Thursday, August 23, 2012
Hanya parti semata-mata.. |
Sesetengahnya yang terlebih
taksub pula beriktikad dan percaya sepenuhnya yang parti PAS itu adalah Islam
dan Islam itu pula adalah PAS, dua perkara yang sebenarnya berbeza tetapi
dianggap sama saja.
Beza antara parti politik
dengan agama langsung tidak terfikir oleh akal mereka kerana terpesong fahaman
bila mana menyalahtafsir kenyataan yang menyebut "politik itu sebahagian
dari agama".
Tanpa fikir panjang dek
kerana akal hanya sejengkal maka yang difahaminya ialah PAS itulah sebahagian
dari agama ataupun sudah dianggap PAS itu setaraf dengan agama Islam.
Bagi kita yang waras dan
celik akal fikiran, kita melihat sikap taksub penyokong PAS terhadap parti yang
mereka dukung itu sebagai satu kecelaruan fikiran gara-gara waktu tahun-tahun
sebelumnya mereka terlampau jahil murakkab.
Bila tiba seru mahu mencari
semula arah hidup tersalah langkah terus terjerumus pula dengan ajaran songsang
yang meletakkan PAS sebagai sebahagian dari Islam ataupun sebagai parti yang
memperjuangkan Islam.Malah hari ini seudah ada usaha gila menjadikan serta mengelirukan rakyat kononnya PAS itu adalah sebahagian daripada Rukun Islam,menolak PAS bermakna tergelincir daripada agama Islam.
Yang sebenar-benarnya, PAS
hanyalah sebuah parti politik sama sahaja seperti organisasi lain yang membezakan
PAS kelihatan Islamik secara luaran atau kulitnya ialah serban, jubah, kopiah
dan penggunaan label Islam dalam partinya, itu sahaja.
Malah kewujudan PAS itu
sendiri hasil restu penjajah British yang melihatnya sebagai peluang yang boleh
dimanipulasi untuk merencatkan kebangkitan UMNO dikala saat itu sokongan
majoriti umat Islam solid bersatu bersama UMNO dalam mendukung perjuangan
menuntut kemerdekaan dari British.
Dalam keadaan British tidak
mampu menolak kewujudan UMNO untuk bergerak secara sah disebabkan tekanan gelombang
yang kuat dari segenap akar umbi orang Melayu Islam, bila sahaja datangnya
serpihan dalaman yang mahu melawan UMNO lantas kesempatan itu dimanfaatkan oleh
British maka luluslah penubuhan PAS pada 16 September 1951 dengan nombor
pendaftaran 733.
Asalnya gila jawatan..! |
Dendam kerana tewas dan malu
air mukanya membawa kepada kata sepakat keluar dari UMNO seterusnya sejak diluluskan
oleh British sebagai pencabar UMNO, bermulalah adegan dan dusta berselindung
label dan kalimah agama untuk memenangi hati umat Islam yang selama ini berpaut
kasih dengan UMNO.
Perjuangan UMNO bersama
rakan Perikatan diperlekahkan, dasar menuntut kemerdekaan dipandang sebelah mata
oleh pimpinan PAS tika itu hinggakan tergamak mereka menghina cita-cita murni
itu dengan ungkapan kata-kata "jarum sebatang pun tak mampu dibuat, mana
mungkin layak untuk merdeka?".
Penghinaan tersebut
datangnya dari mulut pemimpin PAS yang rendah akal budinya dan cetek
pemikirannya dek kerana yakin British begitu hebat di mata mereka dan jika pun
perlu untuk Tanah Melayu merdeka tika itu satu-satunya cara bagi mereka ialah
dengan bergabung bersama Indonesia membentuk Indonesia Raya.
Tapi mujurlah apabila
pilihanraya umum pertama 1955 dilangsungkan, PAS hanya mampu menang di satu
kerusi sahaja daripada keseluruhan 52 kerusi yang dipertandingkan, jika tidak
sama ada sekarang kita masih dijajah oleh British ataupun mungkin sudah menjadi
salah satu wilayah Indonesia.
Di awal-awal kewujudan PAS,
pemimpinnya melihat Perikatan yang tika itu merupakan gabungan UMNO-MCA-MIC
adalah satu kerjasama yang merugikan orang Melayu, lantaran itu beberapa tahun
selepas Negara merdeka PAS cukup aktif menggembar gemburkan dokrin dikalangan
para ulama dan tok guru bahawasanya "jika redha dengan orang kafir yang
adadalam perikatan, maka jadi kufur dan kafirlah seseorang itu".
Tidak sedikit ulama dan tok
guru pondok yang tertipu dengan mainan ayat suci Al-Quran dan hadis yang
ditakwilkan bagi menghalalkan tuduhan PAS itu sehingga umat berpecah belah,
kaum kerabat keluarga terdekat putus ikatan dan kariah masjid bercakaran serta
kenduri kendara dipulaukan.
Namun berpuluh tahun
kemudiannya hakikat kebenaran membuktikan gabungan perikatan yang kini dikenali
Barisan Nasional (BN) akhirnya menjadi rujukan PAS untuk bersama Pakatan
pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) selepas mereka menyedari
tanpa kerjasama sedemikian jauh panggang dari api untuk PAS menikmati kuasa
tampuk pemerintahan.
Punca rakyat berpecahbelah.. |
Sudahlah jauh tertinggal di
belakang dalam soal peri penting bermuafakat bersama kaum dan agama lain, bila
di beri peluang memperbetulkan langkah yang songsang terjerumus pula sebagai
keldai dan kuda tunggangan sepanjang zaman hinggakan dasar dan prinsip memperjuangkan
negara Islam dan Hudud sebagai undang-undang pun gagal dipertahankan.
Sekarang, setelah ramai
menyedari betapa baghal, bebal dan keldainya PAS sejak dulu kala hingga kini,
saban hari para ulama, agamawan dan tok guru-tok guru pondok mula berubah arah
berpaling dari mendengar dusta PAS sebaliknya semakin mendekat diri bersama
jamaah UMNO yang bukan sahaja disokong oleh majoriti umat malah terbukti berjaya
menyatu padukan rakyat.
Tidaklah menjadi kejutan
sekiranya beberapa detik sebelum PRU 13 secara rasmi membuka tirainya, PAS akan
tiba-tiba tampil bermuka-muka menonjolkan kembali dirinya lebih Melayu dan
Islamik dari UMNO selepas bertahun-tahun sejak bersama PR, PAS lebih selesa
kelihatan liberal dan terbuka atas bawah sampaikan tergadai maruah.
Bezanya antara PAS dengan
UMNO, walau kedua-duanya dikuasai oleh orang Islam, PAS terlampau kemaruk
mengejar kuasa hingga agama dan maruah bangsa digadai dan gagal dipertahankan
tatkala bersemuka dengan kekuatan si kafir harbi DAP dalam pakatan pembangkang.
UMNO pula walau tidak
mempergunakan label dan istilah Islam dalam perjuangannya, tetap utuh
memanfaatkan kuasa mendaulatkan Islam secara bijaksana dan tidak pula menindas
atau terikut dengan arahan si kafir zimmi yang menjadi rakan kerjasama dalam
BN.
Saat tikanya UMNO sesekali
tergelintir dari landasan, tidak pula pimpinan UMNO lokek untuk muhasabah diri
dan memperbetulkan kembali arah tuju perjuangan.
Jauh berbeza dengan PAS,
sudahlah bebalan sepanjang zaman, tetap juga bodoh dan bangang enggan mengaku
salah silap sendiri seolah-olah tujuh petala langit dan bumi mahu diarah mengikut
perwatakannya yang sering khilaf dan terpesong dari arah tuju perjuangan.
Apa sahaja tingkah laku PAS
sejak ia diperanakkan dari perut UMNO hinggalah derhaka menentang perjuangan
UMNO diikuti hingga kini terus taksub dengan pegangan anti UMNO tapi mesra pada
kafir harbi dan semakin meliberalkan Islam, segalanya itu menunjukkan PAS
hanyalah sebuah parti politik sahaja yang serba tidak sempurna tapi bebal untuk
mengakui kelemahan dek kerana perasan dengan label "Islam" yang ada pada
nama partinya.
Wednesday, August 22, 2012
"Saya tetap pertahankan agama saya..!" |
PAS sudah terlajak jauh dan
telah meninggalkan jauh-jauh asas perjuangan dan pertubuhan mereka sebagai
sebuah parti politik berlandaskan Islam ,mereka telah sesat dan mereka tidak
mungkin kembali untuk menginsafi bahawa perjuangan mereka telah dinodai dan apa
yang sedang berlaku hari ini dalam parti tersebut adalah permulaan kepada
sebuah kehancuran perjuangan mereka atas nama kesyumulan Islam dan pembalasan
Tuhan,
Mungkin ini balasan yang
mereka akan terima di atas segala perbuatan dan tindakan mereka selama ini terhadap agama,mempermainkan
hukum-hukum Islam,mempersendakan Al Qur`an dan sunnah malah setelah sekian lama
parti itu dengan sombong dan angkuh melacurakn agama untuk kepentingan
politik,hari ini PAS sedang dan bakal berdepan dengan hukuman yang memungkinkan
parti itu ditalkin awal dari apa yang kita jangkakan ataupun menjadi hamba abdi
kepada DAP dan PKR atauun mungkin terus menjadi badut yang meloyakan di pentas-pentas ceramah.
Bermula dari konflik Hassan Ali
hingga beliau dipecat daripada PAS kerana mempertahankan akidah Islam kini
bakal menyusul mantan Timbalan Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Bachok,Ustaz
Nasharuddin Mat Isa mungkin akan
menghadapi tindakan sayng sama sepertimana menimpa Hassan Ali apabil beliau
dengan lantang mempersoalkan keceluparan serta kebiadapan Karpal Singh terhadap
Islam.
Dua pemimpin ini sahaja dalam
PAS yang lantang mempertahankan Islam sedangkan pemimin lain termasuk
kepimpinan ulamak terus menjadi syaitan-syaitan bisu dengan menelan segala
penghinaan terhadap agama,bangsa dan Negara.Yang lain tidak berani walau
sepatah pun menyanggah segala kebiadapan kafir-kafir harbi ini terhadap Islam
Kebersamaan yang mengundang kemarahan Erdogan |
Karpal Singh adalah
Pengerusi DAP tempat PAS sedang bergantung harap hari ini mungkin Tuhan baru kepada PAS atas nama mengejar
kuasa dan kita percaya kepimpinan PAS akan bersama-sama Karpal Singh dan DAP
untuk turt sama mencela tindakan Nasharuddin kerana PAS sudah hlang akidah
politiknya dan kiblat baru PAS hari ini adalah DAP dan PKR.
Karpal Singh memfailkan di
mahkamah kononnya Nasharuddin menuduhnya
menolak Islam sedangkan beliau hanya menolak hudud manakal Nasharuddin bersedia
untuk bersemuka dengan Karpal Singh di mahkamah bagi membuktikan bahawa Karpal
adalah pengkhianat kepada agama Allah itu kerana bagi Nasha menolak hudud
samalah seperti menolak Islam kerana hudud adalah sebahagian daripada hukum
Islam.
Mahfuz Omar pula menganggap
apa yang berlaku antara Karpal dengan Nasha tidak menggugah kebersamaan
cita-cita mereka dalam pakatan pembangkang dan ini menampakan dengan jelas
pendirian Mahfuz Omar sebagai Naib Presiden PAS bahawa beliau sudah meunjukkan
tanda-tanda menyokong Karpal Singh yang sekian lama telah menghina dan
mengaibkan Islam.Ini sebahagian tanda-tanda pemimpin munafik yang berada di
dalam PAS.
Karpal terus menghina Islam.. |
Kita percaya keberanian
Karpal ini akan turut disokong oleh rakan-rakan lain dalam PAS yang dikatakan
mendokong perjuangan Edrogan ataupun dikenali sebagai Anwarinas yang sebleum
ini telah menolak kepimpinan ulamak dalam PAS.Keberanian Karpal ini kerana
beliau percaya,beliau akan disokong sepenuhnya oleh kalangan pemimpin dalam PAS
yang sedang gila mengejar kuasa.Bagi Karpal,masa depan PAS adalah ditangan DAP.
PAS sudah semakin hilang
arah.Topeng agama yang mereka pakai selama ini semakin hari semakin terbongkar
dan mula menampakkan wajah-wajah mereka yang sebenar.Selama ini mereka inilah
yang begitu hebat di pentas ceramah kononnya mendokong perjuangan islam tetapi
hari ini ternyata mereka ini adalah iblis-iblis tua yang sedang menyerupai
manusia untuk menyesatkan umat Islam di Negara ini dan kalau disifatkan sebagai
ubat,mereka ada ubat yang tamat tempoh yang boleh menjadi racun kepada sesiapa
yang menggunakannya.
Ada ahli PAS yang sedar,ada
kepimpinan di peringkar ranting mula kecewa tetapi kerana sekian lama mereka ini
didoktrinkan dengan perjuangan PAS bahawa PAS itu agama,agama itu PAS,mereka
ini tidak berani bersuara kononnya takut dikatakan derhaka kepada guru mereka
walaupun guru-guru mereka itu sedang menunjukkan jalan sesat serta neraka jahanam kepada mereka.
Tidak ramai kepimpinan PAS
seperti Hassan Ali dan juga Nasharuddin yang
berani bersuara mempertahankan Islam apabila dicerca oleh rakan-rakan mereka
dalam pakatan pembangkang dan kerana keberanian serta kebertanggungjawaban
Hassan Ali terhadap agama Allah,beliau membayar harga yang cukup mahal dengan
diterajang daripada parti itu tanpa sempat menjawab tuduhan yang dilemparkan.
Kerana Islam beliau dipecat dari PAS |
Nama-nama seperti Mohamad Sabu,Husam Musa,Khalid Samad,Kamaruddin
Jaafar,Salahuddin Ayub,Hatta Ramli,Dr Zulkifli Ahmad,Mahfuz Omar dan sekian
nama lagi yang mengaku ulamak yang memperjuangkan Islam sesuangguh hanya
memperalatkan agama untuk meraih undi daripada golongan yang buta mentafsir
niat pemimpin ini.Kesemua mereka ini sedang menipu rakyat malah Nik Aziz dan
Hadi Awang pula hanyalah seperti tong najis yang dipaksa oleh kepimpinan PAS
untuk mengangguk dan mencari nas serta surah untuk menghalakan segala tindakan
mereka bagi mempertahankan pakatan mereka dalam pembangkang.
Dalam PAS ada yang mahu
bertaubat,ada yang mahu terus sesat dan dalam PAS sudah Nampak semakin jelas
kerosakan demi kerosakan dan kita sedang menunggu masa untuk melihat PAS rebah
ke bumi.Ini semua adalah balasan Allah terhadap ilmu politik sesat yang mereka
amalkan selama ini.
Saturday, August 18, 2012
PADA kesempatan ini saya
menitipkan ucapan memohon ampun dan maaf
kalau selama penulisan saya disini ada
yang terguris perasaan,ada kata-kata serta tulisan yang tidak menyenangkan
semua pihak,ada gambar-gambar yang menyakitkan hati dan ada sanggahan saya
tidak kena aturannya.
Kepada yang mengkritik,yang
menyelar dan menghina saya melauli komen-komen,saya maafkan kerana kita boleh
berbeza pendapat tetapi kaedah maki
hamun,maaf saya tidak benarkan untuk dilepaskan di ruang komen melalui blog ini.
Ada yang memanggil saya
barua,anjing kerajaan,penjilat UMNO dan berbagai lagi celaan serta penghinaan
dilemparkan kepada saya,saya terima dengan berlapang dada dan berjiwa besar dan
sempena kedatangan Syawal ini,marilah kita sama-sama muhasabah diri dan saya
sentiasa bermuhasabah diri walaupun adakalanya hati dan perasaan terguris.Itu
adat!
Saya rela digelar anjing
kerajaan,saya rela dipanggil barua hanya kerana saya tidak bersetuju dengan
pengkhianat serta penderhakaan terhadap agama,bangsa dan Negara saya.
Saya bukan Pak Turut yang mengambil upah menulis untuk mengenyangkan diri walaupun saya dituduh berbagai-bagai tuduhan baik melalui laman facebook,blog dan twetter.
Pada yang tidak berkenan dengan apa yang saya paparkan,kita bersemuka,tidak payah menggunakan nama samaran kerana orang yang menyamar,mereka sebenarnya adalah pengecut serta berjiwa hamba.Hidup di zaman milenium ini tidal perlu takut untuk memaparkan gambar dan nama sebenar kalau benar kita ini benar-benar memperjuangkan idealisme kita.
Saya bukan Pak Turut yang mengambil upah menulis untuk mengenyangkan diri walaupun saya dituduh berbagai-bagai tuduhan baik melalui laman facebook,blog dan twetter.
Pada yang tidak berkenan dengan apa yang saya paparkan,kita bersemuka,tidak payah menggunakan nama samaran kerana orang yang menyamar,mereka sebenarnya adalah pengecut serta berjiwa hamba.Hidup di zaman milenium ini tidal perlu takut untuk memaparkan gambar dan nama sebenar kalau benar kita ini benar-benar memperjuangkan idealisme kita.
Pengalaman saya mungkin
lebih sedikit kerana saya pernah terpenjara kerana menulis dan itulah harga
yang saya telah pernah bayar, saya tidak hairan dengan segala kejian dan
penghinaan dilemparkan kepada saya.
Kepada yang
menghina,mencerca serta mengkeji..sempena Syawal ini,saya maafkan segalanya dan
kepada semua penyumbang yang membaca blog saya ini..terima kasih dan Selamat
Hari Raya..Maaf Zahir Dan Bathin..
Friday, August 17, 2012
PAS jadi seperti lembu dicucuk hidung! |
SETELAH menjadi keldai
tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan
faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda
liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara
ini.
Sentiasa sahaja PAS akan
mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang
tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?
Takkan pemimpin PAS seperti
Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak
dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam
dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?
Dalam isu fatwa haram
mengundi dan menyokong DAP yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdullah Sama'ah, PAS
begitu beria-iya mempertahankan DAP.Pernahkan kita lihat DAP melakukan perkara
yang sama mempertahankan PAS dalam mana-mana isu selama ini?
Yang kita dengar hanya
amaran demi amaran dari DAP jika PAS masih berkeras untuk menegakkan Negara
Islam serta melaksanakan Hukum Hudud.Akhirnya PAS kecundang di gelanggang
sendiri - Negara Islam bertukar menjadi Negara Berkebajikan dan Hukum Hudud
terus lenyap sekali daripada agenda Pakatan Rakyat.
Kalaulah DAP iklhas
menyokong PAS mengapa parti cauvinis Cina itu selama ini tidak pernah mahu
duduk semeja dengan PAS bagi berdialog atau berbincang mengenai Hukum Hudud
atau Negara Islam?
Ini membuktikan DAP tidak
berminat langsung untuk mengkaji mengenai Islam dan ini telah ditegaskan
puluhan kali oleh pemimpinnya, yang dungu hanya PAS.Dituduh pula Umno menolak
Hukum Hudud sementara DAP hanya sekadar menentangnya.
Sekali lagi pemimpin jumud
PAS tidak tahu membezakan antara maksud perkataan tolak dan tentang.Tolak
maknanya tidak menerima manakala tentang pula membawa erti melawan atau
menyanggah.
Walaupun kedua-dua istilah
membayangkan maksud yang hampir sama, 'menentang' adalah lebih kuat maksudnya
daripada 'menolak'.Justeru, Umno hanya 'menolak' Hukum Hudud bukan kerana parti
Melayu itu 'menentang' hukum Allah swt tetapi tidak menerima pendekatan dan
cara ianya mahu dilaksanakan oleh PAS.
Berlainan dengan DAP yang
bukan setakat menentang Hukum Hudud malah menghina hukum Allah serta
memperlekehkannya.Pelik sekali Abdul Hadi selaku Presiden PAS membuat
perbandingan dengan mengatakan perlembagaan parti itu mempunyai peraturan untuk
memecat mana-mana ahli yang meminum arak dan memakan babi, sesuatunya yang
dikatakan tidak ada dalam Umno.
Bagi PAS kalau ahli minum
arak dan makan babi amat merbahaya tetapi jika pemimpin PAS balun RM50 juta
wang caruman ahli dalam Kohilal tidak mengapa atau berkhalwat dengan isteri
orang dan kemudian mengahwininya bila-bila masa pun boleh dihalalkan, malah
boleh dipilih sebagai Timbalan Presiden.
Sebab itu Nik Aziz boleh
keluarkan pelbagai fatwa sesat seperti pangkah PAS masuk syurga atau hatta
boleh bersekutu dengan syaitan sekalipun kalau syaitan boleh beri kemenangan
kepada parti itu atau Abdul Hadi boleh keluar fatwa mengkafirkan ahli Umno.
Mungkin PAS terlepas pandang
melihat sikap sebuah parti Islam bernama Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP
yang kini berkuasa di Turki di bawah Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.
Erdogan seperti semua maklum
adalah penyokong kuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan seringkali memberi
dana besar kepada PKR untuk menjalankan aktivitinya.
AKP pula adalah sebuah parti
Islam liberal yang tidak peduli atau 'angkat pot' samada anggota parti atau
wakil rakyatnya kaki botol, taik judi atau kaki perempuan.Bagi DAP dan PKR, hak
kesamarataan dan kebebasan beragama semua penganut mana-mana agama atau
kepercayaan di negara ini menjadi tunggak dan prinsip perjuangan Pakatan
Rakyat.
Bagi Anwar dan Karpal Singh
pula, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat jika terus bermimpi mengenai
Hukum Hudud dan Negara Islam dan bagi Umno, keadaan realiti masyarakat majmuk
di Malaysia hendaklah dijadikan asas dalam menggubal hukum syariah sedemikian
rupa.
PAS mengganggap Malaysia
seperti juga mana-mana negara Arab seperti Arab Saudi, Pakistan atau Sudan yang
melaksanakan Hukum Hudud.Lihat sahaja dalam kes Sudan yang memperkenalkan
undang-undang syariah sejak tahun 1983 oleh presiden ketika itu, Ja'afar
Numeiri.
Pergolakan terus berlaku
disebabkan sebahagian rakyatnya yang beragama Kristian dan animis (pemuja
elemen alam seperti pokok, batu dan sebagainya) menentang pelaksanaan hukum
tersebut bukan kerana faktor agama tetapi kerana Islam telah dipergunakan oleh
pemimpin negara itu untuk tujuan politik peribadi.
Akhirnya Sudan, sebuah
negara Islam dan mempunyai keluasan terbesar di benua Afrika, berpecah dan
kehilangan wilayah selatan (kini sebuah negara merdeka di panggil Sudan
Selatan) yang amat jaya dengan minyak. Adakah di Sudan, Islam menang dan syiar
agama itu menjadi semakin kukuh dan kuat serta umat Islam menjadi lebih maju
dan kaya setelah pelaksanaan Hukum Hudud ala Ja'afar Numeiri?
Monday, August 13, 2012
Najib pilih siapa? |
KITA masih berpegang kepada
janji PM Najib bahawa calon-calon yang bakal dipilih untuk PRU13 adalah
calon-calon yang benar-benar menepati kehendak rakyat setempat,yang boleh
menang dan sama sekali tidak akan termakan dengan lobi melobi malah bersedia
menggugurkan calon-calon yang dilihat berpotensi untuk kalah walaupun
calon-calon itu adalah rakan-rakannya di zaman Pemuda maupun pegawai-pegawainya
yang sedang berlegar di sekelilingnya hari ini.
Beliau juga memberikan kata
dua kepada mana-mana pemimpin yang gagal menyelami denyut nadi
rakyat,bongkak,sombong dan angkuh tidak akan mendapat tempat dalam penyusunan
barisan calon-calon untuk pilihanraya nanti malah beliau bersedia kehilangan
kawan-kawan demi menggembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO dan
Barisan Nasional.
Kalau sebelum ini kabinetnya
dilihat banyak memberikan ruang,tempat serta peluang kepada rakan-rakannya
termasuklah perlantikan untuk jawatan Senator serta Menteri maupun Timbalan
Menteri,PM Najib kali ini harus lebih berhati-hati dan memegang kejap
janji-janjinya untuk memilih calon-calon yang benar menepati kehendak serta
aspirasi rakyat setempat serta terbanyak.
Semakin dekat dengan tarikh pilihanraya,makin ramai yang sedang melobi,memperagakan diri kononnya merekalah calon yang paling layak,merekalah calon yang boleh menang dan dari Pengerusi Tetap hingga ke Pemeriksa Kira-Kira sedang berusaha untuk menarik perhatian Najib dan agensi supaya menamakan mereka sebagai calon.
Kita tahu banyak agensi diarahkan untuk mengenalpasti serta memantau calon-calon yang diyakini boleh menang untuk ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti tetapi dalam masa yang sama,sudah ada pihak yang meragui sumpah serta janji-janji PM Najib apabila sudah ada pemimpin yang kononnya mengaku dekat dengan PM Najib telah ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti walaupun calon itu sebenarnya bukan `winnable cadidate’ tetapi menggunakan agensi-agensi yang dikaitkan itu untuk mempengaruhi PM Najib.
Kita tahu banyak agensi diarahkan untuk mengenalpasti serta memantau calon-calon yang diyakini boleh menang untuk ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti tetapi dalam masa yang sama,sudah ada pihak yang meragui sumpah serta janji-janji PM Najib apabila sudah ada pemimpin yang kononnya mengaku dekat dengan PM Najib telah ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti walaupun calon itu sebenarnya bukan `winnable cadidate’ tetapi menggunakan agensi-agensi yang dikaitkan itu untuk mempengaruhi PM Najib.
Dalam masa yang sama,ada
juga dari kalangan pegawai-pegawai agensi yang berkaitan turut berusaha untuk menonjolkan
diri sebagai calon PRU13 dan mereka ini menggunakan segala peluang yang ada
mempengaruhi Perdana Menteri termasuk pegawai-pegawai PM untuk menamakan nama
mereka bagi dipilih.Kepimpinan minta mereka berkerja untuk mencari calon yang
benar-benar layak tetapi mereka yang sibuk menonjolkan diri mahu menjadi calon!
Tidak kurang juga
pegawai-pegawai PM sendiri berusaha dengan segala kekuatan yang ada termasuk
wang ringgit walaupun mereka tidak disukai oleh pengundi setempat menonjolkan diri untuk menjadi calon dan ada yang
mengarahkan agensi-agensi terlibat untuk menamakan mereka sebagai calon yang
boleh menang.
Segala `cable’ yang ada
mereka gunakan termasuklah menyakinkan agensi ataupun PM Najib sendiri kerana
mereka menang Ketua Bahagian maka merekalah calon yang paling layak dan tidak
cukup dengan itu bekas-bekas calon yang kalah dalam PRU12 lalu pun berusaha
untuk kembali semula ke gelanggang kononya mereka kalah dulu bukan rakyat tidak
suka tetapi kerana terkesan dengan tsunami politik.
Mungkin inilah kebimbangan
sebenar PM Najib.beliau barangkali tidak gentar dengan `mood’ rakyat kerana
sebagai Perdana Menteri beliau memilik kunci yang banyak bagi menyakinkan
rakyat tetapi yang paling membimbangkan adalah sabotaj daripada mereka yang
beriya-iya untuk menjadi calon tetapi tidak terpilih dan bala lagi bakal
menimpa PM Najib sekiranya pegawai-pegawai beliau sendiri bercita-cita besar
untuk menjadi calon pilihanraya.
Rakyat serta ahli parti
bimbang PM Najib akan terlepas pandang dengan memilih `cable’ daripada
`winnable’ hasil daripada konspirasi orang-orang tertentu yang sememangnya mahu
melihat Najib gagal sekurang-kurangnya mempertahankan kemenangan seperti yang
Pak Lah catat masa PRU12 lalu apatah lagi untuk mencapai sasaran dua pertiga majority
di Parlimen.
PM Najib juga jangan
sesekali terpedaya dengan helah kawan-kawannya,jangan telan bulat-bulat
pandangan ataupun nama-nama yang dicadangkan oleh agensi-agensi dan nama-nama itu erlu ditapis sebaik mungkin
bagi mengelakkan UMNO terkubur sebelum waktunya.
Ada juga yang
bertanya,apakah kali ini calon-calon atau MP yang sedang menang tetapi terlibat
dalam masalah moral,rasuah dan penyelewengan akan dipilih semula untuk menjadi
calon PRU13 nanti?Meraka ini bolehlah kita umpamakan seperti biawak hidup yang
terpaksa PM Najib pikul diatas batu jemalanya dan adakah yang baru masuk
gelanggang taupun baru memimpin Bahagian adalah calon yang benar-benar boleh
menyakinkan pengundi?
Semua pemimpin termasuk PM
Najib sendiri menganggap PRU13 adalah penentu kepada kelangsungan perjuangan
UMNO.PRU13 adalah hidup mati UMNO dan kalau semua beranggapan sedemikian,kita
setuju dengan pandangan PM Najib asalkan boleh menang di kerusi Parlimen,calon
kitar semula dan tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat Bahagian pun akan
dipilih untuk membawa panji-panji UMNO dan Barisan Nasional.
Ada rakan-rakan PM Najib
yang sedang menggilai jawatan-jawatan Menteri maupun Menter Besar walaupun
menang kalah belum tentu lagi dan ada juga yang menyedari bahawa mereka akan
kalah jika bertanding tetapi tetap mahu bertanding kerana mahu `menelan’peruntukan
pilihanraya.
Kita sedang tunggu..adakah
PM Najib pilih` winnable’ ataupun `cable’.Najib perlu dingatkan walaupun beribu
kali bahawa UMNO adalah milik ahli dan rakyat,Jangan hanya kerana PM Najib
Presiden dan Perdana Menteri,beliau lalai hingga gagal memberikan kita calon
yang boleh menang.
Thursday, August 9, 2012
TINDAKAN mengoyak cek
membuktikan betapa kesabaran ataupun kemarahan yang sukar lagi dibendung oleh
seorang Timbalan Menteri apabila beliau semakin yakin Ketua sebuah agensi
kerajaan sedang menjalankan usaha untuk mengsabotaj segala gerak kerjanya untuk
parti dan kerajaan.
Pertelingkahan mereka
berdua bukan lagi rahsia antara mereka malah telah menjadi rahsia umum dan hampir
kesemua kakitangan agensi atau jabatan itu maupun pejabat Timbalan Menteri
menyedari bahawa hubungan antara Ketua mereka denagn Timbalan Menteri tersebut
semakin hari semakin dingin hingga timbul ketegangan dan tindakan mengoyak cek
di depan pegawai Ketua tersebut merupakan satu tindakan yang membayangkan
betapa marahnya Timbalan Menteri tersebut.
Timbalan menteri ini adalah
yang bertanggungjawab ke atas agensi atau jabatan tersebut namun beberapa
tindakan Ketua agensi itu sejak akhir-akhir ini benar-benar menguji kesabaran
dan ketenangan beliau namun apabila beberapa program penting tidak dilibatkan
beliau seperti Majis Berbuka Puasa Bersama KSN,egonya sebagai Timbalan Menteri
bagaikan dicabar serta disiat oleh Ketua ini.
Memang wajar dan tepat
sekali apabila kedudukannya diperlekehkan,beliau yang sepatutnya dirujuk untuk
sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan parti dan kerajaan dijadikan seperti
sampah oleh Ketua tersebut dan ada ketikanya,Ketua ini dkatakan tidak pernah
menganggap wujudnya seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab atas jabatan
ataupun agensi itu.
Kiblat ketua ini dkatakan
pada orang lain dan beliau hanya akan membuat keputusan apabila mendapat lampu
hijau dari seseorang yang tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet dan
tidak berkuasa apa-apa pun dan tindakan ini dibuat oleh Ketua tersebut kerana
rasa terhutang budinya hingga beliau memperolehi jawatan tersebut.
Pun sebelum ini,sebelum
dipilih untuk jawatan tersebut,hubungan Ketua dan Timbalan Menteri ini cukup
baik dan Timbalan Menteri ini jugalah yang dikatakan menyokong penuh perlantikan
beliau untuk menerajui jabatan ataupun agensi itu.Itu masa belum dapat jawatan..!
Malah dikhabarkan juga bahawa
pertelingkahan mereka ini telah pun sampai ke peringkat pengetahuan Perdana
Menteri dan mengundang kemarahan yang bukan sedikit hingga terkeluar kenyataan
tentang pertukaran ataupun mahu dgantikan dengan orang lain.
Bila Perdana Menteri sendiri
mengungkap perkataan tersebut,jelaslah kemelut ataupun pertelingkahan tersebut
bukan lagi main-main dan satu tindakan drastic perlu dilakukan supaya ianya
tidak terus menjadi virus yang boleh menjadi penghalang untuk kejayaan lebih
besar dalam PRU13 nanti.
Ketua jabatan ataupun agensi
ini dikatakan berkiblatkan kepada orang lain dalam beliau menerajui jabatan
ataupun agensi itu dan Timbalan Menteri ini menyedari ada unsur-unsur sabotaj
di atas segala gerakan yang beliau mahu lakukan demi kepentingan politik serta
kerajaan.
Hingga satu peringkat Ketua
tersebut mengarahkan Timbalan Menteri itu supaya menulis surat kalau mahu
bantuan peruntukan daripada jabatan ataupun agensi.
Malah dalam beberapa
perjumpaan ataupu mesyuarat,Timbalan Menteri tersebut melahirkan rasa kecewa
dan tidak puas hatinya terhadap tindakan ketua tersebut malah sebagai Timbalan
Menteri yang bertanggungjawab,beliau sukar untuk mendapat kerjasama daripada
jabatan itu.
Turut difahamkan juga dalam
bulan Ramadhan ini berlaku beberapa kali pertemuan antara ketua dan
pegawai-pegawai dalam majlis berbuka puasa tetapi sekalipun Timbalan Menteri
tersebut tidak dijemput untuk hadir sama
dan satu majlis berbuka puasa yang sepatutnya diadakan di selatan tanahair oleh
Timbalan Menteri itu dibatalkan hanya kerana ketua jabatan itu tidak dapat
hadir.Hebat ketua dari Timbalan Menteri !
Pertembungan kedua mereka
ini dilihat akan menyukarkan banyak pihak untuk melaksanakan hasrat ataupun
harapan Perdana Menteri bagi berdepan dengan PRU 13 yang akan diadakan apada
bila-bila masa ini dan kita tidak menafikan bahawa Timbalan Menteri ini cukup
gigih serta berkerja keras untuk menjayakan matlamat Perdana Menteri dan sudah
tentu beliau akan menjadi kecewa bila gerakannya cuba dihalang oleh orang lain.
Perdana Menteri atau pun
sesiapa sahaja termasuklah kedua mereka ini harus mengambll pendekatan untuk
menyelesaikan kemelut tersebut kerana kita amat bimbang seandainya masih ada
tangan-tangan ghaib mengurusakannya yang akhirnya menjadi petaka yang boleh menjejaskan gerakan
semua pihak.
Tangan-tangan ghaib ini
ternyata memang cukup menyusahkan da ada juga yang mengandaikan kurangnya
sokongan ketua ini terhadap Timbalan Menteri itu kerana sebelum ini Ketua
tersebut adalah antara yang senior dalam jabatan ataupun politik dan sebab
itulah Ketua ini tidak memandang tinggi keupayaan Timbalan Menteri yang
dianggap junior itu.
Siapa Timbalan Menteri itu
dan siapa Ketua yang dimaksudkan…terserah kepada anda untuk mengesahkannya.
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Just an amusing observation..5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Download | Easy Surfing Fitness8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-