Thursday, July 26, 2012
Lajim pengkhianat parti... |
ATAS alasan apa sekalipun
tindakan Lajim Ukin yang akan meninggalkan UMNO adalah tindakan paling biadap,jahat,kotor
serta keji dan inilah tindakan yang paling tidak bermaruah serta beradab dalam sejarah
politik tanahair yang dipamerkan oleh beliau sekailgus membuktikan bahawa
beliaulah pembeot parti yang paling hina kalau mahu dibandingkan dengan beberapa
nama sebelum ini.
Sikap berpaling tadah Lajim
Ukin di saat beliau masih memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan serta meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagia Beufort
membuktikan bahawa beliau meletakkan kepentingan peribadi lebih utama daripada
mempertahankan maruah UMNO serta Barisan Nasional.
Lajim yang mengaku pejuang
tetapi takut kalah dan sebelum kalah 29 haribulan Julai nanti beliau akan
mengumumkan untuk keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan
Rakyat.Beliau begitu yakin BN akan tumbang dan ibarat kata pepatah,dahan belum patah cuma baru bergoyang,Lajim sudah menjadi seperti beruk melompat mencari dahan lain.
Lajim Ukin sudah pun
menghantar jemputan kepada rakan-rakan beliau untuk hadir di majlis Berbuka Puasa
di rumahnya di Beufort dan turut dihadiri oleh Hadi Awang,Lim Kita Siang serta
Anwar Ibrahim pada 29 Julai 2012 nanti.Kali ini Lajim sudah tidak berteka teki
lagi apabila segala ugutan dan tekanan diberikan kepada Perdana Menteri tidak
dipedulikan kerana pada tarikh itu jugalah beliau akan mengistiharkan keluar
UMNO untuk menyertai pembangkang.
Biarpun Lajim ada sejarah
lompatnya namun lompatan di saat UMNO dan BN sedang bersiap sedia untuk
mendepani PRU13 cukup jahat serta paling tidak bermoral dilakukan oleh ahli politik veteran seperti
beliau kerana dalam saat mahu berperang Lajim menukar kem dan menggunakan senjata yang
diberikan UMNO dan BN untuk membunuh rakan-rakan beliau dalam UMNO dan BN.
Lajim juga boleh kita
sifatkan sebagai pemimpin penipu kerana sebelum ini apabila ditanya adakah
beliau akan menyertai PKR menolak kenyataan tersebut tetapi rupa-rupanya beliau
menggunakan kedudukannya sebagai MT UMNO,Timbalan Menteri dan MP Beufort adalah
untuk mengugut kepimpinan pusat serta negeri supaya tunduk kepada segala
desakannya.
Tindakan Lajim ini juga dikatakan
berpunca daripada keyakinan beliau bahawa UMNO dan Barisan Nasional akan kalah
dalam PRU13 nanti bukan sahaja di Sabah tetapi diseluruh Malaysia dan sebagai
persiapan awal, untuk meneruskan survival politik beliau,beliau akhirnya
memilih untuk meninggalkan rakan-rakan yang lain dalam UMNO dan Barisan
Nasional untuk menyelamatkan dirinya sendiri dan faktor kononnya perjuangan beliau
adalah untuk rakyat Sabah hanyalah rekaan politiknya semata-mata.
Malah Lajim juga bertindak
sedemikian kerana termakan dengan janji-janji Anwar Ibrahim yang akan melantik
beliau sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya pembangkang berjaya menumbangkan
BN dalam PRU13 nanti dan tidak cukup dengan itu Lajim juga dijanjikan
jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Anwar (besar sungguh cita-cita politik Lajim ini).Elok jugalah Lajim
diperbodohkan oleh Anwar,dulu di Sarawak pun Baru Bian dijanjikan Ketua Menteri
Sarawak tapi akhirnya Baru Bian angkat sumpah di depan gambar Anwar sahaja.
Lajim yang selama ini kita
anggap bijak bermain politik tetapi sejak menukar buah pinggangnya,beliau jadi
terlalu mudah untuk diperbodohkan dan UMNO serta BN diyakini tidak akan meratap
hiba dengan kehilangan parasit seperti Lajim ini dan lebih memudahkan UMNO dan
BN membuat pembersihan dalam parti.
Untuk PRU13,PM dan Musa Aman harus
mengenalpasti pemimpin yang setia pada parti dan tidak meninggalkan medan
perjuangan walau dengan apa cara sekalipun untukk dipilih sebagai wakil BN ataupun UMNO dalam
PRU nanti.
Huduh dan busuknya lagi permainan
politik Lajim ini walaupun dalam masa beliau menyandang jawatan Timbalan Menteri,beliau masih mampu menebalkan muka menjaja jawatannya termasuklah
bertemu dengan Nik Aziz di Kelantan baru-baru lalu dan kalau betullah dia
bermaruah serta berwibawa sejurus selepas meletak jawatan sebagai Ketua
Bahagian Beufort,dia mengosongkan pejabatnya tetapi beliau masih menggunakan
taktik ugut dan mendesak Perdana Menteri untuk tunduk kepada 21 desakannya
termasuklah mahu Musa Aman mengosong kerusi Ketua Menteri Sabah dalam masa 15
hari.
Kita percaya dengan
pengkhianatan yang dilakukan oleh Lajim terhadap parti dan kerajaan ketika
ini,maka akan pecah berderailah segala kerakusan Lajim dan tidak pelik kalau dilihat sikap rakus dan tamaknya mengejar jawatan Ketua Menteri,beliau juga rakus
menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Persekutuan ataupun sebelum
ini pernah menjadi Menteri di beberapa Kementerian dalam kerajaan Negeri Sabah
serta Ketua Merinyu Projek di Jabatan Ketua Menteri Sabah sewaktu menyandang ADUN Klias.
Malah ada yang mendakwa Lajim
Ukin lebih korupsi daripada semua pemimpin dari Sabah dan pemerhati politik
tidak hairan apabila laporan daripada SabahKini.Net yang mendedahkan hubungan
kontrak serta projek dengan Shafie Afdal.Apa pula hubungan Shafie dengan Lajim
ini?Mengapa nama Shafie ditimbulkan sedangkan projek-projek tersebut adalah berbentuk tender terhad yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan tidak ada kaitan dengan Shafie.Mengapa nama Shafie ditimbulkan?Adakah ada agenda lain dipihak Lajim yang turut mahu membunuh karekter Shafie sebagai Menteri Pusat?
Shafie diheret dan dituduh bersekongkol dengan tindakan Lajim ini terutama membabitkan projek Pembangunan Luar Bandar
bernilai RM150 juta, Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan
Montineor-Halogilat sepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta namun Lajim
memekak kononnya kedudukan beliau sebagai MP Beufort tidak dibantu oleh Kerajaan
Pusat.
Projek Jalan Montineor-Halogilat ini termasuk
dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah kerana difahamkan sebagai 'Projek
Top-Up' sekalipun dikategorikan sebagai Jalan Luar Bandar(JLB) oleh KKLW;
tetapi terlalu tinggi iaitu RM6.83 juta bagi satu kilometer sedangkan kos
pembinaan jalan baru dan berturap di Sabah antara RM2 hingga RM3 juta (kos
naiktaraf hanya RM1 juta).
Projek HQ.191/2011(F) bagi
kerja-kerja Naiktaraf Jalan Montenior-Halogilat, Beaufort, telah ditawarkan
kepada Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. pada 15 Disember 2011
dengan kos RM 81,536,660.10 oleh Jabatan Kerjaraya sebagai Penyelia Projek
setelah dipersetujui oleh Agensi Pelaksana, KKLW.
Syarikat Kumpulan Kemajuan
K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. yang dimiliki Abd Kahar Bin Bacho, Faridah Ang Mei Ling
dan Sahlih Bin Sirin sebelum ini pernah melaksanakan Projek Pembinaan Kem
Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Batalion Infantri Standard,
Kem Kubota, Tawau, Sabah pada 26 Januari 2011 dengan kos RM 61,867,858.10 dan
Projek Naiktaraf Jalan Apin-Apin-Kg. Bundu-Kg. Tiga (Design & Build) pada
30 Julai 2007 dengan kos RM 18,585,154.87.
Semua projek Kerajaan
Persekutuan ini dikaitkan dengan Lajim dan belum terdedah lagi beberapa
penyelewengan sewaktu Lajim menjawat Menteri Pertanian Sabah satu ketika dulu
dan mereka ini semua sedang menunggu pengistiharan rasmi Lajim keluar dari UMNO
dan dipercayai Sabah terutama sekali di Beufort akan bergegar kisah Lajim
Ukin,pembelot serta pengkhianat yang mencipta sejarah ini.
Kita tidak tahu mengapa nama Shafie diheret dalam tindakan Lajim serta beberapa orang lagi inidan kita amat berharap semua itu fitnah dan kita juga harap pemberian projek oleh Kementerian Kewangan
kepada suku sakat ataupun Lajim sendiri bukanlah umpan untuk memalukan Najib
serta Musa Aman tetapi adalah kerana kemampuan syarikat itu dan kita juga berharap
siasatan SPRM tidak menemukan keterlibatan Lajim dalam kes rasuah termasuklah
projek Sisa Pepejal di Kementerian Lajim sebelum ini.
Kita tunggu episod seterusnya
Lajim Ukin ini…adakah beliau akhirnya akan seperti dulu sujud dan minta ampun
serta maaf kepada Pairin Titingan kerana mengkhianti parti itu dan bila kena
tipu dengan Anwar,beliau juga akan sujud dan minta maaf dalam bentuk yang sama terhadap
PM Najib serta Musa Aman.
Berulangkah kisah pengkhianat di Sabah? |
APAKAH ada muslihat politik lebih
besar pada sandiwara yang dimainkan oleh Lajim Ukin dan Datuk Welfred Bumburing
kerana dalam politik, tiada siapapun boleh menang jika permainan politik dilakukan
sendirian malah kemenangan dalam politik ditentukan oleh kumpulan berserta
massa yang mendokongnya.
Apakah Lajim dan Bumburing merupakan`
prime mover’ kepada gelombang lebih besar? Siapa-siapa kah yang terlibat di
mana pada masa ini masih bermain di belakang layar kerana dalam sejarah politik
Sabah, setiap pemimpin kerajaan yang menentang kerajaan, biasanya mempunyai
muslihat yang lebih besar dibelakangnya.
Tahun 1976, Tun Mustapha dengan
Usnonya dijatuhkan oleh pemimpinnya sendiri, apabila Menteri Kewangan masa
itu-Datuk Harris Salleh menubuhkan parti Berjaya dan mendapat kerjasama
dibelakang tabir daripada pemimpin pusat serta TYT masa itu- Tun Mohd Fuad
Stephen.
Demikian juga pada tahun 1985,
apabila Berjaya ditumpaskan oleh PBS, apabila Pairin dipecat daripada Berjaya
kemudian disertai oleh kumpulan pemimpin parti Berjaya.
Peristiwa yang sama berulang pada
tahun 1994, apabila tiga orang pemimpin PBS keluar parti menyertai BN, yang
mengakibatkan jumlah ADUN PBS di DUN Sabah menjadi minoriti, akibatnya BN
membentuk kerajaan dan melantik Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) sebagai Ketua
Menteri dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah-atas ilham mantan Perdana
Menteri-Tun Dr Mahathir Mohammad.
Apakah keadaan yang sama berulang
dengan tindakan Lajim dan Bumburing? meskipun caranya berbeza, kerana tindakan
dua pemimpin BN ini tidak mengubah status quo kerajaan.
Kita sama-sama maklum, bahawa mandat
kerajaan sekarang akan berahir pada Mac,2013-yakni berbaki 7 bulan lagi, atas
sebab itu pilihanraya umum perlu diadakan. Ada yang memperkirakan, bahawa
PRU-13 akan diadakan selepas bajet yang dibentangkan pada ujung September ini
di Dewan Rakyat.
Dipihak BN, ramai yang meremehkan
tindakan Lajim dan Bumburing; malah ada yang mengucapkan selamat berjuang
kepada mereka. BN menurut para pemimpin BN sendiri akan berkerja lebih kuat
untuk memastikan bahawa tindakan dua pemimpin BN itu tidak berimpak kepada
performance BN pada PRU-13 akan datang.
Yang pasti itulah anggapan para
pemimpin BN, kerana tiada siapapun tahu movement dua pemimpin itu-apakah mereka
merupakan prime mover kepada gelombang yang lebih besar.
Sejak tahun 2008, memang tidak dapat
dinafikan ada beberapa pemimpin BN yang bersuara lantang, antaranya Timbalan
Presiden LDP, MP Kalabakan dan ADUN Pantai Manis serta Presiden UPKO; selain
daripada mereka itu, keadaan adalah under control di bawah kepimpinan Datuk Musa
Aman.
Di pihak pembangkang pula memberi
gambaran bahawa gerakan bermula daripada Tuaran dan Beaufort, kononnya
akan menukar lanskap politik Sabah pada PRU-13 akan datang. Malah anggapan
mereka itu disokong oleh seorang ahli akademik daripada UiTM cawangan Sabah,
Arnold Poyuk, kononnya BN Sabah akan kehilangan 14 kerusi Parlimen daripada 25
kerusi yang tersedia.
Telah disebutkan diawal tulisan ini,
dalam politik, tiada yang boleh menang dalam sesuatu pilihanraya, jika hanya
bergantung kepada satu atau dua pemimpin. Perkara ini ditambah lagi, dengan
rekod pemimpin yang bertindak menunggah arus-Lajim dan Bumburing.
Lajim dan Bumburing adalah mantan
pemimpin PBS sejak tahun 1985. Mereka berdua senantiasa berada dalam kabinet
negeri. Melihat kepada performance kedua-duanya, tiada rekod yang menunjukkan
bahawa mereka adalah pejuang rakyat, melainkan perjuangan untuk menghidupkan
peluang diri sendiri berserta pengikut setia di kawasan masing-masing.
Melihat kepada kadar pembangunan
kawasan yang mereka wakili, tiadapun bentuk pembangunan yang ketara berjaya
mereka bawah ke kawasan masing-masing selama menyandang jawatan- pembangunan
yang ada, adalah hasil dayausaha secara kolektif beberapa pemimpin
bermula tahun 1994. Sebagai contoh-Jambatan Sitopok di Beaufort dibangun semasa
kerajaan BN sekarang ini, demikian juga Stadium sukan di Tamparuli adalah usaha
Datuk Jahid Jahim- ADUN Tamparuli (Tamparuli sebelum ini diwakili Welferd
Bumburing).
Mengkaji rekod perkhidmatan
kedua-dua pemimpin (Lajim dan Bumburing) tiadapun yang perlu rakyat banggakan,
kecualilah segelintir pengikut yang mendapat habuan.
Walau apapun-dalam politik semuanya
boleh berlaku, namun berasaskan kepada keadaan semasa, jika hanya mereka berdua
yang bertindak melawan arus, percayalah impak yang boleh memudaratkan BN tidak
akan berlaku.
Sebagai nota- Pada 29 Julai ini,
Bumburing akan membuat pengumuman arah tuju politiknya di Dalit Tuaran,
manakala Di Beaufort Lajim akan mengumumkan tindakannya-Kedua-dua majlis itu
akan dihadiri Anwar Ibrahim.Baca Disini.
Chua Tee Yong dedahkan segala bukti dan fakta... |
ISU TALAM beberapa minggu
lalu begitu hebat didedahkan dan penyelewengan yang disertakan dengan bukti
fakta serta dokumen jelas menunjukkan bahawa urusan TALAM penuh dengan segala
kemusykilan dan wujud penyelewengan jelas antara Talam dan Kerajaan Selangor yan
g dipimpin oleh PKR.
Namun segala pendedahan yang
dilakukan oleh Pengerusi Biro
Profesional Muda MCA,Chua Tee Yong seperti mencurah air ke daun keladi kerana
sehingga ke hari ini,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus
berpeluk tubuh tanpa mengambil apa-apa tindakan dan mereka bagaikan menganggap
pendedahan tersebut tidak ada value bagi dilakukan siasatan menyeluruh dan
mendakwa sesiapa sahaja yang terbabit.
Barangkali SPRM menganggap
tuduhan ataupun pendedahan itu tidak perlu dilayan kerana dibuat oleh MCA rakan
kongsi Barisan Nasional tetapi andainya pendedahan itu dibuat oleh PAS,PKR
ataupun DAP,sebelum subuh SPRM telah menunggu di pejabat ataupun dirumah untuk
menyelongkar bagi mencari bukti dan menyita segala premis yang ada kononnya
bagi melengkapkan siasatan.
Seperti ada `double standard’
dalam proses siasatan ataupun tindakan SPRM ini dan makin jelas ketara kalau
mahu dibuat perbandingan dengan mana-mana bekas ataupun pemimpin kerajaan yang
terlibat dalam rasuah ataupun penyelewengan,mereka tidak menunggu masa yang
lama untuk memimpin tindakan dan mendakwa sekiranya cukup bukti terhadap
mana-mana pemimpin kerajaan ataupun Barisan Nasional.
Mengambil contoh tindakan ke
atas Khir Toyo,bekas MB Selangor,Ling Liong Sik,Bekas Menteri Pengangkutan dan
Presiden MCA serta beberapa nama-nama lain,pasukan siasatan SPRM bertungkus
lumus mengerjakan siasatan dan mencari ruang serta peluang untuk menghadapkan
mereka ini di mahkamah dan kalau kalah pun,sekurang-kurangnya mereka Berjaya memalukan
bekas-bekas pemimpin kerajaan ini.
Pendedahan mereka bagai curah air ke daun keladi.. |
Kita mahu bersangka baik
kepada SPRM tetapi apabila melihat MCA seperti mencurah garam ke laut kerana
pendedahan mereka tidak mendapat tempat,kita mula merasakan bahawa SPRM hilang
minat untuk menyiasat kes TALAM CORPORATION ini dan SPRM haris menjadikan
pengakuan kerajaan Selangor dan juga Tony Phua yang mengaku bahawa mereka
tersalah tadbir urus urusan Talam dan kerajaan Selangor.Adakah pengakuan mereka
ini dikira sebagai satu taubat dan SPRM tidak perlu membuka fail mereka?
Kadang-kadang kita mahu
bersetuju dengan pandangan ramai bahawa kebanyakan anggota SPRM adalah
penyokong pembangkang dan lihat sahajalah kes terhadap menantu Nik aziz,Arif ahmi
termasuklah Nik Aziz sendiri betapa mudahnya mereka ini dibebaskan kononnya
tidak terlibat dengan rasuah ataupun penyelewengan dan kita amat yakin andainya
Nik Aziz ataupun Arif Fahmi itu anggota kerajaan ataupun ahli parti UMNO,mereka
ini juga akan diseret ke mahkamah.
Kita melihat dengan jelas
bahawa SPRM bagaikan menutup mata untuk menyiasat pimpinan kerajaan pembangkang
seperti di Kelantan,Kedah,Pulauy Pinang dan Selangor sendiri dan bagi SPRM
seolah-olah negeri pimpinan pembangkang itu maksum serta bersih daripada segala
salah laku rasuah dan penyelwengan.
Isu penyelewengan dalam
TALAM bukan sesuatu yang kecil dan melibatkan dagangan wang tunai yang cukup
besar dan dilihat wujud unsur-unsur penyelewengan yang ketara antara Talam
dengan kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim dan kita juga ingin tahu
apakah SPRM tidak berminat uintuk menyiasat dakwaan Pemikir Muda MCA ini?dan
kalau tidak ada kes penyelwengan,SPRM harus mengeluarkan kenyataan supaya Talam
boleh menjalankan urusan niaganya dengan licin dan tidak ada kecelaruan minda
di kalangan rakyat Selangor.
Adakah SPRM menganggap isu
Talam dan kerajaan Selangor ini adalah isu terpencil,kononnya mereka ada focus yang
lebih besar untuk membenteras rasuah di kalangan pemimpin kerajaan dan Barisan
Nasional daripada membuang masa menyiasat salah laku dalam pimpinan
pembangkang?
SPRM harus menjadi badan
bebas yang bukan sahaja dilihat bebas tetapi memiliki intergriti yang mengatasi
kepentingan lain dan bila KP PAS dalam debat tempoh hari menuding jari kononnya
indeks rasuah Malaysia cukup tinggi,ini sepatutnya dijadikan cabaran oleh
mereka untuk membersihkan segala najis yang ditinggalkan dan siasatan jangan
hanya kepada pemimpin kerajaan tetapi pimpinan pembangkang juga jangan sesekali
mereka terlepas pandang.
Kita menunggu hasil daripada
pendedahan MCA ini dan kita mahu wang
rakyat Selangor diselamatkan dan SPRM jangan menganggap segala pendedahan MCA
itu macam burung kakak tua kerana mereka juga adalah sebahagian dari rakyat Negara
ini yang mahu keadilan ditegakkan dan kepada SPRM andainya pendedahan yang
dibuat oleh MCA itu mengandungi fitnah,mereka ini juga perlu diambil tindakan
kerana pendedahan mereka itu telah mengkacaubilaukan Negara.
Tetapi kita yakin pendedahan
anak-anak muda dalam MCA itu ada bukti dan faktanya Cuma sekarang ini kita
kurang yakin dengan SPRM yang dilihat semakin berat sebelah menguruskan kes
yang melibatkan pembangkang dan kerajaan.
Wednesday, July 25, 2012
Mustafa Ali-barang rejek dalam PAS! |
SIAPA Mustafa Ali untuk mengugut kerajaan supaya menarik
balik slogan `Janji Ditepati’ sehingga memberi tempoh seminggu kepada kerajaan
dan apa masalahnya dengan slogan ini?Siapa yang memerintah?Kerajaan PAS atau
Kerajaan Barisan Nasional?
Kalaulah slogan ini dilihat dari sudut mana sekalipun
termasuklah daripada sudut politik yang memberikan ilham kepada PAS dan
pembangkang untuk mendesak kerajaan menarik baliknya,slogan ini adalah benar dan
tidak ada cacat celanya kerana kerajaan hari ini sedang berusaha untuk menepati
segala janji mereka semenjak Malaysia merdeka 55 tahun lampau
Amanat pejuang-pejuang kemerdekaan sebelum ini mahu Negara dan
rakyat ini makmur dalam menikmati segala kemajuan Negara telah Berjaya dilaksanakan
dengan baik malah kalau melihat slogan ini dari sudut Perlembagaan Negara,kerajaan
yang ada hari ini hampir memenuhi segala aspirasi rakyat. Kerajaan yang sedia
ada sekarang ini sedang berusaha keras mempertahankan agama,bangsa dan Negara,mempertahankan
sebuah Negara bangsa untuk dinikmati kekayaan serta kemakmurannya oleh semua
pihak,dari Perlis sampai ke sabah.
Ketakutan pembangkang terhadap slogan ‘Janji DiTepati’ nampaknya
benar-benar kronik dan mereka bersungguh-sungguh mahu mempastikan agar slogan
tersebut tidak kekal dijadikan tema Hari Kemerdekaan. Alasan mereka bahawa ia tidak memberi
gambaran terbaik berkenaan semangat kemerdekaan.
Slogan yang menakutkan pembangkang! |
Sebab itulah Mustafa
Ali memberi tempoh tujuh hari kepada kerajaan agar menukar tema kepada yang
lebih inklusif atau PR akan mencadangkan tema lain. Nasib baik jugalah beliau tidak mengugut
untuk berdemonstrasi dan menyusahkan orang ramai lagi.
Mustafa Ali juga mengakui bahawa ‘bila orang tengok saja
tema ‘Janji Ditepati’ ini, mereka akan terus ingat kepada BN’.
Justeru, kita tertanya-tanya, mungkinkah beliau cuba
mencadangkan agar tema ditukar kepada ‘Janji Bukan Untuk diTepati’ supaya
mengingatkan rakyat kepada kegilaan mereka yang sentiasa berjanji tetapi tidak
satu pun yang mereka tepati?
Mustafa Ali boleh terpekik terlolong menyalak mendesak
kerajaan menarik balik slogan itu seandainya segala janji-janji mereka dalam Manifesto
PRU12 lalu telah ditunaikan tetapi rakyat mana yang merasai nikmat daripada
pemerintahan pembangkang?
Namun begitu siapakah Mustafa Ali untuk memberi kata dua
kepada kerajaan? Siapakah PAS untuk
mencadangkan tema lain untuk Hari Kebangsaan? Sedangkan di dalam pembangkang sendiri pun PAS
hanya melukut di tepi gantang dan sedang menjadi langau menghurung najis.
Apakah hak Mustafa Ali atau PAS untuk menukar dan menggunapakai tema lain
sebagai tema rasmi Hari Kemerdekaan?
Lagipun, apa yang PAS faham dengan kemerdekaan? Bukankah PAS bersekongkol dengan DAP, adik
beradik PAP yang selamanya memendam cita-cita untuk ‘menjajah’ Malaysia? Bukankah PAS bersekongkol dengan PKR yang
menjadi talibarut Yahudi Zionis dan menerima dana dari mereka? Bukankah
persekongkolan PAS dengan mereka menunjukkan yang PAS tidak menghargai
kemerdekaan?
Ini semua adalah bukti bahawa PAS langsung tidak mempunyai
semangat kemerdekaan tetapi entah kenapa tiba-tiba terasa panas pula dengan
tema ‘Janji DiTepati’ ini ataupun mereka memang menyedari bahawa tema tersebut
ibarat sembilu yang menusuk tajam sum sum mereka hingga mereka merasa pedih
untuk membaca ataupun melaungkan slogan ini.
Sebelum ini, sebuah stesyen TV pernah mengadakan kajiselidik
berkenaan tema Hari Kebangsaan di kalangan orang-orang muda, dan hasilnya
mendapati ramai yang langsung tidak tahu menahu mengenainya. Jelas, tema adalah soal kecil sebelum ini
yang tidak mendapat perhatian sesiapa tetapi menjadi begitu besar hari ini
kerana PAS memperbesarkannya.
Dengan memperbesarkan soal tema Hari Kebangsaan, Mustafa Ali
seolah-olah telah membuat deklarasi bahawa pembangkang adalah parti yang tidak
menepati janji dan memang pun mereka begitu,tabor janji sana sini hanya kerana
mahu menang pilihanraya tetapi bila menang,mereka menjadi seperti biawak yang
lidahnya bercabang-cabang.
Jika inilah masalahnya, maka yang perlu diubah bukanlah tema
Hari Kebangsaan, tetapi sikap pembangkang itu sendiri dan mereka harus melihat tema
tersebut dari sudut perjuangan Negara bangsa serta tidak menjadikan perbedaan
fahaman politik sebagai jarak untuk memisahkan pengertian kemerdekaan dengan
kemunafikan puak-puak mereka ini.
Pembangkang selama ini baik di Selangor,Pulau
Pinang,Kelantan dan Kedah telah pun menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab
dan amanah mereka hingga rakjyat terpedaya dengan segala janji-janji yang
mereka taburkan tapi akhirnya mereka menipu rakyat dan bila kerajaan melafazkan
Janji Ditepati,pembangkang mula serama sejuk.
Janji Ditepati juga wajar dilihat dalam konteks yang lebih
luas iaitu ‘tanggungjawab’ atau ‘amanah’.
Sikap bertanggungjawab dan beramanah inilah yang memastikan kemerdekaan
negara ini berkekalan.
Maka jelaslah bahawa tema ‘Janji DiTepati’ adalah inklusif
dan padat bagi menggambarkan Malaysia hari ini yang kekal merdeka, makmur, aman
dan maju kerana komitmen kerajaan dan rakyat untuk berpegang pada janji.
Mungkin ini terlalu pahit untuk ditelan oleh Mustafa Ali dan
pembangkang, tetapi ini adalah hakikat dan orang yang jujur tidak akan punya
masalah untuk menerima hakikat ini.
Tuesday, July 24, 2012
Lim Kit Siang zaman 13 Mei.. |
PENASIHAT Kebangsaan DAP,
Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen
komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah
Islamiah JI).
Reaksi spontan Kit Siang
terhadap kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis
Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin
Muda Negara di Parlimen 19 Julai lalu harus difahami dalam konteks sejarah penubuhan
DAP dan kaitan parti itu dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Bagi golongan muda yang
tidak melalui peristiwa berdarah 43 tahun lalu mungkin tidak begitu mengerti
mengapa tokoh veteran DAP itu amat marah terhadap dakwaan tersebut, tetapi
generasi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri tragedi paling dahsyat
dalam sejarah negara itu sudah tentu memahami sebab musabab reaksi cacing
kepanasan beliau.
Sejarah awal penubuhan DAP
mempunyai kaitan rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action
Party - PAP ) yang di tubuhkan pada tahun 1954.Antara pelopor awal PAP
ialah Lee Kuan Yew yang bertindak sebagai setiausaha agung parti itu.
Sejurus Singapura berpisah
daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti itu di negara
ini dibatalkan sebulan kemudian.Maka untuk meneruskan agenda
PAP yang 100 peratusnya adalah pro-Cina, Devan Nair, Ahli Parlimen Bangsar
ketika itu berusaha menghidupkan kembali parti itu dengan mendaftar sebuah
parti baru dipanggilParti Tindakan Rakyat tetapi
ditolak oleh pendaftar pertubuhan kerana mempunyai persamaan dengan PAP dari
segi nama.
Devan Nair lalu menukar nama
tersebut kepada Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP)
yang diluluskan secara rasmi pada 19 Mac 1966.DAP yang baru ditubuhkan itu
dipelopori pula oleh Kit Siang yang dikatakan mempunyai pertalian famili dengan
Kuan Yew yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Dari segi lambang parti,
prinsip perjuangan dan cara berpolitik, tidak ada bezanya antara DAP di Malaysia
dan PAP di Singapura.
Maka tidak hairanlah
sehingga ke hari ini generasi pemimpin baru DAP seperti anak Kit Siang, Lim
Guan Eng meneruskan tradisi berkiblat kepada PAP terutamanya setelah parti itu
memerintah Pulau Pinang.
Bukankah Guan Eng sendiri
mengaku bahawa beliau sering melakukan lawatan ke Singapura setiap dua minggu
untuk bertemu mentor besar DAP, Kuan Yew serta mendapatkan arahan-arahan
spesifik berhubung gerakan kerja politik parti itu di Malaysia?
Apabila DAP dan Gerakan
(ketika itu masih menjadi pembangkang) menang besar di Selangor pada pilihan
raya umum tahun 1969, kedua-dua parti itu menjadi besar kepala.
DAP menggunakan kebebasan
bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa Melayu
dengan kata-kata kesat dan mengaibkan dalam perarakan besar-besaran di Kuala
Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara.
Baru sahaja 12 tahun kaum
Cina diberi taraf kerakyatan penuh melalui dasar 'jus soli' sebagai salah satu
syarat utama Inggeris untuk kemerdekaan, orang Cina sudah naik tocang.
Menurut Laporan rasmi Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak
Hussein, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka
dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus
kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa.
Sehari setelah melenting,
Kit Siang bertukar nada dengan mengatakan parti itu ingin bekerjasama dengan
Barisan Nasional untuk menghindari tragedi 13 Mei berulang.Tujuannya ialah untuk
menutup dosa besarnya sebagai pengerak utama 13 Mei dan membasuh tangannya yang
berlumuran darah rakyat tidak berdosa
yang didalangi tidak lain tidak bukan oleh Kit Siang sendiri.
Slogan yang dicanang oleh
Kit Siang dan pemimpin DAP Cina lain pada perhimpunan dan perarakan mereka yang
menjurus kepada peristiwa berdarah 13 Mei ialah "Malai si" yang
bermakna "Mati Melayu".
Pada 11 Mei penyokong DAP
berteriak:-
"Apa polis boleh buat,
kita raja. Buang sama polis Melayu."
Di Jalan Bukit Bintang pada
hari yang sama, DAP melaung:
"Mati Melayu, sakai
pergi masuk hutan."
Di Jalan Changkat Dollah
pula mereka mengapi-apikan bahawa:
"KL sekarang Cina
punya."
Sehari kemudian pada 12 Mei
di Jalan Ipoh dan Jalan Tunku Abdul Rahman, penyokong DAP menjerit:
"Melayu balik kampung,
Melayu sekarang tidak ada kuasa. Sekarang kita Cina sudah 'control'."
Malah sejarah mencatat kenyataan
angkuh Kit Siang sendiri di Jalan Khir, Kampung Baru, di hadapan orang Melayu
ini denga berkata:
"Melayu keluar! Apa
lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa."
Keesokan harinya pada 12 Mei
di hadapan Balai Polis Jalan Pudu, penyokong Cina DAP terus melaungkan:
"...semua Melayu kasi
habis, kasi halau semua polis."
"Apa ini Melayu, kita
sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata
lancau."
Hari yang sama mereka juga
mengutuk bangsa Melayu di Jalan Canvel:
"Butuh Melayu, Malai
si, pergi mati Melayu."
Di Jalan Bukit Bintang, DAP
pula berkata;
"Ini negeri bukan
Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu."
Hakikatnya, DAP tidak akan
bertukar menjadi sebuah parti yang
memperjuangkan hak-hak bangsa Melayu dan pribumi kerana sikap rasis dan
perkauman tebal sudah menjadi darah daging mereka.
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?11 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-