Thursday, December 27, 2012
Najib jangan terpedaya.... |
KITA setuju dengan
pendekatan dan juga sikap PM Najib yang
tidak menggemari cerita-cerita kurang menarik anggota kabinetnya, Menteri-Menteri
Besar ataupun Ketua Menteri ataupun
kepimpinan di peringkat Bahagian disampaikan kepadanya dan sikap ini
boleh kita puji tetapi PM Najib tidak boleh menolak mentah-mentah apa yang
disampaikan kepada beliau oleh sesorang yang mungkin berniat baik supaya Najib
tidak terpedaya ataupun diperalatkan oleh orang-orang yang berkepentingan.
Malah kita amat yakin
sebagai Perdana Menteri PM boleh mengakseskan segala maklumat yang beliau
terima untuk diserahkan kepada pihak berwajib bagi menyiasat segala laporan
atauun cerita-cerita peribadi orang-orang sekeliling beliau bagi mencari
kebenaran dan tidak boleh menganggap segala laporan itu ringan ataupun
bertujuan untuk menjejaskan keperibadian seseorang itu.
Sebagai Perdana Menteri dan
Presiden parti,tugas dan tanggungjawab beliau amat berat dan dalam kesibukan
beliau menguruskan Negara serta parti,kebimbangan yang dilahirkan oleh pihak-pihak
tertentu adalah khuatir PM Najib
terlepas pandang beberapa perkara yang boleh menjejaskan imej beliau.
Dalam saat Najib bergerak
aktif untuk mengembalikan keyakinan
rakyat hingga memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen menjelang PRU13 ini,ada pula
Naib Presiden yang sibuk menyusun
gerakan politik untuk memperkukuh kedudukan dalam hiraki kepimpinan UMNO.
Dalam usaha Najib
melestarikan slogan Rakyat Didahulukan,Pencapaian DiUtamakan,di Selatan
tanahair kepimpinan Menteri Besar mula diragui oleh rakyat.Pembangunan projek
mega dengan mengenepikan kepentingan Melayu mula menjadi buah mulut apatah lagi
apabila hanya orang-orang tertentu sahaja BACA DISINI memonopoli projek-projek
mewah di negeri itu.
Najib mungkin menolak segala
laporan yang diberikan ataupun dibisikkan ke telinga beliau apa yang sedang
berlaku di Johor hingga sudah ada seorang pemimpin yang melantik satu syarikat
konsultan untuk membuat kaji selidik siapakah yang bakal menjadi Menteri Besar
dan kerana konsultan itu beliau yang bayar maka namanya berada di tempat
teratas sedangkan mengurus sebuah perbadanan pun penuh dengan masalah.
Mana mungkin PM Najib boleh
melihat di depan mata sendiri baru beliau mahu yakin dan percaya apa sahaja
kebejatan ataupun kerakusan rakan-rakan ataupun saudara mara beliau kerana
tuntutan tugas serta tanggungjawab Najib begitu besar pada agama,bangsa dan Negara.
Najib ada agensi,Kementerian,polis
dan tentera bagi membantu beliau mengumpul maklumat serta menyiasat segala
laporan yang disampaikan kepadanya beliau dan beliau perlu menggunapakai laporan
tersebut supaya tidak terjadi seperti zaman sebelum ini hingga BN hilang 2/3 di
Parlimen serta kalah di beberapa buah negeri lantaran sikap pemimpin utamanya
yang membuat keputusan tanpa merujuk kepada laporan pihak terbabit.
Begitu juga dalam soal
mengurus dan menentukan calon-calon pilihanraya dan kerana sikap bersangka baik
Najib terhadap orang-orang sekelilingnya,ada yang mengambil kesempatan menjaja
bahawa mereka diarahkan oleh Perdana Menteri ataupun Presiden parti untuk
mencari,memilih serta menilai calon-calon untuk diketengahkan dalam PRU13 ini
dan kesempatan ini diambil oleh manusia rakus ini untuk memperkenalkan
calon-calon dari kalangan mereka sekaligus memalsukan laporan-laporan daripada
pihak agensi tentang latar belakang calon-calon itu.
Najib juga mesti berani berkata TIDAK ATAU NO,No atau tidak kepada sahabat,kawan
lama,saudara mara,budak pejabat,Setpau,Pegawai Khas. Najib mesti juga berani kata NO kepada
yang buat rayuan melalui Sultan ataupun Raja,Rosmah dan orang keliling supaya mereka ini dipilih menjadi calon pada PRU13 nanti.Dalam setiap kata maupun ucapan,Najib terbukti ada ketegasannya tapi dalam bertindak,setakat ini belum nampak lagi hasilnya.
Sikap Najib ini terpuji
tetapi Najib lupa kerana keenganan beliau untuk mendengar dengan teliti laporan
sikap pemimpin yang disampaikan kepadanya,ada yang mengambil kesempatan
termasuklah mengumpul kekayaan dengan memperolehi berbagai-bagai projek mewah
dengan menjual nama Najib kononnya yang merestui segala tindakan itu atas nama
parti.BACA DISINI.
Najib juga harus berani berkata No kepada yang merayu pegang lutut beliau supaya dipilih jadi calon,No juga kepada yang mengugut, NO juga kepada yang memiliki DR palsu. ataupun PHD palsu,No
juga kepada yang kata dia winnable,No juga kepada yang tidak ada interaksi
media baru. NO juga kepada Wanita atau Puteri kononnya kerana mahu lebih penyertaan
wanita dalam kerajaan atau pembuat polisi sebab PRU13 ini adalah perang dan bukan untuk bersuka
ria. Najib mesti cari askar perang yang sanggup mati mempertahankan UMNO dan
BN.
Najib juga mesti juga berani kata NO kepada agensi yang kononnya cari calon seperti BTN, JASA dan lain-lain malah kalau ada bukti yang sabotaj,pancung sekarang dan Najib jangan tunggu. Najib mesti ada sifat berani macam Tun Razak,kalau Tun Razak dulu,beliau cuma berdehem orang sudah takut, diamserta akur.Najib harus tahu bahawa sikap kuku besi itu mesti ada pada pemimpin.`you have to be cruel in order to be kind'.
Najib juga mesti juga berani kata NO kepada agensi yang kononnya cari calon seperti BTN, JASA dan lain-lain malah kalau ada bukti yang sabotaj,pancung sekarang dan Najib jangan tunggu. Najib mesti ada sifat berani macam Tun Razak,kalau Tun Razak dulu,beliau cuma berdehem orang sudah takut, diamserta akur.Najib harus tahu bahawa sikap kuku besi itu mesti ada pada pemimpin.`you have to be cruel in order to be kind'.
Najib sedang dikelilingi
oleh lalat dan langau dan mereka ini berada di dalam kelompok orang-orang yang
sememangnya jujur serta ikhlas untuk membantu Najib mengurus kerajaan dan parti
tetapi kerana lalat dan langau ini maka ada cacatnya didalam ketulusan Najib
memimpin Negara.
Kita mohon Najib sedar
bahawa masih ada lagi yang sedang memegang belati berada di belakang Najib untuk
menikam beliau bila sampai waktunya.Kita mohon Najib sedar bahawa masih ada
orang-orang yang masih setia kepada Anwar tetapi berpura-pura menyokong Najib
sedang mengelilingi beliau ataupun mungkin kerana Najib terlalu ramai
dikelilingi oleh orang-orang Anwar ini hingga Najib sendiri sudah tidak berdaya
untuk mengenal yang mana musuh,yang mana kawan.
Menjelang PRU13 ini,PM Najib
perlu membuat pemutihan.Menyingkirkan musang berbulu ayam,mengenepikan musuh
dalam selimut serta memadamkan api yang sedang membakar sekam kerana Najib dan
UMNO perlu pemimpin yang menjunjung Perlembagaan parti dan tidak menggunakan
kedudukan untuk kepentingan peribadi hingga rakyat menjadi muak seta menyampah
dengan sikap pemimpin yang bermuka-muka.
Cakap berjuang untuk rakyat tetapi yang jelasnya adalah sibuk untuk mengisi nafsu tembolok sendiri.
Cakap berjuang untuk rakyat tetapi yang jelasnya adalah sibuk untuk mengisi nafsu tembolok sendiri.
Wednesday, December 26, 2012
Dua Cina bersepupu ini sedang menjajah Kelantan.. |
48 tahun dulu yakni sekitar
tahun 1964, Kerajaan PAS Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak
yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya
untuk tujuan pembangunan.
Namun rakyat bukannya buta
kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu
tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu
kayan.
Rentetan daripada itu,
timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk
beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada
merebak lebih luas.
Bagaimanapun apabila berlaku
krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah
dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara
besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.
Kini, di era milenium
selepas PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip
seperti dulu.Tika ini tanah seluas 10,526
ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik
kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50
tahun.
Syarikat itu asalnya milik
individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan
Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan
kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad
seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.
Gayanya saling tak tumpah
seperti Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat
secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah
di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.
Dengan kata lain, PAS
seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal
diterjemahkan kepada kekalahan besar PAS di Kelantan pada PRU 13 kelak,
mengulangi kembali kejatuhan PAS pada 1978 dulu.
Menariknya lagi tanah seluas
10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang
Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya
terletak di Hulu Kelantan.
Ladang Rakyat atau lebih
tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan
khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi
rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan
penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.
Hasil bumi yang bernilai beratus
juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina
DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong
menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai
menabur janji dicapati.
Rakyat marhaen yang berpuluh
tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki
walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa
menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih
gembira menikmati laba keuntungan.
Jika langkah memberi tanah
dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya
bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya
mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi
milik kroni BN.
Namun bila ia dilakukan oleh
PAS sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya.Orang ramai sibuk
mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP
Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya
satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan
pusingan gasing.
Dulu dan sekarang sama
sahaja, tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan
tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan
hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik
alasan pembangunan.
PAS dan skandal tanah hutan
balak berpisah tiada, kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah
dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung
Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut
kroni dan diri sendiri.Lain-lain idea untuk
kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS.
Usahlah pemimpin PAS terus
berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22
tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi
dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak
pribumi sendiri.
Suka atau tidak, PRU 13 ini
majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS
erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit
dan paling munafik itu nanti.
Sejarah kejatuhan PAS di
Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak PAS
semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah bumi.
Wednesday, December 19, 2012
Parasit perlu disingkirkan... |
KITA terima pandangan
pemimpin atasan yang mahu semua ahli,kepimpinan bahagian serta cawangan dan
juga penyokong-penyokong untuk memberikan
fokus bagi menentang segala penyelewengan serta fitnah yang dilemparkan
oleh pembangkang terhadap kerajaan serta parti tetapi dalam maa yang sama,kita
juga mahu pemimpin atasan turut fokus bagi memastikan kemenangan besar dalam
PRU13 nanti dan tidak memperalatkan parti untuk kepentingan peribadi.
Demi kemenangan parti,semua
orang bersetuju namun dalam masa yang sama beberapa kerat pemimpin yang berada
di sekeliling PM Najib wajar menghentikan segala gerak kerja mereka yang boleh
memudaratkan parti apabila dalam kita berusaha untuk terus memenangi hati
rakyat,kalangan mereka ini pula sedang sibuk menyusun rakan-rakan untuk
ditonjolkan sebagai calun PRU13 nanti yang tidak bertepatan dengan slogan Najib
`winnable candidate’.
Tidak guna PM Najib
berteriak masa ucapan sulungnya sebagai Presiden UMNO di Perhimpunan UMNO 2009
yang bertajuk Menakhoda Zaman itu sedangkan dalam masa yang sama masih ada parasit-parasit
yang mengelilingi Najib dengan berbagai-bagai agenda peribadi dan PM Najib juga
dilihat cukup keras memberikan peringatan tetapi dalam masa yang sama terlalu naïf
untuk mengambil tindakan terutama sekali terhadap orang-orang yang berada di
sekelilingnya hari ini.
Najib pasti pernah dengar
kata orang-orang tua bahawa dalam memilih kawan kita kena berhati-hati kerana
tersalah pilih ianya boleh menjadi duri dalam daging ataupun api dalam sekam
dan Najib yang tidak pernah lekang impian serta harapannya supaya semua
peringkat kepimpinan memberikan focus bagi menentukan hidup mati UMNO di PRU13
nanti,ada dari kalangannya yang mengaku sebagai kawan atau orang kanan beliau
cukup rakus membina kekayaan.
Kita juga bersetuju dengan
apa sahaja cadangan yang mahukan setiap dari kita tidak menyerang atau
membongkar kebejatan moral atau apa sahaja salahlaku baik penyelewengan kuasa
dan hubungan baik antara najib dengan rakan-rakannya di antara satu sama lain
tetapi dalam masa yang sama,orang-orang disekeliling Najib jangan pula
menggunakan kuasa serta pengaruh yang ada untuk menikam dari belakang
rakan-rakan seperjuangan lain ataupun menhasut Najib untuk membuang pemimpin
itu dan ini kerana mereka bukan datang dari satu kem,bukan kawan ataupun
sahabat Najib ataupun tidak sehaluan gaya pemikiran politik mereka.
Kritikan demi kritikan yang
dilakukan bukan untuk menjahanamkan UMNO ataupun Barisan Nasional tetapi kita
tidak mahu menyokong ataupun memiliki pemimpin ataupun calon di PRU13 nanti
seperti buluh yang pepat diluar tetapi rencung di dalam.
Politik puja puji atau ampu
mengampu ini tidak lagi sesuai berada di era ini apatah lagi UMNO adalah parti
milik tiga juta lebih ahlinya dan bukan harta emak bapak sesetengah pemimpin
yang rakus yang menggunakan nama UMNO untuk mengisi tembolok mereka.
Ahli wajib mengkritik dan menegur ataupun mendesak pimpinan tertinggi parti mengambil tindakan seandainya mereka ini benar-benar menjadi pengkhianat kepada parti.Kehadirannya boleh menjadikan parti malu kerana adanya pemimpin begini,ahli berhak bersuara.
UMNO adalah parti keramat
orang-orang Melayu dan kita tidak mahu ada lagi Anwar Ibrahim kedua dalam UMNO
dan kita mengesan corak politik yang dibawakan oleh Anwar masa berada dalam
UMNO dulu sedang dipraktikan oleh beberapa seorang dua pemimpin,ada yang
menyusun calon-calon dengan memperalatkan nama Najib dan ada pula yang mengaut
projek-projek tertentu menggunakan nama Najib dan juga UMNO.
Dalam MKT UMNO pun ada parasit... |
Dalam kita berusaha
membongkarkan segala kebejatan moral, penipuan,pembohongan serta fitnah bersiri
pakatan jahat pembangkang, pemimpin atasan hanya dilihat berpeluk tubuh dan
menyerahkan bulat-bulat kepada askar-askar bawahan untuk menangkis serangan
pembangkang dan juga menyerahkan sewenang-wenangnya kepada PM Najib secara solo
untuk menjawab segala tomahan pembangkang.
Mereka ini jugalah yang
mengaku kawan Najib,mengaku orang yang dekat dengan Najib tetapi malangnya saat
Najib dan keluarganya diserang oleh fitnah pembangkang,apa yang mereka ini
buat?
Mereka ini cakap sahaja
pandai tapi akal mereka penuh dengan tipu daya.Yang penting saya tidak akan terpedaya.Perahu
sudah diair,dayung sudah ditangan! Kita perlu tolak pemimpin yang dulunya asal
ular lidi tetapi telah menjadi ular sawa dan sekarang sedang cuba menjadi anaconda.
Thursday, December 13, 2012
Mereka ini sanggup lakukan apa sahaja... |
Mereka ini memperalatkan parti untuk mengisi tembolok mereka,mereka ini memperalatkan nama perjuangan untuk kepentingan peribadi mereka,menjaja nama dengan menjadikan parti sebagai mangsa mereka.
Kata Syed Atief,kancah politik Melayu, dalam mana jua parti, semakin
terkepung dengan tawar-menawar imbuhan kewangan dan harta kebendaan untuk
mengetepikan garapan perjuangan yang berprinsip, bermaruah dan terarah. Penggadaian prinsip dan maruah kerana imbuhan
kewangan seperti ini tidak lebih daripada hakikat seorang pelacur.
Sebagai parti yang sedang memegang tampuk
kuasa, UMNO tidak lepas daripada menjadi lubuk rezeki kepada pelacur-pelacur
politik. Para navigator politik menjadi
sasaran utama punca rezeki mereka.
Resmi pelacur, berbogellah dia diatas ranjang
bila mulut diperosok dengan wang ringgit dan harta kebendaan. Resmi pelacur, bayar dulu baru boleh servis.
Tiada duit, tiadalah servis. Resmi
pelacur, bila dibayar bolehlah diratah semahu-mahunya oleh pelanggan-pelanggan
yang membayar. Resmi pelacur, lagi tua
lagi murah nilai maruah dan harga dirinya.
Harga langganan pelacur biasanya berbeza-beza
mengikut umur dan pakej yang ditawarkan. Diantara pakej yang biasa ditawarkan
ialah 1-way, 2-way dan 3-way. Pelacur
3-way biasanya pelacur yang melangkaui usia 40 tahun yang terpaksa menyerahkan
segalanya yang di dalam atau di luar tabi’ie untuk mendapat kadar bayaran yang
diinginkannya.
Syed Atief terus vokal demi parti.. |
Pelacur-pelacur politik mengusahakan pelbagai
helah dan muslihat untuk mengaut keuntungan besar untuk dirinya sendiri. Muslihat yang paling mudah ialah dengan
menjaja apa yang dikononkannya sebagai “perjuangan bangsa”. Momokan transformasi mereka tidak lebih
sekadar bebelan retorik untuk mengalas kepentingan diri yang membuak-buak.
Pelacur politik boleh
membohongi janji yang telah diucapkan.Hanyasanya kerana tiada imbuhan kewangan, janji boleh dimungkiri.Janji tidak ditepati.Janji dicapati.
Para pelanggan kepada
pelacur-pelacur ini biasanya terdiri daripada individu yang tidak bermasalah
dan tidak rasa bersalah untuk melacuri perjuangan bangsa, sehingga berbangkit
isu lambakan buruh asing, perlakuan tidak berintegriti dan seumpamanya.
Invididu-individu yang melanggan pelacur
politik biasanya mempunyai rekod yang panjang dan berulang-ulang dalam
menasihat dan memunahsihat aktiviti pelacuran politik ini untuk menuruti
kehendak percaturan politik para navigator kuasa.
Pelacur tetap pelacur. Jarang-jarang kita dengar pelanggan-pelanggan
pelacur jatuh cinta kepada pelacur lantas diinsafkan pelacur itu hingga diambil
menjadi kekasih hati yang berkekalan. Hal yang demikian terjadi kerana dimata para pelanggan ini, pelacur
tidak lebih ibarat lampin pakai buang. Dipakai sebagai alat untuk menyelesaikan sesuatu hajat untuk dibuang
kemudiannya. Tiada jasa yang perlu
dikenang.
Sudah tentulah si pelacur tidak sempat
berfikir untuk menyedari hakikat ini kerana mereka sentiasa bergelut mencari
pelanggan seterusnya demi survival sebuah kehidupan. Dalam banyak keadaaan, pelacur-pelacur yang
dahagakan harta kebendaan ini terpaksa memejamkan mata untuk merelakan gomolan
pelanggan-pelanggan yang dipenuhi kudis-kudis HIV yang bernanah.
Setiap sindiket pelacuran
mempunyai suatu lagi watak penting di belakang tabir, yakni bapa dan ibu
ayam. Watak ini biasanya tidak
dicakapkan dengan panjang lebar kerana mereka sememangnya mempunyai kuasa yang
luar biasa dan amat ditakuti.
Ada yang barai, ada yang
hancur,
Ada yang darai, ada yang
campur,
Ada yang muda, ada yang berumur,
Ada yang sihat, ada yang
uzur,
Ada yang menopause, ada yang
subur.
Mengenal pelacur politik,
Body tak perlu lentik,
Muka tak perlu cantik,
Tapi baju kena
bintik-bintik,
dan yang penting reti
matematik.
Pelacuran politik bukan
industri baru,
Dari dulu ada mengharu,
Cari duit nak shoru,
Ada yang menganggur, ada
jugak Tok Guru.
Politik dan pelacuran,
Dimana ada suis, disitu ada
karan,
Upahnya duit ataupun geran,
Janji dimungkir apa nak
heran?
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?11 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-