Tuesday, February 28, 2012
Jangan bohong! |
BADRUL
Amin cuba mengheret nama Tengku Mahkota Pahang,Tengku Abdullah bagi
menyelamatkan dirinya daripada tuduhan berkhalwat dengan isteri orang di
Kuantan baru-baru ini dan tindakan terbaru Badrul Amin ini cukup membuktikan
beliau tersepit dengan tuduhan tersebut.
Tindakan
mengaitkan Tengku Mahkota ini merupakan satu lagi tindakan yang paling tidak
bermoral oleh Ustaz Celup ini selain mengambil kesempatan memprorak perandakan
rumahtangga orang lain dengan memancing isteri orang untuk berkhalwat dengannya
di hotel tersebut.
Katanya, kes berkenaan mendapat
perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.
"Dan rupanya kes saya ini juga
diberikan perhatian oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah yang memang
mengenali saya secara peribadi, yang dua kali saya dijemput berceramah dalam
majlis beliau.
"Dan beliau tadi mengarahkan
orang kanannya bertemu saya, mendengar sendiri versi saya dan berbincang
sendiri dengan lawyer
saya.
"Dan gambaran yang diberikan
ialah kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan
perbuatan fitnah, perbuatan jijik Umno yang tidak sudah-sudah menggunakan alat
fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang," katanya.
Sebagai
orang yang dilihat kononnya beragama, kita cabar Badrul Amin dan pasangannya
melakukan sumpah mubahalah bahawa mereka tidak melakukan khalwat dan jauh
sekali antara mereka terlibat dengan zina.
Mereka
tidak perlu berdolak dalik dengan menyalah kan orang lain termasuklah
mengaitkan UMNO yang menjadi perancang disebalik kejadian khalwat itu malah
tindakan Badrul dan pasangannya yang mengatakan bahawa tangkapan tersebut
adalah fitnah terancang merupakan sesuatu yang tidak masuk akal.
Kokok berderai,ekor gelumang tahi! |
Badrul
Amin tidak ada jalan lain kalau benar-benar beliau merasakan difitnah,diperangkap
atau sebagainya,jalan terbaik untuk beliau adalah bersumpah laknat.Begitu juga
dengan wanita tersebut-bersumpahlah dengan nama Allah bahawa mereka tidak
melakukan itu semua dan kita percaya Allah akan tunjukkan kebenaran ataupun
balasanya kepada sesiapa sahaja.
Penjelasan
yang Badrul berikan juga membuktikan bahawa wujud kejadian khalwat di antara
mereka dan mengikut sumber-sumber tertentu hubungan kedua pasangan haram ini
telah berlaku sekian lama tetapi mereka berjaya menyembunyikannya hinggalah
tertangkap perbuatan sumbang mereka ini.
Bila
Badrul Amin mengaitkan Tengku Mahkota Pahang yang kini difahamkan berada di
Korea Selatan,beliau sebenarnya sedang mencari talian hayat untuk menyelamatkan
maruah beliau dan keluarganya dan ada juga sumber mendakwa bahawa ada
pihak-pihak tertentu sedang berusaha untuk membayar dengan harga yang mahal
suami wanita terbabit supaya kes tersebut tidak dipanjangkan sehingga ke
mahkamah.
Sebagai
orang yang kononnya dilihat beragama dan mempunyai pengetahuan keagamaan yang
tinggi,Badrul Amin sebenarnya dilihat cukup keji.teramat jijik sekali dan
wajarlah suami wanita terbabit memukul beliau walaupun sebenarnya ketika itu
Badrul Amin dan pasangan wajar direjam dengan batu ataupun disembelih lehernya.
Badrul
Amin sedang berusaha untuk membuktikan beliau adalah suami kepada isteri –isteri
yang cukup baik dan juga untuk menyelamatkan maruahnya yang mencari makan
dengan menjual kaset-kaset yang kononnya penuh dengan motivasi,ibarat orang
sedang lemas beliau akan cuba berpaut di apa sahaja keadaan untuk
mengelakkannya lemas.
Badrul
tidak perlu menyalahkan sesiapa termasuklah wanita tersebut kerana untuk
membuktikan bahawa beliau telah insaf kerana menceroboh taman kepunyaan orang
lain,beliau harus bertaubat dan wanita tersebut wajib sujud di kaki suaminya
memohon ampun dan beliau akan berdosa sepanjang hayat sekiranya suami beliau
tidak mengampunkan segala kecurangannya itu.
Sunday, February 26, 2012
Mana mereka ini nak letak muka! |
MARI kita nilai penjelasan
Badrul Amin yang telah pun mempunyai dua isteri ini terhadap tangkapan khalwat
yang berlaku terhadap beliau di Hotel Swiss Garden,Kuantan dan apakah ada
rasional di sebalik penjelasan ini dengan stiuasti dengan mengmabil kira
tempat,waktu dan keadaan ketika beliau ditangkap.
Badrul Amin sebelum ini
pernah mengistiharkan Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi yang Allah utuskan untuk
menyelamatkan rakyat dan negara ini daripada segala ancaman.
Beliau juga
merupakan penasihat Agama kepada Menteri
Besar Selangor,Khalid Ibrahim dan juga merupakan pendakwa bebas yang
sering menggunakan surau serta masjid untuk mencari makan.
Beliau pernah mahu
`menyembelih’ Mufti Perlis dan ceramahnya penuh dengan emosi konon hidupnya penuh dengan puja puji kebesaran Allah namun dengan penjelasan yang diberikan ini, Badrul Amin
sama sahaja dengan orang lain yang kalah kepada nafsu.
Penjelasan
Badrulamin Baharon
Saya menafikan dengan
sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.
Saya ke Kuantan untuk
menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga
26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari
2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan
hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan
diri beliau.
Katanya ini isteri ke 2 Badrul! |
Zati-suka sama suka ke? |
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Malukah? |
Lelaki-lelaki bersikap ala
samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang
mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya
setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam
Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah
JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar
sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan
terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk
membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam
untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Nota kaki :-Kebenaran akan terserlah juga akhirnya, kepuraan dan kemunafikan tidak akan mampu berkekal lama. Apabila penghinaan terhadap sesama umat islam jadi mainan. Inilah akibatnya!
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Nota kaki :-Kebenaran akan terserlah juga akhirnya, kepuraan dan kemunafikan tidak akan mampu berkekal lama. Apabila penghinaan terhadap sesama umat islam jadi mainan. Inilah akibatnya!
Hadi makin hilang punca! |
KENYATAAN
pimpinan Pas untuk melaksanakan dasar bai'ah yang jika dilanggar akan celaka
dunia dan akhirat merupakan satu langkah terdesak kepimpinan parti itu untuk
menghalang calon-calon yang menenangi pilihan raya menyertai parti lain.
Sikap
kepemimpinan Pas penuh dengan prejudis dan tidak yakin dengan ahli-ahlinya
boleh menang dalam pilihan raya akan datang menyebabkan Pas mengenakan syarat
yang paling bercanggah dengan kaca mata Islam termasuk mengenakan peraturan
bersumpah dan bai'ah yang mengugat keharmonian kedamaian kehidupan dan rumah
tangga bagi mereka yang berkeluarga.
Dasar
Pas ini mencerminkan sebuah organisasi politik yang mempunyai para pengikut
yang longgar taat setia kepada parti berikutan Islam diperjuangkan oleh Pas
tidak mematuhi lunas-lunas Islam seperti bersekongkol dengan golongan
anti-Islam dan menjadikan Islam sebagai platform untuk meraih kuasa politik.
Lihat
sikap Pas yang membina kuasa politiknya lebih 20 tahun di Kelantan tapi gagal
melaksanakan dasar Islam dan juga pembangunan modal insan dan merupakan negeri
yang penduduknya paling ramai menghidap penyakit HIV dan Aids.
Fenomena
itu memberi gambaran bahawa pelaksanaan amalan kehidupan berakhlak di kalangan
rakyatnya amat diabaikan malah kejadian seksual yang membawa kepada kejadian
HIV dan Aids tertinggi merupakan malapetaka yang amat menakutkan.
Selama
lebih 20 tahun Pas memerintah Kelantan ia masih bercita-cita untuk terus
berkuasa hanya semata-mata untuk terus bertapak tanpa sebarang perancangan
untuk menyumbang kepada perubahan dalam semua aspek. Pengumuman pelbagai
program dan yang terbaru projek pembinaan lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai
dalam jumlah peruntukan yang besar dan sebelum ini mengumumkan akan
melaksanakan projek Bandar Pelabuhan di Kuala Krai dan Pangkalan Kubur, Tumpat
pula hanyalah satu gimik politik murahan yang penuh dengan retorik.
Kita
melihat amat ketara kegagalan Pas untuk menyumbang kepada transformasi kepada
rakyat dan masa depan Kelantan yang kini pengaliran wang dalam ekonomi negeri
itu banyak bergantung kepada pengurusan dan pentadbiran agensi-agensi Kerajaan
Persekutuan dalam jumlah beratus juta ringgit sebulan dan sumber kewangan dari
anak-anak negeri ini yang bekerja di luar Kelantan.
Mereka
turut menyumbang kewangan kepada keluarga di kampung menerusi bank-bank yang
dipercayai bernilai jutaan ringgit dari semasa ke semasa yang mendorong
aktiviti ekonomi berkembang sedangkan sumber kewangan dalam negeri amat daif
yang menyaksikan jumlah pengangguran yang tinggi.
Dalam
tempoh lebih 20 tahun kerajaan negeri diperintah Pas kita dapati sumber
pendapatan kerajaan negeri mengalami defisit yang berterusan sedangkan hasil
terus berkurangan, manakala kos perbelanjaan dan pengurusan terus melonjak dan
bila perkara ini berlaku tidak ada senjata lain yang akan digunakan oleh Pas
selain terpaksa menyerang kepemimpinan Kerajaan Persekutuan yang tidak mahu
membayar royalti petroleum dan sebagainya.
Sudah
banyak harta-harta hasil 'tawanan' perang selepas pilihan raya dalam tempoh
lebih 20 tahun memerintah Kelantan telah jatuh ke tangan pihak-pihak lain.
Semasa
UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerintah Kelantan sebelum jatuh ke tangan Pas
pada 1990 program pembangunan dan infrastruktur berjalan lancar termasuk
pembinaan kompleks Kota Darulnaim yang tersergam indah di pinggir bandar Kota
Bharu yang sekarang sebagai markas pentadbiran kerajaan pimpinan Pas. Semasa
bangunan itu mula dibangunkan oleh Kerajaan BN, Pas, sebelum dapat berkuasa,
mendakwa bangunan itu merupakan kuil Buddha.
Tetapi
sindiran yang tidak Islamik itu terhenti apabila Pas berjaya mentadbir Kelantan
yang menjadikan jentera kerajaan negeri terus kekal di bangunan yang dilabelkan
sebagai kuil Buddha dan politik Pas tidak akan kukuh dan kuat tanpa bermain
dengan ungkapan yang buruk dan murahan.
Aduhai
rakyat Kelantan dan negeri-negeri lain bangunlah secara kolektif dan
bertanggungjawab kepada bangsa dan Islam. Marilah sama-sama memberi laluan
kepada sebuah kerajaan yang mampu memikul amanah rakyat bagi membina sebuah
kerajaan yang tidak berlandaskan kepada penipuan dan retorik.
Saturday, February 25, 2012
Hadi bela pelacur murahan! |
BERAPA harga atau upah yang dibayar kepada ADUN-ADUN PAS di Kedah
untuk memboikot majlis angkat sumpah Anggota Pentadbiran Kerajaan Kedah dan
juga menghasut rakan-rakan yang lain untuk memaksa Azizan Razak melepaskan
jawatan sebagai Menteri Besar Kedah?
Kalau Anwar ataupun kumpulan
Erdogan ataupun Anwarinas di sebalik kekalutan yang memungkinkan kerajaan PAS
Kedah tumbang sebelum pilihanraya ,berapa banyakkah sumber kewangan yang
diperuntukkan bagi menjayakan misi menyingkirkan seorang lagi pimpinan ulama
untuk digantikan dengan pemimpin Islam yang liberal.
Hadi Awang dan Mustafa Ali
telah pun lari keluar negara dan meninggalkan Azizan terkapai-kapai untukimenyelesaikan
segala masalah yang ditimbulkan oleh golongan pimpinan yang berkiblatkan
Erdogan ini malah seperti yang disebutkan sebelum ini dan juga dilaporkan oleh
akhbar-akhbar tempatan, nama Mahfuz Omar kerap diperkatakan sebagai tangan
ghaib yang sedang mencatur untuk menggulingkan Azizan bagi digantikan oleh
Phahrolrazi yang dilihat begitu cenderung menyokong Islam Liberal yang dibawa
oleh pakatan pembangkang ini.
Tidak mustahil Anwar menjadi
punca kepada segala kekalutan ini sebagaimana beliau mencatur untuk menjadikan
Peristiwa 16 September menjadi kenyataan,kalau tidak mampu ke Putrajaya pun
sekutang-kurangnya Anwar telah berjaya mengkucar kacirkan seluruh pentadbiran
PAS di Kedah dan Azizan jadi mangsa beliau yang keseterusnya.
Kita menjangkakan bagi
mengabui mata rakyat dan menjadikan kumpulan mereka dilihat sentiasa baik,kita percaya kemelut ini
juga akan dipersalahkan ataupun diletakkan puncanya kepada UMNO.Mereka pasti
akan menuding jari bahawa UMNOlah yang menjadi punca kelam kabut PAS Kedah
ketika ini walaupun jelas tiga ataupun empat orang Exco yang bersekongkol itu
adalah dari kalangan mereka sendiri yang menikam dari belakang.
Menyelak segala kejadian
ini, pimpinan PAS negeri Kedah tidak jauh bezanya dengan pelacur yang
memperdagangkan diri mereka untuk wang dan barangkali pelacur lebih mulia
daripada tindakan beberapa exco PAS ini yang sanggup melacurkan perjuangan
Islam mereka bagi mengejar upah atau habuan yang ditawarkan oleh pihak-pihak
tertentu untuk mengkhinati prinsip perjuangan PAS selama ini.
Mereka sama sahaja dengan pelacur ini? |
Namun kita tidak hairan
apabila PAS sendiri sudah hilang arahtujunya maka wakil-wakil rakyatnya
mengambil peluang untuk memperdagangkan parti itu dan terbukti dengan hasil
dagangan mereka,PAS Kedah dan juga PAS Pusat menjadi satu gerakan Islam yang
cukup keji dan hina.
Kita yakin bahawa bukan
sedikit wang digunakan untuk menyingkirkan Azizan Razak darim kerusi menteri
Besar Kedah dan tidak salah kalau kita mengambil ingatn Tun M sebelum ini
bahawa ada anasir luar yang turut campurtangan menyalurkan sumber kewangan bagi
melengkapkan agenda peribadi mereka.
Maka dengan mempergunakan
seorang dua pemimpin PAS,mereka ini menghasut pemimpin-pemimpin lain untuk
bersama mencipta Islam Baru di negara ini yang menjulang segala
kemungkaran.Sasaran pertama kumpulan ini adalah Kedah kerana mereka sedar dan
seolah-olah yakin bahawa Azizan razak
tidak mampu menyerap tekanan yang berlaku ketika ini kalau mahu dibandingkan
dengan Nik aziz di Kelantan.
Azizan dilihat oleh kumpulan
ini sebagai pemimpin ataupun Menteri Besar yang cukup lemah malah alasan
pentadbiran kuku besi yang dibawa oleh Azizan hanyalah sekadar alasan
kerana mereka harus bertindak `membakar’
sokongan kepada kepimpinan negeri kerana mereka telah menerima wang yang besar
bagi tujuan ini.
Anwar Ibrahim sedang
senyum galak ketika ini kerana usahanya dilihat semakin berjaya.Kumpulan yang
sedang menunggu laba hasil dari pengkhiantan terhadap parti mereka sudah mula
membilang nasib baikl mereka kerana memperolehi upah yang cukup tinggi.PAS
sudah jadi kandang menghimpunkan pelacur-pelacur seluruh negara
Friday, February 24, 2012
Malang menimpa Azizan.. |
TIGA
nama yang dikatakan menolak untuk ditawarkan jawatan Exco Kerajaan Negeri dalam
kabinet PAS Kedah bolehlah kita anggap sebagai pelopor kepada `celaka dunia
akhirat’ yang difatwakan oleh Hadi Awang dan inilah orang-orangnya.
Ahli
Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Alor
Mengkudu, Dr Ismail Salleh dikatakan telah pun mengosongkan pejabat
masing-masing kerana mereka menyedari mungkin khidmat mereka tidak akan
disambung lagi sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah kerena pendirian mereka
bertentangan dengan prinsip serta perjuangan Azizan.
Sikap
mereka ini membuktikan betapa `celaka’nya mereka kepada kepimpinan PAS Kedah
yang sepatutnya mereka akur dengan pentadbiran Azizan namun memilih untuk
menjadi ADUN `celaka’ seperti yang Hadi fatwakan itu.Rupanya cukup mudah untuk
mengenali pengkhianat kepada perjuangan yang kononnya islam seperti yang mereka
laungkan.
Hanya
kerana Azizan menyokong tindakan KUIN yang menggunakan AUKU untuk mengambil
tindakan kepada pelajar,Azizan mula mahu dihambat keluar daripada pejabat
Menteri Besar untuk digantikan oleh orang lain
Phahrolrazi
yang sebelum ini begitu bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Kedah apabila
Azizan dirawat di IJN namun hasrat beliau tidak kesampaian apabila Azizan sihat
seperti sediakala tetapi dengan apa yang sedang berlaku kepada Azizan ketika
ini. Mereka dikatakan menggunakan sebagai senjata utama untuk menyentap turun
MB Kedah dari kerusinya.
Rentetan
dari impian inilah yang akhirnya menjadikan PAS Kedah terus dirundung resah
gelisah bilamana ada pula yang mendakwa berdiri teguh di belakang tindakan ADUN
ini adalah Mahfuz Omar,MP Pokok Sena yang sememangnya diketahui tidak mempunyai hubungan yang
mesra dengan Azizan.
Ada yang mendakwa Mahfuz Omarlah yang menjadi perancang utama menggugah kepimpinan Azizan dan menjadikan dua Adun ini sebagai gunting dalam lipatan.Tangan yang membaling batu tidak sempat disembunyian kerana Azizan sememangnya menyedari ada usaha mengkhianati pentadbirannya.Sebab itulah azizan pula kata dia juga ada kejutannya.
Semua
pihak yang bersekongkol sedang berusaha untuk menyentap turun Azizan dari
kerusi MB itu dan kemuncak kepada kegilaan mereka mengejar jawatan untuk
berkuasa adalah memboikot Majlis Angkat Sumpah untuk jawatan Exco Kerajaan
Negeri bagi menekan Azizan supaya melepaskan jawatan tersebut.
Phahrolrazi idam jawatan MB! |
Di mana pendirian Hadi Awang
dalam soal ini?Apakah mereka yang menentang pucuk pimpinan negeri ini akan
disifatkan oleh Hadi sebagai jihad kerana menentang kemungkaran yang Azizan lakukan
iaitu menyokong AUKU?Beranikah Hadi memfatwa supaya mereka ini bertaubat semula
kerana telah melanggar perjuangan islam yang PAS kelek selama ini?
Hanya kerana mahu jawatan MB
Kedah, pemimpin kanan PAS Negeri ini sanggup membelakangkan Dewan Syura
mereka,mereka sanggup memalukan Aziozan secara terbuka dan jelas cara yang
mereka bawakan ketika ini tidak langsung mencerminkan mereka memperjuangkan
amal makruf nahi mungkar tetapi lebih kepada kemaruk memegang jawatan.
Patutlah bila Azizan ada
berkata bahawa seburuk-buruk pemimpin UMNO yang sering pemimpin PAS caci dalam
setipa ceramah mereka sebenarnya pemimpin PAS lagi buruk perangai dan nafsu
mereka.Atas nama Islam, mereka harusnya berstau tetapi mujur juga dengan
kemelut yang sedang berlaku ketika ini membuktikan bahawa PAS lebih
mementingkan materialistik daripada asas perjuaangan mereka.
Bila Azizan mengumumkan akan
melakukan kejutan dalam rombakan Exco Kerajaan Negeri, ada pula yang mendakwa
bahawa Azizan akan memulakan untuk mewujudkan kerjasama antara PAS dan UMNO,ada
yang kata tidak mustahil Azizan yang terkenal dengan `kedegilannya’ akan
membuat sesuatu yang lebih terbuka sifatnya termasuk menyenaraikan ADUN-ADUn
dari UMNO untuk menyertai kabinet kerajaan negeri.
Tapi yang sedang kita tunggu
adalah kenyataan daripada Hadi Awang,sanggupkah beliau menegaskan bahawa ahli atau pemimpin yang menolak kepimpinan
PAS negeri,mereka adalah celaka dunia dan akhirat,jatuh talak tiga terhadap
isteri dan perlu bertaubat semula.
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Just an amusing observation..5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Download | Easy Surfing Fitness8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-