang siapa Anwar ini.

Anwar berselindung di sebalik nama-nama tokoh ulamak terkemuka dunia tetapi antara sedar atau tidak, adakah tokoh-tokoh agama itu diberikan gambaran yang cukup jelas  tentang apa yang sebenarnya berlaku . Ataupun hanya menceritakan kebaikan Anwar semata-mata dan menyembunyikan segala keburukan yang pernah Anwar buat bermula dari zaman Universiti Malaya, ABIM sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Penyokong harus bersikap jujur dan menggunakan akal yang bijak untuk menilai jati diri dan akidah Anwar Ibrahim ini dengan tidak membenarkan diri dimomokkan dengan cerita-cerita basi. Bayangkanlah Anwar yang satu ketika dulu cukup hebat dalam ABIM tiba-tiba hari ini menyokong Kristian? Bayangkanlah bagaimana Anwar yang pernah naik mimbar membaca khutbah Jumaat tiba-tiba boleh menjadi seperti hari ini dan sanggup mempermainkan Islam dan menjadi alat kepada orang-orang kafir.Benarlah, demi kuasa Anwar bersedia melakukan apa sahaja.

Barangkali Anwar lupa, selicin-licin belut tetap akan masuk perangkap. Sepandai-pandai tupai, ke tanah jua akhirnya.Sebab tidak ada pilihan lain, Anwar terpaksa melakukan sesuatu walauopun boleh merosakkan agama,bangsa dan negara ini demi mencapai dan menutup segala impian dan kebejatan moralnya.
Tuesday, January 12, 2010
TERLALU mudah untuk dibaca, tidak sukar untuk menelah dan mencari tangan-tangan ghaib mana yang sedang mencatur serta merekaletak segala kemelut ataupun petaka agama ini kononnya berpunca daripada UMNO.

Seseorang sedang mencari kambing hitam bagi mengalihkan segala perhatian rakyat daripada membicarakan isu ataupun soal lain yang lebih penting dan keretakan hubungan agama antara Kristian dan Islam dilihat mampu membantu maka bermulalah satu pelan tindakan dan rancangan yang cukup tersusun bagi memanipulasikan keadaan.

Soal bermain sentimen, semua orang tahu kehebatan Anwar Ibrahim.Bijak mengambil dan menggunakan peluang dan ruang, Anwar mempunyai kepakaran yang cukup dan tidak mungkin setanding dengan pencatur politik lain baik dalam UMNO atau pun mana-mana parti dalam Negara ini.

Isu agama menjadi modal yang cukup besar untuk Anwar mengalihkan perhatian rakyat daripada membicarakan kes liwatnya bersama pembantu peribadi Saiful Bukhari dan dalam saat Anwar sedang bermain dan menyalahgunakan proses mahkamah, Anwar seperti dilihat mengambil peluang membakar sentiment rakyat apabila beliau mengambil keputusan menyokong penggunaan kalimah itu untuk orang-orang bukan Islam.

Anwar benar-benar berusaha untuk mengelirukan seluruh sistem yang ada dan dengan menuding jari kepada UMNO sebagai punca kepada segala kemelut agama yang timbul dan secara terangan menuduh UMNO menjadi punca kepada kegelisahan masyarakat, Anwar beranggapan bahawa inilah satu modal cukup besar baginya untuk keluar dari masalah peribadi yang sedang beliau hadapi.

Setelah menyedari Mahkamah Tinggi makin menyedari helahnya yang sengaja melambatkan kes, dan mahu menyalahgunakan proses keadilan mahkamah, Anwar beralih pula ke Mahkamah Syariah supaya membicarakan kes beliau dan Saiful dalam persoalan qazaf dan disinilah Anwar berkeyakina bahawa bila kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Syariah, beliau akan terlepas daripada hukuman kerana semasa kejadian beliau meliwat pembantunya itu tidak ada saksi yang melihat beliau memasukkan kemaluannya ke dalam dubur Saiful, tidak ada yang melihat sebagaimanan keris dimasukkan ke dalam sarung ataupun benang di masukkan ke dalam jarum.

Anwar licik dan dalam masa yang sama beliau lupa selicin-licin belut akan tertangkap jua akhirnya, sepandai-pandai tupai melompat, ke tanah jua sudahnya.Dan dia percaya di Mahkamah Syariah, dia akan terlepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.Kerana menyedari dan yakin kemenangan berpihak kepadanyalah, beliau mendesak Mahkamah Syariah mempercepatkan perbicaraan qazaf itu.Dan Saiful pula tidak mampu membawa saksi untuk memberitahu mahkamah yang Anwar meliwat dia bukan sekali tapi  berkali-kali.

Apabila Anwar tidak menyanggah keputusasn Mahkamah Tinggi dalam isu penggunaan kalimah Allah, pemerhati politik yang waras sudah boleh mengagak bahawa akan tercipta satu permainan baru daripada Anwar Ibrahim dan dengan menggunakan segala rangkaian yang ada termasuklah hubungan rapat dengan beberapa kenalannya daripada Negara luar, Anwar dipercayai sedang merancang sesuatu untuk menggugat kerajaan dan Negara.

Bersama rakannya PAS yang juga terpaksa mencium buntut Anwar Ibrahim kerana mereka juga sedang berhadapan dengan krisis dalaman terutama sekali yang membabitkan penyelewengan dan rasuah keluarg a MB Kelantan Nik Aziz, mereka berpadu tenaga dan mencari idea bagaimana caranya untuk meletakkan segala kesalahan yang berlaku ini ke atas UMNO.

Demi kepentingan politik mereka sanggup menjadikan Allah itu satu polemic, Allah mereka jadikan bahan kempen bersama dengan DAP serta puak-puak Kristian yang lain walaupun keseluruhan penganut agama Islam telah menyatakan tentangan terhadap keputusan mahkamah dan kegilaan daripada pihak gereja.Malah ada yang menyerus untuk mebali bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi menyanggah kedegilan serta kebiadaban puak-puak gereja dalam isu ini tetapi Anwar,PKR dan PAS mengambil pendirian menyokong keputusan mahkamah itu.

Bagi Anwar dan PAS, mereka tidak pedulikan tentang kesucian kalimah Allah yang sedang diceroboh oleh orang-orang kafir ini.Paling penting kepada mereka, apa sahaja cara yang ada perlu dimanipulasikan demi mencapai matlamat peribadi mereka.

Kerana menyedari UMNO adalah halangan terbesar baginya untuk menakluki Putrajaya, Anwar bijak mencatur dan meletakkan segala kesalahan terhadap bahu UMNO dan dalam masa yang sama, perhatian rakyat dialihkan dengan turut sama memangsai UMNO walaupun hakikatnya UMNOlah yang berjuang untuk mengembalikan Allah itu seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara dan disokong oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Motif Anwar jelas. Motif PAS terutama sekali Nik Aziz juga jelas. Mereka bermain dengan sentimen supaya rakyat membenci UMNO dan kerajaan serta menganggap merekalah pembela sebuah Negara demokrasi walaupun pada hakikatnya, Anwar dan PAS lah punca kepada segala masalah yang timbul termasuklah penghinaan demi penghinaan yang dilemparkan oleh puak-puak kafir terhadap orang Melayu Islam dalam Negara ini.

Bagi mereka segala itu tidak penting, yang penting Anwar mahu jadi Perdana Menteri dan Nik Aziz mahu rakyat melupakan segala rasuah yang beliau selindungkan di sebalik jubahnya dan juga di sebalik purdah isterinya.Nik sayang menantu dan anaknya.Nik Aziz tidak rela melihat menantunya masuk penjara.
Friday, January 8, 2010

LEBIH 50 tahun kemerdekaan negara dicapai, suasana aman damai negara Malaysia dikecapi seluruh rakyat berbilang kaum dan anutan agama. Tanpa krisis besar yang melibatkan agama berbanding dengan krisis politik perkauman yang mengakibatkan tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Apakah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penerbitan Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah' yang menjadi unsur paling suci penganut Agama Islam itu bakal bermulanya satu sejarah krisis pertembungan dua agama di negara ini. Mungkinkah kerana penganut Agama Islam di negara ini sudah semakin lemah?

Sebagai ingatan umum, apa yang berlaku di negara barat, Islam sememangnya dibenci oleh Yahudi atau lebih jelas lagi sebilangan besar para penganut agama Kristian. Penindasan Yahudi Kristian terhadap masyarakat Islam di Palestin, cukup jelas dan umumnya tahu bahawa Kristian berusaha keras untuk melemahkan Islam.

Persoalannya kenapa ianya timbul sekarang? Kenapa tidak semasa Tun Dr Mahathir atau Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
Adakah Perdana Menteri Najib  dilihat liberal melalui konsep 1Malaysia atau keadaan orang Melayu Islam itu sendiri kelihatan lemah dan tidak boleh bersatu atas nama Melayu dan Islam.


Contoh yang jelas bila Melayu Islam dalam PAS tidak lagi boleh diajak berunding dan berbincang mengenai perpaduan orang Melayu Islam yang semakin terhimpit lantaran terdapat pemikiran politik sempit dalam parti itu.PAS yang jelas memperalatkan Islam pun sudah boleh menerima Pakatan Rakyat bersama DAP biarpun Karpal Singh dengan jelas menolak penubuhan negara Islam yang menjadi wadah perjuangan PAS.

Jadi, apa yang hendak dikecohkan sangat soal penggunaan perkataan 'Allah' oleh puak kristian kerana orang Melayu Islam yang berbeza pendapat dan pandangan terutama dalam hal politik sudah juga tidak sehaluan dalam hal kesucian Agama Islam.
-
Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri yang kini Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Johari Baharom memberitahu bahawa soal penggunaan perkataan 'Allah' sudah diputuskan tidak boleh dibenarkan sama sekali dan permit penerbitan Herald itu pernah dibatalkan.

Beliau juga menjelaskan bahawa kabinet pada tahun 1986 telah memutuskan perkataan 'Allah', 'Baitullah', 'Kaabah' dan 'Solat' dilarang keras dari dipergunakan untuk apa cara sekalipun oleh agama lain di negara ini kecuali Agama Islam yang menjadi Agama rasmi negara ini.

Namun pada saat dan ketika itu kerana kebiadaban dan sengaja tidak mahu memahami sensitiviti penganut Agama Islam di negara ini maka mereka menjadi lebih berani, kurang ajar dan tidak menghormati ketuanan negara ini atau kerana mereka memikirkan bahawa orang Melayu Islam negara ini boleh menerima kehendak mereka atas dasar kesamarataan serta pandangan sempit terhadap 1Malaysia yang menjadi konsep kerjasama dan perpaduan yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Apakah Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam tidak sedar diri atau dalam kebengapan bahawa apa yang cuba dilaksanakan itu jelas akan menerima tentangan umat Islam negara ini.

Adakah mereka anggap umat Islam di negara ini lemah terutama orang Melayu Islam dan mungkin juga tanggapan pemimpin negara ketika ini lemah dan terlalu bertolak ansur sehingga mereka berani meminta berbagai-bagai perkara tanpa mengambilkira perasaan dan sensitiviti bangsa Melayu yang menjadi tuan di bumi Malaysia ini.

Kurang ajar dan tidak sedar diri dan kebiadapan kaum-kaum pendatang yang diiktiraf sebagai warganegara ini semakin menjadi-jadi bila pelbagai tuntutan mereka cuba dipenuhi oleh pucuk pimpinan atas nama toleransi dan semua kaum di negara ini perlu diberi pembelaan.

Memetik kata-kata Mejar Jeneral (B)Jamil Khir Baharom, "kita perlu terus berdoa kepada Allah supaya memberi kekuatan dalam berhadapan dengan cabaran ini. Dalam hal ini, perbezaan politik atau pun agenda perlu diketepikan. Walau apa pun, kita perlu berusaha untuk menegakkan hak demi Islam tetapi tanpa menjejaskan sensitiviti pihak lain."

Perkataan bersabar, bertenang, jangan menimbulkan ketegangan, pastikan keamanan negara dan berbagai kata manis orang Melayu menjadi satu rutin dibibir pemimpin politik UMNO, malangnya di belakang penuh dengan kegeraman yang tidak terkira, apakah ini satu usaha baik terhadap bangsa sendiri malah pemimpin parti komponen Barisan Nasional sendiri pun tidak sepatah perkataan memberi sokongan terhadap seruan itu.Biji buah kata inilah yang sedikit demi sedikit memakan diri penganut Agama Islam di negara ini.

Banyak pihak menganggap kalau pemimpin kita lemah dan tidak tegas maka kita hendak buat apa..."kalau buat lebih-lebih, nanti kena warning, jadi kita tengok ajelah apa diorang nak buat...orang kata rayu kita pun kata rayulah."

Maka tragedi penjajahan terhadap bangsa Melayu Islam di negara ini akan berlaku sedikit demi sedikit tanpa disedari, sejak kemerdekaan negara lihatlah pencapaian ketuanan Melayu negara ini samada semakin kukuh ketuanannya atau semakin terhakis. Tentunya ramai para pengkaji boleh menjelaskannya.

Oleh itu kata-kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa isu kalimah 'Allah' tidak boleh dicapai melalui proses mahkamah adalah sesuatu yang terdetik disanubari anak bangsa Melayu Islam yang pada saat ini semakin panas cuping telinga mereka.

Banyak pihak secara senyap-senyap menganggap tindakan tegas perlu diambil segera seperti menarik balik permit penerbitan Herald kerana telah mencetuskan suasana ketegangan antara agama di negara ini dan menolak atau melarang terus mana-mana agama kecuali Islam menggunakan perkataan 'Allah' dan sewaktu dengannya. Ianya perlu diambil ketetapan tegas dan menutup terus dari dipersoalkan.

Sepatutnya, dalam apa keadaan pun segala bentuk risalah dan penerbitan dilarang terus dari dicetak dan disebarkan walaupun dalam gereja kerana ianya sudah pasti akan dibawa keluar dan akan terbaca oleh orang Islam.

Biarlah dikatakan kerajaan zalim dan tidak adil dalam hal seperti ini daripada berdepan dengan masalah pengkhianatan secara senyap oleh anasir bangsat ini hingga sanggup menodai Agama Islam.

Apapun ketegasan kerajaan amat diharapkan oleh orang Melayu Islam negara ini. Janganlah sampai orang Melayu merasakan mereka tidak boleh bernaung lagi dengan kerajaan pimpinan UMNO dan perlu beralih arah pada PRU13 nanti.

Maka saranan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu langkah memperkemaskan Perlembagaan Persekutuan kerana satu penelitian perlu dibuat pada masa ini terdapat ruang teknikal pada Perkara 11 yang boleh dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu amat baik sekali.
"Langkah berkenaan boleh mengelak pihak-pihak tertentu membuat tafsiran tersendiri dan seterusnya mencabar kesucian Islam di mahkamah," katanya.

Satu persoalan dilontarkan oleh Datuk Johari Baharom ketika berbual melalui telefon dengan penulis berkata, "sekiranya perkataan 'Allah' itu dianggap boleh digunapakai oleh semua agama, maka bolehkah kita pinda pada baris pertama Rukunegara yang berbunyi,.Kepercayaan kepada Tuhan itu ditukar kepada Kepercayaan kepada Allah." Boleh ke?

Wednesday, January 6, 2010
KELANTAN terus bergolak.Politiknya menjadi caca marba.Belum selesai isu Arif Fahmi menantu Nik Aziz yang dituduh mengaut keuntungan peribadi bersama isterinya Nik Amalina, Istana Kelantan turut bergoncang. Petaka datang satu persatu baik dalam pemerintahan Nik Aziz maupun dalam soal Istana Kelantan apabila dua beradik sedang hebat berebut kuasa, saat ayahnanda mereka sedang gering dan dirawat di Singapura.

Bala apakah sebenarnya dan apakah wajar rakyat diheret dalam kemelut ini ataupun rakyat Kelantan mula sedar bahawa impian mereka untuk menikmati kesejahteraan di bawah gelaran Serambi Mekah hanyalah sekadar pelengkap retorik politik daripada PAS yang bertopengkan dengan nama-nama ulama ataupun ustaz-ustaz celup untuk mengabui mata seluruh rakyat negeri itu.

Apakah peristiwa zaman Allayarham Tan Sri Mohamad Yaacob sebagai Menteri Besar Kelantan akan berulang kembali apabila Istana Kelantan mula menjauhkan diri daripada terlibat ataupun dilibatkan dalam pemerintahan kerajaan negeri hingga membawa kepada runtuhnya Kerajaan Barisan Nasional.

Sikap ego dan Nik Aziz pula dikatakan sanggup berbohong tentang status kesihatan Sultan Kelantan amat tidak disenangi oleh pihak istana apatah lagi kononnya ada dakwaan Nik Aziz dititahkan untuk mengadap baginda mengenai dengan beberapa keputusan tetapi Nik Aziz dikatakan enggan untuk masuk mengadap.

Hubungan Nik Aziz dengan Istana Kelantan semakin rengggang dan ini akan lebih menyukarkan Nik Aziz untuk mentadbir negeri itu dan kemelut hubungan ini dipercayai akan berterusan apatah lagi setiap hari berbagai-bagai pendedahan serta penyelwengan dibongkar oleh kalangan penyokong-penyokong PAS sendiri.

Bila Tengku Temenggung yang sedang terlibat dengan krisis rumahtangga menjadi jurucakap bagai pihak ayahnandanya, disanggah pula oleh Pemangku Raja bahawa adiknya itu tidak ada locus standy untuk bercakap bagi pihak Istana Kelantan.Soal Istana Kelantan ini kita serahkan kepada pihak istana untuk menjernihkannya.

Isu Bazar Tok Guru mula diperkatakan apabila janji-janji Nik Aziz sebelum PRU12 lalu akan menyerahkan kepada penjaja-penjaja yang terlibat tetapi sebenarnya telah dijual kepada syraikat Cina dengan menggunakan kuasa Arif Fhami sebagai CEO PMBK dan seorang penjaja pun tidak mampu untuk memilik ilot-lot kedai di bazaar itu kerana syarikat yang membeli daripada PMBK mengenakan kadar sewa yang terlalu tinggi.

Apakah kemelut berlaku ini rentetan daripada keosmbongan dan keangkuhan Nik Aziz sebagai Menteri Besar? Atau adakah Nik Aziz mula menerima pembalasan demi pembalasan hingga menelanjangkan wajah sebenar beliau yang selama ini diselindungkan di sebalik watak serta perwatakan ulama ataupun tok gurunya.

Tindak- tanduk Nik Aziz selama ini ternyata hanya menjadikan Islam sebagai perkakas politiknya dan beliau secara wewenang menuding ke sana sini dengan bahasa-bahasa kesat yang langsung tidak mencerminkan sikap tokgurunya apatah lagi bila beliau menyambut Tahun Baru dengan melontarkan perkataan celaka kepada penulis-penulis blog dan akhbar-akhbar tertentu.

Gaya pemerintahan Nik Aziz seolah-olah menjadikan PAS Kelantan itu sebagai parti keluarga serta saudara maranya dan segala kerakusan dan kepentingan peribadi beliau serta  keluarganya mula terdedah satu-persatu dan Nik Aziz pula sentiasa cuba mencetuskan isu-isu baru bagi menutup segala kepincangan serta penyelewengan dalam pentadbirannya daripada dihidu oleh rakyat negeri itu.

Nik Aziz seperti mabuk ubi gadung.Tindakannya semakin mamai dan untuk menutup malunya serta menyelamatkan keluarganya daripada menjadi aib kerana tingkah, kerenah dan mehnah menantu serta anak-anaknya, Nik Aziz dilihat seperti hilang punca dan menjadikan UMNO atau BN sebagai sasaran untuk diletakan segala kesalahan lampau terutama sekali yang membabitkan penipun kerajaan negeri terhadap syarikat Timbermine yang menang saman RM 800 juta.Sekaligus mendepani Nik Aziz untuk dimufliskan.

Nik Aziz sedar kerajaannnya bisa runtuh dan mungkin syarikat balak ini mengusulkan kepada mahkamah untuk memenjarakan beliau sekiranya gagal menjelaskan tuntutan saman yang dibuat oleh syarikat itu. Husam Musa cuba bertindak menjadi penyelamat dengan meletakkan kesalahan tersebut dibahu BN tanpa beliau sedar bahawa Kerajaan Kelantan tidak pun menyebut BN sebagai punca dalam pembelaannya bagi menolak tuntutan saman itu.

Mereka akan terus menuding jari kepada UMNO BN walaupun telah jelas dan nyata segala kemungkaran itu berpunca daripada Nik Aziz..celupar dan ekangkuhan Nik Aziz sedang dibayar tunai oleh Allah.
Monday, January 4, 2010

DALAM semua orang Islam melahirkan bantahan terhadap keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Kristian Herald Chatolic termasuklah Timbalan Presiden PAS, Nik Aziz pula mengambil  laluan songsang dengan menyokong keputusan mahkamah tersebut dan mencabar pula ulama untuk berdebat dengan beliau tentang kewajaran keputusan mahkamah itu.

Tindak tanduk Nik Aziz yang  semakin menyeleweng dan tidak mencerminkan aspirasi seluruh umat Islam sekali lagi membuktikan wujud perpecahan dalaman yang ketara antara kepimpinan PAS Pusat dengan beliau dan tindakan terbaru Nik Aziz ini mula membayangkan apakah Nik Aziz masih relevan dalam konteks perjuangan PAS yang meletakkan Islam sebagai Ad Din dan juga atas kapasitinya yang dianggap ulamak oleh ahli-ahli PAS yang taksub dengan corak pakaiannya.

Apabila Nik Aziz mengambil keputusan untuk menyokong penggunaan kalimah tersebut-sudah wujud dua keadaan berbeza dalam PAS.Keangkuhan Nik Aziz mempertahankan keputusan mahkamah itu dilihat sebagai satu manifestasi kedangkalan beliau untuk memahami rasa serba salah dan kekecewaan seluruh umat Islam dalam Negara ini. Membayangkan seolah-olah hanya dia yang berilmu agama kalau mahu dibandingkan dengan saf kepimpinan PAS yang lain dan juga ulamak-ulamak lain dalam Negara ini.

Seringkali membasahi mulutnya dengan ungkapan dan kata-kata keji  yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang mengaku ulamak, tidak hairan apabila dia mula menyokong sebarang perbuatan keji termasuklah menceroboh agama Islam melalui perkataan Allah ini kerana biasanya orang yang keji sahaja yang sanggup menyokong sebarang perbuatan keji yang berlaku.

Kita yakin dan percaya sekiranya mahkamah kekal dengan keputusan yang dibuat ianya akan mengulangi satu lagi sejarah berdarah dalam negara ini dan beberapa tindakan susulan yang dibuat selepas Hakim Bicara membuat keputusan bakal mendepani negara dengan satu lagi kemelut agama yang berterusan dan sekaligus meletakkan hubungan antara penganut agama Kristian dan Islam dalam keadaan runcing serta merbahaya.

Walau dalam apa sahaja keadaan baik yang membenarkan atau tidak dan dengan kesediaan Nik Aziz untuk bersekongkol dengan golongan yang menantang Islam, kegelisahan dan kemarahan orang-orang Islam makin ketara dan dalam masa yang sama sudah aada kumpulan tertentu dalam PAS sudah mula mencurigai niat Nik Aziz di sebalik persetujuannnya supaya perkataan Allah dibenarkan penggunaannya oleh orang Kristian.Kejujuran Nik Aziz memperjuangkan dan memartabatkan Islam sebagai agama yang syumul sudah boleh dipertikaikan.

Bahana daripada perpecahan melampau kerana perbedaan fahaman politik akhirnya membuka ruang kepada penganut agama lain untuk mencabar kesatuan Islam, menghina serta memperlekehkan perkataan Allah dan sekaligus mencabar Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetuji sejak Negara ini merdeka.

Sikap dan pendirian Nashruddin agak kontras dengan pendirian Khalid Samad, Dzulkifli Ahmad dan Nik Aziz sendiri dan dalam masa yang sama Presiden PAS, Hadi Awang mengambil sikap berdiam diri dan pendirian beliau dalam soal ini dituntut- adakah PAS selama ini melacurkan Islam untuk kepentingan politik ataupun benar-benar ikhlas memperjuangkan PAS dalam kerangka pembinaan sebuah Negara Islam yang benar dan tulus.

Penganut agama Kristian jangan sesekali mendabik dada kerana ternyata mereka akan terpaksa membayar harga yang mahal dari kemenangan mereka di Mahkamah Tinggi kerana umat Islam tidak akan berdiam diri dan melihat perkataan Allah itu digunakan secara wewenangnya.

Seandainya mereka menghargai, menghormati serta menerimapakai keputusan cabinet  sdan menjunjung Perlembagaan Persekutuan serta arahan daripada kementerian Dalam Negeri, hubungan antara kedua agama Islam dan Kristian akan terjalin erat serta harmoni.

Tetapi sekiranya mereka berdegil dan angkuh meraikan apa yang mereka perolehi hari ini, seperti yang dinyatakan peristiwa ala Natrah bakal berulang kembali malah tindakan mahkamah yang tidak mengambilkira penguatkuasaan enekmen di sepuluh buah negeri  sebelum membuat keputusan membatalkan arahan daripada Kementerian Dalam Negeri seperti mencabar kesabaran dan sikap tolenrasi umat Islam selama ini.
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers