Monday, September 30, 2013

Kontraversi pelantikan Hadi sebagai KP PLKN..
BILA Abdul Hadi Awang Kecil,Ketua Pengarah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)disambung semula kontraknya sebagai Ketua Pengarah ramai pihak yang tekejut dan mempersoalkan dimana relevensinya Ketua Pengarah yang banyak menimbulkan kontraversi sepanjang mengetuai PLKN hingga beliau dipilih semula.

Abdul Hadi sepanjang khidmatnya dilihat tidak mampu melahirkan pelatih-pelatih PLKN sejajar dengan modul latihan yang diperkenal dan dituntut oleh kerajaan malah kewibawaan beliau  mengemudikan  PLKN untuk membina pelatih-pelatih PLKN agar mencintai dan menumpahkan taat setia kepada Negara  jauh tersasar apabila alumni PLKN yang melebih 700 ribu itu rata-rata PLKN gagal munafaatkannya untuk menjadi asset kepada Negara.
Thursday, September 5, 2013

Menjadikah transformasi politik yang Najib mahukan?

PERLUMBAAN mengejar jawatan dan kedudukan dalam Majlis tertinggi UMNO nampaknya semakin menarik,sengit dan mungkin bakal menempa `sejarah’ dalam pemilihan parti kali ini terutama sekali melibatkan jawatan Naib Presiden UMNO apabila calon terbaru Ali Rustam tampil menawarkan diri bertanding jawatan tersebut setelah tiga pemegang jawatan iaitu Zahid,Hishamuddin dan Shafie Afdal mengesahkan akan bertanding mempertahankan jawatan itu serta disusuli oleh Isa Samad dengan menjadikan setakat ini lima calon telah pun bersiap siaga untuk mengisi tiga tempat dalam hiraki kepimpinan tertinggi UMNO.

Penawaran diri dua calon lama iaitu Tan Sri Isa Samad dan Dato Seri Ali Rustam merupakan satu tamparan paling hebat  kepada UMNO yang secara tidak langsung membuktikan betapa UMNO ketandusan pemimpin pelapis dan sekaligus merencatkan pembaharuan ataupun melengkapkan proses transformasi dalam UMNO seperti yang di war-warkan oleh Presiden parti sekiranya kedua-dua calon ini dberikan semula tempat ke dalam UMNO,UMNO terus menjadi  seperti  paten kueh baulu yang tidak berubah apa-apa malah memungkinkan pelan pembangunan parti terbantut.
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers