Thursday, April 28, 2011

Jijiknya imej seorang pejuang!
 APA yang menimpa Anwar Ibrahim seharusnya diambil iktibar oleh sesiapa sahaja terutama sekali kalangan pemimpin-pemimpin politik Negara terutama sekali daripada pembangkang yang terlalu ghairah menabur fitnah,mencerca dan mengaibkan orang lain.

Nasib malang yang berlaku terhadap Anwar bolehlah kita sifatkan sebagai satu pembalasan Allah terhadap keceluparan,kesombongan serta kebiadapannya melemparkan fitnah tanpa memikirkan pahala dan dosa terutama sekali apabila beliau tidak segan silu melemparkan  serta merekayasakan fitnah terhadap musuh-musuh politiknya terutama sekali Perdana Menteri Malaysia,Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Selama ini Anwar yang dilihat begitu bangga menggunakan segala kelebihan pidato yang dimiliknya untuk menjadikan setiap pentas ceramah dan juga sidang akhbar  sebagai medan untuk beliau mencaci keperibadian serta memburukkan Najib Razak  dengan fitnah-fitnah  hingga sanggup  dan tergamak mengaitkan PM Najib dan isteri terbabit dengan pembunuhan wanita Monggolia ,Alatantunya.

PM Najib dua kali melakukan sumpah mubahalah menafikan penglibatannya dan Anwar tidak sekalipun sanggup berada di mana-mana masjid untuk melafazkan sumpah sedemikan bagi  membuktikan bahawa beliau tidak terlibat meliwat Saiful dan beliau bukan lelaki dalam video seks yang melanggan pelacur Cina dimana video tersebut sedang hebat dipertontonkan di laman-laman youtube ketika ini.Anwar hanya mengelakkan dirinya dengan berselindung disebalik perkataan konspirasi yang beliau reka sendiri.

Bertaubatlah!
Tindak tanduk tercela Anwar yang disifatkan oleh penyokong-penyokongnya dan juga kepimpinan tertinggi PAS sebagai pemimpin masa depan yang mempunyai moral,kredibiliti dan intergriti yang tinggi untuk merwarisi kepimpinan Negara semakin hari semakin terbongkar dan akhirnya Allah meununjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia wajah atau tembelang sebenarnya Anwar bahawa beliau adalah bukan pejuang rakyat yang bermoral tinggi.

Penghujahan peguamnya Karpal Singh dalam kes liwat membuktikan bahawa benar Anwar telah meliwat Saiful dan peguam tersebut  hanya cuba menjadikan kes tersebut berlaku secara rela,suka sama suka antara Anwar dengan Saiful .Bila berdepan dengan kes video seksnya, Anwar cuba memperalatkan penyokong-penyokongnya termasuklah Hadi Awang dan Nik Aziz.Terbukti  ribuan doa yang diaminkan dengan dipimpin oleh Nik Aziz Allah telah menunjukan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim benar-benar insan yang banyak menipu dan mengelirukan masyraka.Solat Hajat yang beliu mungkin anggap boleh menyelamatkannya menjadi senjata yang makan tuan.

Moralnya,jangan sesekali mempermainkan agama dan juga memperbodohkan Allah s.w.t.Allah Maha Adil,Maha mengetahui.Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Rancangan Anwar, Anwar tahu tapi rancangan Allah Anwar tidak tahu.Jangan sesiapa cuba mahu menjadi Tuhan ataupun mahu menjadi malaikat ketiga di sekeliling rakyat jelata.

Apa sekalipun tomahan terhadap beberapa orang anak muda seperti PapaGomo.com,Gerakan Anti PKR dan juga Pisau.Net yang membongkar dan menelanjangi Anwar dengan pendedahan video salah laku moral itu namun tindakan anak-anak muda ini harus dipuji kerana mereka berani untuk mengambil risiko untuk kepentingan agama,bangsa dan Negara yang selama ini diperlekah serta dihina semau-maunya oleh Anwar Ibrahim dan kumpulannya.

Barangkali masih ramai anak-anak muda yang berada di luar sana yang turut jelak dan jijik terhadap Anwar namun mereka mungkin tidak ada saluran untuk menyuarakan rasa luka,kecewa dan marah terhadap Ketua Pembangkang yang begitu tega menipu rakyat selama ini.

Kita sedar ada yang memuji tindakan tersebut dan yang pasti nama-nama ini didendami oleh penyokong-penyokong tegar Anwar dan juga pembangkang malah memungkinkan kumpulan anak-anak muda ini berada dalam bahaya lantaran rangkaian gerakan politik Anwar sebelum ini sering dikaitkan dengan berbagai-bagai agensi daripada luar negara yang membantu Anwar untuk melampiaskan nafsunya akan bertindak membalas dendam atau sebagainya.

Anwar jatuh dikangkang Cina
Anwar Ibrahim harus berlapang dada.Menginsafi diri.Bertaubat.Wan Azizah dan Nurul Izzah harus menerima natijah daripada perbuatan suami dan bapa kesayangan mereka ini bahawa Anwar menerima pembalasan daripada Allah atas keceluparan dan kesungguhannya memfitnah dan mengaibkan orang lain.Anwar berusaha untuk merekayasakan fitnah terhadap kepimpinan Negara dan akhrinya Allah membuka satu demi satu kebejatan moral beliau sendiri yang diselindungkan selama ini oleh imej kononnya beliau seorang pemimpin,lelaki dan suami yang baik.

Betullah apa yang telah disebutkan oleh sesiapa sahaja sebelum ini termasuklah Nik Aziz bahawa bila kita berusaha untuk membuka keaiaban atau memfitnah orang lain.Allah akan membuka keaiban kita dan inilah yang sedang Anwar tanggung ketika ini.Allah sedang mebayar segalanya dalam bentuk tunai.

Kalau mahu dihitung, memang terlalu  banyak fitnah yang Anwar lemparkan.Mulutnya sentiasa cabul.Tidak cukup beliau memfitnah PM Najib dan isteri, beliau secara mudah memfitnah dan menggelarkan polis dengan gelaran yang cukup jijik seperti anjing dan sebagainya.Sistem kehakiman turut dihina dan dicercanya. SPR dan SPRM juga tidak terkecuali dengan tuduhan liar malah apa sahaja sistem yang tidak tunduk kepada kemahuan dan kepentingan beliau ianya akan diserang dengan habis-habisan dengan berbagai-bagai fitnah yang direka.

Andainya Anwar masih lagi menyakini dirinya sebagai seorang Islam,mukmin sejati dan ingin bertaubat sebelum ajal menjemput,inilah masanya untuk Anwar bangkit mengsucikan dirinya,minta ampun kepada Allah,rakyat dan seluruh keluargannya yang sekian lama menanggung malu kesan daripada perbuatan dan tindakannya.Berundurlah dari politik sebelaum beliau menjadi lebih malu lagi.

Kepada Wan Azizah dan Nurul Izzah, rakyat faham perasaan mereka tetapi sebagai seorang Islam yang baik, berterusan bersubahat dengan perkara-perkara mungkar memungkinkan mereka juga turut menrima bala dan petaka daripada Allah.Kembalilah ke jalan benar.Masih ada masa untuk pulang ke pangkal jalan.



Friday, April 22, 2011

Kalau sekadar tidur dalam Dewan baik tak payah!
TEMPOH khidmat Kamaruddin Ambok sebagai Ahli Dewan Negara telah tamat dan ini bermakna ada kekosongan jawatan Senator daripada Wilayah Persekutuan walaupun ketika ini telah ada dua wakil di Dewan Negara iaitu Redzuan Hamid (Kepong) dan Mariani Mat Yit (Bukit Bintang).

Bila ada kekosongan,lobi melobi mula berlaku.Ada yang menaruh harapan dan ada yg mula mengejar jawatan.Senator juga memastikan mereka bergelar Yang Berhormat.Soal parti kuat atau bagaimana mahu memastikan UMNO dan BN diterima rakyat bukan lagi menjadi focus utama kerana bila berjaya mendapat kedudukan sebagai seorang Senator sekurang-kurangnya mereka ada dua penggal (enam tahun) untuk bergelar Yang Berhormat.

Barangkali dengan jawatan itu boleh menyuntik semangat mereka untuk berkerja mengangkat martabat dan sokongan rakyat kepada parti .Penyakit mengejar kedudukan dan jawatan dalam parti ini bukan satu benda baru di Wilayah Persekutuan apatah lagi bila Raja Nong Chik yang hanya berjawatan ketua Bahagian dalam parti dan tidak pernah bertanding dalam pilihanraya boleh dilantik Senator dan seterusnya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Mungkin sudah ada yang menempah baju baru,berkira-kira untuk menggajikan pemandu peribadi dan sebagainya namun tanpa mereka sedar amanah tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara bukan satu kedudukan yang mudah.Disiplin Dewan Negara berbeza dengan disiplin Dewan Rakyat.Tidak berguna masuk Dewan kalau hanya untuk tidur dan melopong.

Barangkali mengambil contoh nasib baik Raja Nong Chik inilah yang menjadikan jawatan Senator untuk kuota Wilayah Persekutuan ini menjadi rebutan.Manalah tahu dengan perlantikan ini ada pula yang melobi Perdana Menteri untuk jawatan Menteri atau Timbalan Menteri dan ini tidak pelik kerana Perdana Menteri begitu terbuka dan tidak memilih kedudukan,latar belakang pendidikan,pengalaman dan daya fikir.Aslakan berkenan,jadi!

Apa saja keputusan yang bakal Perdana Menteri lakukan bagi mengisi kekosongan jawatan Ahli dewan Negara ini haruslah melihat kepada ketokohan dan keupayaan untuk menjadi suara rakyat diperingkat Dewan tersebut dan bukan sekadar mengisi kekosongan itu dengan seseorang yang tidak mempunyai kredibiliti dan intergrti sebagai Ahli Dewan Negara.Yang akan menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.

Bukan sekadar untuk bergelar Yang Berhormat tapi mempunyai kemampuan untuk membawa suara dan hasrat rakyat di Wilayah Persekutuan,ahli UMNO dan kepentingan Kuala Lumpur sebagai ibukota Malaysia.Bukan sekadar mendabik dada dan mendongak ke langit dengan jawatan yang sementara sedangkan hakikatnya sumbangan mereka terlalu kecil atau tidak memberikan apa-apa makna kepada Barisan Nasional dan juga UMNO Wilayah Persekutuan.

Dalam keadaan UMNO Wilayah Persekutuan yang letih lesu kerana dipimpin oleh Menteri yang dilihat tidak mempunyai sahsiah dan jati diri UMNO,yang diangkat hanya hasil daripada membalas budi,setakat hari ini tidak ada calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan itu dan alangkah moleknya kuota senator daripada Wilayah Persekutuan ini dtapis dan sekiranya tidak ada calon berkelayakan,kuota itu dibiarkan kosong sahaja.

`Winnable Candidate’ yang PM Najib maksudkan janganlah ditafsirkan sebagai `cable candidate’ kerana dalam kedudukan Barisan Nasional hari ini serta petunjuk yang datang dari Sarawak ianya memerlukan satu pendekatan ataupun mekanisme yang luar biasa daripada kepimpinan UMNO Wilayah Persekutuan.

Malah beban kemungkinan Wilayah Persekutuan tewas lebih teruk lagi pada PRU13 nanti jangan hanya terbeban kepada Muhyiddin Yassin tetapi sokongan daripada Timbalan Pengerusinya harus beridea baru dan bukannya seperti sokong yang membawa rebah untuk memastikan Wilayah Persekutuan kembali ke tangan Barisan Nasional namun bila melihat kepada senario kepimpinan yang ada hari ini, rasanya jauh panggang dari api.

Thursday, April 14, 2011

Zahid perlu bersihkan imej ATM
RAJA PETRA tidak sepatutnya lagi menjadi agenda penting kepada media dan juga negara kerana beliau adalah manusia fasik,hidup serta kehidupannya penuh dengan pembohongan dan fitnah terhadap Negara,pemimpin serta kepimpinan rakyat di negara kita ini malah kesaksiannya sendiri telah lama kita ragui.Beliau terlalu jijik untuk dipertahankan kewarganegaraannya.

Memberi ruang dan peluang dalam apa bentuk sekalipun  kepada beliau seolah-oleh kita mengikhtiraf pengkhianat Negara ini yang pernah bersekongkol dengan Anwar Ibrahim mencela serta mencerca kepimpinan Perdana Menteri Malaysia dalam tulisan-tulisan di laman portal yang penuh dengan pembohongan dan pengkhianatan.

Kita tidak tahu apa tujuan sebuah organisasi media memberikan peluang untuk beliau membuat kenyataan serta kononnya mengakui segala apa yang dia lakukan selama ini adalah kerana disuruh atau dihasut oleh pihak-pihak tertentu.Mungkinkah beliau yang kini berada di dalam buangan sudah mula merasakan bahang walaupun hujan emas di negeri orang tetapi lebih baik hujan batu di negeri sendiri.

Tidak ada sesiapa rakyat yang sayang Negara dan mencintai pemimpin boleh memaafkan segala kebiadapan dan sikap kurang ajar pemfitnah ini terhadap agama,bangsa dan Negara ini hinggakan beliau boleh dianggap sebagai penyambung kepada segala fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang termasuklah menjadi pencacai kepada Anwar.

Selagi beliau tidak pulang ke Negara ini,berdepan dengan rakyat dan undangt-undang dalam Negara ini.Raja Petra adalah seorang penulis yang bacul malah langsung tidak nada kredibiltii ataupun intergriti.Pembangkang sahaja menganggap Raja Petra ini penting kerana agenda mereka sama tetapi kepada kita,sekiranya kita terus memberikan ruang, kita juga turut mengangkat untuk mempopularkan pemfitnah tegar ini.

Dedahkan siapa Azmi?
Yang lebih penting daripada pendedahan Raja Petra itu kalau mahu diambil kira adalah penglibatan seorang bekas tentera yang bernama Kolonel Azmi Zainal Abidin.Siapakah bekas tentera yang berpangkat ini?Adakah beliau juga turut terlibat memfintah Angkatan tentera Malaysia berkaitan isu pembelian kapal selam ataupun kapal perang?Bagaimana bekas tentera ini boileh bersubaht dengan Raja Petra dan juga pembangkang untuk memfitnah Kementerian Pertahanan dan kerajaan Malaysia?

Menteri Pertahanan.Ahmad Zahid Hamidi dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu mengambil tanggungjawab ini untuk menyiasat serta mengheret ke muka pengadilan Kolonel ini.Kolonel ini sudah jelas dan nyata boleh dilabelkan sebagai pengkhianat Negara nombor satu serta memalukan imej ATM secara langsung.

Tentera kita ini sememangnya dilatih untuk sanggup berkorban walaupun terpaksa menggadai nyawa demi mempertahankan agama,bangsa dan negara tetapi bekas Kolonel ini telah memalitkan malu yang bukan sedikit kepada seluruh pasukan keselamatan dan pertahanan Negara ini.
Bagaimana seorang bekas tentera yang selama ini terlatih malah berpangkat sanggup mengkhianati Negara sendiri.Sanggup menjual rahsia negara dan merelakan dirinya untuk diperalatkan oleh pembangkang bagi meruntuhkan apa yang mereka bina dan pertahankan selama ini.Azam,tekad dan sumpah taat setia mereka kepada Negara selama ini tercemar dengan Kolonel yang katanya pernah berkhidmat di Kor Risik sebelum ini.

Kolonel ini juga tidak jauh bezanya dengan bekas seorang pegawai polis yang hari ini sedang giat menulis surat mencerca kepimpinan Polis DiRaja Malaysia dan juga Jabatan Peguam Negara.Kalau bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah itu giat menelanjangi pasukan yang pernah beliau anggotai, tidak jauh bezanya dengan Kolonel Azmi.Kedua-dua mereka ini sebenarya lebih bahaya daripada komunis.

Tahap disiplin dan ketaatsetiaan kepada Negara dan juga pemimpin dalam ATM selama ini tidak pernah kita persoalkan,mereka adalah benteng kukuh yang mempertahankan Negara ini daripada ancaman musuh baik dari dalam luar negeri maupun luar Negara  tetapi bila muncul nama Kolonel Azmi ini jelas membuktikan bahawa dalam ATM kemungkinan besar ramai lagi pengkhianat-pengkhianat yang berselindung di sebalik seragam dan pingat-pingat mereka.

ATM tidak ada pilihan malah kementerian Pertahanan perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengheret seorang bekas tentera yang dilatih selama ini dan akhirnya menjadi pengkhianat kepada Negara ini ke muka pengadilan.Imej ATM tercemar selagi terus membenarkan Kolonel ini sewenang-wenangnya memfitnah pemimpin dan mengkhianati Negara.

Dosanya banyak kepada negara!
Kita sudah kenal siapa Raja Petra yang sanggup buat apa sahaja untuk wang termasuklah sanggup menjadi perkakas kepada pembangkang.Beliau sanggup dijadikan alat oleh mana-mana pihak sekiranya ada laba termasuklah memfintah.Anak Raja ini sudah tidak berharga apa-apa dan sebagai manusia fasik,dia juga mungkin tidak lagi berharga di sisi Tuhan tetapi yang lebih penting sekarang ini,siapa Kolonel Azmi yang menjadi dalang ataupun sebahagian plot kepada pembangkang untuk meruntuhkan Negara ini?
Tuesday, April 12, 2011

SEMUA mata sedang memberikan tumpuan kepada keputusan Pilihanraya negeri Sarawak yang akan berlangsung hujung minggu ini dan kalangan pemerhati politik serta nujum-nujum yang tidak bertauliah sudah pun berkira-kira tentang keputusan dan juga calon-calon mana yang menang dan juga kalah sehingga ada pemerhati politik yang dimaksudkan telah membuat ramalan masing-masing,berapa kerusi DUN BN menang dan berapa kerusi pula BN kalah.

Benar itu semua adalah ramalan yang mungkin menjadi nyata ataupun mungkin tersasar kerana yang akan menentukan jatuh bangun atau menang kalah adalah pengundi-pengundi Sarawak kerana ditangan merekalah untung nasib parti-parti bertanding,menang atau kalah dan juga untung nasib masa depan mereka malah tukang tilik atau tukang ramal ini hanya berada di luar gelanggang.

Kita tidak menafikan kedudukan untuk peringkat ini agak seimbang.BN dan pembangkang masing-masing dilihat mempunyai peluang dan pembangkang sebagai sebuat pakatan yang bercita-cita untuk merampas Sarawak sedang menggandakn usaha-usaha kempen mereka dengan melancar manifesto walaupun dianggap sebagai sebuah manifesto sampah serta memualkan dengan segala janji-janji yang dilihat palsu tetapi mampu mengabui mata rakyat Sarawak untuk memilih mereka sebagai kerajaan nanti.

Tsunami politik 1998 diangkat sebagai keramat pembangkang untuk merampas Sarawak daripada tangan Barisan Nasional dan atas keyakinan itulah mereka dilihat mendahului kempen-kempen mengatasi Barisan Nasional.

Pembangkang dilihat begitu optimis bahawa mereka berjaya untuk merampas Sarawak daripada tangan BN dan keyakinan mereka ini mungkin berasaskan kepada tahap sokongan kepada sambutan orang ramai di ceramah-ceramah umum yang diadakan malahan dengan berkampungnya Raja Porno Anwar Ibrahim serta kuncu-kuncunya daripada PAS serta permimpin DAP Pusat termasuklah kuda tua Nik Aziz dipergunakan semaksimum mungkin oleh pembangkang untuk meraih undi dan mengelirukan rakyat.

BN pula sebagai sebuah parti yang sedang memerintah dan telah berkuasa sekian lama mempertaruhkan rekod pencapaian cemerlang membangunkan Sarawak sejak tahun 1963 daripada sebuah negeri yang tidak ada apa-apa kepada sebuah negeri antara yang terkaya dalam Malaysia.Rakyat Sarawak yang bijaksana harus mempunyai kematangan untuk berfikir dan dengan memberikan mandate sekali lagi kepada BN,itulah pilihan yang paling tepat demi survival masa depan rakyat yang berbilang kaum dan juga Sarawak secara total

Meskipun kedudukan Taib Mahmod dipersoalkan dan diperlekeh serta dihina oleh pembangkang terutamanya PKR dan DAP namun rakyat Sarawak tidak boleh menolak untuk berterima kasih dan juga menghargai segala sumbangan Taib Mahmud dalam membangunkan Sarawak sehingga terpampang di depan mata segala kejayaan yang harus dibanggakan.

Dalam menentukan kepimpinan yang akan melaksanakan gagasan ataupun impian rakyat di negeri Sarawak ini, mereka harus menjadikan apa yang berlaku di Selangor,Kedah,Pulau Pinang dan juga Kelantan sebagai penanda aras sebelum pengundi memilih untuk menolak calon-calon ataupun parti yang telah sekian lama berbudi kepada mereka.

Rakyat keempat-empat negeri itu yang begitu dahagakan perubahan serta terpengaruh dengan segala dakyah songsang pembangkang yang bijak menjual air liur dengan segala mimpi serta janji manis akhirnya terperangkap dengan permainan politik kotor pembangkang sehinggakan kejayaan pembangkang merampas daripada negeri yang BN perintah menjadi mimpi ngeri dan menakutkan.

Memang rakyat perlukan perubahan tetapi jangan sampai perubahan yang rakyat tuntut hanya menguntungkan pemimpin tetapi taraf dan masa depan kehidupan rakyat seperti berada dalam sangkar maut.Rakyat Sarawak jangan terjun dalam telaga yang penuh perangkap.Jangan sampai merelakan diri diperbodohkan.

Rakyat Sarawak kena bijak dalam membuat pilihan.Jangan sampai kebijakan akal mereka akhirnya menjadi luntur ataupun bodoh hingga boleh diperalatkan oleh pembangkang.Musim pilihanraya adalah saat yang paling sesuai menabur janji dan rakyat Sarawak harus juga bijak untuim mengenal yang mana satu janji-janji benar dan yang mana satu janji yang penuh dengan muslihat serta permbohongan.

Pemimpin pembangkang yang datang dari semenanjung terlatih dalam menabur janji-janji palsu dan merekayasakan segala fitnah dengan satu tujuan itu mahu meraih undi.Sarawak yang selama ini tenang,damai dan hidup dalam suasana kekeluargaan tidak seharusnya sama sekali membenarkan perpaduan dan kebjikasanaan mereka selama ini diganguguta serta diperbodohkan oleh pembangkang yang hanya mempunyai kepentingan peribadi.

Rakyat Sarawak jangan benarkan diri dijadikan alat atau perkakas demi memenuhi kehendak dan tuntutan nafsu pemimpin yang rendah moral serta tidak bertanggungjawab.

Jadikanlah panduan tentang nasib dan masa depan rakyat di empat buah negeri yang telah menjadi mangsa hasil daripada penipuan pembangkang ini.Jangan gadaikan masa depan rakyat Sarawak dan juga generasi akan datang hanya kerana sebab marah dan sakit hati

Bersandarkan kepada apa yang berlaku di empat buah negeri itu,rakyat Sarawak harus menimbang dengan bijak segala keputusan yang bakal mereka buat.Tersalah catur dalam kotak silangkata yang pembangkang sediakan,nasib rakyat Sarawak akan sama seperti apa yang berlaku di negeri-negeri itu.Jangan korbankan sejarah gemilang sebelum ini dan rakyat atauoun pengundi Sarawak harus hokum segala keceluparan serta penghinaan pemimpin pembangkang terhadap mereka sepanjang kempen pilihanraya ini.

Rakyat Sarawak harus kembali mengenang sejarah dan apa yang berlaku pada tahuin 1963 apabila mereka diberikan peluang,adakah untuk bersama Malaysia ataupun bersama Brunei,Singapura atau Indonesia dan akhirnya mereka memilih untuk bersama Malaysia dan pilihan itu tepat kerana Sarawak telah menjadi negeri yang maju walaupun belum sempuran semuanya.

Generasi muda di Sarawak harus mengetahui sejarah ini dan bertanya dengan orang-orang terdahulu yang masih hidup bagaimana agaknya nasib mereka sekiranya tidak memilih Malaysia pada tahun itu dan mereka harus malu bukan sahaja menggantung bendera pembangkang tetapi melihat bendera pembangkang itu sendiri harus menjadi sesuatu yang menjijikkan.

Monday, April 11, 2011

PM Najib  malam ini meminta rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan desakan parti pembangkang yang mahu Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyegerakan peralihan kepimpinan negeri.Beliau berkata peralihan kepimpinan negeri bakal dilakukan pada waktu yang sesuai.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata beliau telah berunding dengan Taib tentang proses peralihan kepimpinan bagi memastikan ia berjalan lancar. 

“Oleh itu, janganlah kita terpedaya dengan hasutan pembangkang kerana banyak lagi pemimpin pembangkang yang juga berumur,” katanya pada majlis Rakyat Bersama Pemimpin di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini. 

Taib, 74, yang mengetuai jentera pilihan raya BN Sarawak pada 16 April, berulangkali menyuarakan hasratnya untuk berundur daripada jawatan ketua Menteri, yang disandangnya sejak 1981.

Perdana Menteri berkata beliau amat gembira kerana dapat menghadiri perhimpunan itu untuk memberi sokongan kepada calon-calon BN yang bertanding di sekitar kawasan Kuching pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April.

Mereka ialah Datuk Alfred Yap yang bertanding di kerusi Kota Sentosa, Sim Kiang Chiok (Padungan), Prof Dr Sim Kui Hian (Pending), Tan Joo Phoi (Batu Kawah) dan Sih Hua Tong (Batu Lintang).Turut hadir Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 

“Saya datang ke Sarawak banyak kali kerana saya berhasrat untuk membantu rakyatnya dan oleh sebab itu pilihlah calon yang boleh mewakili masyarakat Cina serta kaum lain,” katanya Najib.

Beliau berkata wakil daripada kaum Cina diperlukan bagi bersama-sama dengan pentadbiran kerajaan dan untuk menyampaikan hasrat dan masalah mereka kepada kerajaan seperti permintaan untuk menambah satu lagi sekolah Chung Hua di kawasan Kuching. 

“Saya akan terima baik pertimbangan daripada wakil BN dan ada harapan tinggi permintaan diluluskan,” katanya, dan menambah kata bahawa terdapat permintaan bagi melaksanakan projek kesihatan metropolis di sini pada masa terdekat. 

Beliau berkata kerajaan BN akan melakukan perubahan secara tersusun termasuk program transformasi untuk melaksanakan lebih banyak prasarana luar bandar serta bekalan elektrik dan air di Sarawak. 

“Inilah bezanya dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang, yang janji-janji mereka untuk melaksanakannya tiada jaminan tetapi BN boleh menunaikan dan melaksanakannya,” katanya.
“Jika anda memberikan kami (BN) mandat, kami akan memberikan anda lebih banyak perubahan lebih baik,” katanya.

Najib berkata tidak perlu mengundi DAP bagi perubahan kerana ketidaktentuan tidak bagus untuk perniagaan.

Meskipun di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang berjaya menarik pelaburan asing, Perdana Menteri berkata ia kebanyakannya adalah usaha Kerajaan Persekutuan dan agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Saturday, April 9, 2011

USHAWAN-USAHAWAN Cina dari Singapura dan Pulau Pinang dilihat bergabung di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak bersama dengan calon-calon DAP untuk menentang Barisan Nasional dan sekaligus menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh Pehin Taib Mahmod serta memastikan pembangkang mampu menguasai Sarawak untuk kali ini.

Tokoh-tokoh terutamanya yang datang dari Pulau Pinang dan menjadi kaya raya hingga ada yang bergelar jutawan merupakan sebahagian besar daripada mereka yang pernah meraih projek-projek  mega yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional tetapi akhirnya memilih untuk menikam barisan Nsional dari belakang seperti mana mereka lakukan pada Pilihanraya Umum Ke12 lalu hingga Barisan Nasional tumbang di Pulau Pinang.

Mereka datang secara bersendirian,ada yang datang atas nama persatuan bangsa ataupun keturunan masing-masing dengan satu matlamat serta tujuan membantu kewangan calon-calon DAP serta PKR yang bertanding kali ini dan tidak hairanlah kalau kita melihat poster-poster calon-calon DAP ataupun PKR dipacak dalam bentuk banner ataupun  billboard.

Poster-poster calon yang biasanya kita lihat dipasang dalam bentuk plastik dan ditampal di tiang-tiang yang dipacak di tepi jalan  bukan lagi menjadi satu kebanggaan untuk Pilihanraya Negeri Sarawak termasuklah poster-poster yang biasa kita lihat di Pilihanraya Umum Ke 12 lalu dan Pilihanraya Sarawak ini menjadi bukti bahawa kejayaan yang Barisan Nasional banggakan kerana memberikan terlalu banyak peluang kepada kontraktor-kontraktor Cina hingga mereka menjadi jutawan dan kaya raya akhirnya menjadi senjata yang makan tuan.

Kumpulan ini sama sekali tidak akan berterima kasih maupun menyokong kerajaan walaupun kerajaan terlalu banyak memberikan peluang untuk mereka meneroka  bidang ekonomi hingga bangsa-bangsa lain termasuk Melayu banyak dinafikan hak oleh kerajaan dan tindakan kerajaan yang berbudi terlalu banyak dengan kumpulan usahawan Cina ini tidak langsung menguntungkan Barisan Nasional malah bila sampai waktunya,Cina tetap menjadi Cina dan mereka akhirnya terus menjadi duri dalam daging kepada kerajaan Barisan Nasional.

Jelaslah  bahawa ada tangan-tangan ghaib yang membantu pembangkang selama ini dan kedatangan beberapa orang taiko-taiko daripada negara jiran  Singapura untuk turut sama membantu calon-calon DAP  adalah isyarat jelas bahawa PAP masih lagi menguasai sejarah dan perjuangan DAP di Negara ini.DAP hanyalah alat untuk PAP mengabui mata rakyat sedangkan sebenarnya merekalah yang menguasai secara total DAP.

Dendam Lee Kuan Yew terhadap Negara ini masih belum pudar.meninggalkan DAP untuk terus kekal dominan sebagai parti pembangkang di Malaysia lebih memudahkan beliau menjalankan gerakan-gerakan sulit dan terancang untuk menjadikan Tanah melayu ini sebahagi sebahagian lagi Negara yang dapat mereka jajah serta takluki.

Akhinya Melayu Malaysia senasib dengan Melayu Singapura-itulah sebenarnya  dan inilah yang Melayu hari ini tidak sedar dan inilah yang generasi muda lupa.Sejarah lampau harus menjadi panduan untuk generasi muda hari ini kalau benar mereka masih ada lagi semangat patriotik maupun nasionalisme.Mereka harus sedar nasib Negara dan rakyat hari ini seperti telur dihujung tanduk.Kuasa melayu bakal terhakis.Melayu bakal menjadi penumpang ataupun mungkin akhirnya menjadi pengemis di Negara sendiri.

Himpunan-himpunan taiko-taiko dan jutawan-jutawan Cina ini yang berpengkalan di Kuching tetapi menyerapkan seluruh jentera mereka hingga ke Sibu,Bintulu,Miri dan bandar-bandar besar lain diakui oleh seorang pemimpin tertinggi PAS sewaktu minum petang dengan menunjukan beberapa kad perniagaan tokoh-tokoh yang turut menawarkan bantuan kewangan kepada PAS yang bertanding di 5 kerusi DUN.

Malah beliau sendiri tidak hairan dengan peruntukan kempen yang begitu besar yang diperolehi DAP adalah hasil bantuan daripada kumpulan ini namun tidak pula diberitahu adakah PAS turut menerima dana kempen daripada Pulau Pinang dan Singapura ini.

Mereka meraih undi dengan pelaburan kewangan yang cukup besar.Mereka mula membeli undi-undi terutama sekali di 15 kawasan DUN yang DAP tandingi dengan harga yang cukup besar hingga boleh menggelapkan mata pengundi-pengundi di DUN-DUN tersebut, mereka mempertaruhkan nasib dan masa depan rakyat Sarawak di atas meja judi.

Campurtangan kaki-kaki judi serta taiko-taiko ini memperlihatkan demokrasi pilihanraya gagal dilaksanakan dengan baik  dan juga merupakan satu penghinaan yang cukup besar kepada rakyat Sarawak apabila nasib negeri dan nasib mereka ditentukan di meja-meja judi dengan pertaruhan ataupun ganjaran yang cukup besar untuk mereka menumbangkan Barisan Nasional pimpinan Taib Mahmod.

Dengan bantuan kewangan yang begitu besar daripada Singapura dan usahawan-usahawan Cina dari semenanjung ini membuktikan bahawa bangsa ini hanya tunduk dan angguk didepan PM Najib sahaja tetapi mereka telah membuktikan bahawa mereka adalah gunting yang paling tajam berada di dalam lipatan Barisan Nasional dan kerajaan.

Kumpulan ini adalah seoerti buluh yang pepat diluar tetapi rencung di dalam.Mereka juga membuktikan dengan jelas bahawa mereka bukan bangsa yang tahu berterima kasih.Di Sarawak,Taib Mahmod sedang disabotaj dan dikhianati oleh Cina-Cina yang beliau bantu selama ini.Mereka sebenarnya bukan kawan yang baik untuk kepimpinan Taib Mahmod di Sarawak ini.

Teoh bunuh diri atau dibunuh?
ISU kematian Teoh Beng Hock yang dimainkan oleh DAP pada Pilihanraya DUN Sarawak kali ini bagaikan memberikan bola tanggung kepada pihak BN untuk menamatkan riwayat pembangkang di Sarawak.

Mungkin DAP fikir, orang Sarawak "sik tau" tentang kes kematian Teoh Beng Hock yang menjadi konstroversi di Semenanjung. Lantas DAP mengambil peluang untuk memanipulasi isu bunuh diri tersebut bagi meraih undi rakyat Sarawak? Ini satu tindakan yang tidak bermoral.

DAP Sarawak memainkan isu Teoh Beng Hock di Sarawak dengan harapan rakyat Bumi Kenyalang ini akan terpengaruh dengan cerita dongeng versi DAP. Dalam waktu yang sama, mereka cuba menimbulkan api kebencian di kalangan masyarakat majmuk di Sarawak ini dengan menyalakan sentimen perkauman yang chauvinis dan jahat.

Sebenarnya, isu Teoh Beng Hock sudah lama dimanipulasi dan dipolitikkan kepada rakyat umum. Pembangkang yang terkenal dengan teknik "hipnosis" dan "pukau" turut berjaya mempengaruhi keluarga Beng Hock.

Sebenarnya, jika digunakan apa-apa teori logik mahupun secara teknikal sekalipun, adalah sangat mustahil untuk menuduh SPRM membunuh Beng Hock. Ini adalah disebabkan bahawa Beng Hock merupakan SAKSI UTAMA bagi pihak SPRM untuk mendakwa 4 orang ADUN DAP yang disiasat dan dipercayai menyeleweng semua projek-projek Kerajaan Pakatan Haram Selangor!

4 orang ADUN yang dimaksudkan itu ialah, Ronnie Liu, Teresa Kok, Ean Yong Hian Wah (boss kepada Beng Hock) dan Lau Weng San. Beng Hock telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada SPRM dalam menyelesaikan kes tersebut.

Menurut SPRM, mereka telah berjaya mendapatkan 4 dokumen dari Beng Hock dan turut berjaya merampas beberapa dokumen penting berkaitan kes dari sebuah rumah milik "Mommy Foo" di Seremban.

SPRM menyatakan bahawa semua projek-projek Kerajaan PKR, DAP dan PAS di Selangor itu telah diberikan kepada 12 syarikat "proksi boneka" yang akan di"sub-contract"kan kepada syarikat tunggal milik "Mommy Foo". Dikhabarkan juga bahawa "Mommy Foo" adalah "mitress Kit Siang" dan "unofficial mommy Guan Eng"!

DAP terus politikan kes ini...
Mengapa projek-projek tersebut direncana dan diberikan hanya pada "Mommy Foo"? Menurut sumber siasatan ketika itu, hasil keuntungan projek tersebut akan dibahagi tiga bahagian iaitu 10% kepada syarikat "proksi yang dibuat-buat", 60%-65% diberikan pada syarikat "Mummy Foo" yang mengusahakan projek dan 30%-35% diberikan kepada DAP!!!

Itulah yang berlaku di negeri yang ditadbir oleh DAP, PKR dan PAS Selangor yang konon-kononnya mempunyai SELCAT! Itukah contoh ketelusan SELCAT pakatan pembangkang??? Sungguh menjijikkan!!!

Di dalam kes ini,Beng Hock yang merupakan SAKSI UTAMA pendakwaan tentunya sangat penting pada SPRM untuk mendakwa keempat-empat ADUN DAP ini. Logikkah SPRM membunuh saksi utamanya sendiri? Gila ke apa???

Persoalannya sekarang, apakah mendiang Beng Hock membunuh diri atau "ada pihak" yang membunuhnya? SPRM sewajarnya dikeluarkan dari senarai penyebab kematian kerana adalah mustahil SPRM mahu membunuh saksi utama kes mereka. Jika Beng Hock mati, kreadibiliti dan usaha SPRM terhadap kes ini bakal menjadi sia-sia.

Teori pertama menyatakan bahawa Beng Hock mati dibunuh. Siapakah yang mempunyai motif untuk membunuh Beng Hock? Kes siapakah dan parti manakah yang di siasat? Siapakah yang dikaitkan mempertahankan kelab malam, hiburan, perjudian haram, kongsi gelap dan sebagainya di Selangor? Pastinya semua pihak akan berpaling dan menuding jari terhadap Ronnie "the Don" dan DAP! Mereka ada "valid motive"!

Selain itu, ada pihak mendakwa seolah-olah Beng Hock telah dipaksa untuk menulis "nota bunuh diri" sebelum diterjunkan kebawah oleh pihak yang membunuhnya. Siasatan pakar forensik menyatakan bahawa Beng Hock masih hidup ketika "diterjun"kan ke bawah bangunan SPRM itu. Siapa bunuh Beng Hock? Wajarkah DAP tuduh SPRM bunuh Beng Hock?

Teoh mati,DAP untung..!
Teori kedua pula menyatakan bahawa Beng Hock tertekan setelah berjanji dan bersetuju untuk memberikan kerjasama kepada SPRM. Menurut pengawai siasatan, Beng Hock sangat memberikan kerjasama ketika disoal siasat dan menjawab semua soalan dengan bukti dan fakta yang diperolehi melalui komputer ribanya.

Persoalannya, mengapa dia tertekan sehingga menyebabkannya membunuh diri? Menurut khabar, ketika malam Beng Hock disoal siasat, dia kelihatan sangat tenang dan selesa di Pejabat SPRM tersebut. Namun, "mood"nya jelas bertukar selepas soal siasat tamat sekitar jam 3 pagi. Beng Hock enggan pulang ke rumah dan minta diizinkan tidur di pejabat SPRM sehingga pagi! Mengapa???

Menurut khabar lagi, Beng Hock seakan-akan sudah menghidu bau samseng-samseng kongsi gelap DAP yang bakal melanyaknya dan paling teruk, menamatkan riwayatnya untuk menutup rahsia DAP itu. Mereka dikatakan sedang "standby" diluar pejabat SPRM, malah ada yang dikatakan sudah menunggu diluar rumah Beng Hock! Mungkin sebab itu Beng Hock gelisah dan enggan pulang?!!!

Jadi siapa yang membunuh Beng Hock? Beng Hock bunuh diri sendiri atau ada pihak yang tidak mahu rahsianya didedahkan yang membunuh mendiang yang layak digelar "decent boy" itu? Wajarkah SPRM dikaitkan lagi dengan punca kematian Beng Hock?

Rakyat Sarawak fikirlah sendiri, bukalah mata seluas-luasnya dan lihatlah pembohongan DAP di Sarawak!Kerana gilakan undi, DAP sanggup menipu rakyat!!! Mahukah Sarawakians semua ditipu DAP?-The Real Sarawak-.
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers