Saturday, April 9, 2011

USHAWAN-USAHAWAN Cina dari Singapura dan Pulau Pinang dilihat bergabung di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak bersama dengan calon-calon DAP untuk menentang Barisan Nasional dan sekaligus menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh Pehin Taib Mahmod serta memastikan pembangkang mampu menguasai Sarawak untuk kali ini.

Tokoh-tokoh terutamanya yang datang dari Pulau Pinang dan menjadi kaya raya hingga ada yang bergelar jutawan merupakan sebahagian besar daripada mereka yang pernah meraih projek-projek  mega yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional tetapi akhirnya memilih untuk menikam barisan Nsional dari belakang seperti mana mereka lakukan pada Pilihanraya Umum Ke12 lalu hingga Barisan Nasional tumbang di Pulau Pinang.

Mereka datang secara bersendirian,ada yang datang atas nama persatuan bangsa ataupun keturunan masing-masing dengan satu matlamat serta tujuan membantu kewangan calon-calon DAP serta PKR yang bertanding kali ini dan tidak hairanlah kalau kita melihat poster-poster calon-calon DAP ataupun PKR dipacak dalam bentuk banner ataupun  billboard.

Poster-poster calon yang biasanya kita lihat dipasang dalam bentuk plastik dan ditampal di tiang-tiang yang dipacak di tepi jalan  bukan lagi menjadi satu kebanggaan untuk Pilihanraya Negeri Sarawak termasuklah poster-poster yang biasa kita lihat di Pilihanraya Umum Ke 12 lalu dan Pilihanraya Sarawak ini menjadi bukti bahawa kejayaan yang Barisan Nasional banggakan kerana memberikan terlalu banyak peluang kepada kontraktor-kontraktor Cina hingga mereka menjadi jutawan dan kaya raya akhirnya menjadi senjata yang makan tuan.

Kumpulan ini sama sekali tidak akan berterima kasih maupun menyokong kerajaan walaupun kerajaan terlalu banyak memberikan peluang untuk mereka meneroka  bidang ekonomi hingga bangsa-bangsa lain termasuk Melayu banyak dinafikan hak oleh kerajaan dan tindakan kerajaan yang berbudi terlalu banyak dengan kumpulan usahawan Cina ini tidak langsung menguntungkan Barisan Nasional malah bila sampai waktunya,Cina tetap menjadi Cina dan mereka akhirnya terus menjadi duri dalam daging kepada kerajaan Barisan Nasional.

Jelaslah  bahawa ada tangan-tangan ghaib yang membantu pembangkang selama ini dan kedatangan beberapa orang taiko-taiko daripada negara jiran  Singapura untuk turut sama membantu calon-calon DAP  adalah isyarat jelas bahawa PAP masih lagi menguasai sejarah dan perjuangan DAP di Negara ini.DAP hanyalah alat untuk PAP mengabui mata rakyat sedangkan sebenarnya merekalah yang menguasai secara total DAP.

Dendam Lee Kuan Yew terhadap Negara ini masih belum pudar.meninggalkan DAP untuk terus kekal dominan sebagai parti pembangkang di Malaysia lebih memudahkan beliau menjalankan gerakan-gerakan sulit dan terancang untuk menjadikan Tanah melayu ini sebahagi sebahagian lagi Negara yang dapat mereka jajah serta takluki.

Akhinya Melayu Malaysia senasib dengan Melayu Singapura-itulah sebenarnya  dan inilah yang Melayu hari ini tidak sedar dan inilah yang generasi muda lupa.Sejarah lampau harus menjadi panduan untuk generasi muda hari ini kalau benar mereka masih ada lagi semangat patriotik maupun nasionalisme.Mereka harus sedar nasib Negara dan rakyat hari ini seperti telur dihujung tanduk.Kuasa melayu bakal terhakis.Melayu bakal menjadi penumpang ataupun mungkin akhirnya menjadi pengemis di Negara sendiri.

Himpunan-himpunan taiko-taiko dan jutawan-jutawan Cina ini yang berpengkalan di Kuching tetapi menyerapkan seluruh jentera mereka hingga ke Sibu,Bintulu,Miri dan bandar-bandar besar lain diakui oleh seorang pemimpin tertinggi PAS sewaktu minum petang dengan menunjukan beberapa kad perniagaan tokoh-tokoh yang turut menawarkan bantuan kewangan kepada PAS yang bertanding di 5 kerusi DUN.

Malah beliau sendiri tidak hairan dengan peruntukan kempen yang begitu besar yang diperolehi DAP adalah hasil bantuan daripada kumpulan ini namun tidak pula diberitahu adakah PAS turut menerima dana kempen daripada Pulau Pinang dan Singapura ini.

Mereka meraih undi dengan pelaburan kewangan yang cukup besar.Mereka mula membeli undi-undi terutama sekali di 15 kawasan DUN yang DAP tandingi dengan harga yang cukup besar hingga boleh menggelapkan mata pengundi-pengundi di DUN-DUN tersebut, mereka mempertaruhkan nasib dan masa depan rakyat Sarawak di atas meja judi.

Campurtangan kaki-kaki judi serta taiko-taiko ini memperlihatkan demokrasi pilihanraya gagal dilaksanakan dengan baik  dan juga merupakan satu penghinaan yang cukup besar kepada rakyat Sarawak apabila nasib negeri dan nasib mereka ditentukan di meja-meja judi dengan pertaruhan ataupun ganjaran yang cukup besar untuk mereka menumbangkan Barisan Nasional pimpinan Taib Mahmod.

Dengan bantuan kewangan yang begitu besar daripada Singapura dan usahawan-usahawan Cina dari semenanjung ini membuktikan bahawa bangsa ini hanya tunduk dan angguk didepan PM Najib sahaja tetapi mereka telah membuktikan bahawa mereka adalah gunting yang paling tajam berada di dalam lipatan Barisan Nasional dan kerajaan.

Kumpulan ini adalah seoerti buluh yang pepat diluar tetapi rencung di dalam.Mereka juga membuktikan dengan jelas bahawa mereka bukan bangsa yang tahu berterima kasih.Di Sarawak,Taib Mahmod sedang disabotaj dan dikhianati oleh Cina-Cina yang beliau bantu selama ini.Mereka sebenarnya bukan kawan yang baik untuk kepimpinan Taib Mahmod di Sarawak ini.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers