Wednesday, October 31, 2012
Benarkah JJ yang menyusun calon PRU13? |
BILA Setiausaha Agung
UMNO,Tengku Adnan Tengku Mansor mendedah serta menafikan bahawa UMNO maupun BN
tidak pernah melantik ataupun memberi
izin kepada mana-mana individu untuk
memilih atau mengenalpasti nama-nama calon bagi disenaraikan pada PRU13 nanti sekaligus menutup gerakan seorang pemimpin
UMNO yang juga dikatakan sebagai orang kepercayaan PM Najib yang sedang ligat
menyusun senarai calon-calon ketika ini.
Kenyataan tegas Tengku Adnan
itu juga mungkin lahir setelah beliau menyedari ataupun dimaklumkan oleh
pihak-pihak tertentu bahawa ada yang mengaku rapat dan diberi kuasa oleh
Presiden parti bagi menyenaraikan nama-calon untuk PRU13 nanti dan tindakan Ku
Nan ini betul dan tepat pada waktunya kerana UMNO ada lebih kurang 16 agensi
yang membantu mengenalpasti calon-calon `winnable candidate’ dan bukannya
`cable candidate’ dan tugas mengenal pasti calon ini bukan dari individu
terbabit.
Malah pemimpin yang
dimaksudkan sudah pun menjelajah ke beberapa buah negeri termasuklah mengadap
Ketua Negeri masing-masing yang bukan sahaja berkenaan dengan nama calon malah
difahamkan memohon restu untuk pertukaran nama Menteri Besar dengan nama yang
beliau cadangkan termasuklah di Johor dan di Pahang,negeri kelahiran Presiden
UMNO bila pemimpin ini secara semborono
mahu melakukan transformasi politik mengikut acuan beliau,alasannya Presiden
parti yang suruh dan beliau orang kepercayaan Presiden.
Malah di kawasan beliau
sendiri pun,beliau tidak menyenaraikan kesemua pemegang jawatan ADUN dan mahu
digantikan dengan semua muka baru dan tindakan ini dilihat seperti beliau mahu
membentuk empayar politiknya tersendiri tanpa cabaran terutamanya dalam
pemilihan parti nanti dan kesemua nama-nama calon yang dikenalpasti bukan dari
kalangan yang `boleh menang’ tetapi menyirat kepentingan peribadi.
Seandainya PM Najib
terpedaya dengan helah individu yang dikenali sebagai rakan rapatnya ini ataupun `inner circle;nya ini, nasib Najib
akan sama dengan Pak Lah apabila terlalu mempercayai orang-orang yang rapat
dengannya dan menelan bulat-bulat keputusan yang dibuat itu tanpa
menyelidiki asas pencalonan tersebut,segala tansforamsi politik serta
janji Najib untuk menolak pencalonan walaupun dari kalangan rakan rapatnya demi
mementingkan kemenangan besar parti dalam PRU13 nanti hanya tinggal cakap-cakap
semata-mata.Najib kena ambil iktibar di atas segala kejadian yang menimpa Pak
Lah.
Malah pemimpin yang
dikatakan penuh dengan masalah moral ini termasuklah satu kes polis jika tidak
dibendung lajaknya menentukan senario politik tanahiar ianya bakal memberikan
kesan buruk bukan sahaja kepada PM Najib malah kepada UMNO itu sendiri dan
Najib harus berhati-hati bagi menjamin survival politik UMNO dan dikatakan juga
pemimpin ini bakal menjadi liabaliti kepada Najib dan UMNO jika terus kekal
bertanding nanti.
Menjaja nama Najib yang
suruh cari calon merupakan satu tindakan ataupun perbuatan yang paling tidak
bermoral kerana calon-calon yang disenaraikan itu boleh diibaratkan ramai yang
kalah sebelum bertanding dan sebarang laporan mengenai prestasi calon ini di
kawasan masing-masing perlu ditapis sewajarnya kerana ada juga yang mendakwa
laporan dari agensi seperti JASA ataupun
BTN harus mengikut telunjuk beliau sebelum disampaikan kepada PM Najib.
Kenyataan tegas Ku Nan tutup spekulasi! |
Najib tidak akan terus kekal
sebagai Perdana Menteri jika hanya beliau seorang sahaja yang menang dalam
PRU13 nanti dan Najib kena yakin dan percaya andainya ada berita disampaikan
kepadanya oleh pemimpin ini,itu semua cerita bohong dari orang yang bodoh
sombong!
Bila kenyataan Tengku Adnan
itu timbul,ramai yang menuding jari dan berpaling ke arah Jamaludin Jarjis (JJ) yang dikatakan
sedang menjalankan gerakan menyusun nama-nama calon ini dan kita berharap bukan
JJ yang dimaksudkan dan kalaulah benar JJ orangnnya di sebalik semua gerakan
ini,PM Najib bakal menerima petaka sepertima mana zaman Pak Lah satu ketika
dulu apabila 3K dikaitkan sebagai
punca kejatuhan Pak Lah dari tahta Perdana Menteri.
Kita tidak nafikan JJ
mempunyai hubungan yang amat akrab dengan PM Najib tetapi PM Najib pula janganlah
menganggap keakraban itu sebagai satu tiket untuk beliau menyerahkan segala
tanggungjawab parti kepada JJ kerana kita bimbang keakraban tersebut disalahgunakan
dan kalau benar Najib tidak memberi izin kepada mana-mana pemimpin termasuklah
JJ sendiri,PM Najib perlu berterus terang bahawa JJ bukan orangnya dan
bersetuju dengan kenyataan Ku Nan bahawa tidak ada pemimpin poilitik yang
beliau arahkan bagi mengenalpasti calon-calon untuk PRU13 nanti kerana beliau
ada kaedah tersendiri.
Dan kalau JJ merasakan
bahawa bukan beliau individu yang dimaksudkan,beliau kena berterus terang dan
membuat kenyataan bahawa beliau tidak terlibat dan tidak berkuasa menentukan siapa calon dan
bukan orang yang dimaksudkan sedang menyusun
senarai calon-calon bagi PRU13 nanti.
Kita tidak mahu semua usaha
keras Najib selama ini memperkasa parti dan mereformasikan politik UMNO menjadi
sia-sia sekiranya dalam masa yang sama beliau dikelilingi oleh musang-musang
berbulu ayam yang mengkhiantinya dari dalam. Kita tidak mahu Najib tersalah
pilih calon,Najib ingat winnable tetapi rupanya `cable candidate’ yang disusun
oleh orang-orang tertentu.
Dan Najib haru mengarahkan
gerakan menyusun calon-calon ini dihentikan dan kalau terus dibiarkan
berterusan,Najib kena bersedia untuk menjadi imam bagi mentalkinkan UMNO dan BN
selepas PRU13 nanti.
Tuesday, October 30, 2012
Sekian lama Najib dimalukan oleh portal ini.. |
TANAH Perhimpunan Agung UMNO
2012 yang akan bermula 26 Nov hingga 1 Dis ini jangan sesekali dibenarkan dan dihalalkan untuk dipijak walau seinci pun oleh-mana wakil akhbar on
line terutama sekali MalaysiaKini,Free Malaysian Today dan juga Malaysia
Insider apatah lagi akhbar-akhbar milik pembangkang seperti Harakah,Suara
Keadilan,Rocket atau apa sahaja yang berkaitan dengan mereka.
Membenarkan mereka ini
memijak tanah perhimpunan tersebut dan membuat laporan tentang perhimpunan itu seolah-olah memperlihatkan UMNO ketandusan laporan,kemaruk tulisan dari mereka dan sekaligus menjadikan UMNO seolah-olah muka yang tidak tahu malu kerana membenarkan
musuh,penyamun,pengkhianat serta penderhakaan terhadap agama,bangsa dan Negara yang
diperjuang serta dipertahakan oleh UMNO selama ini.
Suara On Line ini sekian
lama mencerca,menghina dan memuarbelitkan fakta terutama sekali melibatkan UMNO
dan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO itu sendiri malah kehadiran mereka
walaupun tidak diundang untuk taklimat media oleh Ibu Pejabat UMNO baru-baru
ini membayangkan bahawa pemberita mereka jenis muka yang tidak tahu malu ibarat
muka mereka telah ditampal oleh kulit babi.
Tak dijemput pun mereka sanggup tebalkan muka hadir untuk taklimat tersebut dan menjamah makanan yang UMNO hidangkan walaupun selama ini merekalah yang mencaci maki UMNO dan Barisan Nasional.Jenis sial mereka sudah tidak rasa malu samalah seperti idola mereka,Anwar Ibrahim!
UMNO tidak perlu mengharap
laporan yang adil serta saksama dari corak pemberitaan yang jijik serta busuk
ini kerana walau bagaimana baik atau jayanya Perhimpunan tersebut,
keparat-keparat media ini pasti akan memutarbelitkan fakta dengan teori-teori
auta mereka dan sebagai agen asing seperti yang didakwa sebelum ini,Malaysikini
terutamanya akan tetap mencari jalan untuk melapor atau menulis berita-berita
yang berbau fitnah.
Ibu pejabat UMNO pasti ada
rekod untuk menyokong mereka bagi menghalang ibls-iblis yang berselindung di
sebalik kebebasan media ini bagaimana mereka memutarbelit serta menyelinap
masuk bagi mencari keburukan UMNO untuk didedahkan kepada umum ataupun dijadikan
bahan dagangan untuk menjual Negara kepada pihak asing dan dengan apa cara
sekalipun penyangak-penyangak media ini harus dihalang bukan sekadar
memijak,melintasi bangunan yang menempatkan perhimpunan tersebut pun jangan dibenarkan sama sekali.
Ku Nan jangan bertolak ansur... |
Kumpulan media online ini
adalah umpama anjing berkeliaran yang diupah oleh pihak-pihak tertentu untuk
menghidu dan mencari segala kelemahan UMNO untuk upah yang sedikit bagi diberi
makan oleh tuan mereka dan mereka inilah perkakas yang digunakan bagai
menjahanamkan kestabilan negara serta perpaduan kaum.
UMNO juga tidak perlu dan diberi amaran untuk tidak
bertolak ansur dan mempercayai slogan telus dan adil dalam laporan mereka
kerana terbukti MalaysianKini,Malaysian Insider dan Free Malaysia Today,pemberita
mereka dididik untuk jadi seorang penulis yang tidak bermoral dan sanggup
melakukan apa sahaja termasuklah meruntuhkan negara ini dan mereka sedang gigih berusaha kearah itu
menjadi media sokongan mengulingkan kerajaan sedia ada yang dipimpin oleh UMNO.
Lebih malang lagi kebanyakan
pemberita yang berkerja di syarikat ini adalah terdiri daripada orang-orang
Melayu yang beragama Islam tetapi mereka ini sanggup dan rela diperkudakan
untuk menjadi tunggangan pihak asing untuk mengkhianati agama,bangsa dan negara
mereka.
Sekali lagi diingatkan kepada kepimpinan ibu pejabat UMNO,jangan sesekali dibenarkan ataupun diberikan tempat kepada mereka ini kerana mereka tidak layak untuk berada bersama-sama dalam majlis tersebut malah mereka ini halal untuk kita ludah mereka ini lantaran perbuatan serta pembabitan mereka selama ini yang sepanjang masa memutarbelitkan laporan dalam setiap penulisan mereka.Jangan sampai salakan anjing-anjing ini menyakitkan telinga kita..!
Pemberita ini boleh berubah
wajah pada bila-bila masa dan menjadi seperti sesumpah yang dukar dikenali dan
kadang-kadang mereka ini ibarat buluh yang pepat dluar tetapi rencung didalam
dan kalau UMNO bertolak ansur dalam waktu yang hampr dengan PRU13 in dengan
memberi muka kepada mereka,UMNO bakal berdepan dengan situasi yang tidakl
terkawal bakal dicetuskan oleh kalangan pemberita fasik dan munafik ini,
Tuesday, October 23, 2012
Usaha memurtadkan Melayu melalui lagunya.. |
LAGU Harapan Bangsa yang
dinyanyikan oleh Jaclyn Victor merupakan satu lagi usaha terancang pihak-pihak
tertentu untuk memurtadkan anak-anak
Melayu di negara ini terutama sekali golongan muda serta generasi baru yang
meminati dunia muzik tempatan ataupun yang mengagumi penyanyi itu sendiri.
Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan tidak harus melihat lagu ini sebagai hiburan semata-mata tetapi lagu ini harus dilihat sebagai usaha dakwah Kristian untuk memurtadkan anak-anak muda di negara ini dan harus bertindak menyekat lagu ini dari disiarkan ataupun diedarkan secara terbuka.
Meskipun penyanyinya mendakwa beliau menyanyikan lagu tersebut bagi peminatnya di Sabah dan Sarawak namun beliau lupa bahawa kedua buah negeri itu pun masih tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan yang harus dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia dan kalau mahu peminat Kristiannya menggemari dan mengangkat lagu tersebut sabagai usaha dakwah mereka,mengapa tidak dinyanyikan dalam bahasa lain selain dari Bahasa Melayu.
Berkongsi pandangan dengan
Zahid Mat Arip,Mursyidul Am TIBAI,beliau ternyata resah dan kecewa bila lagu
ini disiarkan secara berleluasa di You Tube dan didendangkan oleh penyanyi
tersebut dalam majlis-majlis terbuka.
“Saya mohon Menteri mengarahkan SKMM menarik balik atau
`mengnyahkan’ lagu tersebut daripada You Tube sebagaimana dilakukan terhadap
filem yang menghina Nabi SAW baru-baru ini dan gesaan ini dibuat bukan sebagai
Mursyidul Am Tibai tetapi sebagai seorang bapa kepada anak,abang kepada adik
dan sebagai seorang anggota masyarakat bergama Islam kerana penyebaran lagu ini
bertentangan dengan prinsip Perlembagaan
Persekutuan FASA (1) Perkara 3 yang memperuntukan Islam sebagai Agama
Persekutuan.
`Menteri mesti nyahkan lagu tersebut dari Youtube'-Zahid |
“Adakah Rais Yatim ataupun
sesiapa sahaja orang Islam dalam negara ini mahu anak-anak mereka menyanyikan
lagu ini?Menghafal lagu ini? Lagu ini jelas mengundang keresahan masyarakat dan
langsung tidak bernilai untuk memupuk perpaduan nasional,”tegas Zahid Mat Arip.
“Kita percaya hari ini sudah
ada anak-anak Melayu yang menyanyikan lagu ini.Mungkin mereka menganggap ianya
sebagai hiburan tetapi mereka lupa dalam masa yang sama,mereka boleh menjadi
syirik,murtad kerana memuja Tuhan lain selain daripada Allah SWT,” katanya
lagi.
Bila lagu ini dinyanyikan
dalam Bahasa Malaysia,jelas ianya bertujuan jahat.Secara halus usaha
memurtadkan anak-anak Melayu dilakukan oleh Jaclyn bila dihalusi seluruh
senikata lagu tersebut dan memberi makna bahawa mereka menunggu masa yang
sesuai sahaja untuk menobatkan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
Lagu ini jelas bertujuan
jahat kerana dinyanyikan dalam Bahasa Melayu dan tidak dinyanyi dalam Bahasa
Inggeris.Jelas secara halus ada usaha terancang pihak Kristian untuk
memurtadkan orang Islam.
Agenda penyanyi,pencipta dan
penulis lirik lagu ini menyamai agenda politk DAP yang mendapat pelindungan
khas dari Mursyidul Am PAS Nik Aziz bila didedahkan dalam Parlimen baru-baru
ini bahawa DAP akan menukarkan kedudukan agama rasmi Negara termasuklah seluruh
Perlembagaan Persekutuan.
PAS langsung tidak menentang
agenda tersirat lagu ini dan semua pemimpin Melayu seperti berdiam diri
barangkali terhibur dengan nyanyian penyanyi tersebut hingga mereka lalai
melihat segala kandungan lirik-liriknya.
Walaupun sebagai
penyanyi,pihak Kristian berjaya memperalatkan populariti penyanyi ini untuk
menerus ataupun mengukuhkan agenda mereka dan sesiapa sahaja anak-anak Melayu
yang meminati penyanyi ini harus merasa tersinggung dengan lagu Harapan Bangsa
ini.
Lagu ini perlu ditentang
sebelum ianya disebarluaskan dan Rais Yatim harus bertindak sebelum ianya menjadi perang agama yang sukar
dibendung nanti.
Thursday, October 18, 2012
Rais dan Fuad perlu kenalpasti petualang! |
KEBANJIRAN penyokong-penyokong
pembangkang ataupun agen-agen asing dalam kerajaan maupun agensi-agensinya
bukan lagi menjadi rahsia umum malah ada yang secara terang-terangan,.secara
terbuka dan tidak segan silu lagi mendokong prinsip perjuangan pembangkang
walaupun mereka ini menerima gaji,elaun dan segala kemudahan yang disediakan
oleh kerajaan yang memerintah.
Mencari mereka dalam
pentadbiran kerajaan mungkin memakan masa yang agak lama kerana sikap mereka
yang seperti gunting dalam lipatan ataupun api dalam sekam tetapi kita agak terperanjat apabila agensi
seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang secara total menggerakkan agenda parti
pemerintah juga turt dihuni oleh kakitangan yang bersikap seperti talam dua
muka ini.
Kalau sebelum ini didedahkan
agensi-agensi lain seperti BTN dan jabatan kerajaan lain turut dihuni oleh
manusia-manusia yang bersifat talam dua muka ini kali ini JASA pula dibuktikan ada kakitangan mereka
yang telunjuk lurus tapi kelingking berkait dan cukup merbahaya kalau
kakitangan JASA ini terus kekal di jabatan sedia ada ataupun di dalam JASA itu
sendiri.
JASA di bawah kawalselia Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan serta dipimpin oleh Fuad Hassan.
Dalam usaha sebahagian besar
kakitangan JASA ini memacu untuk menarik sokongan tanpa berbelah bagi rakyat
kepada kerajaan sedia ada rupa-rupanya ada dari kalangan mereka yang
menggunakan media social terutama sekali Facebook untuk menyerang kerajaan dari
dalam dan menyokong parti pembangkang.
Kita hairan bagaimana
pengurusan JASA boleh terlepas pandang sebelum melantik mereka ini dan
ditempatkan di bahagian yang cukup strategic iaitiu Bahagian Kewangan dan
menggunakan kemudahan sedia ada mereka yang dimaksudkan menyatakan endirian
secara terbuka terutama sekali kepada arti PAS.
Cuba lihat pembangkang di
negeri-negeri yang mereka perintah,sebelum menerima kakitangan baru,mereka
menapis segala maklumat serta latar belakang sebelum menawarkan sebarang
jawatan yang dipohon tetapi jauh berbeza dengan kerajaan Barisa Nasional
termasuklah agensi-agensinya menerima sesiapa sahaja tanpa menyelidiki latar belakang adakah mereka itu
agen,penyokong pembangkang yang berpotensi menjahanamkan peracangan kerajaan
dari dalam.
Saya tidak bersedia untuk peringkat ini mendedahkan siapa di sebalik menggunakan nama samaran
di Facebook dengan nama Pencetus Idea tapi akan mendedahkan
secara terperinci maklumat beliau setelah melayari Facebooknya dan melihat
komen-komennya serta posting-postingnya termasuklah komen-komen beliau di Facebook kakitangan
JASA yang lain termasuklah Timbalan Ketua Pengarah JASA,Dato Abu Talib
Harun,jelaslah Pencetus Idea adalah peyambung lidah pembangkang yang
bertopengkan sebagai pegawai JASA.
JASA yang dibangunkan khusus untuk menjadi agensi
utama,menarik sokongan rakyat,mengumpul maklumat,menganjurkan program dan mengerakkan gerakan rakyat serta
menjadi mata telinga dan kekuatan jiwa raga untuk kerajaan dan juga Barisan
Nasional tidak boleh sesekali walau dalam sesaat pun mempunyai seorang yang
berjiwa pembelot seperti ini.
Siapa yang berani
mengesahkan bahawa Pencetus Idea ini tidak akan menyalurkan maklumat kepada
pihak lawan?Sedangkan yang berada di sekliling Perdana Menteri pun boleh
menjual maklumat apa sangat dengan pegawai yang Gred 41 ini dan kalau JASA
merasakan tindak tanduk pegawainya ini tidak mampu menggangu gugat operasi
mereka,dipersilakan untuk terus mengekalkannya namun menempatkan pegawai ini di
Bahagian Kewangan,banyak risikonya kalau tiba-tiba beliau mengambil keputusan
meletak jawatan.
JASA yang sedang dikhianati.. |
Kes Rafizi Ramli semasa
bertugas di Petronas harus menjadi rujukan kepada pengurusan tertinggi JASA.Lihat
bagaimana Rafizi menyerang Petronas walaupun beliau berbohong tetapi sebagai
orang yang pernah berada di dalam Petronas.beliau mampu menyakin rakyat dengan
putarbelitnya dan pegawai JASA yang dimaksudkan ini juga boleh menadi belati
tajam yang akan merobekkan agenda-agenda JASA.
Sesiapa yang ada akaun Facebook,cuba
layari muka buku Pencetus Idea ini dan lihatlah pendirian politiknya melalui
tulisan ataupun komen-komennya dan adakah tepat pemilihan beliau untuk berada
di dalam JASA?
Kita bersimpati dengan
kesungguhan kakitangan JASA yang lain yang menumpahkan taat setia kepada
pemerintahan tetapi dalam masa yang sama ada rakan mereka yang menikam dari
belakang.
Kita terima setiap orang
boleh berbeza fahaman politik tetapi JASA adalah agensi kerajaan yang
difahamkan setiap kakitangannya wajib menandatangani akujanji sebelum menerima
jawatan di JASA dan tidak ada siapa pun yang boleh menafikan bahawa JASA yang
juga turut dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas adalah antara badan yang
paling efisen membantu kerajaan serta Barisan Nasional untuk mengekalkan
pemerintahan.
Saya berhenti setakat ini dulu untuk melihat respon dari
pihak JASA..
Saturday, October 13, 2012
Apakah pendirian politiknya jejaskan SPRM? |
TIMBALAN Ketua Pesuruhjaya
SPRM (Operasi) Shukri Abdul mula diragui kredibiliti serta intergriti beliau
yang dilihat lebih condong serta memberikan perhatian yang luar biasa terhadap
kes-kes yang membabitkan pemimpin-pemimpin kerajaan ataupun penyokong-penyokong
Barisan Nasional dan lebih malang lagi beliau dikatakan antara penyokong tegar PAS apabila melihat kepada
latar belakang keluarganya di Kedah dan orang Kedah tahu kedudukan bapa Shukri
dalam PAS Kedah..
Shukri Abdull sebelum ini
pernah menjadi Pengarah BPR Kelantan pada tahun 1990an dikatakan seperti tidak
berminat dan bersungguh-sungguh untuk
mendakwa kes-kes yang melibatkan kepimpinan pembangkang dan kalau ada tindakan
pun mahkamah akan membebaskan kerana tidak mempunyai bukti yang cukup dan ini
berbeza dengan kes-kes yang melibatkan kepimpinan kerajaan walaupun baru khabar
angin sudah ada arahan untuk menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya.
Pandangan serong mula
dihalakan kepada Shukri Abdull apabila melihat kepada betapa efisen atau
bersungguhnya unit yang beliau ketuai untuk menyelongkar dan mencari hingga ke
akar umbi bukti-bukti untuk disabitkan apabila dikaitkan dengan pemimpin-pemin
kerajaan ataupun pemimpin Barisan Nasional dan sehingga ke hari ini tidak ada
seorang pun pemimpin pembangkang didajwa di mahkamah kerena rasuah atau
menyeleweng.Adakah dimata Shukri,semua pemimpin pembangkang dalam Negara ini
suci bersih?
Adakah di mata Shukri semua pemimpin pembangkang dalam Negara ini
diberikan imuniti bagi melakukan kesalahan ataupun rasuah?Semasa memegang
jawatan di Kelantan,cuab sebut satu sahaja pemimpin pembangkang yang pernah
Shukri heret ke mahkamah untuk didakwa?
Dengan sikap yang dilihat
berat sebelah Shukri Abdull sejak akhir-akhir ini kita percaya kes yang
dilaporkan oleh GAPs (Gabungan Anti Penyelewengan Selangor) berkaitan dengan
pembelian bas mewah oleh Khalid Ibrahim akan di siasat seperti melepaskan batuk
ditangga dan kata dua atau tempoh yang
diberikan oleh Hamidun,Pengerusi GAPS hanyalah sekadar angin lalu yang tidak
akan merubah persepkstif siasatan oleh suruhanjaya ini.
Hamidzun mungkin menyedari
laporan yang dibuatknya akan dibakulsampahkan oleh SPRM dan sebab itulah beliau
memberikan tempoh kepada SPRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap
Khalid Ibrahim dan untuk laporan GAPs ini,kita yakin aka nada kenyataan selepas
ini bahawa Khalid tidak bersalah,Khalid tidak rasuah dan Khalid tidak
menyalahgunakan kuasa.Cuba Khir Toyo yang terlibat?
Bukan sahaja GAPs,mana-mana
NGO yang membuat laporan berkaitan
penyelewengan ataupun salah laku pemimpin pembangkang,SPRM seolah-olah
menjadikan telinga mereka pekak badak tetapi tengok sahaja kes yang melibatkan
Ketua Menteri Melaka,cukup bersungguh Shkri Abdull mengarahkan siasatan dibuka
dan siap siaga dengan kenyataan akhbarnya sekali.
Adakah laporan GAPs ini akan jadi sia-saia? |
Lihat juga isu membabitkan
pembelian lembu yang membabitkan Khalid serta beberapa isu lain yang melibatkan
pembangkang,SPRM seakan memandang sepintas lalu dan dilihat seperti tidak
berminat untuk menyiasat hingga ke akar
umbi bagi mencari bukti dan dalam kes TALAM,lihat sahaja bagaimana SPRM bergerak
seolah-olah gerakan mereka seperti kura-kura.Cukup lembab!
Cara Shukri Abdull
mengendali Unit Opreasi SPRM dilihat terlalu pro kepada pembangkang dan sebagai
bukti apabila ada laporan yang berkaitan dengan pemimpin UMNO,beliau
mengarahkan pasukannya untuk terus menyiasat dan mendakwa mereka di mahkamah
dan kalau kalah sekalipun ataupun kes tidak cukup kuat untuk
didakwa,sekurang-kurangnya SPRM berjaya memalukan pemimpin terbabit.
Berbeza dengan pemimpin
pembangkang yang dilihat seperti tidak ada kes kepada SPRM untuk disiasat dan
sebab itulah pembangkang dilihat bermaharjalela di Selangor,Kedah,Kelantan dan
Pulau Pinang dan adakah Shukri juga boleh dilabelkan sepertimana pendedahan
sebelum ini bahawa ada `lanun-lanun’ yang bertopeng berada di dalam kerajaan
bagi menjatuhkan ataupun menggulingkan kerajaan dari dalam dan adakah Shukri
Abdull ini salah seorang darinya?
Nasib Khalid lebih baik dari Khir! |
Andai Shukri
ada kepentingan,beliau tidak layak berada di dalam Suruhanjaya tersebut serta patut dilucutkan sebagai Ketua
di Unit Operasi Dan Pendakwaan SPRM dan dipindahkan kepada bahagian-bahagian
lain supaya SPRM dilihat betul-betul sebagai sebuah Suruhanjaya yang
bebas,berintegriti dan bukan menjadi alat kepada mana-mana pihak serta tidak
menggunakan kuasa yang diberikan untuk mengambil tindakan terpilih ataupun
sewenang-wenangnya.
Dan kalau
Shukri lebih berminat untuk menjadi orang politik,beliau boleh memilih untuk
bersara awal dan mengambil tindakan seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain
menyertai PAS bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional secara gentleman dan
bukannya menjadi duri dalam daging ataupun gunting dalam lipatan.
Kita
menghormati serta menyanjung tinggi kalau beliau memang bersungguh-sungguh untuk
mengekang kegiatan rasuah dalam negara ini sepertimana amanah serta
tanggungajawab yang diberikan oleh SPRM kepada beliau dan kumpulannya namun
beliau harus jujur serta tidak memilih mangsa untuk menyiasat dan mengambil
tindakan mendakwa di mahkamah.
Andai mereka
menyiasat kes melibatkan pemimpin UMNO hingga ke akar umbi bagi mencari bukti
dan saksi,prinsip yang sama juga harus digunakan untuk menyiasat kegiatan
rasuah pemimpin-pemimpin pembangkang dan apa yang sedang berlaku di Selangor
hari ini akan menjadi penanda aras kepada hasil siasatan yang akan diumumkan
(itupun kalau mahu diumumkan) dan juga menjadi penanda aras kepada Bahagian
Operasi Dan Pendakwaan SPRM ini.
Kita tidak
berniat untuk memperkecil ataupun memperlekehkan SPRM tetapi kita tidak mahu
SPRM yang ditubuhkan itu menjadi tali barut kepada pembangkang dan dalam semua
orang melihat kerakusan pemimpin pembangkang melakukan rasuah di Selangor, kita
menunggu mata mana yang akan digunakan oleh SPRM bagi melihat apa yang orang
ramai lihat itu.
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-