Monday, May 27, 2013


MEMBACA akhbar-akhbar utama sejak akhir-akhir ini berbagai-bagai pihak menggesa supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap  Red Bean Army dan ini  seolah-olah negara ataupun kerajaan baru tersedar kewujudan kumpulan seperti ini yang sedang hebat mengadu domba serta mengelirukan rakyat.


Hakikat ini menjadikan seakan-akan pelik tapi benar bahawa adakah betul kerajaan baru tahu tentang kewujudan kumpulan pengkhianat ini atau sudah tahu tapi menjadi perkara remeh untuk diambil tahu oleh kerajaan dan pelbagai pihak lagi sedangkan segala gerakan untuk mengkhianati Negara telah pun didedah ataupun ditulis oleh bloger-bloger pro kerajaan secara percuma dan tidak dibayar seperti bayaran yang diterima oleh Red Bean Army itu yang diupah untuk menumbangkan kerajaan.
Tuesday, May 21, 2013


Berikan mereka 100 hari !
DALAM apa sahaja keadaan pun kabinet yang dikenali sebagai Pasukan Transformasi PM Najib ini harus disokong dan saya bersetuju bahawa adalah terlalu awal untuk mengkritik kuasa PM Najib melantik mereka ini untuk mengisi jawatan sebagai Menteri Kabinet kerana mereka ini harus diberikan peluang walaupun rata-rata masih mengkritik pemilihan yang dilihat tidak dilakukan secara berhati-hati,mengambil kira pengalaman serta latar belakang kepimpinan.
Monday, May 20, 2013


Zahid sudah tunjuk belang!

ANTARA tenang dalam gelora,kita yang merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya dan setelah selesai PRU13, perhatian rakyat kini mula melihat apa yang kerajaan akan lakukan dan apa yang pembangkang akan lakukan malah sebagaimana yang dijangkakan dan disebut-sebut bahawa pembangkang akan terus cuba melakukan Malaysian Spring ala Arab Spring dengan pelbagai provokasi bagi meraih simpati rakyat dan pihak luar.


Anwar Ibrahim seakan-akan sudah tidak mampu menjilat ludahnya yang terlalu banyak kahak yang meloyakan dengan segala janji-janji palsunya terhadap rakyat,lantaran itu gerakan perlu dibuat supaya rakyat lupa segala janji dan manifesto bukan janji di negeri-negeri yang mereka menang,jika tidak dicetuskan suasana tegang,rakyat akan menuntut segala janji yang sememangnya mereka tidak pernah berhasrat untuk menunaikannya.
Saturday, May 18, 2013

Bila Cina DAP bersuara!

LIM Kit Siang dalam reaksinya kepada tulisan bertajuk "Apa Lagi Kit Siang Mahu" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, telah menyenaraikan 5 perkara yang dikehendakinya dan akan terus menuntutnya selagi tidak direalisasikan danLima perkara tuntutan yang dimaksudkan oleh Kit Siang ialah;-

1) Tuntutan supaya pilihan raya yang adil
2) Malaysia mesti benar-benar mengamalkan demokrasi
3) Penghormatan kepada keluhuran perlembagaan terutama dalam konteks perundangan dan hukuman
4) Pendidikan yang setaraf dengan luar negara
5) Keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik.
Friday, May 17, 2013


Menang 4 kerusi tapi SPDP gagal menambat hati Najib..

TIDAK ada sesiapa pun yang mempertikaikan pemilihan ataupun siapa yang PM najib pilih Ahli Parlimen daripada Sabah maupun Sarawak kerana kedua-dua negeri ini layak untuk diberikan sedikit kelebihan berbanding dengan negeri-negeri lain lantaran kemenangan besar mereka dalam PRU13 hingga menyumbang kepada pembentukan kabinet Najib.


Namun meminggirkan Ahli Parlimen di negeri-negeri yang menang seperti Kedah dianggap oleh pemerhati politik sebagai menafikan sumbangan besar pimpinan negeri yang telah berjaya merampas serta menumbangkan kerajaan PAS di negeri itu dan sekaligus mengembalikan Kedah ke tangan Barisan Nasional.



Kemana mereka mahu bawa negara dan UMNO?
SEGALANYA telah selesai serta terjawab dan PM Najib telah pun membentuk kabinet beliau untuk penggal baru, penggal yang terbina hasil dari percaturan politik baru dan penggal pemerintahan yang akan menyaksikan senario yang lagi baru serta sekalung tahniah kepada PM Najib atas kebijaksanaan yang ditampilkan dengan barisan kabinet berimbang pada kali ini, kabinet yang mengambil kira pelbagai sudut. 


Meskipun ada yang kata bahawa kabinet Najib ini lebih kepada mahu memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai Presiden parti menjelang pemilihan UMNO nanti dan bukan satu gambaran untuk mengekalkan ataupun memperkasakan survival UMNO bagi mendepani cabaran massa namun untuk ketika ini semua pihak perlu berlapang dada untuk sekurang-kurangnya 100 hari melihat kemana negara dan UMNO melalui pembentukan kabinet ini.

Saturday, May 11, 2013



Jangan Najib dipatuk kali kedua..
MEMBACA kenyataan PM Najib bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri kepada semua kaum, bangsa dan agama serta semua rakyat Malaysia telah jelas menggambarkan kebesaran jiwa beliau sebagai pemimpin dan barangkali dengan tekad "cannot change the past, but can make the future" beliau akan melangkah dengan penuh azam yang hanya beliau yang tahu.


Beliau mungkin telah mendapat maklum balas tentang apa respon rakyat terhadap senarai calon-calon BN untuk PRU13 yang lepas sehinggakan akar umbi menjadikan salah satu bahan jenaka. antaranya "winnerble, recycle, adjustable dan win cable" lalu menjadikan graf populariti PM Najib terus merudum dengan pengumuman itu.
Thursday, May 9, 2013



Sampai bila BTN diperalatkan untuk kepentingan Raja Arif?
SEBAK melihat wajah sugul PM Najib ketika mengumumkan Barisan Nasional (BN) dapat membentuk kerajaan pada jam 1.30 pagi 6hb mei yangg lepas,sebak kerana kesungguhan,pengorbanan dan khidmat bakti beliau untuk negara akhirnya dibalas oleh rakyat dalam keadaan keputusan PRU13 sedemikian rupa. 

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers