Wednesday, December 5, 2012


 UMNO satu syer pun tak ada...

DALAM UMNO sedang sibuk berlangsung PAU2012 baru-baru ini,rakan-rakan dari Utara tanahair membuka satu cerita yang cukup mengejutkan tentang projek pengambilalihan Independent Power Producer (IPP) yng terletak di Kedah Kulim Hi-tech kononnya pada peringkat awal dimohon oleh sebuah syarikat milik UMNO tetapi setelah lulus, projek tersebut menjadi milik syarikat  lain iaitu anak kepada seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab melobi untuk mendapatkan tender tersebut.

Hakikat sebenarnya satu share pun UMNO tidak ada kepentingan di dalam syarikat tersebut dan ahli parlimen ini secara sesuka hati menjaja nama Najib tanpa pengetahuan Najib untuk kepentingan syarikat milik beliau dan anak-anaknya.

Mereka ini mula bercerita bahawa projek  pengambilalihan  Independent Power Producer (IPP) yang dikatakan telah mendapat persetujuan Presiden UMNO (jual nama Najib) pada mulanya dilobi supaya diberikan kepada syarikat milik UMNO tersebut dan PM Najib juga dikatakan telah memberikan persetujuan dan menyokong permohonannya.

Bekas Menteri Pusat ini melobi kononnya syarikat milik UMNO  bersedia untuk mendapatkan projek tersebut dan beliau turut  dikatakan mendapat sokongan daripada Najib sebagai Presiden yang bersetuju supaya IPP tersebut diserahkan kepada syarikat itu namun setelah pinjaman melalui SUKUK diluluskan,bekas Menteri itu didakwa menukar nama syarikat itu kepada syarikat milik anaknya.

Pinjaman SUKUK dalam bentuk Bon yang biasanya diproses mengambil masa lima hingga enam bulan diluluskan dalam kadar yang begitu segera kerana bekas Menteri tersebut yang juga dikenali sebagai antara kawan rapat Najib telah menjaja  nama Najib yang kononnya Najib mahu syarikat milik UMNO itu diberikan peluang mendapatkan  tender IPP Perlis itu.

SUKUK adalah Sijil  bernilai  sama  dengan  sebahagian atau keseluruhan dari kepemilikan harta  berwujud  untuk mendapatkan hasil dan jasa di dalam kepemilikan aset dari  projek  tertentu  atau  aktiviti  pelaburan khusus, sijil ini berlaku setelah  menerima  nilai  SUKUK  disaat  jatuh tempoh dengan menerima dana sepenuhnya sesuai dengan tujuan Sukuk tersebut.

Sukuk  juga  boleh  dikenali  sebagai  Bon patuh Syariah dan terdapat beberapa persamaan antara Sukuk dengan bon konvensional. Persamaan tersebut ialah ia selalu  mempunyai  tempoh  matang  (term maturity), mempunyai kupon profit,serta boleh dijual beli pada harga hasil (yield price).

Kita tidak tahu adakah PM Najib (tapi kalau dah jual nama macamana Najib tahu)sedar projek tersebut telah diberikan kepada syarikat yang bukan berkaitan dengan UMNO sedangkan di peringkat awal beliau telah diberikan penerangan serta penjelasan bahawa permohonan untuk mendapatkan IPP Nur Power Plant itu adalah melalui syarikat milik UMNO,untuk membantu sebagai sumber kewangan UMNO dan sebab itulah Najib bersetuju untuk mengeluarkan surat sokongan.Nama PM dijaja merata.Itu modus operandinya.

Projek IPP itu diberikan pinjaman SUKUK didakwa  sebanyak RM900 juta oleh salah sebuah bank tempatan yang memberikan pinjamam seperti yang disebut dalam kadar yang begitu segera,mengambil masa dua bulan.

Sekiranya benar,sekali lagi Najib diperalatkan dan UMNO dijadikan mangsa tipu muslihat bekas menteri  dan juga kawan Najib yang cukup licik memainkan peranannya selama ini menjaja nama beliau.

Malah tidak mustahil beberapa lagi muslihat digunakan dengan memperalatkan UMNO untuk kepentingan dirinya dan kita harus mengakui bahawa beliau cukup bijak memanipulasikan hubungannya dengan Perdana Menteri selama ini dan amat malang UMNO kerana terus memiliki pemimpin yang masih memegang jawatan Ahli Parlimen ini.

Walaupun kita percaya rezeki itu milik masing-masing namun tindakan menjaja nama syarikat yang kononnya milik UMNO bagi mendapatkan projek tersebut merupakan satu tindakan yang jijik dan tidak amanah serta bertanggungjawab dan Najib harus mengambil tindakan supaya nama baik UMNO terus terpelihara dan tidak diperbodohkan oleh Ahli Parlimen ini.

UMNO tidak boleh membiarkan namanya diperalatkan sebegini dan kalau benar cerita yang datang dari Perlis ini,sesuatu harus dilakukan supaya projek IPP itu kembali semula kepada syarikat milik UMNO dan Ahli Parlimen ini perlu diberikan kata dua supaya tidak mengkhianati kepercayaan UMNO terhadapnya dan kepercayaan Najib pada dirinya.

Bila ditanya siapakah Ahli Parlimen terbabit,rakan dari utara ini dengan penuh yakin menyebut namanya dan sebagai menghargai permintaannya,saya rahsiakan dulu siapakah yang dimaksudkan itu?Berikan saya waktu untuk mengumpul maklumat secukupnya..Demi UMNO pecat sahaja pemimpin ini...



18 comments:

Anonymous said...

JAMALUDDIN JARJIS ke?

PAPA GOMO said...

syed hamid?

Anonymous said...

penyamun nak nasihat pencuri..inilah jadinya..kong kali kong..2x5, 5x2...banyak sgt syaitan yang ku kenali....

Anonymous said...

Mamat JJ ni bila lah nak bertaubat, dia ni amat cintakan dunia sehingga matlamat menghalalkan cara. Si mamat JJ ini adalah antara mereka yg memberikqn imej yg buruk pada UMNO dan org Melayu Islam. Harap PRu 13 ni boleh ditalkinkan si mamat JJ ni.

Anonymous said...

Si mamat JJ ni bilalah nak bertaubat agar tak mementingkan diri sendri demi habuan dunia. Berapa lama lagi nak hidup dan klu dapat harta secara bathil utk diri sendiri atau anak keturunan kan susah sbb memakan harta g haram, maka api nerakalah yg terbailk. Si mamat JJ ni antara contoh ahli UMNO yg memberikan gambaran negatif pd UMNO dan org Melayu Islam. Harap PRU13 ni dapt kita talkinkan si mamat JJ nie.

Anonymous said...

Datuk azmi khalid ke...

Sanggah Tok Janggut said...

Saya rasa pejabat PM tahu siapa yg dimaksudkan?

Sanggah Tok Janggut said...

Bekas Menteri ni tak ramai..JJ.Zin Mohamad,Azalina,Syed hamid,Zulhasnan..Ong Tea Keat,Ong Ka Ting..ni semua kawan2 Najib..

Sanggah Tok Janggut said...

Najib tak tahu ada org jaja nama beliau..UMNO 1share pun tak ada...

Anonymous said...

bukan setakat syarikat ni, kalau kat tempat lain, ketua pemuda tempatan pun sebat juga, modus operani pun macam ni juga.

Anonymous said...

Tahu sangat bro..JAMALUDDIN JARJIS yang dok perasan tak habis2.

PAPA GOMO said...


Kau biar betul RAK... IPP di Kedah Kulim Hi-tech????

Unknown said...

Alah yg sama ngan Malindo Airways tue....

Anonymous said...

Takpa bro..janji org melayu kita kaya..org lain jgn dengki la..nanti kita kongsi la..muafakat bawa berkat.tak gitu

Unknown said...

SALAM BANG ...

JANGAN SEBAB KENA UPAH DENGAN WARLORD UMNO, LU SANGGUP BUAT ARTIKEL TANPA BERDASARKAN FAKTA.

NUR Power Plant (NUR) bukanlah “Independent Power Producer” (IPP). NUR tidak mempunyai “Power Purchase Agreement” (PPA) dengan TNB dan NUR tidak membekalkan tenaga yang dikeluarkan kepada TNB.

READ MORE, http://www.klpos.com/analisis/29722

CUKUP-CUKUPLAH BUAT KERJA TAK SENONOH UNTUK PENYANGAK-PENYANGAK UMNO.

BUSUK NAMA LU SBB FAKTA ARTIKEL SALAH 100 PERATUS ...

CHECK YOUR FACTS FIRST ...

Sanggah Tok Janggut said...

SAYA perlu jwb tulisan komen Melayu Atas Pagar ini..Pertama :saya tak persoalkan rezeki yg Nor Power Plant ini dapat dgn projek itu,itu rezeki mereka?

Kedua: Saya tak nak peduli bagaimana kedudukan projek ini?

Ketiga:Biarlah KL Pos dgn analisanya.

Keempat: terima kasih krn betulkan fakta..itupun kalau fakta itu betul dan tidak melindungi beberapa perkara lain.

YANG saya cuma nak tahu..betul ke masa nak dapat projek ini,diberitahu bahawa syarikat yg memohon itu kononnya UMNO ada kepentingan?

Kalau UMNO ada kepentingan,berapa share yg UMNO ada dalam syarikat itu?Tak payahlah ilmiah saangat..

Soal dapat upah ini mudah kita tuduh..kononnya saya menulis krn dpt upah dari warlord UMNO..saya dah biasa dituduh begini..tak terguris sedikit pun dgn tuduhan tersebut..

Sanggah Tok Janggut said...

PM Najib menyokong pengambilalihan projek tersebut kerana diberitahu bahawa yg memohon untuk membida projek tersebut adalah syarikat milik UMNO?Betul ke syarikat ini milik UMNO?

Anonymous said...

Mengapa mesti umno je yg patut dapat?melayu bukan umno tak boleh ke?umno kan utk melayu..bukan mamak bukan nepal myanmar..dan bukan utk melayu yg kaya raya lg rasuah dan kaki betina atau minum arak atau kaki judi

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers