Thursday, May 31, 2012
Biadap dan kurang ajar..! |
KEDAULATAN Raja-Raja Melayu yang
menjadi payung rakyat di Tanah Melayu ini semestinya dipertahankan bukan
sekadar kenyataan media semata-mata tetapi ianya perlu lebih tegas dengan
tindakan undang-undang sebagai pengajaran agar ianya tidak menjadi ikutan pada
mereka yang suka mengambil kesempatan.
“Janganlah kita terlalu lemah lembut
dalam soal ini (penderhakaan) terhadap Raja-Raja kita dan janganlah sampai
bukan bangsa Melayu yang tidak tahu adab dan adat turut sama dengan alasan
tuu...orang Melayu pun boleh cakap pasal dia punya raja, tarak apa pun...tarak
masuk penjara pun...” kata kawan-kawan ketika bersembang dengan Kawan di
Riverside Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru.
Isunya ialah pembidaan nombor pendaftaran
kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan harga RM520,000
dan dikritik secara terbuka oleh bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin
melalui twitter yang anggap duit sebanyak itu boleh dibelanjakan untuk bantu
rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin.
Kritikan Nizar itu mendapat reaksi
Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim yang menempelak
Nizar kerana membuat kritikan tanpa kajian.
Isu itu timbul dan menjadi perbualan
dikalangan orang-orang politik malah mendapat komen-komen yang agak 'kurang
sopan' di laman-laman blog. Facebook dan twitter.
Penulis hanya pasang telinga, kalangan
tukang sembang ada yang kata, “kebiadaban dan keceluparan Nizar itu amat
keterlaluan, inilah unsur pengajaran yang hendak diajar oleh seorang Melayu
pada generasi muda hari ini supaya boleh tegur sapa saja termasuklah Raja-Raja
Melayu”
“Kalau tidak ada satu pengajaran untuk
mentaati Raja-Raja Melayu maka tidak hairanlah di masa depan akan ada lebih
ramai 'Nizar' dan ketika itu nasi sudah jadi bubur”
Semalam juga telah dimaklumkan dah
ramai buat 'report' polis pasal Nizar tu dan Kawan juga dah baca kenyataan
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif dah tubuh pasukan petugas
untuk siasat Nizar di bawah Akta Hasutan.
Para sahabat yang mengulas isu itu
berharap akan ada satu perlaksanaan tindakan tegas sebagai pengajaran pada
semua pihak dan pingat Datuk Seri itu ditarik balik.
Kita hanya boleh tunggu apa rakyat
Johor terutama pembesar negara yang berkuasa terutama dari negeri Johor nak
buat.
Monday, May 28, 2012
Najib akan diserang dengan berbagai-bagai cara... |
ISU Scorpene sengaja ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran
Pak Lah sebagai senjata terakhir untuk memastikan PM Najib tidak akan ditabalkan
sebagai pengganti beliau dan setelah gagal mengubah takdir di mana Najib telah
dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan
harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.
Seperti
yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk
menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan
macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan.
Dalam
kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan
serangan awal bagi pihak mereka. Sebagai
permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina
dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di Mahkamah
Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam
tersebut.
Isu ini dikatakan berkait rapat dengan
pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba
digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.
Penyelaras
Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian
komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”
Seperti
yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi
pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan PM Najib dengan apa jua cara.
Tetapi,
apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu
memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan
berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.
Kos
pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak
boleh dibentangkan secara terperinci.
Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai
strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing. Jika soal pertahanan dibentangkan secara
terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.
Apa
yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal
selam Scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion.
Dari
jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA
(Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated
Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam.
Bakinya,
iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun
kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan
kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena,
Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.
Semua
ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.
Merujuk
kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas,
iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan
kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang
timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna
Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara
percuma?
Ini kerana, dokumentasi
transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah
EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.
Secara
dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:
- menyediakan kediaman lengkap bagi 27
keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.
- Menyediakan pejabat urusan dan kediaman
lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara
pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.
- Membayar elaun harian dan elaun krew
kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan
EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.
- Membiayai kos penerbangan pergi-balik
setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan
sekali.
- Syarikat ini juga bertanggungjawab
memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat
yang berpotensi untuk menyertai program offset.
- Membantu kontraktor utama berhubung
prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.
- Menyelaras latihan antara krew,
kontraktor dan kerajaan.
- Menyediakan laporan koordinasi dan
lain-lain lagi.
Scorpene kebanggaa negara! |
Maka,
sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah
komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di
atas?
Hakikatnya,
bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan
yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar
dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini.
Yang
pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama
sekali.
Kesungguhan
pihak ini untuk menjatuhkan PMNajib sehingga sanggup mengupah penulis
yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk
mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan
Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara,
mula menimbulkan persoalan.
Dari
cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang juga
ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut?
Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia
hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa
bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan
juga.
Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan
pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene
ini. Tidak mustahil kita akan menemui
sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang…
Bila Nik Aziz diberhalakan! |
MARAH sungguh kepimpinan dan
ahli-ahli PAS bila Nik Aziz dituding sebagai Bapak Kafir oleh bekas Ketua Polis
Negara,Rahim Noor malah mereka menganggap kenyataan tersebut adalah satu
penghinaan kepada Nik Aziz yang mereka panggil dan dendangkan sebagai Tok Guru
itu.
Bertempik menggila kalangan
mereka termasuklah Dewan Ulamak PAS Kelantan yang turut mengheret Majlis Fatwa
Kebangsaan untuk menyegerakan fatwa khas berhubung tuduhan tersebut kononnya
bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai kerana kenyataan tesebut menghina
ulamak,itu kata mereka.
Ulamakkah Nik Aziz
ini?Penanda aras mana yang digunakan untuk mengangkat Nik Aziz itu sebagai
seorang ulamak hingga tidak boleh dihina,diusik dan disentuh langsung sedangkan
selama ini perkataan kafir sudah jadi makanan harian serta pakain Nik Aziz yang
akan mengkafirkan sesiapa sahaja yang menentang beliau ataupun yang tidak
menyokong parti PAS.
Apakah Nik Aziz sahaja yang
boleh menuduh orang lain kafir?Mustahak sangatkah Majlis Fatwa Kebangsaan untuk
bersidang sedangkan Nik Aziz sendiri menghina serta mencerca majlis tersebut atau Nik Aziz mahu
memperalatkan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk kepentingan politik PAS menjelang
PUR13 nanti.
Nik Aziz sudak terlalu bodoh,tidak tahu membezakan manusia dengan syaitan,sudah buta mata hati untu menilai yang mana pemimpin bermoral dan tidak bermoral malah tindakan Nik Aziz yang menyokong gerakan-gerakan kafir yang menghina agama juga boleh disifatkan bahawa Nik aziz telah mengkafrikan dirinya sendiri.
Sudah berapa ramai orang
yang dikafirkan oleh Nik Aziz malah berjuta ahli UMNO dikafirkan Nik Aziz kerana
menyokong parti ini dan Nik Aziz juga turut celupar apabila mengeluarkan
kenyataan sesiapa sahaja yang menyokong UMNO akan masuk neraka dan PAS
menjanjikan syurga sedangkan semua orang tahu hanya Dajjal yang menjanjikan
syurga ini.
Nik Aziz rasa sakit bila dituduh
sebagai Bapak Kafir dan Dewan Ulamak PAS Kelantan rasa sakit bila Tok Guru
mereka dilabelkan Bapak Kafir oleh Rahim Noor dan tahukah mereka ini bahawa
berjuta lagi yang menanggung rasa yang sama bila Nik Aziz tanpa segan
silu,tanpa rasa bersalah menuding orang lain sebagai kafir,iblis dan setan.
Tak reti beza Islam dan kafir.. |
Yang menentang Islam dijulang,dipuja.. |
Sami Buddha ke? |
Nik Aziz dalam usia yang
sedang menunggu mati ini,yang mulutnya harus digunakan untuk membutirkan wirid
serta zikir tetapi masih memilih untuk
memaki hamun sesiapa sahaja yang tidak sealiran politik dengannya dan ludah
beliau selama ini menimpa mukanya sendiri.
Dalam saat kubur kata
mari,rumah kata pergi ini Nik Azik masih enggan bertaubat dan masih menyokong
segala usaha perpecahan dalam masyarakat,menyokong perbalahan kaum dan paling
malang sekali bila beliau terus mempertahankan tindakan kafir-kafir dalam
pakatan pembangkang menghina agama,bangsa dan negara.
Baik Nik Aziz ataupun Dewan
Ulamak PAS Kelantan.mereka tidak perlu merasa syugul kerana inilah pembalasan
terhadap keceluparan dan kemajalan pimpinan Nik Aziz selama ini malah Rahim
Noor dapat menghidu belang pembohongan dan penipuan agama yang Nik Aziz lakukan
selama ini.
Mengheret dua tiga kerat
anak-anak muda yang belum habis belajar Feqah dan Tauhid berdemontrasi di depan
pejabat NST di Bangsar sekali lagi mencerminkan sikap tidak sekolah anak-anak
muda yang buta mata hati dengan perjuangan PAS serta Nik Aziz ini.
Nik Aziz perlu muhasabah
diri dan mencari sebab mengapa beliau digelarkan Bapak Kafir sedangkan pemimpin
lain diberikan gelaran yang baik-baik seperti Bapa Kemerdekaan,Bapa Perpaduan
dan sebagainya tetapi beliau digelarkan dengan gelaran sedemikan hina dan Nik
Aziz masih bernasib baik kerana tidak ada lagi orang menggelarkan beliau
sebagai dajjal akhir zaman.
Friday, May 25, 2012
Hassan perlu jawab Konathan Smith! |
BUKU dalam talian The ‘I’
Files oleh Jonathan Smith yang membongkar kisah-kisah Anwar kini mula
diperkatakan umum. Seperti yang ditulis
sebelum ini iaitu kebanyakan kisah yang
diceritakan adalah rahsia umum, setidak-tidaknya bagi para pemerhati politik veteran.
Kisah Anwar kahwin lari,
bapa Wan Azizah mengamuk ingin menembak Anwar bukanlah sulit walaupun mungkin
ramai anak-anak muda hari ini belum pernah mendengarnya. Malah, kisah-kisah bagaimana beliau ditaja
oleh kumpulan ektremis Islam, pendokong Wahhabi juga sudah pernah
didedahkan.
Penglibatan beliau dengan
International Institute of Islamic Thought (IIIT) sememangnya diketahui
ramai. Apa yang menarik ialah Smith
tidak pula (atau belum lagi) menghuraikan berkenaan IIIT secara
terperinci. Kita percaya bahawa lokasi
IIIT di Langley, yang juga menempatkan pejabat CIA bukanlah satu
kebetulan. IIIT adalah diwujudkan oleh
CIA.
Menurut beberapa sumber, hasil
penyelidikan pemikiran umat Islam oleh IIIT digunakan oleh CIA untuk
memanipulasi, melaga-lagakan dan memusnahkan negara-negara Islam secara halus
dan tersusun.
Melalui IIIT juga diwujudkan
Muslim fanatik, Muslim liberal di seluruh dunia bagi mengekang Muslim
fundamental iaitu yang berfahaman sederhana selaras dengan ajaran Islam
sebenar.
CIA tahu bahawa Muslim
fanatik akan secara automatik akan bertelagah dengan Muslim fundamental. Jika perlu, CIA akan menimbulkan isu melalui
agen-agen mereka di negara-negara berkenaan, menyemarakkan kebencian sehingga
memabawa kepada kekecohan dan mungkin juga perang saudara dan
pemberontakan.
Apabila negara-negara Islam
mula lemah akibat pertelagahan sesama sendiri, barat akan memberi sokongan, bantuan malah
dana untuk mengembangkan fahaman liberal di negara-negara tersebut melalui
berbagai sudut, bentuk dan cara.
Maka kita wajar faham bahawa
tajaan wang yang dikatakan diterima oleh Anwar dari kumpulan ektremis Islam
tadi adalah berakar umbi dari barat, iaitu CIA juga - mungkin pada ketika itu,
tanpa disedari oleh Anwar mahupun kumpulan-kumpulan ektremis Arab itu
sendiri.
Yang jelasnya, hari ini,
kita tahu bahawa Anwar memang cukup sedar mengenai tangan-tangan CIA di dalam
IIIT. Tidak mungkin beliau tidak tahu
kedudukan sebenar apabila namanya terletak sebaris dengan tokoh-tokoh Yahudi
Zionis dan Muslim liberal di dalam beberapa pertubuhan yang berkait rapat
dengan CIA.
Selain wang dari kumpulan
ektremis Islam, Smith menyebut satu lagi punca kewangan Anwar yang mungkin
belum pernah diketahui sebelum ini, iaitu Petronas dan bagi pihak rakyat Malaysia
keseluruhannya, kita yakin inilah yang menjadi persoalan utama yang timbul dari
4 bab buku ini.
Menurut Smith, data kewangan
Petronas yang memusykilkan telah pun dibawa ke perhatiannya lama sebelum Anwar
mula menunjukkan warna sebenar kepada Malaysia.
Pada mulanya, pekerja bawahannya telah
mengesan penjualan minyak Petronas dalam jumlah yang kecil, tetapi di bawah
harga pasaran. Namun, beliau telah
menganggap bahawa ianya terlalu kecil untuk dikesan atau diberi perhatian pada
waktu itu.
Nama Hassan Marican
kemudiannya muncul di dalam fail risikannya pada tahun 1990, sebagai seorang
yang berkait rapat dengan Anwar yang merupakan juniornya di MCKK.
Menurut rekod juga, bapa Hassan pernah
bekerja dengan bapa Wan Azizah pada tahun 1970an. Anwar dikatakan membawa Hassan masuk ke
Petronas dan menolaknya terus ke tampuk kuasa
tertinggi syarikat tersebut pada 1995.
Tun Mahathir agak sangsi
pada mulanya kerana Hassan baru berumur 43 tahun pada waktu itu, bagaimanapun,
beliau mempercayai penilaian Timbalannya lalu bersetuju dengan perlantikan
Hassan.
Memainkan harga minyak
hanyalah perkara kecil bagi kedua-dua bekas MCKK ini. Apa yang lebih hebat ialah bagaimana mereka
membentuk rangkaian yang melibatkan pembinaan, pembelian dan perkhidmatan
melalui Petronas yang bernilai berbillion pound.
Dana dari rangkaian Wahhabi-CIA
dan Petronas serta entah berapa billion lagi dari berbagai sumber lain itulah
yang digunakan oleh Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan pada waktu itu, untuk membina sokongan dan empayar tersendiri
sekali gus, menjatuhkan Tun Dr. Mahathir.
Memandangkan Wahhabi atau
CIA bukanlah perkara yang dekat dengan rakyat Malaysia, maka kita letakkan dua
perkara ini ke tepi dan biarlah Anwar atau kerajaan atau entiti yang lebih
besar menangani mereka.
Sebagai rakyat marhaen, kita
hanya ingin tahu apakah benar Petronas telah secara tidak langsung menaja
seorang pengkhianat, peliwat dan penzina untuk menjadi Perdana Menteri negara
kita? Dan benarkah Hassan Marican terlibat
sama?
Petronas dan Hassan wajib
menjawab kemusykilan rakyat.
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?11 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-