Thursday, November 29, 2012
Jangan khianati usaha Najib! |
PRESIDEN UMNO,Najib Razak
telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan membentangkan ucapan dasarnya dan
terserlah kesungguhannya memacu UMNO untuk terus kekal sebagai kerajaan
terutama sekali berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 nanti malah melalui
ucapannya Najib berbicara tentang suara hati UMNO,tentang masa depan UMNO dan
tentang masa depan Barisan Nasional yang perlu dipertahan,diperkukuhkan serta
disiap siaga untuk mendepani cabaran serta dugaannya.
Kita seharusnya merasa
simpati terhadap kesungguhan Najib,komitmen Najib terhadap partinya yang selama
ini begitu kental mempertahankan agama,bangsa dan Negara dan Najib cekal
mengemudikan parti walaupun fitnah terhadap beliau datang bertimpa-timpa.
Najib tidak peduli itu semua,beliau terus memandang ke hadapan dengan membiarkan cicak mengakrung mengelupur mengadu fitnah,tohmah serta mehnah.
Najib tidak peduli itu semua,beliau terus memandang ke hadapan dengan membiarkan cicak mengakrung mengelupur mengadu fitnah,tohmah serta mehnah.
Kita merasa simpati dengan
Najib kerana dengan statistic ahli UMNO yang melebihi tiga juta orang ini,berapa
ramai atau berapa juta ahli yang memahami erti perjuangan parti ini yang mampu
menterjemahkan sokongan mereka ke dalam bentuk undi untuk UMNO dan Barsian
Nasional.
Berapa ramai Ketua-Ketua
Cawangan,Pengerusi JKKK,Jawatankuasa bahagian,jawatankuasa Perhubungan UMNO
Negeri dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO memahami nilai-nilai perjuangan dalam
UMNO yang selama ini menjadi teras ataupun tulang belakang membangunkan Negara ini
dan kenapa parti ini perlu dipertahan serta diberikan sokongan untuk menerajui Negara?
Apakah semua pemimpin
tertinggi serta di peringkat akar umbi boleh mempastikan orang-orang atau
rakyat di bawah wilayah kuasa mereka akan mengundi UMNO dan Barisan Nasional
atau berapa ramaikah daripada kalangan mereka yang masih lagi tidak faham
perjuangan UMNO dengan meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan
atau betapa pentingnya parti keramat umat Melayu ini.
Alangkah malangnya kalau
sehingga hari ini ahli yang lebih 3 juta itu masih ada lagi yang tidak memahami
harga ataupun nilai perjuangan UMNO ini dan kalau ada dimana puncanya,adakah
sebab tidak berlaku secara terancang gerakan perkaderan serta penerangan kepada
ahli-ahli atau generasi Y yang dikatakan semakin jauh dari UMNO termasuklah
anak-anak pemimpin UMNO itu sendiri.Kalau ini puncanya,yang gagal adalah
biro-biro yang ada dalam UMNO itu sendiri.
Jangan bubuh racun dalam madu yang Najib usahakan.. |
Penjawat awam yang melebih
800 ribu orang,siapa yang boleh memastikan berapa ramai atau berapa ratus ribu
mereka ini akan mengundi Barisan Nasional dan berapa ramai tidak menyokong
kerajaan hari ini?
Segalanya bertitik tolak dari kurangnya atau tidak jelas penerangan kepada dan tidak ada agensi khusus bertanggungjawab memberikan penerangan kepada mereka ini.
Segalanya bertitik tolak dari kurangnya atau tidak jelas penerangan kepada dan tidak ada agensi khusus bertanggungjawab memberikan penerangan kepada mereka ini.
Kita mengharapkan sebagai contoh Biro Tata
Negara (BTN) menyalurkan penerangan sedemikian tetapi mereka terlalu sibuk
melaksanakan penerangan serta memprogramkan tentang 1Malaysia,itupun penerangan mereka
masih terawang-awang dan dillihat tidak berpijak di bumi nyata.
Sehingga hari ini seperti
tidak ada lagi pendedahan tentang ancaman terhadap keselamatan Negara,kedudukan
politik dan sebagainya.Ini jelas ketara kegagalan beberapa agensi yang
sepatutnya memainkan peranan menerangkan kenapa UMNO dan kerajaan ini perlu
dipertahankan.
Najib sepanjang masa
berdepan dengan cabaran kepimpinan dan kita mengharapkan cabaran ini akan terus
mematang serta memberikan kuasa luar biasa kepada beliau dan dalam usaha untuk
terus memperkukuhkan parti dan kuasa kerajaan,beliau terpaksa mengeluarkan
amaran demi amaran dan mengambil tindakan demi tindakan terhadap ahli-ahli yang
sabotaj parti.
Tetapi apa pula amaran
ataupun tindakan terhadap penjawat awam
yang sabotaj kerajaan?Tatkala kepercayaan diberkan oleh kerajaan,berpakaian
segak,siap dengan kot serta bertali leher dan sentiasa berpeluang mendengar
denyut nadi Perdana Menteri di `morning prayer’ pada setiap Isnin awal bulan,dapat menaiki
pesawat menjelajah seluruh negara atas nama tugas,tetapi hati tetap busuk menyokong pembangkang atas alasan jemaah dan
taksub terhadap seseorang?
Apa makna menaiki pesawat
atas nama tugas dengan tiket dibiayai kerajaan tetapi bila turun ke negeri,
mereka ini mengadakan perjumpaaan ataupun pertemuan dengan calon PAS yang kalah
pada PRU 12 dan bertemu juga dengan
penyelidik di Yayasan Tok Kenali yang dikenal pasti sebagai orang kuat PAS dan
mereka ini juga mengadakan perjumpaan di Besut,terengganu dengan penyokong-penyokong
tegar pembangkang.Apa makna semua ini?Kenapa musuh dalam selimut masih terus
mendapat tempat dan berkeliaran di sekeliling Najib?
Apakah gerakan ini tidak
diketahui ataupun dipantau serta diambil tindakan oleh Ketua Setiausaha Negara
dan dihukum oleh Perdana Menteri?Kita cukup simpati dengan Perdana Menteri
kerana dalam usaha beliau memberikan madu kepada rakyat,kepada agama,bangsa dan
Negara melalui gerakan mempertahankan UMNO untuk terus kukuh dan terus
menerajui Negara, masih ada lagi yang
disekeliling beliau sedang berusaha mencampurkan racun ke dalam tempayan madu
yang Najib usahakan.
Terus pertahankan UMNO demi agama,bangsa dan negara! |
Mereka ini seperti mahu
melihat UMNO ini hancur,mahu melihat UMNO ini tumbang melalui PRU13 nanti dan
peluang berada dekat dengan kepimpinan Najib,mereka gunakan untuk secara
perlahan menusuk sembilu tajam ke belakang Najib.
Mereka lupa tindakan mereka ini bukans ahaja boleh membunuh Najib tetapi boleh meruntuhkan segala-gala yang sedang dikecapi oleh rakyat Negara ini sejak merdeka hingga sekarang.
Mereka lupa tindakan mereka ini bukans ahaja boleh membunuh Najib tetapi boleh meruntuhkan segala-gala yang sedang dikecapi oleh rakyat Negara ini sejak merdeka hingga sekarang.
Melalui Perhimpunan Agung
yang sedang berlangsung ketika ini,kita mengharap sangat kepada seluruh Melayu
Islam untuk bangkit bersatu,bergerak sering bersama Najib demi mempertahankan
agama,bangsa dan Negara ini.Mengharap sangat kepada seluruh bangsa Cina dan India
untuk terus memberikan peluang kepada Najib kerana hasil dari kesungguhan
kerajaan pimpinan UMNO inilah rakan-rakan dari bangsa Cina dan India mendapat
segala keuntungan bukan sahaja politik tetapi turut menguasai ekonomi Negara ini.
Dan kepada cicak mengkarung
yang sedang menyelinap di sekeliling Najib, kita juga berharap usainya PRU13
nanti,berbuatlah sesuatu kepada golongan yang jenis bermuka-muka ini dan kepada
KSN,bertindaklah kepada pegawai-pegawai beliau yang menganggap Najib hanya ketua
mereka tetapi idola mereka adalah Anwar Ibrahim.
Ayuh Melayu bersatulah!Mari
kita tolak gerakan yang sedang hebat melaksanakan agenda asing untuk meruntuhkan
Negara ini.
Monday, November 26, 2012
PAU2012 menuntut ketegasan dan keberanian Najib..! |
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 (PAU2012) kali
ini merupakan penanda aras sejauh mana persediaan UMNO untuk menghadapi PRU13
dan juga merupakan `report card’ bagi mengukur pencapaian PM Najib serta seluruh
kepimpinan UMNO di semua peringkat bagi mempertahankan kerajaan dan parti bagi
berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 nanti..
Menelusuri gagasan
kepimpinan Najib, beliau mengambilalih pimpinan parti melalui perhimpunan lalu
melontarkan slogan Ubah atau Rebah dengan memberikan kata dua kepada seluruh
kepimpinan UMNO malah pada setiap kali pertemuan ,beliau menyifatkan bahawa PRU13
adalah tempoh getir untuk UMNO dan adakah semua kepimpinan UMNO di semua peringkat telah benar-benar
berubah?
Sebagai Presiden parti dan
Perdana Menteri Malaysia, Najib memperkenalkan berbagai-bagai slogan untuk
dijadikan tangkal perjuangan UMNO dan kerajaan melalui proses transforamsi
serta slogan 1Malaysia-Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan dan apakah
segala transforamsi Najib ini diterima rakyat?Adakah setiap program
transforamsi yang dilaksanakan mampu menterjemahkan undi rakyat untuk menyokong
UMNO dan Barisan Nasional ataupun program yang terlaksana semuanya membuang
masa?
Kita harap sangat perhimpunan
kali ini jangan dijadikan seperti karnival jualan,pesta akhir tahun ataupun tempat mengasah bakat untuk bergelar
pemidato,tempat untuk mengampu pemimpin tapi perhimpunan kali ini harus menjadi
gelanggang membuktikan bahawa UMNO telah
benar-benar berubah,mereka tidak lagi dihantui mimpi ngeri 2008 dan PAU 2012
benar-benar menyerlahkan keyakinan untuk berdepan dengan cabaran PRU13 dan
memenanginya.
Perhimpunan kali ini harus
benar-benar berjaya membuktikan bahawa seluruh jentera parti benar-benar sudah siapa siaga persediaannya
dan sebarang laporan yang dihantar kepada PM Najib tidak menipu beliau dan kita tidak mahu laporan-laporan yang
dibuat oleh agensi-agensi kerajaan bersifat kosmetik dan retorik semata-mata terutamanya JASA dan
BTN yang dilihat semakin lesu serta hilang sentuhan politik mereka.Dari
kalangan agensi ini pun ramai yang berusaha menonjolkan diri untuk menjadi
calon PRU13.
Kita sedar Najib sedang
berdepan dengan cabaran demi cabaran dalam mempertahankan parti serta kerajaan
yang beliau pimpin terutama sekali mengenalpasti calon-calon yang
benar`winnable seperti yang beliau utarakan dalam perhimpunan lalu dan tidak terperangkap
dengan calon-calon `wincable’ yang dicadangkan oleh orang-orang sekeliing
beliau dan dalam masa yang sama kerajaan pimpinan Najib sering termasuk dalam
perangkap pembangkang melalui isu-isu semasa.Ini pun Najib yang kena
selesaikan.
Dalam masa yang sama Najib
juga harus menyedari bahawa setiap kali datangnya PRU,akan muncullah
kumpulan-kumpulan yang mahu mengaut keuntungan semata-mata baik kumpulan dalam
parti ataupun agensi yang berniaga barangan logistik dan sudah ada pun
agensi-agensi kerajaan yang melaksanakan program sebab mahu berikan kontrak
pembekalan kepada kawan-kawan mereka seperti membekal makanan untuk
seminar,mencetak risalah dan buku serta berbagai-bagai lagi.
Tidak cukup dengan kumpulan
sendiri,muncul juga pertubuhan-pertubuhan yang berselindung di sebalik nama hak
asasi mengugut Najib dan kerajaan supaya tunduk kepada desakan mereka sekiranya
UMNO dan Barisan Nasional mahu undi daripada mereka ini termasuklah Dong Zong
yang pada setiap kali PRU akan muncul dengan agenda mereka.Ini pun cabaran
besar yang sedang menanti Najib
Benarkah sudah berubah? |
Jurucakap-jurucakap atau
wakil-wakil UMNO yang diberikan tanggungjawab untuk membahaskan segala usul
yang telah diputusakn jangan sesekali perasan ataupun syok sendiri kerana
mereka memikul amanah parti,amanah rakyat yang cukup besar dan berhentilah
membudayakan politik mengampu,puja dan puji ini kerana kita tidak mahu perhimpunan
kali ini merupakan perhimpunan terakhir sebagai sebuah kerajaan dan budaya
politik baru yang dibawa oleh golongan muda perlu diterima oleh golongan veteran
dan perlu diserap oleh orang-orang lama dalam parti dan kerajaan.
Kita mahu melihat
perhimpunan kali ini adakah UMNO sudah benar-benar pulih dari peristiwa tsunami
2008 yang begitu banyak undi protes
terhadap calon-calon yang diketengahkan dan adakah UMNO sudah benar-benar
mengambil pengajaran daripada peristiwa itu atau mereka masih leka dengan
mengharapkan rakyat tahu membezakan parti yang memerintah dan yang membangkang.
Kita juga mahu melihat satu
deklarasi diterjemahkan bahawa semua ahli UMNO bersedia untuk berkerja dengan
parti dan bukan berkerja kerana apa yang parti bagi malah semua ahli baik
perwakilan,pemerhati dan seluruh Majlis Kerja Tertinggi UMNO harus menjadikan
perhimpunan UMNO esok sebagai perhimpunan yang paling keramat.Jika ada
perkara-perkara yang perlu disingkirkan,ianya harus disingkirkan jauh-jauh
sebelum menjadi barah bernanah yang busuk serta mula hingga boleh membantutkan
usaha UMNO mempertahankan kerajaan.
Melalui perhimpunan lalu,sumpah
Baiah dilakukan,Ubah Atau Rebah bergema dalam Dewan Merdeka,semua peringkat
kepimpinan disedarkan dan menyedari betapa pentingnya UMNO dan Barisan Nasional
dipertahankan dan Najib mengambil tanggungjawab terus memacu Negara memperkenalkan
segala pembaharuan dan memansuhkan segala undang-undang yang dikatakan lapuk
serta tidak bertamadun.Demi rakyat Najib tunduk dan akur kepada segala
tuntutan.
Perhimpunan kali ini kita
mahu melihat ketegasan dan keberanian Najib mengambil tindakan kerana beliau
telah melakukan segala-galanya untuk rakyat dan Negara ini dan perhimpunan UMNO
2012 ini,kali ini benar-benar menuntut komitmen,pengorbanan demi mempertahankan
agama,bangsa dan negara.Berubah atau tidaknya UMNO sebahagian besar diukur dari
Perhimpunan Agong ini.
Ingat UMNO..rakyat diluar
sedang memerhatikan apa sahaja yang berlaku melalui Perhimpunan ini.Jangan
dikecewa ataupun dikhianati harapan rakyat.Ditangan UMNO terletaknnya
tanggungjawab serta amanah bagi mempertahankan bangsa Melayu,agama Islam dan negara
tercinta ini.
Monday, November 19, 2012
Penjahat yang berselindung disebalik serban dan kopiah.. |
KITA harus merakamkan ucapan
terima kasih dan tahniah kepada adik Nik Aziz,Nik Razi Nik Mat yang memimpin
bacaan doa untuk menjahanamkan UMNO dan juga berterima kasih kepada Nik Aziz
yang telah menjatuhkan hukum murtad kepada UMNO,sebuah parti yang ahlinya
adalah orang-orang Melayu Islam kerana gabungan suara dua beradik ini
membuktikan bahawa mereka adalah antara pemimpin yang jahat berada dalam PAS,rendah
akal budinya dan jubah serta janggut hanyalah alat untuk menutup kejahatan
serta kebatilan mereka dan membuktikan PAS sedang nazak serta menunggu masa untuk ditalkinkan.
Ini sahajalah modal politik
Nik Aziz yang selama ini menjadikan agama islam sebagai barua parti mereka
untuk menafikan ataupun mencela UMNO agar rakyat mengundi serta menyokong PAS
yang begitu lama mencari peluang untuk
membunuh UMNO dan dengan menggunakan janggut,serban serta serba sedikit
pengetahuan agama,mereka bergabung sebagai sebuh pakatan jahat dengan memulai
Amanat Hadi di Bukit Peradung unutk mengakfirkan sesiapa sahaja yang menyokong
UMNO.
Modal Islam ini mereka bawa
sehingga ke hari ini walaupun mereka sendiri bergelumangndengan najis babi
dalam pakatan pembangkang kerana mereka
sendiri tahu untuk mengalahkan UMNO dalam sifir fakta serta kejayaan,PAS umpama
buih ditengah lautan kerana mereka ini tidak menyumbang walau sebesar hama
sekalipun kepada kemajuan negara malah kehadiran mereka dalam kancah politik
tanhair umpama sebuah gerakan ajaran sesat yang bertopengkan Islam dan
memutarbelitkan ayat-ayat Al-Qur`an serta hadis.
Kita juga berterima kasih
kepada Tuhan kerana memanjangkan usia Nik Aziz kerana akhirnya kita semakin
mengenali batang tubuh Nik Aziz bahawa beliau
tidak ubah seperti seorang Yahudi Israel
yang sedang menyerang orang-orang Islam di Semenanjung Gaza ketika ini.
Nik Aziz dan kumpulan
penjahat yang berada dalam PAS ketika ini seakan habis ikhtiar politik untuk
menewaskan UMNO dan tindakan terbaru memurtadkan UMNO dan adiknya mendokan
kehancuran UMNO merupakan tindakan paling terdesak apabila beliau menyedari
orang-orang Melayu semakin menjauhkan diri dari parti PAS.
Demimu DAP..hancurkanlah Melayu di bumi ini..! |
Setiap kali Nik Aziz
bertindak gila hingga ada yang berkata bahawa pakaian bersunnahkan Nabi yang
Nik Aziz pakai berbeza jauh dengan tindakannya menjadikan UMNO semakin
kuat,menjadikan pemimpinnya semakin sihat.Kalau mahu diikutkan doanya, Tun M
sudah lama mati,PM Najib sudah lama pecah perut dan sesiapa yang mengatakan Nik
Aziz kononnya Nik Aziz ini zuhud,keramat atau apa sahaja,sudah ramai orang yang
herot mulutnya tetapi setiap doa jahat dan sial datang dari mulut Nik Aziz
serta pengikut-pengikutnya tidak pernah dimakbulkan Allah.Nik Aziz umpama
bangkai yang bernyawa.
Barangkali kita tidak pernah
terfikir apabila melihat kepada gaya berpakaiannya,hebatnya beliau menuturkan
ayat-ayat Al Qur`an,beliau sanggup mengkafirkan sesama islam,beliau sanggup
menghukumkan murtad seseorang yang tidak bersependirian dengan beliau dan
partinya dan dalam usianya yang sedang menunggu hari mati,beliau sudah
dijangkiti penyakit `down sindrom”..Malang,masa yang sepatutnya beliau gunakan
untuk bertaubat dan meminta ampun dari Allah tidak digunakan sebaiknya tetapi
beliau lebih memilih untuk terus melakukan dosa fitnah berterusan.
Nik Aziz harus mencerminkan
diri dan PAS sendiri perlu bermuhasabah mengapa parti mereka terus gagal dan
sentiasa gagal malah di PRU13 nantipun mereka akan tetap gagal kerana pepatah
pun ada menyebut kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.
Pernah Nik Aziz dengar UMNO
mendoakan kehancuran PAS?Pernah UMNO memperdagangkan segala hukum Islam
termasuklah Hudud bagi memancing undi?Pernah UMNO mengkafirkan sesama islam?
Ini
semua UMNO tidak pernah lakukan kerana perjuangan Islam UMNO dilakukan secara
tersirat,mendaulatkan islam dengan penuh tertib dan berhemah.Sesiapa sahaja
boleh membaca Perlembagaan UMNO dan bacalah tanggungjawab UMNO terhadap Islam.
Meskipun UMNO dilihat begitu
buruk oleh Nik Aziz dan PAS,UMNO tidak pernah mendoakan PAS ataupun Nik Aziz,Hadi
Awang senasib dengan Firaun,Qarun,Namrud dan Abu Lahab kerana UMNO mendokong
prinsip demokrasi tetapi berlainan dengan PAS,untuk meraih undi,mereka sanggup
dan telah lakukan apa sahaja.
Serban hanyalah alat untuk selindung sifat keji.. |
Kalau beginilah cara serta corak
politik PAS,mereka tidak payahlah bermimpi untuk menggantikan UMNO dan dengan
kerusi yang tidak cukup untuk memimpin kerajaan,tidak usahlah berkhayal untuk
memimpin negara ini kerana mereka sebenarnya telah dijadikan alat oleh DAP dan
PKR.PAS hanya sebuah kertas lukisan ataupun kanvas yang boleh dicatkan ataupun
dilukiskan apa sahaja mengikut kemahuan DAP dan PKR.
PAS cuma sebuah jamban tua
dihujung kampung,didalamnya penuh dengan najis dan bangkai yang
memualkan.Kepada semua orang Melayu Islam yang masih berada dalam
PAS,renungkanlah ke dalam diri.Apakah kita sanggup berperang ataupun bermandi
darah dengan Melayu Islam dalam UMNO sedangkan yang sedang menanti untuk
mengaut untung dan laba adalah orang-orang kafir yang berada dalam DAP dan PKR?
Bertaubatlah Nik Aziz selagi
pintu taubat masih terbuka dan jalan terbaik untuk Nik Aziz dan pasukan
jahatnya adalah bubarkan PAS dan kembali dalam satu saf,satu jemaah untuk
bersama-sama UMNO menentang kebangkitan kafir laknatullah yang sedang mahu
menghancurkan Islam hari ini.Jangan gadai akidah hanya kerana mahu menang
pilihanraya..
Saturday, November 17, 2012
Jangan ada lagi sesiapa cuba khinati Najib! |
UMNO tidak boleh silap lagi
dan sebarang pengkhianatan yang cuba dilakukan terhadap UMNO perlu ditentang
dan dihalang dengan apa cara sekalipun kerana tempoh UMNO berdepan dengan rasa
dukacitanya harus dihentikan segera
daripada terus dimamah oleh pengkhianat-pengkhianat yang brselindung di sebalik
nama ahli ataupun pemimpin--pemimpin
tertentu yang sedang menjaja mimpi.
Kita mula mengesan bila
semakin dekat dengan Pilihanraya Umum Ke 13,semakin galak puak-puak
tertentu yang mengaku rapat dan intim
dengan pejabat Perdana Menteri sedang menjaja nama Presiden,Timbalan Presiden
dan Setiausaha Agung kononnya mereka telah diarahkan oleh pucuk pimpinan supaya
menyenarai pendekkan nama-nama calon untuk diketengahkan dalam pilihanraya
nanti.
Mereka ini mengaku diarah
oleh Perdana Menteri,ada juga yang mengaku mereka lah sebenarnya Setiausaha
Agung UMNO yang boleh memanggil semua ketua-Ketua bahagian bagi mengadakan
mesyuarat di hotel-hotel tertentu untuk mengenalpasti nama-nama calon ataupun
mengarahkan nama-nama orang-orang tertentu supaya dicalonkan dan mereka akan
berusaha menyakini Presiden bahawa itulah `winnbale candidate’nya.
Dari Utara sampai ke Selatan
termasuklah ke Sabah dan Sarawak mereka bergerak dengan pasukan yang mereka
lantik sendiri walaupun tugas
mengenalpasti calon ini bukan tugas mereka apatah lagi penyenaraian calon-calon
yang mereka lakukan adalah mengikut naluri mereka sendiri termasuklah
menyenaraikan Setiausaha Politik mereka sendiri sebagai calonya.
Tidak cukup dengan itu
mereka semakin melampui batas dengan mengadap Sultan ataupun Raja-Raja di
negeri-negeri tertentu dengan menyembahkan senarai calon-calon baru untuk
mengantikan Menteri Besar sedia ada,mereka cuba mempengaruhi Sultan ataupun
Raja di negeri masing-masing kononnya itu adalah arahan daripada Perdana
Menteri.Setakat yang kita tahu mereka ini telahpun mengadap Sultan Johor dan
Sultan Pahang.
Gerakan mereka ini mengimbau
kembali zaman Pak Lah yang dikaitkan dengan onar daripada Tingkat Empat hingga
Pak Lah hilang 2/3 pada PRU12 setelah mencapai kejayaan gilang gemilang pada
PRU11 dan gerakan yang didalangi oleh orang-orang tertentu ini jika tidak
dibendung olh PM Najib,beliau bakal mengulangi nasib yang sama seperti Pak Lah
ataupun berkemungkina besar PM Najib akan hilang kerajaan yang mahu dipertahankan
ini.
Rakyat ataupun ahli-ahli di peringkat akar umbi berusaha
gigih dengan transformasi yang dijanjikan oleh Perdana Menteri tetapi dalam
masa yang sama kelibat orang-orang yang mengaku rapat dengan Najib sedang
mengatur rakan-rakan terentu termasuklah sudah bersedia dengan nama-nama
Menteri Besar dan Ketua Menteri yang baru.
Kita tidak tahu adakah Najib
sedar ataupun tidak ataupun sememangnya Najib merelakan tentang kelibat
orang-orang yang mengaku rapat dengan beliau ini yang begitu gigih menjual nama
beliau ini dan mereka ini akan bergerak dari satu negeri ke satu negeri untuk
mengumpulkan semua Ketua-Ketua Bahagian dan dijanjikan dengan bermacam-macam
janji,penyakit mereka ini sama sahaja dengan Anwar Ibrahim yang berjanji
jawatan Timbalan Perdana Menteri serta jawatan-jawatan Menteri kepada setiap
orang yang ditemuinya.
Kita amat yakin UMNO dan BN
akan terus memerintah negara ini walaupun pembangkang menggunakan segala cara
untuk meruntuhkan Barisan nasional hinggalah mengadakan Solat Hajat sempenan
Muktamar PAS di Kelantan baru-baru ini tetapi
membiarkan paraist-parasit ini mengawal parti dari dalam.UMNO akan terus
berada di jalan sukar untuk
mempertahankan kerajaan selagi parasit-parasit ini tidak dinyahkan dari parti.
Najib harus bertindak
walaupun terpaksa mengambil tindakan bukan sahaja terhadap rakannya sendiri
tetapi kalau terpaksa mengambil tindakan terhadap saudara maranya, Najib harus
lakukan kerana beliau pernah berjanji dalam Perhimpunan UMNO Ke 11 bahawa untuk
menang besar beliau bersedia untuk mengorbankan sesiapa sahaja dengan tidak
menyenaraikan mereka sebagai calon baik calon baru ataupun yang mempertahankan
kedudukan.
Untuk PRU13 ini Najib
perlukan pasukan baru yang hebat serta kuat bagi memenangi hati rakyat.Najib
tidak boleh lagi menyimpan calon-calon yang sedang merantaikan perjalanan Najib
untuk terus berjuang untuk rakyat dan bukannya mengikat Najib supaya tunduk
kepada percaturan peribadi mereka.
UMNO jangan sesekali
mengulangi semula kesilapan 2008.Saat pembangkang semakin gila,sasau,nyanyuk
serta bercelaru ini,UMNO harus terus bangkit menerajang masa silam mereka yang
pernah luka.Lepada parasit-parasit ini,cukup dan hentikanlah buat kerja-kerja gila ini...!
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?11 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-