Monday, September 24, 2012
Kurangkan bercakap,ambil tindakan! |
SUDAH sampai masanya
Pengerusi,Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR),Tan Sri Abdul Aziz Yusuf
berhenti bercakap dan menggunakan media untuk mempertahankan kredebiliti SPR yang
selama ini diserang serta difitnah oleh pembangkang terutama sekali Setiausaha
Agung PKR,Saifuddin Nasution.
Aziz Yusuf sudah terlalu
banyak bercakap dan seperti sudah jadi orang politik.Ketegasan ketua atau
pemimpin bukan dilihat daripada percakapan semata-mata tetapi adalah mengambil
tindakan untuk melindungi badan-badan yang mereka wakili.
Kita melihat SPR ini sudah
menjadi seperti satu badan politik sedangkan mereka sebenarnya adalah sebuah
badan bebas yang perlantikan mereka dipersetujui serta disahkan oleh DYMM YDP
Agung namun mereka ini seperti hilang taring serta bisanya apabila berjaya diperangkap
oleh pembangkang untuk mengikut rentak dan tari kumpulan yang sekian lama
menyerang kredbiltii SPR ini.
Kita melihat seolah-olah SPR
ini tidak ada kuasa untuk mengheret mereka yang selama ini memfitnah SPR hingga
setiap kali ditohmah,Aziz Yusuf terpaksa menjawabnya melalui media massa yang
mana sepatutnya SPR telah mendakwa Saifuddin Nasution ini di mahkamah kerana
SUA PKR ini berterusan memfitnah,memperlekeh serta mempersendakan suruhanjaya
itu.
SPR menjawab dengan
fakta-faktanya manakalah Siafuddin ataupun pembangkang lain terus dengan auta
mereka bagi mengeliru serta menghasut rakyat untuk turut sama mencerca SPR dan
kalaulah Aziz Yusuf merasakan menggunakan akhabr atau media lain boleh
menyelesaikan masalah,ternayat Aziz silap.
Mustahil sebuah Suruhanjaya
seperti SPR ini tidak mempunyai kuasa-kuasa tertentu termasuklah membuat
laporan polis di atas segala fitnah yang dilemparkan terhadap suruhanjaya itu
apatah lagi SPR bukan sekali difitnah malah berulang-ulang kali yang dilihat
seolah-olah SPR ini sebuah badan yang tidak bermaruah hingga boleh dipijak
semahu-mahunya oleh pembangkang. Dan sampai bila SPR mahu mereka difitnah
begini?
Saifuddin akan terus fitnah SPR! |
SPR seperti tiada kekuatan
dan hanya bersandarkan kepada penafian semata-mata dengan mendedahkan
bukti-bukti bahawa apa yang dilemparkan oleh pembangkang selama ini adalah
fitnah semata-mata dan penafian beginti tidak akan menyelesaikan segala gerakan
terancang untuk memalukan SPR kerana politik pembangkang yang penuh putar belit
boleh melupuskan segala bukti yang SPR berikan.
Kita mahu SPR bertindak
lebih jauh bagi menjaga kredebilti badan tersebut dengan mengheret sesiapa
sahaja yang memfitnah mereka ke mahkamah kerana sebagai sebuah badan bebas yang
diberikan tanggungjawab daripada PRU pertama hingga ke PRU 13 nanti,mereka harus
dilihat bebas dengan bermaruah.Untuk itu SPR perlu bertindak berdasarkan
undang-undang Negara yang sedia ada.
Manakala Saifuddin,andainya
beliau meragui ketelusan SPR dalam mengendalikan Pilihanraya di Negara ini,beliau
tidak perlu bertanding dalam pilhanraya nanti ataupun sebagai menghukum segala keceluparan
serta kebiadapan Saifuddin Nasuition terhadap SPR, SPR menarik diri daripada
menguruskan pencalonan ataupun pilihanraya melibatkan Saifuddin ataupun
menggunakan kuasa yang ada yang diberikan kepada SPR untuk tidak menerima
Saifuddin sebagai calon pilihanraya.
Kita percaya SPR ada
peraturan atau kuasa-kuasa tertentu yang boleh menghukum ahli-ahli politik yang
biadap seperti Saifudin ini dan sekiranya SPR tidak menggunakan apa sahaja
peruntukan ataupun undang-undang yang sedia ada,kita yakin suruhanjaya ini akan
senasib dengan badan-badan lain yan sebelum ini telah dikeji dan diperlekehkan
oleh pembangkang.
Wednesday, September 19, 2012
Cina DAP terus biadap dan kurang ajar |
NGEH Koo Ham memang seorang pemimpin politik yang kurang ajar,Cina DAP
yang paling biadap pernah negara ini lahirkan dan dilihat menganggap isu
penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang ditentang oleh seluruh umat Islam di
dunia termasuklah Malaysia sebagai tindakan politik,membuang masa dan tenaga.
Kebiadapan dan kurang ajar
Ahli Parlimen Beruas dicetuskan dalam laman twitternya mengenai filem antiIslam
"Innocence of Muslims" dan Cina DAP ini tidak melihat apa yang
berlaku di negara-negara Islam luar yang
menentang penerbitan filem itu sebagai seuatu yang sensitive baginya dalam
memelihara perpaduan kaum dan kebebasan beragama di Negara ini.
Keceluparan Cina DAP ini
dilihat boleh memakan diri seandai beliau mengambil iktibar kemusnahan dan
kerosakan hasil daripada penentangan orang-orang Islam di seluruh dunia dalam mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad
SAW itu termasuklah dibunuh seorang Duta Amerika sebagai tindak balas di atas penghinaan
tersebut.
Cina DAP biadap ini bagaikan
menyiram minyak ke atas api kemarahan umat Islam yang bergabung tanpa mengira
fahaman politik menyelar penerbitan filem tersebut dan beliau mengambil
kesempatan untuk membakar jiwa umat Islam di Negara ini tanpa memikirkan kesan
terhadap dirinya ataupun agama yang beliau anuti.
Kalaulah seorang Duta
Amerika boleh dibunuh di jalanan bagaikan menyembelih anjing gila,kita bimbang
Cina DAP ini juga menjadi mangsa kemarahan umat Islam lain di Negara ini yang
mengambil tindakan yang serupa terhadap beliau sekiranya beliau berterusan
memperlekehkan segala bantahan yang sedang dibuat hari ini.
Kalau Ngeh Koo Ham berfikir
banyak kali dengan melihat segala kemusnahan yang berlaku di Negara-negara luar
hasil daripada penghinaan melalui filem tersebut, Cina DAP ini tidak akan
menulis begitu dalam tweeternya tapi kerana mungkin beliau merasakan umat Islam
negara ini telah berjaya dipecahbelahkan dan sementelahan PAS pula berdiri di
belakang mereka sebagai rakan kongsi,beliau tidak takut walau seinci pun untuk
menghina junjungan besar umat Islam ini.
Barangkali Cina DAP ini
menganggap apa yang sedang disuara serta dibantah oleh seluruh umat Islam hari
ini sebagai satu kerja main-main dan kerana menganggap begitulah beliau
menyindir Ketua Pemuda UMNO Malaysia sebagai mahu mengambil kesempatan untuk
berpolitik dan menganggap usaha Khairy Jamaluddin itu sebagai membuang masa dan
tenaga.
Saat orang Islam membara marahnya,Cina DAP ini tuang minyak atas apai yang marak! |
Ini jelas Ngeh Koh Ham
bagaikan menganggap penghinaan terhadap junjungan besar umat islam seluruh
dunia dan sekiranya Ngeh Koo Ham tidak menarik balik serta meminta maaf kepada
seluruh umat Islam di Negara ini, kita bimbang kesabaran umat Islam yang selama
ini dipijak-pijak oleh DAP akan terhakis malah menjurus kepada perang agama
antara agama anutan Ngeh Koo Ham dengan Islam.
Persoalan agama bukan satu
perkara main-main tetapi kita tidak tahu mungkin rakan DAP iaitu PAS menganggap
ataupun bersetuju dengan kenyataan ataupun sindiran Ngeh Koh Ham ini kerana
sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin Islam dari PAS yang
bersuara menentang tweet yang dilakukan oleh Cina DAP ini.
Kegilaan Cina DAP ini perlu
disekat dan tindakan perlu diambil kerana dibimbangi nyawanya akan terancam
oleh golongan exstrimis agama yang non partisan yang akan menghalalkan darahnya
sebagaimana dihalalkan darah Penerbit ataupun Pengarah filem ini kerana kalau
mahu dibandingkan nilai atau harga antara Ngeh Koh Ham dengan Duta Amerika yang
dibunuh itu, Cina DAP ini tidak bernilai walau sesen pun untuk dihukum atas
segala keceluparan dan kebiadapannya.
Ngeh Koh Ham sedang mengocak
serta menjadi api dalam sekam terhadap kebebasan beragama di negara ini dan
juga terhadap Islam agama Persekutuan dmalah penghinaan beliau ini tidak wajar
sama sekali dimaafkan walaupun Islam tidak menganjurkan keganasan.
Cukuplah Melayu
dihina dan jangan pula Islam terus dibenarkan untuk dipersenda dan
diperlekehkan dan jangan sesekali kalimah Syahadah diputuskan hasil dari
tindakan Cina DAP yang gila ini
Tuesday, September 18, 2012
KATA Naib Presiden
UMNO,Ahmad Zahid Hamidi Barisan Nasional telah menyenarai pendek 2,181 calon
untuk dipertimbangkan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
(DUN) pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.
Bagaimana pun katanya,hanya
727 calon akan mendapat watikah
untuk bertanding bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN daripada PM Najib
dengan jumlah keseluruhan DUN ialah 576 tetapi hanya 505 kerusi dipertandingkan
kali ini kerana 71 lagi adalah kerusi DUN Sarawak yang sudah pun mengadakan
Pilihanraya Negeri pada April tahun lalu.
Saya tertarik untuk mengulas
tentang CALON dan WATIKAH ini seperti yang disebut oleh Naib Presiden UMNO itu
dan kenyataan Ahmad Zahid ini dilaporkan secara meluas oleh akhbar-akhbar tempatan
hari ini kerana sudah ada pun yang
mendakwa mereka telahpun dipilih dan
dimuktamadkan oleh Najib untuk menjadi calon di kerusi Parlimen-parlimen
tertentu dan sudahpun menerima watikah daripada PM Najib yang mengesahkan bahawa
merekalah calonnya.
Ahmad Zahid yang dipetik
sebagai berkata `Nama calon yang berjaya tidak akan dimuktamadkan sehingga
watikah untuk bertanding dikeluarkan,kadang-kadang sejam sebelum hari penamaan
calon..’jika benar adakah dakwaan dua
tiga orang yang mengaku diberikan watikah itu sudah dimuktamadkan sebagai calon
dan bagaimana dengan 724 calon yang lain-lain itu?Jadi benarkah kenyataan Zahid ini?
Kalau benar mereka ini sudah
mendapat watikah,adakah PM Najib sudah mendapat persetujuan semua Pengerusi
Perhubungan Negeri dan Presiden parti-parti komponen sebelum memberikan watikah
ini ataupun mereka ini sengaja `melacurkan’ nama Najib kerana kegilaan mereka
untuk menjadi calon pilihanraya?
Kerana penyakit `gila’nak
jadi calon ini mereka ini beriya-iya mempengaruhi orang-orang di bawah kononnya
PM Najib telah pilih mereka sebagai calon pilihanraya dan orang-orang di bawah
diberikan keyakinan apatah lagi apabila melihat calon-calon yang mendakwa itu
mempunyai hubungan rapat ataupun secara langsung dengan Perdana Menteri.
Barangkali mereka ini
benar.Watikah yang diterima oleh PM Najib itu juga benar dan kalau semuanya
benar,PM Najib perlu menguar-uarkan dan juga memberikan watikah kepada
bakal-bakal calon di 724 kerusi tersebut supaya Najib dilihat tidak pilih bulu
dan sekaligus memudahkan mereka ini berkerja demi memenangkan pilihanraya
nanti.
Kata Ahmad Zahid Hamidi
lagi, nama tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah dikeluarkan dan kalau ada
pun watikah ianya watikah kosong yang tidak mempunyai nama sesiapa dan persoalan
timbul kepada kita, adakah PM Najib telah melaksanakan satu transformasi
politik dengan memberikan watikah yang telah pun diisi dengan nama-nama calon
ataupun mereka sendiri yang meletakkan nama mereka sebagai calon di
parlimen-parlimen tertentu walaupun belum dimuktamadkan lagi?
Tidak adil seandainya PM
Najib hanya bersetuju memberikan watikah perlantikan sebagai calon kepada
orang-orang tertentu sahaja sedangkan beratus lagi kawasan-kawasan lain dan
mungkin termasuk Najib sendiri pun belum ada watikah seperti yang disebutkan
itu ataupun sekadar wayang untuk memberikan tekanan kepada Najib supaya
bersetuju memilih mereka yang disebutkan itu sebagai calon walaupun belum ada
keputusan muktamad.
PM Najib juga perlu
mengumumkan persetujuan pertukaran kawasan Parlimen milik parti komponen yang
diserahkan kepada UMNO untuk ditandingi kerana kita bimbang apabila melihat
dibeberapa buah kawasan Parlimen yang
asalnya bukan milik UMNO,ada usaha
dijalankan untuk merampas kerusi tersebut daripada menjadi milik parti
komponen.
Adakah kerana mereka ini
Ketua Bahagian,Ketua Wanita,Ketua Pemuda dan juga Ketua Puteri,mereka wajib
dipilih sebagai calon?Adakah juga kerana mereka ini pegawai-pegawai
Najib,Menteri ataupun Timbalan Menteri,itu adalah tiket atau `Kad Hijau’ untuk
mereka lepas tanpa sebarang halangan untuk menjadi calon?
Taktik menjaja nama Najib
akhir-akhir ini makin menjadi-jadi dan walaupun kita percaya dan penuh yakin
bahawa PM Najib tidak akan mudah tergoda dengan sandiawara yang dimainkan ini
namun kebimbangan kita ada apabila ada juga konspirasi antara pegawai-pegawai
agensi yang diberikan tugas untuk mengenalpasti calon mencadangkan nama-nama
dari kalangan mereka boleh menggelapkan mata Najib.
Sebagai contoh musim Rumah Terbuka Aidilfitri lalu,
kita melihat bukan agenda ukhwah yang menjadi keutamaan tetapi rata-ratanya
bercakap tentang siapa calon dan ada yang tidak segan silu menegaskan sekiranya
bukan Ketua mereka dicalon,mereka akan gerakkan ahli untuk sabotaj parti.
Barangkali kerana terdengar kenyataan sebeginilah,Timbalan Presiden memberikan
amaran akan memecat sesiapa sahaja yang mensabotaj parti dalam RU13 nanti
Monday, September 10, 2012
Untung janda,untung lagi pemimpin PAS! |
AKHIRNYA terlalu jauh
Arbaiyah Abdul Manan ataupun masih terus kekal dengan nama glamernya Abby Abady
sesat dan menyesatkan malah `kepulangan’ kononnya kepada sebuah Islam bagaikan
tidak memberi erti apa-apa,bukan satu keinsafan malah jauh sekali mahu bertaubat,
‘Keinsafan’ Arbaiyah yang
masih mencukur keningnya,bibirnya sentiasa merah menyala disapu berbagai jenama
lipstik ini patut dihormati oleh sesiapa pun termasuklah orang yang tidak waras
tetapi apabila beliau menjaja kecabulan mulutnya dengan menghina orang lain di
sana-sini termasuklah rakan-rakan artisnya membuktikan bahawa beliau sebenarnya
belum sedikit pun bertaubat dan ternyata perubahan yang beliau laungkan itu
umpama bangkai yang diselindung disebalik sehelai lalang.
Semua orang tahu baik dari
LembahKeramat saat kecilnya hingga tergedik-gedik mencari glamer dengan
kumpulan Elite dan diangkat oleh Yusuf Haslam melalui Gerak Khas sehinggalah
kecur geger dengan skandalnya bersama seorang pelakon baru,manusia yang
lahirnya bernama Arbaiyah ini tidak
sedikit pun mempunyai pendidikan agama hingga melayakkan beliau bercakap soal hukum,halal
atau haram maupun syurga atau neraka
.
Tapi pentas yang diberikan
oleh PAS,parti yang sedang memperalatkan Arbaiyah ini langsung tidak menegur
keceluparan serta kebiadapan penyanyi serta pelakon yang bertahun-tahun
terlibat dalam seribu satu macama kemaksiatan apabila Abby yang asalnya
terpekik terlolong di pentas nyanyain maupun lakonan sedang menyundalkan agama
Islam yang mungkin dia tidak tahu apa-apa namun demi meraih sokongan,janda
kepada Norman Hakim ini langsung tidak dihalang walaupun keceluparannya itu
secara tidak langsung merendahkan maruah serta martabat agama Islam itu
sendiri.
Taubatlah kerana Allah dan bukan kerana PAS! |
Bacalah Tweeternya dan lihatlah
bagaimana manusia yang tiba-tiba bertudung ini menghukum orang itu dan orang
ini malah keceluparan beliau sendiri sebenarnya mempersendakan agama
Islam,mempersendakan Allah tapi mungkin
dalam PAS segalanya ini dibenarkan sementelahan pula guru-guru songsang sebagaimana
songsangnya Arbaiyah ini mempertahankannya maka Arbaiyah ini langsung tidak
takut dengan petaka yang bakal Allah turunkan pada beliau.Perubahan beliau bukan kerana takut azab Allah tapi perubahan ataupun taubat beliau ini hanya untuk mencari makan.
Kitab mana yang makhluk ini
rujuk?Kalam Allah mana yang beliau gunakan?Sumber hadis dan sunnah mana yang
beliau belajar hingga beliau sewenang-wenangnya menuduh orang itu dan orang ini
sebagainya?Saya kenal beliau secara peribadi dan untuk peringkat ini masih
beluam mahu membongkar wajah sebenarnya beliau yang sedang dilitupi dengan
tudung-tudung percuma selama ini.
Kita tidak kisah Arbaiyah
ini mahu berubah daripada apa sekalipun baik dari setan menjadi iblis,itu adalah
hak beliau tetapi apabila Arbaiayh ini dangkat lebih tinggi daripada tokoh-toko
agama dalam PAS dengan sendiri
membuktikan PAS sedang melacurkan agama dengan Arbaiyah ini menjadi
perkakasnya.
Kasihan janda yang tidak
tahu apa-apa ini tetapi beliau sebenarnya sedang menjahanamkan dirinya sendiri
apabila membenarkan PAS `menjual;nya hanya untuk meraih undid an Arbaiyah
memilih jalan berdosa yang maha panjang senadinya beliau tidak keluar daripada
kumpulan yang sedang menunjukan jalan belau ke neraka jahanam.
Arbaiyah ini dimunculkan
seolah sebagai guru agama yang mursid,pemimpin muda yang zuhud dan tarafnya
mungkin seiring ataupun sebaris dengan Nik Aziz,Hadi Awang,Haron Din dan
beberapa orang lagi yang mengaku ulamak besar dalam PAS malah keghairahan
Arbaiyah ini bakal mengundang padah apabila di kalangan artis sendiri pun sudah
mula berbisik kononnya Arbaiyah bukan memilih untuk berubah tetapi kerana sudah
tidak laku dalam dunia nyanyian dan lakonan maka demi mahu meneruskan kehidupan
glamer serta mengejar wang,beliau sanggup lakukan apa sahaja termasuklah
menjadi Ustazah Segera.
Ustazah Mee segera-Bertudung bukan tiket hina orang lain |
Perlu ada orang untuk
memimpin dan martabiyah Aarbaiyah ini
keluar daripada sarang maksiat yang lebih besar iaitu PAS dan menjadi satu dosa
sekiranya Arbaiyah ini terus dibiarkan bergelumang dalam parti politik itu
kerana Arbaiyah hari ini seolah-olah dijadikan sapi oleh PAS untuk diperahkan susunya.
Arbaiyah barangkali lupa atau pun bodohnya tahap melampau hingga tidak boleh bezakan parti politik dan agama.PAS itu sebuah parti semata-mata,tidak lebih dari itu,parti yanf sedang gila mahu berkuasa,mereka akan jual apa sahaja dan bukan sahaja anak-anak dara atau isteri orang di jaja ataupun dijual,janda muda seperti Arbaiyah ini pun akan dijual atau dijajanya selagi laku.
Arbaiyah barangkali lupa atau pun bodohnya tahap melampau hingga tidak boleh bezakan parti politik dan agama.PAS itu sebuah parti semata-mata,tidak lebih dari itu,parti yanf sedang gila mahu berkuasa,mereka akan jual apa sahaja dan bukan sahaja anak-anak dara atau isteri orang di jaja ataupun dijual,janda muda seperti Arbaiyah ini pun akan dijual atau dijajanya selagi laku.
Artis
lain pun ada yang bertudung tetapi mereka ini tahu menjaga mulut,adab serta
sopan seorang wanita kalau mahu dibandingkan dengan Arbaiyah ini.
Malah ada yang mendakwa elok
jugalah Arbaiyah ini diceraikan oleh Norman dan dikutip oleh PAS kerana wanita yang disangka lemah
lembut ini rupanya ada dua wajah.Kalau zaman dulu-dulu pasti mulut Arbaiyah ini kena cabai!
Jangan bermain-main dengan hukum
atapun ayat-ayat Al-Qur`an kalau Arbaiyah baru setahun jagung mengenalinya dan
jangan sesekali menjadi Ustazah Google ataupun Ustazah Yahoo kerana dalam
mendalami ilmu agama serta melengkapkan perubahan,guru sebenarnya perlu dicari
dan menuntut ilmu melalui pembacaan semata-mata kita bimbangi akhirnya Arbaiyah
menjadi gila isem,duduk tepi tiang letrik ataupun stesen bas bercakap
sendirian.
Ingat betudung bukan tiket
untuk menghina orang lain.Sertai PAS bukan modal untuk masuk
syurga.Ulamak-ulamak dalam PAS pula sudah jadi macam tunggul kayu mati hingga
tidak berani menunjukkan jalan Islam sebenarnya kepada bekas artis yang sedang
jadi seperti ubat tamat tempoh ini.
Apa khabar Normala Sudirman bekas calon PAS DUN Tenang?Sejak ada Abby Abadi ini,bekas cikgu ini dah jadi kain alas kaki ke?
Apa khabar Normala Sudirman bekas calon PAS DUN Tenang?Sejak ada Abby Abadi ini,bekas cikgu ini dah jadi kain alas kaki ke?
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?11 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-