Saturday, August 27, 2011
Kepalsuan Fauziah MP Kuantan dibongkar
FAUZIAH SALLEH tidak ada pilihan lain lagi dan beliau perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Pahang terutama sekali di Parlimen Kuantan serta Indera Mahkota yang beliau perdaya selama ini kononnya projek Lynas merbahaya kepada rakyat serta  negeri itu dan tidak menepati kehendak piawaian antarabangsa sedangkan projek Lynas ini cukup penting kerana ianya. menjadi pemangkin kepada pelbagai kegiatan ekonomi Negeri Pahang dan membuka banyak peluang-peluang perkerjaan.


Pendedahan MP Hulu Langat,Dr Rosli Che  Mat jelas menunjukan bahawa selama ini Fauziah berbohong,menipu dan memanipulasikan segala fakta yang mungking beliau kutip di kedai kopi bukan sahaja berbohong di Kuantan ataupun Indera Mahkota tetapi beliau turut berbohong dalam Dewan Rakyat  bilamana beliau mendesak dengan begitu keras supaya projek tersebut dihentikan demi keselamatan dan nyawa penduduk Kuantan serta yang berdekatan.


Tembelang penipuan Fauziah ditelanjangkan satu persatu oleh Dr Rosli yang juga Ahli Parlimen PAS Hulu Langat itu membuatkan Fauziah tidak senang duduk dan mahu menyaman TV3,Wartawan dan beberapa individu sekiranya pendedahan tentang keperluan serta kebaikan projek Lynas itu tidak dihentikan siarannya oleh TV tersebut.


Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang saintis nuklear membelasah gelagat partinya sendiri bersekongkol dengan Fauziah yang didakwa cuba menutup kebenaran tentang projek kilang Lynas di Gebeng,Kuantan.Tindakan Dr Rosli ini tidak disenangai oleh pimpinan PAS dan akhirnya beliau dihalang untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang projek Lynas ini.


Dr Che Rosli perlu akur ilmu saintis nuklear yang ada di dadanya dan kebenaran sudah tidak berguna lagi dan boleh dipijak begitu saja oleh PAS apabila beliau boleh dihalang begitu sahaja oleh partinya daripada mendedahkan kebenaran.Malang nasib Dr Che Rosli ini dan lebih memalukan lagi PAS yang kononnya selama ini mendakwa mendapat pengikhtirafan golongan professional akhirnya turut memalukan kepakaran yang ada pada golonngan-golongan ini.


Jelas PAS sanggup bersekongkol dengan penipuan fakta oleh Fauziah selama ini di mana selama ini PAS merelakan segala fakta diselewengkan dengan begitu tidak bermoral oleh Fauziah dan pasukanya di Pahang.


Antara mereka yang terpedaya dan diperdaya
Soalnya adakah Dr Rosli sanggup tunduk dan turut berbohong serta menpu seperti Fauziah ini?Sekiranya beliau memilih untuk berdiam diri dan menelan bulat-bulat segala pembohongan tersebut,secara tidak langsung Dr Rosli telah menghina kepakaran yang beliau milik selama ini hinggakan beliau digelar saintis.

Sanggupkah Dr Rosli menelan bulat-bulat penafian yang dibuat oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Mahfuz Omar dan Dr Zulkifli sedangkan mereka ini bukan pakar nuklear seperti beliau dan ketiga-tiga mereka ini sedang tunjuk hebat walaupun mereka bukan tahu sepatah pun tentang nuklear ataupun projek Lynas itu sebagaimana kepakaran yang dimiliki oleh MP PAS dari Hulu Langat ini.Jelaslah juga tindakan tokoh-tokoh PAS ini cukup biadap terhadap kepakaran yang Dr Rosli miliki.


Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menegaskan, PAS Pahang tetap konsisten dengan keputusannya menolak projek nuklear Lynas. Dan dalam masa yang sama Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh yang selama ini menjadi burung kakak tua membising membantah  projek kilang Lynas difahamkan juga turut memperlekehkan pandangan dan kepakaran Dr Che Rosli.


Kumpulan yang meletakkan hanya kepentingan politik sebagai asas penting mereka sedang berusaha untuk mengelirukan pandangan serta pemahaman rakyat terhadap isu Lynas ini.Mereka kutip segala maklumat palsu dan menggunakan segala tipu daya yang ada bagi mengelirukan rakyat.


Kumpulan pembangkang yang dikepalai oleh Fauziah Salleh ini  menolak laporan Panel Pakar Bebas Antarabangsa iaitu Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yangdianggotai oleh 9 pakar terdiri daripada 9 orang ahli, empat orang dari IAEA dan selebihnya dari Kanada,United Kingdom,Balanda dan Afrika Selatan. Mereka ini adalah merupakan pakar-pakar terkemuka berkaitan dengan aspek kesiahatan dan keselamatan radisi. Jadi siapa Fauziah Salleh untuk membantah tentang keselamatan ataupun tahap radiasi Lynas ini?


Dalam laporan,pakar-pakar  menjelaskan bahawa Lynas sehingga kini teklah mematuhi standard keselamatan radiasi yang digariskan oleh dua badan pengawal tempatan iaitu AELB dan DOE.Ramai para pemerhati politik tanahair sedang mengintai episod pertikaian ini yang dikira boleh mendedahkan lebih jelas sikap berpolitik dan bermuka-muka parti itu.


Tidak cukup dengan laporan pakar-pakar itu dan juga pendedahan terbaru Dr Che Rosli,paling kita kesalkan lagi, mereka berterusan menghasut orangramai dengan sentimen politik  tanpa mempedulikan aspek ekonomi namun pembangkang tetap meletakkan kepentingan politik sebagai yang utama daripada segalanya meskipun Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob sendiri  menegaskan beliau sendiri tidak akan setuju dengan pembinaan projek itu jika ia disahkan oleh pakar tidak selamat keatas kesihatan.Pakar-pakar telah mengsahkan dan MP PAS juga mengsahkan Lynas selamat serta langsung tidak sepertimana yang digembar gemburkan oleh Fauziah Salleh.


Bila penipuan ini terbongkar.mana mereka semua ini mahu letak muka?Baik Fauziah,Tuan Ibrahim,Mahfuz atau Zulkefly harus mencerminkan muka mereka, siapa lebih pakar antara mereka dengan Dr Che Rosli? Atau mereka mahu terus tetap gelap mata kerana merasa mereka adalah pakar dari segala pakar termasuklah kepakaran mereka mengatasi Dr Che Rosli.

Wednesday, August 10, 2011

Rosmah harus buktikan beliau mangsa fitnah!
SEBENARNYA tidak ada sebab untuk memilih menulis tentang Rosmah Mansor kerana beliau bukanlah sesiapa,beliau bukan wakil rakyat yang dipilih melalui pilihanraya ataupun Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk bertanggungjawab terhadap mana-mana kementerian  tetapi beliau hanyalah  secara kebetulan isteri seorang Perdana Menteri yang sedang hebat diperkatakan oleh kawan dan lawan ketika ini.

Rosmah Mansor ketika ini ternyata dijadikan sasaran berterusan pembangkang untuk mempertikaikan peranan yang beliau mainkan sebagai isteri Perdana Menteri malah ada yang melihat kadang-kadang tindak tanduk beliau tidak mencerminkan kedudukannya sebagai seorang isteri yang seharusnya berdiri di belakang suami untuk membantu sekadar yang termampu.

Kita tidak tahu apakah punca sebenar Rosmah Mansor diserang bertubi-tubi oleh pembangkang?Adakah beliau dilihat sebagai kelemahan PM Najib ataupun dia dilihat sebagai kekuatan yang harus diruntuhkan seandainya pembangkang bercita-cita untuk menawan Putrajaya?Ataupun pembangkang sedang irihati melihat kecemerlangan Rosmah membantu suaminya untuk mengemudikan Negara ini?

Suka atau tidak, kita harus mengakui bahawa idea menubuhkan PERMATA adalah satu idea yang bagus demi survival kanak-kanak Malaysia.Jelas Rosmah begitu bersungguh menjayakannya tanpa mempedulikan apa kata pengkritik terhadap idea beliau itu hingga ada yang mengatakan bahawa campurtangan berterusan Rosmah terhadap gagasan ideanya itu seperti mengambilalih peranan serta tanggungjawab kementerian berkaitan.Itulah persepsi yang terus dimainkan oleh pembangkang.

Namun sikap berdiam diri Rosmah menimbulkan banyak masalah kepada kerajaan dan parti pimpinan suaminya PM Najib.Setiap isu yang timbul ataupun fitnah yang dilemparkan, Rosmah lebih mudah mengambil sikap berdiam diri dan menguncikan segala kenyataan dengan membiarkan fitnah ataupun kenyataan demi kenyataan terhadap diri beliau dicanai semahunya oleh pembangkang dan orang-orang yang tidak senang dengan kedudukan ataupun ideanya.

Dalam saat beliau diserang atau difitnah bertubi-tubi,ramai yang berharap agar beliau tampil untuk mempertahankan dirinya atau mengambil tindakan undang-undang sebagaimana Rais Yatim mengambil tindakan undang-undang apabila beliau dan keluarganya difitnah.Mereka mahu Rosmah buktikan segala serangan-serangan peribadi terhadap beliau selama ini adalah fitnah semata-mata.

Rosmah tidak boleh berharap semata-mata kononnya rakyat boleh menilai ataupun berselindung di sebalik kenyataannya bahawa beliau berpendidikan dan tidak salah membantu suaminya dalam soal-sola yang melilibatkan pentadbiran Negara walaupun sebelum ini tidak ada dalam sejarah Negara seorang isteri begitu sekali menggunakan kedudukan hingga dilihat lebih sudu dari kuah.

Benar kita setuju kalau itu sejarah yang diubah dan boleh menguntungkan kerajaan dan parti tapi dalam masa yang sama, Rosmah harus juga mengambil kira pandangan orang-orang bawah ataupun rakyat yang semakin hari dimomokkan dengan segala cerita dan berita negatfi tentang beliau dan dalam masa yang sama Rosmah dilihat langsung mengenepikan penyokong-penyokong serta keluh kesah rakyat diperingkat akar umbi.

Kata orang berani kerana benar,takut kerana salah dan kebimbangan inilah yang menghantui penyokong kerajaan dan parti apabila sikap berdiam diri Rosmah itu akan ditafsirkan sebagai benar-benar bersalah dan Rosmah meletakkan parti dan kerajaan dalam keadaan yang lebih rumit..Terlalu payanh menangkis serangan pembangkang apabila tuan tubuh sendiri berdiam diri seribu bahasa.

Kita tidak berniat untuk mengungkit segala macam tomahan yang dilemparkan terhadap beliau kerana kita sendiri pun seram sejuk dengan segala tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang namun sikap `memekakkan telinga dan menebalkan muka’ merungsingkan ramai dan rakyat perlu rungsing kerana beliau adalah orang yang disahkan rapat serta akrab dengan Perdana Menteri.

Logiknya isu cincin ini gila!
Sebagai satu  contoh,dalam isu cincin berlian yang dikatakan bernilai USD24 juta itu dan isu ini dimomokkan oleh seorang penyokong PKR dari Rembau, seharusnya Rosmah tampil mengambil tindakan undang-undang dan mengheret pemfitnah ini ke muka pengadilan tapi malangnya Rosmah tidak ada ketegasan ini dan membiarkan isu cincin itu diperkatakan baik di kedai kopi atau di mana-mana sahaja dan jawapan Rosmah yang tidak mahu melayan isu ini bukanlah penamat kepada segala dakwaan yang dilemparkan itu.

Mencari simpati dan pengertian dalam kedudukan parti dan kerajaan yang dilihat tidak kuat ini, Rosmah seharusnya lebih berani untuk `mengajar’ sesiapa sahaja yang melemparkan fitnah terhadap beliau kerana fitnah-fitnah itu bukan sahaja mencemarkan maruah beliau tetapi turut menjadikan PM Najib terpalit sama dan lebih malang lagi parti dan kerajaan akan dimangsai secukupnya oleh pembangkang yang mengambil kesempatan atas sikap berdiam diri itu.

Lihat bagaimana Anwar Ibrahim dan Wan Azizah menggunakan mahkamh untuk menutup krtikan ataupun tudahan terhadap beliau dan tindakan yang dibuat oleh suami isteri malang ini sedikit sebanyak berjaya menyentapkan gerakan untuk lebih membongkar lagi penipuan dan pembohongan mereka. Rakyat hari ini lebih yakin Anwar dan Wan Azizah tidak bersalah kerana  `keberanian’ yang mereka tunjukkan itu.

Kita tidak minta banyak ataupun kurang daripada Rosmah.Kita hanya mahu beliau tampil mempertahankan dirinya kerana hari ini beliau telah dijadikan sasaran kritikan,tohaman dan celaan yang cukup hebat daripada pembangkang hingga sampai kepada satu peringkat, beliau dianggap liabaliti kepada parti dan kerajaan pimpinan PM Najib.

Mengapa pembangkang begitu berani sekali?Sebabnya cukup mudah kerana mereka yakin Rosmah tidak ada keberanian untuk mempertahankan dirinya apatah lagi untuk mengambil tindakan undang-undang. Kita bukan tidak saying Rosmah tapi kita lebioh sayangkan parti dan kerajaan.Pemimpin boleh dating dan pergi tapi institusi dalam apa sahaja keadaan perlu dipertahankan maruah dan kredibilitinya.

Kita perlu ingat dan sedar bahawa politik Malaysia ini sedang dibina berdasarkan persepsi.Fakta dan bukti bukan lagi menjadi keutamaan.Kegagalan menguruskan persepsi akan banyak mendepani kerajaan dan parti dalam masalah.Kita perlu akui dalam menguruskan persepsi hari ini, pembangkang telah berjaya.

Sikap berdiam diri Rosmah banyak kesan buruknya kepada parti dan kerajaan dan lagi lama Rosmah berdiam diri,lagi banyak masalah kepada kerajaan dan jentera parti..
Tuesday, August 9, 2011

SAYA tertarik dengan ulasan yang dibuat oleh Ustaz Mohd Fadil Yusuf yang memperincikan secara ilmiah dan berhemah tentang gejala murtad yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.Pemikirannya cukup terpimpin dan diolah serta dibahaskan dalam bahasa yang cukup mudah difahami. Saya perturunkan ulasan beliau tanpa sebarang suntingan untuk kita melihat gejala murtad ini daripada kacamata beliau.

KINI sekali lagi masyarakat Islam negara ini riuh kembali berkenaan isu murtad. Isu murtad bukan perkara baru dalam sejarah umat Islam. Bezanya di zaman ini murtad berlaku secara individu. Di zaman Saiyidina Abu Bakar, golongan yang murtad diperangi habis-habisan. Kerana golongan murtad pada zaman itu membentuk satu 'movement' dalam usaha untuk mengoyah dan menggugat keyakinan umat. Dalam lain perkataan, mereka, golongan murtad berusaha memurtadkan orang lain.

Wujudnya kumpulan (group) golongan murtad dan penyokong murtad di halaman sosial Facebook, juga membimbangkan kita tentang gejala ini. Hinggalah isu terkini tentang adanya usaha pihak tertentu untuk memurtadkan orang-orang Melayu Islam yang nipis keimanannya.

Riuh rendah masyarakat terhadap isu murtad adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ini membuktikan sensitiviti umat masih ada. Dan itu merupakan sebagai tanda bahawa iman umat masih belum padam, cuma tidak terlalu bersinar. Andainya iman itu benar-benar memancar tentulah sensitiviti itu tidak bermusim dan akan turut peka terhadap berbagai perkara lain yang tidak kurang pentingnya bagi umat Islam.

Sekiranya hati umat Islam sudah tidak merasai apa-apa kesan terhadap soal murtad umpamanya,dibimbangi akan mengalami dua kali bala. Satu pihak menanggung bala murtad, manakala pihak yang lain pula menanggung bala dayus.

Bertambah besar dayusnya apabila terjadinya murtad itu dari angkara pihak lain yang kita berdiam diri kerana takut dan terlalu hendak menghormati pihak lain. Sedangkan pihak yang memurtadkan umat Islam itu tidak pula pernah mahu menghormati umat Islam. Membiarkan kehormatan diri dan anak isteri dicabuli sudah dianggap dayus, apatah lagi membiarkan aqidah umat dicabuli.

Murtad bukan perkara kecil dan tidak boleh dipandang ringan. Penyelesaiannya menuntut kepada mekanisma yang berkesan. Kalau dalam soal lain seperti masalah ekonomi kita menghadapinya dengan segala pelan tindakan yang teliti, terpeinci, rapi dan sempurna, dalam soal murtad ini tidak boleh secara lebih kurang, atau retorika dan slogan.

Kedapatan pula masyarakat Islam yang  memilih jalan mudah iaitu menuding kepada pihak lain yang kononnya bertanggungjawab. Dengan cara itu diri sendiri akan dapat berlepas tangan. Dalam hal ini pihak pemerintah dan agensi yang bertanggungjawab sering menjadi sasaran tudingan.

Ada juga yang menuntut supaya diadakan undang-undang, penguatkuasaan dan hukuman oleh pemerintah. Seolah-olah undang-undang dan hukuman itu akan dengan mudah menyelesaikan masalah murtad.

Pada teorinya memang dengan hukuman nampak berkesan, yang kononnya orang lain akan serik dan takut. Namun perlu diingat, realiti tidak sama dengan teori. Buktinya, cuba lihat dalam kes lain yang memang telah sedia ada undang-undang, penguatkuasaan dan hukuman. Sebut sahaja umpamanya dadah, rasuah, rogol dan termasuk kesalahan lalu lintas.

Ramai yang sudah dihukum mati kerana kesalahan mengedar dadah. Ramai yang sudah dipenjara kerana sabit kesalahan rasuah. Mereka yang diberitakan mati kerana gelojoh di jalan raya juga meningkat. Apakah manusia lain mahu serik dan takut? Penagih dadah lebih merana terseksa kerana kesesakan pusat serenti berbanding kesan penagihan. Pengguna jalan raya lebih takutkan saman berbanding accident dan mati di jalanraya.

Ini membuktikan dalam menangani masalah murtad hukuman bukan jalan penyelesaian terbaik. Undang-undang dan penguatkuasaan bukan jalan keluar berkesan yang menjamin tidak berlakunya murtad. Kalau hendak dilaksanakan ianya sebagai tindakan terakhir setelah lebih dahulu dilakukan pendekatan yang lebih utama dan lebih penting.

Islam adalah wahyu Allah SWT yang sempurna, lengkap dan menyeluruh. Islam sentiasa menyediakan jalan keluar kepada apa jua permasalahan. Perlaksanaan Islam secara syumul akan menyelesaikan masalah, memperlihatkan keindahan ajarannya dan turut terasa keindahan Islam itu pada pengamalnya.

Murtad, atau apa saja masalah kehidupan mestilah melalui pendekatan mencegah, mengubati (pemulihan) dan membendung.

 A. Mencegah

Mencegah maksudnya menghindari sesuatu itu sebelum ia berlaku. Ini adalah langkah paling penting. Sayangnya pendekatanlah ini yang amat kurang dititikberatkan. Di samping terabai, kalau adapun kurang berkesan. Keberkesanan pencegahan ini akan menjamin tidak berlakunya murtad.

Pencegahan yang berkesan adalah datangnya dari dalam diri manusia itu sendiri. Di sinilah letaknya betapa pentingnya benteng iman dan taqwa dalam hati manusia.

 Firman Allah SWT:

  إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ
 "Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka." (Surah Ar Ra'd: 11)

Allah SWT menyebut mengenai perubahan apa yang ada di dalam diri manusia itu' ditujukan kepada sesuatu yang memang sifatnya mudah berubah iaitu hati. Murtad itu bukan datangnya dari anggota lain seperti tangan, kaki, telinga, hidung, mulut atau organ lain. Ianya  datang dari hati. Dan hati juga menjadi penggerak atau pemerintah kepada seluruh anggota lain.

Maka benteng yang paling kukuh, utuh dan teguh mestilah datangnya dari hati. Keteguhan benteng itu hanyalah dengan iman dan taqwa. Dengan iman yang utuh, taqwa yang tinggi biar apapun pengaruh yang datang seseorang itu tidak akan menggadai maruah dan aqidahnya. Aqidahnya tidak akan dijual dengan harga secebis cinta atau segunung emas hingga nyawa bercerai dari badan.

 Pembinaan iman dan taqwa ini mesti dilakukan sekurang-kurangnya dengan dua kaedah iaitu pendidikan (tarbiyah) dan dakwah.

 1. Tarbiyah (pendidikan)

Ini adalah proses ubah ansur pembentukan pegangan, pemikiran dan sikap manusia. Mendidik umat mestilah menjurus kepada penyuburan iman dan taqwa. Sehingga hati umat benar-benar merasai keagungan dan kebesaran Allah. Cinta dengan  Syurga dan gerun dengan neraka. Meletakkan agama di atas segala-galanya. Kepentingan Allah dan Rasul-Nya mesti didahulukan dari segala kepentingan lain.

Hafal Rukun Iman serta huraian dan memahami ajaran Islam bukan bererti sudah memiliki iman yang mantap. Hafal dan faham itu hanya terletak di akal bukan di hati. Hati yang merasai gementar terhadap Allah SWT itu barulah dikatakan hati yang terisi dengan iman.

Pendidikan berlaku berterusan yang akhirnya dengan kematian. Memasuki alam persekolahan yang berorentasikan peperiksaan bukan tarbiyah. Itu namanya pembelajaran (taklim). Tarbiyah ini berlaku sama ada secara formal atau informal. Tidak kira apa bentuknya, pokok pangkal mesti membentuk hati yang merasai keagungan Allah SWT. Keluarga, alam persekolahan dan masyarakat adalah unsur yang berperanan dalam  menjayakan pendidikan.

 2. Dakwah

Dakwah juga mestilah ke arah pembentukan jiwa manusia. Seruan yang tidak terpisah dari tabsyir dan tanzir (khabar gembira dan ancaman) akan lebih berkesan mencorakkan pegangan manusia. Dakwah juga tidak boleh bermusim atau sekadar aktiviti masjid dan persatuan. Dakwah mesti dijadikan sebahagian dari tugas berterusan setiap individu muslim.

Dakwah juga jangan pula hanya rancak saja tanpa matlamat yang jelas. Atau tidak dijadikan gelanggang untuk 'mental exercise' tanpa kesimpulan yang boleh dijadikan pegangan. Pendakwah sepenuh masa mestilah ramai jumlahnya dan diiktiraf setaraf dengan jawatan lain. Cuma, pendakwah perlu memiliki berbagai disiplin, kemampuan dan memenuhi ciri-ciri dan syarat yang sewajarnya.

 B. Mengubati (Pemulihan)

Ini adalah "follow-up program" andainya kedapatan umat yang jatuh murtad. Sangat merbahaya memberi ruang kepada berlakunya murtad kemudian baru hendak dipulihkan. Umpama membiarkan penyakit menghinggapi seseorang kemudian baru mencari ubat untuk penyembuhan. Tiada jaminan pemulihan atau mengubati ini mendatangkan kesembuhan.

Berlakunya murtad kerana pencegahan tidak berkesan atau terabai. Apa pula jaminan pemulihan akan berjaya sekiranya pencegahan berlaku banyak kelemahan. Walaupun demikian semua pihak termasuk pemerintah perlu membentuk mekanisma yang membolehkan pesalah murtad dipulihkan secara sistematik. Tentulah bahaya murtad lebih memerlukan pemulihan berbanding bertungkus lumus mengendalikan kesalahan lain.

C. Membendung

Andainya setelah pendekatan pertama dan kedua telah diusahakan bersungguh-sungguh, berlaku juga umat terjerumus kepada murtad maka langkah terakhir ini perlu diambil. Membendung ertinya tidak membenarkan berlaku pertambahan jumlah atau merebak. Mesti dijauhi dari berjangkit kepada individu lain.

Seperti juga dengan kesalahan lain seperti zina yang dihukum rejam dan mencuri dipotong tangan, maka murtad menurut pendapat ulama adalah dihukum bunuh, yang perlaksanaannya adalah langkah terakhir. Perlaksanaan hukuman ini setelah terlebih dahulu masyarakat dididik, di dakwah, diajar dan segala ruang kemungkaran telah ditutup.

Keluarganya sempurna, kasih sayang sudah merata, tiada tekanan hidup, pengaruh luar sudah dibanteras, masyarakat juga sudah berlaku adil, andainya masih tidak mahu insaf, barulah hukuman dijalankan. Hukuman itu dilakukan sebagai iktibar kepada yang lain. Ini hanya dalam keadaan masyarakat itu sendiri bersifat mahu mengambil iktibar.

Berlaku di sebuah negara jiran yang penduduknya majoriti umat Islam. Para ulama sering mengadakan dialog dengan pihak kristian. Setiap kali dialog, kemenangan dan kebenaran jelas berpihak kepada para ulama. Di sana Islam juga sering dijadikan sasaran fitnah. Semua fitnah itu dijawab oleh para ulama dengan hujah yang konkrit. Jaguh pidato lantang dan mengasyikkan pendengar. Pidato mereka sangat memukau dan membius masyarakat umum.

Di tengah-tengah kehebatan pidato dan kejituan hujah, bertambah ramai jumlah umat Islam menukar agama kepada Kristian dan lain-lain ajaran. Mengapa terjadi demikian sedangkan Islam itu jelas benarnya melalui hujah dan pidato?

Jawabnya ialah umat Islam memang handal dalam bercakap tetapi kosong pada tindakan. Biarpun mereka tidak menang hujah dan tidak jaguh dalam pidato, namun mereka masuk kampung, panjat bukit, meredah hutan, meranduk paya dan lumpur. Mereka menabur budi dan kebaikan. Mereka berbakti kepada masyarakat. Mereka meratakan kasih sayang. Mereka bukan sekadar mengubati kurap, panau, kudis buta dan tokak anak-anak pedalaman. Tetapi mereka juga  mengubati luka dan bengkak hati lantaran tidak dipedulikan dan tiada kasih sayang.

Masyarakat dahagakan bimbingan, pimpinan, kemesraan, kelunakan dan kasih sayang. Apa yang mereka perolehi dari kalangan Islam ialah kutukan, maki hamun, sumpah seranah, tuduhan dan cercaan. Kata-kata seperti jahil, fasik, kafir, bodoh, lembab, lemah akal, kolot sering mereka dengar. Tiada siapa yang mahu mendampingi mereka.

Kalau diundang berceramah, kos, ongkos dan envelope yang diperhitungkan. Sepatutnya yang bergelar pejuang semakin pokai papa kedana. Sebaliknya "08.00am-05.00pm" menjadi asasnya, yang selebihnya adalah tuntutan elaun ditambah lagi dengan  envelope masyarakat bawahan. Tidak hairan mengapa kes murtad banyak berlaku sebenarnya. Cuma yang mengisytiharkan murtad saja yang sedikit.

Marilah kita berbuat apa yang kita boleh buat dan jangan menuding kepada pihak lain. Kita tidak tahu hari ini anak orang lain, mungkin suatu hari nanti suku sakat kita pula. Pemerintah ada bahagian dan tanggungjawabnya. Kita juga tidak akan mudah lepas tangan begitu saja. Sama-sama berganding bahu kerana semua kita akan dipersoalkan oleh Allah SWT di Akhirat nanti..

Wednesday, August 3, 2011

SEMUA pihak harus melihat agenda portal pembangkang terutama sekali  MalaysiaKini dan Malaysia Insider yang semakin melampau corak pemberitaan mereka dan dilihat semakin tidak bertanggungjawab apabila  tanpa segan silu tulisan yang dilaporkan  meniup api permusuhan dan dalam masa yang sama menjaja segala fitnah-fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap kerajaan.

Mereka mengejar rating hingga sanggup meminggirkan rasa cinta terhadap agama,bangsa dan negara dan langsung tidak  menghormati prinsip perpaduan kaum yang dimeterai sekian lama malah pengurusan kedua-dua portal ini bagaikan sekumpulan manusia yang dirasuk untuk bersaing dan mempertaruhkan negara dengan meletakkan nasib negara  dalam keadaan yang tidak ketahuan untung atau rugi.

Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multi Media (SKMM) tidak boleh memejamkan mata atas alasan mendokong kebebasan akhbar untuk  bersuara sedangkan gerakan kedua-dua buah portal ini boleh mengundang kepada kemusnahan sebuah negara bangsa malah corak pemberitaan mereka penuh dan putar belit tanpa fakta yang kukuh untuk mendokong tulisan ataupun berita yang dilaporkan.

Mereka hilang kejujuran dan rasa insaf.Tulisan mereka umpama serigala lapar yang sanggup membaham apa sahaja demi mengisi tembolok kepentingan mereka.Tulisan mereka seperti tunduk kepada apa yang mereka dijanjikan, dalam apa sahaja keadaan dan ketika,rakyat atau pembaca perlu dihasut dan menelan hasutan tulisan yang dilaporkan dalam apa sahaja keadaan.

Sudah sampai masanya Kementerian Dalam Negeri dan SKMM yang berkuasa menggunakan segala kuasa yang ada menghentikan gerakan-gerakan pemberitaan gila yang sedang diwacanakan oleh karyawan portal-portal ini.Palin penting membuktikan kepada rakyat negara ini bahawa mereka semua ini didalangi oleh agen-agen asing yang mahu melihat negara ini runuh ataupun bergerak mengikut acuan mereka.

Prinsip kebebasan media harus dipimpin sejajar dengan keperluan ataupun tuntutan yang terkandung dalam segala undang-undang Negara ini dan harus berpaksi kepada Perlembagaan Persekutuan tetapi  portal-portal ini bagaikan tidak langsung menghormati undang-undang sedia ada kononnya atas alasan mereka harus diberikan peluang untuk menyatakan pendapat serta pandangan masing-masing.

Portal ini dilihat semakin hari semakin galak meniup api perkauman dan permusuhan malah tidak keterlaluan dikatakan mereka telah secara jelas mejadi lidah penyambung kepada perjuangan pembangkang dalam negara ini  sehingga tulisan yang dicetak langsung tidak mencerminkan kehendak lebih 23 juta rakyat dalam negara ini.

Tulisan dan laporan berita mereka bercorak khianat,adu domba yang keterlaluan dan mereka seperti meletakan undang-undang cyber di tangan mereka tanpa ada sesiapa yang berani untuk menyentuh gerakan penulisan yang sedang mereka lakukan ini apatah lagi untu mengambil tindakan walaupun jelas kebanyakan tulisan pemberita-pemberita mereka menghasut dan boleh mencetuskan perbalahan kaum dan etnik dalam Negara ini.

Kerajaan dilihat seperti takut untuk mengambil tindakan kepada portal-portal ini malah untuk mengekangnya pun kerajaan tidak berani, mungkin mereka bimbang menghadapi tekanan daripada portal ini meskipun sebahagian besar rakyat bersedia bersama kerajaan bagi menjamin Negara dan rakyatnyai hidup aman damai tanpa provokasi melampau pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Kerana tidak ada tindakanlah yang menyebabkan portal-portal ini jadi berani walaupun PDRM memberikan peringatan akan mengambil tindakan terhadap penghasut tetapi  sampai hari ini tidak ada walaupun sebesar zarah sekalipun tindakan diambil terhadap portal-portal ini.

Mereka inilah yang menjadi agen menghidupkan semangat BERSIH 2.0, menjadi suara lantang kepada pembangkang untuk menyambung fitnah dan pembohongan dan lihatlah agenda tersirat mereka apabila tulisan dalam Bahasa Malaysia diberikan secara percuma kepada pembaca sedangkan untuk melayari berita dalam Bahasa Inggeri,Tamil atau Cina, pembaca kena membayar harga yang telah ditetapkan.Apa agenda mereka?

Malah sejak akhir-akhir ini portal-portal ini menambahkan lagi kelajuan dalam laporan mereka dengan memetik segala laporan ataupun sumber daripada luar walaupun belum ditentukan kesahihannya bagi bertujuan untuk memalukan kerajaan dan mereka berterusan menghidupkan kembali segala isu walaupun telah diputuskan bersalah atau tidak oleh mahkamah.

Portal ini sedang memberikan tekanan tanpa henti dan ombak kecelaruan pemikiran mereka sentiasa ditiupkan demi untuk memperdayakan rakyat yang baru celik IT. Dengan menjadikan gerakan pembangkang dalam Negara ini sebagai obor untuk mereka menyalakan segala macam api permusuhuhan dan api yang mereka bawa ini jika tidak dipadamkan akan membakar seluruh institusi dalam Negara ini.

Poratl-portal ini sedang berperanan sebagai sebahagian daripada perkakas pembangkang untuk meruntuhkan kepimpinan yang ada serta merubah segala sistem yang sekian lama dipersetujui oleh pemerintahan sejak merdeka hingga kini.dan sekiranya kerajaan menganggap segala yang digerakkan ini sebagai cacinng semata-mata, tunggulah cacing ini hingga mereka menjolok mata.

Kedua portal ini dbiarkan bermaharajalela dan mereka seolah-olah dijadikan penanda aras untuk menentukan kepimpinan dalam negara ini dan pengurusan portal ini lagi jahat apabila mereka membuka ruang-ruang komen untuk diisi oleh komen-komen yang biadap serta tidak bertanggungjawab termasuklah membenarkan Institusi Diraja  dihina serta diperlekehkan.

Portal ini sebenarnya langsung tidak mendokong prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara malah apa yang mereka lakukan hanyalah berpandu kepada gerak hati mereka atau dengan kata lain menjadi alat kepada golongan oportunis untuk memenuhi aspirasi politik jahat masing-masing.


Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers