Sunday, January 29, 2012
Hadi lari dari tanggungjawab! |
SEBELUM ditimpa malu ataupun
dimalukan oleh ahli-ahli partinya sendiri hingga tersingkir dari jawatan Presiden pada Muktamar PAS akan datang,
Hadi Awang mengambil langkah drastik,gelojoh dan begitu terburu-buru
untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden parti serta mengumumkan tidak akan
bertanding dalam PRU13 sedangkan parti yang beliau sedang pimpin ketika
ini sedang ditimpa oleh berbagai-bagai musibah.
Hadi seperti mahu lari dari
tanggungjawabnya ataupun kerana beliau yakin bahawa beliau telah gagal untuk
menjadi Presiden yang baik kepada parti yang kononna berteraskan Islam,beliau
tidak ada pilihan melainkan meninggalkan parti itu untuk dipulih ataupun terus
dikhianati oleh orang lain.
Langkah Hadi Awang ini
mungkin juga kerana beliau telah mencium
bau busuk yang sedang melanda PAS ketika ini dan sebagai mahu menampakan
beliau tidak bersalah sekiranya PAS berkubur lantaran dikhianati oleh
kepimpinan PAS tertinggi lain, Hadi mengumumkan langkah awal dan jelas sangat
beliau tidak mahu bertanggungjawab di atas apa yang akan berlaku pada PAS
nanti.
Umum semua tahu betapa Hadi
Awang mengharapkan Nasharudin Mat isa sebagai regunya memimpin PAS tetapi
malang menimpa bila Nasha yang dikatakan mewarisi kepimpinan ulamak
disingkirkan oleh kumpulan Erdogan yang begitu bercita-cita besar untuk
menguasai PAS dan kemenangan Mat Sabu hanyalah sekadar mahu menyingkirkan Ustaz
Nasha dari jawatan itu kerana yang merancang adalah dari kalangan tiga Naib Presiden dan Husam dilihat sedang
bercita-cita untuk bergelar Presiden PAS.
Sebenarnya Hadi Awang sudah
hilang upaya serta cengkaman untuk mengepalai PAS kerana beliau sedang
dikelilingi oleh puak-puak Erdogan dan IRC lihattulisan sebelum ini yang menyokong
Anwar Ibrahim dan tindakan Hadi sejak Muktamar PAS yang lalu langsung tidak
mencerminkan kepimpinan PAS yang sebenar kerana Hadi terlalu banyak tunduk
serta mengalah terutama sekali kepada kehedak DAP dan PKR.
Hadi gagal berbuat apa-apa
sehingga tersingkirnya Hassan Ali dan jelas islam secular sedang meresap ke
dalam pimpinan PAS dan PAS ke arah menyokong Islam liberal atau pluralism didokong
hebat oleh Anwar serta juak-juaknya hingga PAS tergamak mengistiharkan bahawa
mempertahankan Anwar itu adalah satu jihad.
Barangkali kerana takut
terlalu banyak lagi dosa terhadap Islam, Hadi Awang mengambil langkah
terburu-buru dan paling tidak bertanggungjawab kerana sejak beliau menjejak
kaki ke dalam PAS, fatwa Hadilah yang banyak memecahbelahkan umat islam hari
ini daripada sembahyang dua imam hingga kepada sembelihan orang UMNO haram untuk dimakan.
Signal Hadi ini juga
sebenarnya boileh dilihat sebagai satu sindiran kepada Nik Aziz yang masih
bersedia untuk bertanding dalam PRU13 sekiranya dicalonkan dan jelaslah Nik
Aziz mabuk dengan kuasa hinggga memaksa Hadi bersindiran sedemikan.
Peluang Husam sebagai Presiden cerah! |
Tindakan Hadi ini akan
membuka jalan lebih mudah kepada Husam Musa untuk menguasai PAS dan diyakini
sekiranya Hadi berundur dari kerusi Presiden Husam pasti akan menawarkan
dirinya sebagai memanafaatkan gerakan tersusun yang dimulai daripada Muktamar
PAS lepas. Husam sedang mengintai dengan penuh minta dan berahi kerusi Presiden
PAS.
Gabungan Erdogan dan IRC
yang menyokong Anwar lebih memudahkan lagi untuk menyingkirkan kepimpinan
ulamak dalam PAS dan tindakan terbaru Nik Nazmi serta Aziz Bari yang menyerang
MB Kedah Azizan Razak adalah langkah yang paling jelas untuk dinilai bahawa
menjelang PRU13 nanti, PAS akan terus bergolak dan bakal berdepan dengan krisis
kepimpinan paling teruk dan busuk sepanjang PAS ditubuhkan.
Azizan boleh kita sifatkan
sebagai pemimpin PAS yang berani apabila menyelar bahawa Buku Jingga bukanlah
Al Qur`an dan ini menimbulkan kemarahan bukan sedikit kepada pakatan
pembangkang lain hingga mengupah Aziz Bari dan Nik Nazmi untuk menyerang serta
memperlekehkan MB Kedah itu.
Hadi Awang sepatutnya
membawa keluar PAS daripada pakatan pembangkang itu dan bukannya melarikan diri
dari masalah demi masalah yang menimpa PAS dan sekiranya Hadi membiarkan PAS
terus berada dalam pakatan tersebut,Hadi sebenarnya sedang membina keranda
untuk menguburkan PAS bersama dengan prinsip serta kepercayaan ahli-ahli PAS
kepada pemimpin mereka.
PAS masih selamat
sekiranya mereka keluar dari pembangkang dan berdiri sendiri untuk menentang
UMNo dan Barisan Nasional dan selagi PAS berada dalam pembangkang maka selag
itulah PAS akan mengkhianati Islam yang mereka gunakan selama ini untuk
mengaburi mata rakyat bagi meraih undi.Talkin untuk PAS masih mampu
ditangguhkan kalau Hadi bersedia untuk bertaubat.Paling penting Hadi jangan
lari dari tanggungjawabnya
Thursday, January 26, 2012
Bekas KSU jadi Ketua Audit.. |
KREDIBILITI dan intergriti Ketua
Audit Negara,Ambrin Buang mula
dipersoalkan malah niat serta pertanggungjawabannya terhadap sesuatu yang diaudit menimbulkan banyak sekali keraguan dan sudah
ada yang mula melihat bahawa kuasanya cukup besar berbanding dengan jawatan
lain dan adakalanya beliau dilihat lebih
besar dari Perdana Menteri ataupun Hakim walaupun mengikut Perlembagaan Persekutuan
Ketua Audit Negara dilantik oleh DYMM YDP Agung atas nasihat Perdana Menteri.
Kerana keperluannya
melaporkan terus segala laporan-laporannya kepada DYMM YDP Agung yang hendaklah
menyebabkan laporan itu dibentangkan dihadapan Dewan Rakyat seperti dituntut
dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 105 hingga 107 tanpa melalui Perdana
Menteri,ini cukup merbahaya kepada kerajaan seandainya beliau ada berniat tidak
baik dan terpulang kepada beliau apa sahaja laporan itu walaupun mungkinj
menjejaskan kerajaan atau tidak sementelahan
pula kerajaan tidak bersedia untuk menjawab,pembangkang akan mengambil
kesempatan untuk menganggap laporan itu muktamad dan rakyat yang terkeliru akan lagi
mudah percaya.
ISU audit National Fedlot
Corporation (NFC) menjadi kelam kabut hasil laporan audit dan bagaikan nampak
ada niat tidak baik di sebalik laporan tersebut hingga menjadi modal
pembangkang untuk menyerang kerajaan hari ini. Setelah ramai pihak mendesak
ketelusan laporan itu, Ambrin mula berdolak dalik.Sekejap beliau kata
rugi,sekejap pula beliau kata salah urus dan berbaga-bagai lagi alasan diberikan
apabila diasak.Lihat disini..
Beliau menjadikan laporan
audit zaman beliau ini seperti telah
menjadi satu hukuman sebelum bicara sedangkan tugas beliau hanyalah membuat
pemerhatian audit dan memberikan syor pembaiokan semata-mata dan bukannya
menghukum salah laku atau sebagaina kerana apa yang audit temui belum tentu
berlaku penyalahgunaan kuasa atau wujud penyelwengan kerana mungkin system kerja
sahaja yang tidak sesuai.
Sejak beliau mengambil alih
jawatan Ketua Audit Negara berbagai-bagai kontraversi timbul dan ketua Audit
Negara ini seolah-olah menjadi diri beliau bersih,dilihat bersih tetapi sudah ada yang mula bertanya mengapa
tiada isu projek-projek Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang diluluskan
semasa beliau menjawat jawatan Ketua Setiausaha (KSU) dalam laporan audit
sebelum ini.
Sebelum ini ada isu KPM
dibangkitkan dalam laporan audit semasa beliau dilantik KSU KPM dan selepas
beliau memegang jawatan KSU KPM seperti contoh projek air dan makmal komputera
yang terbengkalai di Sabah kerana projek tersebut dilaksanakan zaman beliau
tetapi tidak selesai di zaman beliau juga.
Kalau benarlah,kita hairan
kerana ada pegawai-pegawai kata mereka tidak dibenarkan untuk audit projek-projek
KPM semasa beliau menjadi KSU kementerian tersebut dan kita tidak pasti sejauh
mana kebenaran cakap-cakap ini tetapi kalau kita melihat kepada perkembangan
audit,rasa macam betul sahaja cakap-cakap itu.
Malah barangkali kerana
kecewa dengan gelagat dan menunjuk kuasa Ketua Audit Negara ketika ini,sudah ada yang
mula bercakap tetapi kita tidak tahu sejauh mana benarnya apabila ada yang
mendakwa bahawa semasa Ambrin menjadi KSU KPM,beliau dikatakan telah
mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST)
Letter Of Award/Acceptence satu projek Sekolah Teknik baru di Beoufort,Sabah pada
tahun 2004 sedangkan ianya tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk
melaksanakannya dalam RMK8.
Tetapi SST dikeluarkan juga
dengan cara bayaran tertangguh dan dibayar dalam RMK9 dan ini telah menimbulkan
persoalan,bolehkah dikeluarkan SST kepada syarikat sedangkan projek tersebut
sepatutnya dibina dan disiapkan dalam RMK8(jika betul ada) dan memang tidak
dicadangkan untuk dilaksanakan dalam RMK9 malah beluam lagi diluluskan oleh
Parlimen?
Jika ini boleh berlaku,apa
akan jadi jika semua projek yang belum diluluskan oleh kerajaan boleh
dikeluarkan SST oleh KSU yang semestinya merupakan satu surat ikatan atau
kontrak yang mengikat kerajaan dari segi kewangan kerana jika obligasi
dilanggar,kerajaan boelh di saman di mahkamah untuk menuntut gantirugi. Kalau
semua KSU berkuasa seperti itu dan boleh buat seperti itu,apa gunanya Parlimen
meluluskan projek terlebih dahulu sebelum satua-satu RMK dibentang dan
dibahaskan?
Jika betul projek yang
disebut itu penting rasanya lebih penting lagi projek naiktaraf sekolah-sekolah
daif di luar Bandar Sabah kerana ada sekolah yang sudah mahu reput,ada yang
tiada bekalan air dan letrik dan kita diberitahu Sekolah teknik yang terlalu
besar itu tiada keperluan sangat untuk dibangunkan pada masa itu dan difahamkan
kos pembinaannya mencecah RM100 juta.
Kalau dikumpulkan jumlah
pelajar untuk layak dari seluruh Negeri Sabah pun masih tidak mampu untuk
memenuhkan sekolah tersebut dan dengar ceritanya sekolah tersebut telahpun
ditukarkan menjadi sekolah vokasional.Apakah keutamaaan projek ini pada masa
itu,pada masa Ketua Audit Negara menjadi KSU KPM berbanding dengan
projek-projek lain sehingga ianya perlu diawardkan dalam RMK8 untuk bajet RMK9
yang belum diluluskan oleh Parlimen.
Dakwaan tentang kerja-kerja
Ambrin sebagai KSU sebelum ini sudah mula bertaburan dijaja,permulaan kepada
jajaan ini adalah dakwaan bahawa zaman beliau menjadi KSU KPM pun banyak penyelewengan
seperti yang dibentangkan di atas dan sekiranya ini semua benar,Sruruhanjaya
Pencegahan Rasuah (SPRM) harus menyiasat dan membawa ke muka pengadilan sesiapa
sahaja yang terlibat.
Wajar Salleh heret Ambrin ke mahkamah! |
Kita juga mengharapkan entity syraikat
menyaman Keyua Audit Negara ini supaya kuasanya dalam menjalankan kerja-kerja
audit tidak disalah anggap atau diperjelaskan kerana nampak akhir-akhir ini
terutamanya menjelang PRU13,Ketua Audit Negara seperti mahu bermain politik ala
menyokong pembangkang.
Kita bimbang Ketua Audit
Negara terlalu banyak cakap dan kadang-kadang seperti lempar batu sembunyi
tangan,orang lain pula mula membongkar tentang beliau sebelum ini.Kita tidak
mahu nanti ada yang menyifatkan Ketua Audit Negara ini seperti ayam,kokoknya
berderai tapi ekor bergelumang tahi.
Monday, January 23, 2012
Najib diperdaya? |
UMUM mengetahui bahawa PM
Najib telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam menangguhkan perlaksanaan
Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan memberikan masa tiga bulan kepada pihak
terbabit untuk membuat semakan serta penilaian semula dan dalam masa yang sama PM menjelaskan
agar Penjawat Awam (PA) jangan bimbang dengan gaji yang didakwa tidak adil dimana
kumpulan JUSA dan premier mendapat gaji yang terlalu tinggi dan tidak seperti
dalam pembentangan bajet 2012 lalu.
Walaupun SBPA yang sepatutnya berkuatkuasa 1
Jan 2012 ditangguhkan sebagaimana pengumuman PM, namun kenyataan Ketua
Setiausaha Negara (KSN) disini menimbulkan persoalan banyak tandatanya dan apakah apakah sebenar
yang dimaksudkan dengan para 1 dan 10 kenyataan media KSN tersebut. Siapakah
yang dimaksudkan tidak terjejas dan tidak menjadi kurang baik itu?
PM Najib mengumumkan
penangguhan tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui termasuk PM Najib sendiri
bahawa berdasarkan `khabar baik' yang bertiup kencang bahawa pegawa-pegawai tinggi
seperti Ketua-Ketua Perkhidmatan seperti Pelajaran, Kerjaraya, Kesihatan, Peguam Negara
dan Ketua-Ketua Setiausaha (KSU-KSU) yang dengar ceritanya seramai 36
orang telah menandandatangani opsyen terima SBPA 1 Jan 2012 lalu gaji mereka
telahpun dinaikkan hampir 100% berbanding SSM. Mereka langgar arahan PM?Jadi apa ertinya penangguhan yang PM Najib maksudkan itu sedangkan sudah ada perompak yang menyamun di siang hari?
Contohnya,
jika dulunya mereka yang gaji hakiki SSM tidak termasuk elaun-elaun RM12 ribu
menjadi RM19 ribu sebulan. Mereka ini kemudiannnya dibersarakan (exit
policy) atas skim SBPA dan dimasukkan dalam skim Premier dengan gaji pokok
RM35-RM65 ribu sebulan mulai 2 Jan 2012.
Dalam keadaan diarah bersara
'paksa'pun bawah SBPA walaupun berkhidmat hanya satu hari sahaja mereka ini layak
untuk dibersarakan umpama mereka berkhidmat sehingga 60 tahun dan pencen mereka
akan dikira mengikut mata gaji akhir pada umur 60 tahun.
Contohnya
jika mereka berumur 56 tahun, mereka dianggap bersara umpama bekerja sampai 60
tahun.Jika gaji mereka kini hanya RM19 ribu dan pada umur 60 tahun adalah RM25
ribu.. Mereka akan pencen dengan gaji akhir RM25 ribu,lebih kurang pencen
sebulan RM12 ribu jika kita andaikan kiraan 50% daripada gaji akhir..
Itu belum diambil kira
gratuiti yang melebihi RM500 ribu dan golden
hand shake iaitu ganjaran gantian cuti rehat yg tidak diambil sepanjang
perkhidmatan awam. Jika ini betul, maka
satu penjelasan atas kewajaran ini perlu dibuat kerajaan.
Dengan pencen dan gaji baru
skim premier antara RM35-65 ribu sebulan belum termasuk elaun-elaun tetap,betapa sungguh bertuahnya mereka!Dalam keadaan ramai pakar ekonomi mengandaikan
bahawa Malaysia bakal bankrap 2019 jika trend perbelanjaan kerajaan kekal
seperti sekarang dan bilangan kakitangan awam tidak dikurangkan, kita pula
membuat tindakan yang sebaliknya. Kerajaan kurangkan (istilah jumud dipakai
dalam PA) kakitangan awam untuk kurangkan belanja tetapi menaikkan gaji
segelintir yang kemudiannya menyebabkan belanja lebih tinggi daripada sebelumnya
pula jadinya. Kelakar kan!
Dalam keadaan rakyat selalu
mengeluh terhadap kelemahan sistem penyampaian kerajaan yang diketuai oleh
'premier' ini namun kerajaan tetap memberikan habuan tinggi pula kepada mereka.
Bagi JUSA pula yang dianggarkan dalam 2 ribu orang, kenaikan mereka jika betul
diteruskan juga akan mendapatkan kenaikkan gaji hampir 100%.
Yang menjadi persoalannya, jika PM telah buat keputusan tangguh mengapa gaji yang dibayar pada 16 Jan masih gaji SSM dan baki beza akibat kenaikan gaji dalam skim SBPA dibayar pada 31 Jan? Adakah bermakna SBPA ini sebenarnya tidak ditangguhkan? Adakah penangguhan ini hanya `ayat wayang’ untuk menjaga kepentingan 'premier' yang telah berkuatkuasa mulai 2 jan 2012 dan jika SBPA betul-betul ditangguhkan, maka hilanglah semua habuan yang mereka idam-idamkan itu. Dan jika ini keadaannya,siapa sebenarnya yang ingin kerajaan jaga?
Yang menjadi persoalannya, jika PM telah buat keputusan tangguh mengapa gaji yang dibayar pada 16 Jan masih gaji SSM dan baki beza akibat kenaikan gaji dalam skim SBPA dibayar pada 31 Jan? Adakah bermakna SBPA ini sebenarnya tidak ditangguhkan? Adakah penangguhan ini hanya `ayat wayang’ untuk menjaga kepentingan 'premier' yang telah berkuatkuasa mulai 2 jan 2012 dan jika SBPA betul-betul ditangguhkan, maka hilanglah semua habuan yang mereka idam-idamkan itu. Dan jika ini keadaannya,siapa sebenarnya yang ingin kerajaan jaga?
PRU 13 adalah kritikal bagi
Kerajaan BN. Kalau sebelum ini, KSN, KPPA dan KSU-KSU yang bersara berpeluang
untuk dilantik menjadi Pengerusi mana-mana GLC atau badan-badan berkanun
sebagai pengiktirafan Kerajaan kepada mereka dan sebab itulah itu mereka tidak ambil kisah dengan pencen
yang kecil.Tetapi senario kini berubah, jika PR yang memerintah, adakah mereka
berpeluang?
Maaf
cakaplah. Bodoh sangatlah, jika PR hendak lantik mereka yang telah gagal
laksanakan tugas hingga menyebabkan BN tumbang. Persoalannya, adakah SBPA ini
pelan 'menguruskan kekalahan' setelah mereka gagal 'menguruskan kemenangan'??
Jika PR memerintah nanti dan ingin memecat mereka, rasanya mereka dengan senang
hati akan bersara kerana 'persediaan awal' bernama exit policy SBPA telah
disediakan.
Kita bukan menghalang transformasi
kerajaan malah kita amat menyokong apa yang PM ingin laksanakan namun perkara
yang baik mesti kelihatan baik dan tidak mempunyai muslihat terselindung.
KSN sabotaj penangguhan SBPA? |
Jika pegawai bentang pada cabinet
semestinya semua mempunyai objekitf yang baik dan begitu juga SBPA. agaknya
jika ditanya PM, SBPA ini akan membolehkan mereka yang tidak berprestasi tinggi
dikeluarkan melalui - exit policy, tentulah PM setuju.
Jika pegawai kata SBPA ini
membolehkan bakat terbaik memasuki perkhidmatan awam melalui skim gaji baru,
tentulah PM setuju.
Jika pegawai beritahu pada kabinet, bahawa kesihatan rakyat Malayisa
telah meningkat dan boleh bekerja hingga umur 60 tahun dengan dibentangkan
data-data untuk menyokongnya, tentulah kabinet setuju. Tetapi adakah PM dan
kabinet tahu atau diberitahu semua perinciannya?
SBPA yang dikatakan
ditangguhkan akan dikaji oleh satu task force diketuai bekas KPPA,Ismail Adam. Ada juga
pihak berkata SBPA ini berdasarkan kajian perunding swasta luarnegara dan dikatakan pula, bekas KPPA adalah
penasihat kepada firma perunding berkenaan. Setakat ini tidak dapat dipastikan
kebenarannya namun jika betul, tentulah ada isu conflict of interest disitu dan sudah tentu juga penasihat akan memastikan
atau menyokong hasil kajian firma berkenaan.
Mengapa tidak dilantik KPPA,Abu Bakar untuk mengetuai task force itu?Mengapa disingkirkan beliau? Adakah KPPA sudah tidak boleh diperrcayai ataupun gagal?Apa agenda
KSN dalam isu ini?Kita pun ingin tahu SBPA ini dkaji mula bila?Zaman bekas KPPA Ismail Adam atau Abu Bakar?Atau ini satu tindakan sabotaj KSN terhadap KPPA sekarang untuk memberikan imej buruk kepada KPPA dan kerajaan?
Semua orang tahu antara KSN dan KPPA mereka ini tidak `sekepala',tidak sehaluan.Masalah penjawat awam akan selesai sekiranya kedua-dua mereka ini letak jawatan! KSN cukup marah dengan KPPA bila PM sebut tentang isu pool@cold storage pegawai-pegawai kerajaan kononnya itu datang daripada KPPA yang berpakat dengan salah seorang pegawai PM dan sebagai membunuh kepercayaan PM terhadap KPPA,SBPA dijadikan alat membalas dendam.Hasilnya difahamkan PM cukup kecewa dengan Abu Bakar sedangkan ada lagi orang lain mengkhianati PM.Barangkali ini juga antara punca Abu Bakar tidak dilantik mengetuai Jawatan Kuasa untuk buat semakan SBPA itu?
Semua orang tahu antara KSN dan KPPA mereka ini tidak `sekepala',tidak sehaluan.Masalah penjawat awam akan selesai sekiranya kedua-dua mereka ini letak jawatan! KSN cukup marah dengan KPPA bila PM sebut tentang isu pool@cold storage pegawai-pegawai kerajaan kononnya itu datang daripada KPPA yang berpakat dengan salah seorang pegawai PM dan sebagai membunuh kepercayaan PM terhadap KPPA,SBPA dijadikan alat membalas dendam.Hasilnya difahamkan PM cukup kecewa dengan Abu Bakar sedangkan ada lagi orang lain mengkhianati PM.Barangkali ini juga antara punca Abu Bakar tidak dilantik mengetuai Jawatan Kuasa untuk buat semakan SBPA itu?
Dan siapa sebenarnya yang mendapat manfaat sebenarnya
drpd SBPA ini?Sama-sama kita fikirkan atau ada pihak yang berpegang pada
"Jangan ambil kesempatan tetapi ambil mana yang sempat" sebelum BN
tumbang PRU13 akan datang.
AHLI
dan penyokong Barisan Nasional (BN) tidak perlu percaya sangat macam-macam
ramalan atau analisis yang dibuat berbagai pihak menjelang pilihanraya umum ke
13 akan datang. Sebaliknya, menumpukan usaha mencari pendekatan baru untuk
memenangi semula hati rakyat dengan turun padang bagi mengetahui permasalahan
orang ramai tanpa mengira fahaman politik yang berbeza.
Itu
mesej Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyangkal
analisis atau ramalan rambang bahawa BN mempunyai harapan 50-50 untuk menawan
kembali negeri yang dikuasai pembangkang.
Sebelum
ini, media banyak melaporkan berbagai analisis atau ramalan politik yang dibuat
oleh NGO dan ahli akademik mengenai berbagai jangkaan terhadap pilihanraya akan
datang.Sesetengah
amat mengarut sehingga menjadi bahan ketawa orang ramai.
Antaranya
ramalan yang dibuat sebuah NGO semasa Pilihanraya Negeri Sarawak yang kononnya
pembangkang akan menang besar di mana sehingga menumbangkan kerajaan BN.
Sebab
itu kata Ahmad Zahid, tanggapan kononnya BN hanya berpeluang 50-50 untuk
merampas negeri pembangkang hanya analisis politik yang dibuat secara rambang.
"Sama
ada BN atau pembangkang semua hendak menang, bagi BN, kita harus memperkasakan
usaha untuk meraih sokongan rakyat bukan setakat projek fizikal seperti memberi
bantuan atau pembangunan yang masih dianggap tidak mencukupi" katanya.
Menurut
Ahli Parlimen Bagan Datoh itu pemimpin BN di berbagai peringkat perlu mencontohi
usaha gigih Perdana Menteri Najib Razak yang kerap turun padang
untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi.
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Just an amusing observation..5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Download | Easy Surfing Fitness8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-