Thursday, May 9, 2013



Sampai bila BTN diperalatkan untuk kepentingan Raja Arif?
SEBAK melihat wajah sugul PM Najib ketika mengumumkan Barisan Nasional (BN) dapat membentuk kerajaan pada jam 1.30 pagi 6hb mei yangg lepas,sebak kerana kesungguhan,pengorbanan dan khidmat bakti beliau untuk negara akhirnya dibalas oleh rakyat dalam keadaan keputusan PRU13 sedemikian rupa. 



Apa pun kita bersyukur kerana BN dibawah kepimpinan beliau terus diberi peluang oleh Allah untuk beliau kekal sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan dan kita tidak perlu berpusing-pusing mencari alasalan kekalahan kerana analisis mudah mengapa kerajaan di bawah pimpinan beliau menerima nasib seperti adalah kerana penolakan orang Cina,yang PM Najib sifatkan sebagai Tusnami Cina serta penolakan generasi muda terhadap BN. Kenapa jadi sedemikian? 


Apakah semua dasar yang di kemukakan dalam masa 5 tahun menerajui kerajaan di tolak?Jika ditolak kenapa?PM Najib memperkenalkan berbagai-bagai dasar,gagasan dan berbagai-bagai transforamsi tetapi rupa-rupanya PM Najib  seakan-akan `one man show’ kerana segala dasar-dasar serta gagasan-gagasan beliau gagal di hayati dan dirasai oleh jiwa rakyat.


Sala satu induk pada teras pentadbiran PM Najib adalah Gagasan 1Malaysia tetapi malangnya Gagasan 1Malaysia rupa-rupanya hanya disambut pada slogan,diterima pada pada nilai Ringgit Malaysia yang dibawa bersama dan bukannya pada roh dan semangatnya. Mengapa perkara ini berlaku? Sasarannya jelasnya kerana agensi yang bertanggung jawab membawa harapan PM Najib ini pun sebenarnya menilai pada Ringgit Malaysia semata-mata.


PM Najib membayarnya pada harga yang cukup mahal apabila merubah struktur BTN secara tiba-tiba bila BTN diberikan tanggungjawab khas mempromosikan Gagasan 1Malaysia dengan menganjurkan berbaga-ibagai acara,menerbitkan puluhan buku yang menelan belanja jutaan ringgit malah hingga mengangkat kedudukan Ketua Pengarahnya daripada Gred Jusa C ke Jusa A namun segala curahan kewangan berjuta-juta ringgit dan kenaikan pangkat Ketua Pengarah serta Pengarah-Pengarah lain tidak menjamin kejayaan kepada penerimaan 1Malaysia.


Faktor utama penolakan rakyat sebenarnya,sebahagian besar perlu ditanggung dan diletakkan ke bahu BTN yang jelas gagal membentuk minda rakyat.BTN mengotorkan amanah yang PM Najib sandarkan.Jutaan kos yg diberikan rupa-rupanya dihabiskan untuk gerakan peribadi.Berapa banyak kos dihabiskan untuk membina hubungan Ketua Pengarah dengan KSN?


Berapa banyak pula Ringgit Malaysia digunakan untuk memujuk golongan ABIM?Berapa banyak pula Ringgit Malaysia untuk menutup kelemahan peribadi?Berapa banyak pula untuk melakukan perubahan fizikal yang ternyata sia-ssia akhirnya?Bermula daripada perubahan logo BTN hinggalah perubahan modul ianya hanyalah semata-mata untuk dilihat hebat dan angkuh dan bukannya untuk menjayakan agenda besar PM Najib yang mahu membentuk minda rakyat berhadapan dengan PRU 13.


Ketika tumpuan perlu diberikan kpd PRU 13,tumpuan Ketua Pengarah BTN  dan pegawainya adalah untuk menunjukkan kuasa Ketua Pengarah menukar kakitangan.Ketika sepatutnya menjalankan kajian terhadap kestabilan,fokus BTN membentuk walaq supaya semua orang harus jadi 'samigna wa atagna' Ketua Pengarah BTN dengan angkuh mendakwa bahawa negara akan selamat dibawah BTN baru ini tapi apa jadi akhirnya?Andai Raja Arif bermaruah,beliau perlu letak jawatan hari ini.


Sahlan lombong emas Raja Arif...
Semasa PRU13,fokus BTN hanya kepada kawasan-kawasan yang Raja Arif tentukan kawasan fokus. Dimana? Parlimen Pokok Sena,kawasan yang payung emas Raja Arif bertanding dimana seluruh pegawai BTN yang rasmi dan pegawai tidak rasmi berkampung di Pokok Sena,malah begitu sekali tumpuan diberikan seakan-akan negara akan dapat Perdana Menteri baru kerana BTN tidak lakukan perkara yangg sama untuk Parlimen Pekan, Pagoh,Sembrong, Pontian dan Bagan Datoh malah nyaris-nyaris Zahid Hamidi tewas di Parlimen tersebut.


Jutaan Ringgit Malaysia di taburkan di Pokok Sena tapi hasilnya kemana?Kawasan tumpuan juga di negeri asal Raja Arif di Terengganu dengan fokus Parlimen Kuala Nerus. Apa sudah jadi?Semuanya kalah kecuali  DUN Seberang Takir yang diwakili oleh Razif Abdul Rahman.

Apakah sentuhan pengikut setia `dale carnagie’ yang pakar ini sebenarnya retorik atau sememangnya Raja Arif,Ketua Pengarah BTN turut menjadi tangan ghaib yang turut mengalahkan Nasit Ibrahim Fikri kerana kecewa beliau sendiri tidak dicalonkan?


Yang pasti,sentuhan BTN adalah sentuhan kecundang.Mendidik Pengarah-Pengarah Negeri dengan `cash is king’ yang dibawa ke hulu ke hilir dalam beg adalah isyarat angkuh daripada seorang penjawat awam dan kehadiran beliau  dimana-mana pun bukannya membantu,malah merosakan hubungan jentera BN.


Kegagalan 1Malaysia adalah kegagalan BTN.Kekalahan BN dalam gelanggang adalah sebagian kegagalan BTN membaca denyut nadi rakyat. Berapa banyak ceramah 1Malaysia yang mendapat sokongan rakyat dlm PRU13? Akhirnya sama ada dlm opsim,opkum,opsidek dan lain-lain,ianya terpaksa menjawap isu,menerangkan ancaman musuh,tidak ada satu pun penerangan tentang 1Malaysia. 


Kenapa ini tidak dilaksanakan daripada awal? Kenapa kajian isu Cina tidak dibuat?Kenapa bodoh sombong dengan tidak menyelaras isu -isu dengan agensi-agensi kerajaan yang lain?Kenapa beritahu kepada rakyat isu Anwar sudah tidak releven,Anwar bukan ancaman? Apakah sebenarnya BTN inilah sebenarnya yang mensabotaj BN hingga wajah PM Najib menjdi sugul sedemikan rupa?


Dalam saat Pam Naib memerlukan bantuan,sokongan dan kejayaan,semua orang disekelilingnya melihat kepentingan peribadi lebih penting daripada memenuhi kehendak PM Najib,masing-masing ingin ambil kesempatan sewaktu berada di `corridor of power’.


Semuanya bertanding sehingga kosong pejabat Perdana Menteri dan yang tewas tentu sekali memasang semula angan-angan untuk kembali duduk sebagai Setiausaha Politik ataupun sebagai Pegawai Khas PM.Apakah kulit wajah mereka ini  diselaputi maruah? Kesian PM Najib yang terbiar keseorangan saat perang sedang melanda...!


Tetapi percayalah orang seperti Raja Arif akan cepat-cepat,sepantas kilat memaklumkan bahawa beliau telah buat segala-galanya dan akan mencanai idea kepada PM Najib kononnya untuk lebih Berjaya pada PRU14 nanti, Gred Ketua Pengarah BTN perlu dinaikan lagi kpd TURUS,kalau tidak  majority 2/3 tidak akan tercapai,orang-orang ABIM perlu diserap masuk ke pejabat Perdana Menteri dengan alasan ,kalau tidak mereka akan jauh daripada BN malah macam-macam lagi alas an serta tipu daya akan Raja Arif rekayasakan.



Mana fokus BTN pada pengundi muda?Kenapa sebelum ini tak pernah ada `blueprint’ gerakan BTN untuk pengundi muda?Apakah gerakan BTN untuk kumpulan sasar sepatutnyabahkan program untuk bantu Biro Penerangan UMNO Malaysia dan BN pun tidak langsung di sokong dan sebab itulah seperti yang ditulis berkali-kali sebelum ini,mempertahankan Raja Arif di kerusi Ketua Pengarah BTN dalam keadaan berhadapan PRU13,BN akan ditimpa petaka,sekarang apa sudah jadi?


Kalau terus membiarkan Raja Arif yang sombong,bongkak serta berlagak ini terus kekal sebagai Ketua Pengarah BTN lagi.PM Najib akan menempah laluan berliku untuk PRU14 dan sebab itulah bersungguh Raja Arif bantu Shalan Ismail di Pokok Sena kerana beliau yakin itu adalah talian hayatnya,selama ini pun Raja Arif bukan kerja untuk PM Najib tapi demi Sahlan dan membiarkan semua yang telah meninggalkan pejabat PM membuat pusingan U akan membuat PM sekali lagi tertipu dgn mainan politik kumpulan ini.
.

Kalau ada kayu pengukur 1-10 kepada sumbangan BTN untuk PRU13ini,skalanya mungkin di angka 1.5 sahaja. Kononnya BTN ada kumpulan cyber trooper,kononnya ada pakar psywar,kononnya ada modul khusus tapi semuanya terhimpun dalam bangunan bahkan modulnnya tidak siap-siap pun sehingga tarikh 5 mei 2013.Porrahhhh!


Ketua Pengarah pula hanya berada di Pokok Sena,Terengganu dan kawasan kawan-kawannya yang bertanding(mungkin termasuk di Parlimen Batu Pahat kerana  Idris Jusi(PKR) bekas Timbalan Ketua Pengarah BTN  bertanding) dan malang sungguh kerana mana-mana sahaja kawasan kawasan yan ada sentuhan Raja Arif jika asalnya kawasan itu putih ianya akan terus jadi hitam.


Namun percayalah, Raja Arif akan jadi orang pertama yang akan  cuba menghantar laporan pada PM Najib dan akan persembahkan dengan gaya serta auta ` dale carnagie’ untuk menyakinkan PM bahawa dia telah hampir serahkan nyawanya untuk selamatkan BNbahkan dia akan memberi keyakinan bahawa atas 1Malysia,PM tidak perlu bimbang apa-apa kerana beliau boleh berunding dengan Anwar supaya jangan gugat kedudukan kerusi parlimen.Jangan sampai terpedaya lagi PM Najib dengan lakonan ini!


Yang penting beliau perlu kekal dengan gred yang lebih tinggi,kekal untuk membina wajah BTN baru,katanya lagi,dia perlu kekal dan akan lebih berjaya jika bukan Ahmad Maslan yang bertanggungjawab pada BTN dan biarkan dia pecat dan tukar para pegawai,biar dia bekerja cara `dale carnagie’,biar dia perhebatkan usrah,biar dia gunakan KSN sepenuhnya,biar dia buat cara RARA keranadia adalah anak raja yang boleh menukar melalui kata-kata saolah-olah `kun fayakun’.


Irmohizam tajaan BTN sedang lobi jawatan kabinet..
Kepada PM,keputusan PRU 13 adalah rahmat paling besar yang perlu disyukuri kerana bersama keputusan itu ianya adalah isyarat Allah yang  ingin PM tahu siapa kawan,siapa sahabat,siapa dalang,siapa pengkhianat.Jika pengajaran ini tidak di teliti dgn baik,PM sendiri akan menjadi mangsa sebagaimana  kata-kata beliau sendiri bahawa orang yang hebat, dia tidak akan membenarkan ular yang sama mematuk sebanyak 2 kali di lubang yg sama.


Jangan sesekali PM Najib benarkan ular-ular yang yang telah mematuknya sama ada di PMO,di agensi-agensi untuk mematuk PM Najib sebanyak 2 kali.Tindakan sepatutnya adalah ular itu perlu dibunuh,ular itu perlu di pancung dan gantilah dengan burung helang yang mampu melihat dari atas dan menyeluruh,gantilah dengan harimau yang garang menerkam musuh,gantilah dengan kancil yang amat bijak memperdaya buaya dan kalau terpaksa melantik jugaular,carilah ular yg menyusur akar,yang tak akan hilang bisanya.

4 comments:

sesejuk mata memandang said...

Kadang kadang Najib suka mendengar saura suara merdu dan kucupan sayang hingga lupa bahawa cerita pelipur rakyat ada banyak kebenaran dan cerita bangsawan yang dipersembahkan kepada beliau.
Untuk Najib jadi kan iktibar , lihat kembali fungsi jabatan dan agensi yang berkaitan serta lihat teguran dari kakitangan bawahan dan jangan anggap teguran orang bawahan berupakan ayat benci kepada ketua tetapai selalu nya banyak ketua tidak menjalankan peranan mereka sebagai ketua yang di amanahkana oleh najib sendiri

Anonymous said...

Setuju sangat2 dibuang je ular2 tu jauh2 terutamanya yang gelak BESAR. They are jokers...

Anonymous said...

cukp2lh..dharap pm.kene seoak kluar trus gang2 flip flop dp kerajaan..

Anonymous said...

Elok juga kalah habis pol sec segala. Lepas ni tak payah masuk putrajaya lagi. Dah nampak belang masing2. Pergilah cari kerja dengan kompeni kompeni bangsa yang cukup dibelai 1Malaysia tu.

Agak mahu dibagi muka setelah tak ada guna lagi?

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers