Monday, November 24, 2014

Ini pun idea Raja Arif tau!

TIDAK  ada orang lain yang lebih gembira menanti tarikh PAU tahun ini melainkan Raja Arif Raja Ali,Ketua Pengarah BTN dan mungkin telah berpasang-pasang  baju melayu ditempah mengalahkan perwakilan dan Ketua UMNO Bahagian ataupun ahli MKT kerana untuk tempoh sepanjang PAU ini Raja Arif  akan menjadi lebih UMNO daripada  seluruh pemimpin  dan ahli UMNO yang ada.

Maka berbuih-buihlah mulut serta berceceran air liur Raja Arif akan bercakap dengan setiap pemimpin UMNO yang ditemui di PWTC nanti tentang kehebatan beliau dan kehebatan anak-anak buah beliau menjadi penggerak kepada UMNO dan penyumbang besar kepada  kejayaan kerajaan yang ada. Apatah lagi program Aku IP sekarang ini sedang di tayang di TV3 dan akan dicananglah  ke seluruh pelusuk PWTC nanti  bahawa  itu adalah idea beliau dan Hanafi Harun, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan} dan sekaligus  menafikan idea dan program itu sebenarnya adalah idea dan program  Timbalan Menteri Razali Ibrahim, jadilah lembu punya susu, sapi lah yang dapat nama.
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers