Sunday, June 30, 2013


Sejarah baru-KP BTN rasmi PIBG!

KAEDAH politik yang paling baik dan sempurna bagi mendapat perhatian ataupun kepercayaan pemimpin tertinggi adalah dengan kaedah mengampu ataupun dalam bahasa politik disebut juga sebagai `menjilat’ dengan mengemukakan apa sahaja cerita yang pemimpin seronok dengar,yang boleh menghiburkan pemimpin dan pekerjaan sebegini merupakan satu pekerjaan yang baik malah dalam sejarah kepimpinan Melayu,watak ini disebut sebagai PenglipurLara.


Ketika PM Najib sedang berduka akibat hampir hilang kuasa dalam PRU13,golongan penjilat ini pastinya merancang cerita-cerita yang paling baik dan sebagai PenglipurLara PM Najib,mereka tentunya berusaha untuk mencari jenaka yang paling baik yang boleh membuatkan PM Najib tersenyum serta bergelak ketawa sekembali beliau dari Tanzania nanti.
Friday, June 28, 2013


Adakah mereka ini Hakka?
SEJAK tahun 1400 atau mungkin lebih awal lagi bangsa Melayu menjalinkan hubungan yang cukup erat dengan kerajaan Maharaja Cina yang diketuai oleh Laksmana Cheng Ho daripada Kaum Hui yang beragama islam dan keutuhan hubungan ini tidak pernah tercalar ataupun binasa semangat perkongsian antara Melayu dan Cina walau dalam apa keadaan sekalipun.


Cina adalah satu bangsa yang amat besar dan dalam bangsa Cina wujud berbagai-bagai suku kaum seperti Kantonis,FuChow,Hainan tetaoi bangsa Melayu menerima dengan tangan terbuka kemasukan suku kaum ini ke negara Malaysia kerana hasil  hubungan baik yang terjalin sekian lama itu.
Tuesday, June 25, 2013

Gunalah kewarasan yang ada..


KEJAYAAN  seseorang manusia dalam apa juga bidang kebiasaannya kerana mereka itu menguasai formula kejayaan dan fasih tentang formula yang dipelajari. Apatah lagi jika bidang yang diceburinya adalah bidang yang profesional.Untuk seseorang menjadi engineer yang baik, maka formula fizik adalah asas utama yang perlu dihadam seperti untuk kuasa mekanik dan kuasa adalah kerja yang dilakukan per unit kuasa. 

Maka formula untuk kuasa ialah P=DdE\dt yang mana P ialah kuasa, E ialah tenaga atau kerja dan T ialah masa.Itulah formula asas untuk menjadikan seseorang itu berjaya dalam kerjaya profesional. Begitu juga untuk berjaya dalam bidang akuantan, kemahiran menguasai sifir matematik seperti 5+5=10, 5x2=10 sangatlah diperlukan. 

Kalau seseorang itu membaca sifir matematik dengan mengatakan 5+5=100 sudah pasti dia manusia yang mengalami halusinasi yang cukup hebat dan tempat orang sebegitu semestinya di Hospital Bahagia.
 
Apatah lagi jika kerjaya dalam bidang akademik, untuk berjaya dan membolehkan mereka dilantik sebagai Naib Canselor universiti, bukan hanya mahir tentang formula, tetapi perlu mengajar orang tentang formula dan menulis artikel dan journal bagi menyakinkan seluruh manusia tentang formula dan sifir yang baru dicipta.
Wednesday, June 19, 2013


Razali jangan diperbudakkan..!

BIARPUN PM Najib masih lagi tidak seceria dulu tapi kita tahu bahawa semuanya kini telah stabil dan ukuran untuk melihat kestabilan ini cukup mudah.,konotasinya amat jelas apabila agensi yang kononnya mengikut kata Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN) paling berpengaruh telah selesai menghantar sebahagian besar Pegawai-pegawai mereka ke luar negara dan terakhir bercuti ke luar Negara adalah Timbalan Ketua Pengarah Latihan (TKPL) dan ini memberikan makna negara sedang stabil dan tidak ada mana-mana agensi yang berbuat demikian melainkan BTN,sama ada percutian itu  mendapat kelulusan pihak Ketua Setiausaha Negara  atau tidak,itu semua tidak penting kerana yang lebih penting BTN harus meraikan kemenangan BN  dengan bergaya.
 
Namun apa yang lebih penting sekarang ini pula  BTN sekali lagi akan mula bergerak sebagai agensi yang paling awal bertindak untuk melaksanakan apa-apa saranan PM Najib ekoran keputusan PRU13 yang lalu dan BTN perlu membuktikan kepada PM Najib bahawa Ketua Pengarahnya yang akan mula-mula sekali  menjadi penjilat tegar agar kedudukan beliau sebagai Ketua Pengarah BTN tidak terusik dan Raja Arif tentu yakin dengan kedudukannya apatah lagi mentor beliau Shahlan Ismail yang tewas di Parlimen Pokok Sena diangkat menjadi Pengarah Strategik PM Najib.Satu kombinasi orang-orang sakit.
Tuesday, June 11, 2013

Bersaralah Ghani!Cukup-cukuplah tu!

APA sahaja sentuhan daripada pemimpin dan orang Melayu hariini sudah menjadi salah dan tidak betul kepada kelompok ultra kiasu dalam negara kita dan tanpa melihat kedudukan mereka dalam ruang perlembagaan,kumpulan ini sering mencari sebab untuk  bertindak di luar batas undang-undang.

Setelah gagal dalam percubaan yang diangap nekad untuk menumbangkan kerajaan BN pimpinan UMNO dan orang Melayu dengan mahu mengantikan Lim Kit Siang sebagai  Perdana Menteri Malaysia dibantu bersama  PKR dan PAS, kini kumpulan ini cuba bermain api dengan sekali lagi cuba menjentik institusi Raja-raja Melayu,menghina Nabi Muhammad SAW  dan berbagai-bagai lagi.

Institusi Agong sebagai lambang kedudukan orang Melayu dan Agama Islam mula dipermainkan walaupun ada hadis yang menyatakan Raja ini adalah bayangan Allah di muka bumi dan apakah ini permainkan individu malah kita pasti ada tangan-tangan ghaib yang menjadi konduktor kepada orkestra besar yang sedang dimainkan secara tersusun begini.
Monday, June 10, 2013


PM Najib sedang diuji...!

SEBAHAGIAN rakyat kini sedang memerhati barisan kabinet Najib yang dilantik setelah BN masih diberi peluang kedua oleh Allah SWT walaupun berdepan dengan tsunami Cina untuk memerintah Negara,kabinet yang pada sesetengah orang tidak ada yang luar biasa melainkan PM Najib terpaksa membentuk kabinet berasaskan kouta serta keputusan PRU13 dan sama ada kabinet itu benar-benar menggembirakan PM Najib atau tidak, persoalan itu  hanya beliau yang tahu.


Namun kepada PM Najib dan kepada semua yang dilantik,sesekali mereka harus mengimbau sejarah kepimpinan yang telah ditunjukan Allah melalui Rasulullah S.A.W sebagai contoh yang terbaik kerana pada diri Baginda,biarpun Baginda maksum dan penuh dengan mukjizat tetapi bila Allah memilih beliau sebagai pemimpin,Allah juga telah memilih orang-orang yang sentiasa duduk bersama dengan beliau sebagai `SETPOLl,SUSK,SUS‘ dan yang lain-lain baik sebagai Pembantu ataupun Penasihat.
Tuesday, June 4, 2013

Pilihlah tebu jangan terpilih teberau..!

PERJALANAN politik kepada sesetengah orang politik kini sudah berada di penghujungnya bila berakhirnya PRU13 bila ahli yang memasang angan-angan dipilih sebagai calon tetapi tidak disenaraikan dan terus pula memasang angan-angan untuk dilantik ke jawatan Senator tetapi gagal juga dan terus lagi memasang angan-angan untuk dilantik sebagai Setiausaha Politik (SUPOL) kepada Perdana Menteri dan Menteri kabinet malah kini ramai sedang berusaha melobi untuk turut berada di beranda kuasa ahli kabinet kerana  ramai yang tahu bahawa bila duduk di beranda kuasa ini ianya boleh dijadikan batu loncatan untuk banyak perkara.

Lantaran itulah ramai yang sanggup menebal muka dan menyiapkan `resume’ untuk dibawa ke pejabat  PM  Najib bagi dinilai dan dilantik sebagai SUPOL meskipun pada hakikatnya dalam  PRU13 baru-baru ini mereka  inilah (walaupun tidak semua) yang turut menjadi  tali barut pembangkang dan orang yang  sabotaj calon BN kerana tidak terpilih menjadi calon di kawasan-kawasan tertentu dan ini bukan satu rahsia kepada  akar umbi tetapi masih tidak malu untuk terus menipu Perdana Menteri  agar dilantik sebagai Setiausaha Politik.


Semua pihak harus bersatu pertahankan Terengganu!

TAHNIAH kepada  Ahmad Said kerana terus diberikan mandat serta mendapat kepercayaan untuk terus memimpin kerajaan dan parti di Terengganu dan perlantikan beliau pastinya bersandarkan satu kepercayaan serta keyakinan yang membawa berbagai-bagai harapan dan sarat dengan segala agenda yang tersurat serta tersirat.


Meneliti keputusan PRU13, BN Terengganu cuma memperolehi kelebihan 2 kerusi  untuk Dewan Undangan Negeri dan hanya menang empat kerusi daripada lapan kerusi Parlimen sememangnya sesuatu yang menarik dan lagi tambah menarik kerana  akibat daripada  keputusan itu polimik sesama kita yang tidak pernah berkesudahan, seolah-olah semua beban akibat daripada  keputusan tersebut hanya Ahmad Said atau pun Menteri Besar yang perlu tanggung, begitulah dibuat dan kambing hitam dicari.
Sunday, June 2, 2013


Rosmah dijadikan kambing hitam!

USAI PRU13 tidak pula timbul ataupun dikaitkan nama Rosmah Mansor menjadi punca kegagalan Barisan Nasional memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen ataupun Rosmah dituding sebagai orang yang bertanggungjawab hingga Selangor gagal dirampas kembali dan rata-rata kritikan tidak pula meletakkan Rosmah sebagai punca segalanya.


Baik daripada kenyataan Tun Daim,tulisan ZAM maupun Kadir Jasin serta rata-rata penganalisa politik tidak ada seorang pun yang menybut bahawa Rsomah Mansor menjadi punca kepada semua itu kerana hampir empat tahun dan mungkin lebih dari itu lagi sejak PM Najib menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri nama Rosmah menjadi begitu busuk hasil hinaan serta kejian kawan maupun lawan dan ketika itu nama Rosmah begitu hina sekali dipandangan mata ramai.
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers