Saturday, August 27, 2011
Kepalsuan Fauziah MP Kuantan dibongkar
FAUZIAH SALLEH tidak ada pilihan lain lagi dan beliau perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Pahang terutama sekali di Parlimen Kuantan serta Indera Mahkota yang beliau perdaya selama ini kononnya projek Lynas merbahaya kepada rakyat serta  negeri itu dan tidak menepati kehendak piawaian antarabangsa sedangkan projek Lynas ini cukup penting kerana ianya. menjadi pemangkin kepada pelbagai kegiatan ekonomi Negeri Pahang dan membuka banyak peluang-peluang perkerjaan.


Pendedahan MP Hulu Langat,Dr Rosli Che  Mat jelas menunjukan bahawa selama ini Fauziah berbohong,menipu dan memanipulasikan segala fakta yang mungking beliau kutip di kedai kopi bukan sahaja berbohong di Kuantan ataupun Indera Mahkota tetapi beliau turut berbohong dalam Dewan Rakyat  bilamana beliau mendesak dengan begitu keras supaya projek tersebut dihentikan demi keselamatan dan nyawa penduduk Kuantan serta yang berdekatan.


Tembelang penipuan Fauziah ditelanjangkan satu persatu oleh Dr Rosli yang juga Ahli Parlimen PAS Hulu Langat itu membuatkan Fauziah tidak senang duduk dan mahu menyaman TV3,Wartawan dan beberapa individu sekiranya pendedahan tentang keperluan serta kebaikan projek Lynas itu tidak dihentikan siarannya oleh TV tersebut.


Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang saintis nuklear membelasah gelagat partinya sendiri bersekongkol dengan Fauziah yang didakwa cuba menutup kebenaran tentang projek kilang Lynas di Gebeng,Kuantan.Tindakan Dr Rosli ini tidak disenangai oleh pimpinan PAS dan akhirnya beliau dihalang untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang projek Lynas ini.


Dr Che Rosli perlu akur ilmu saintis nuklear yang ada di dadanya dan kebenaran sudah tidak berguna lagi dan boleh dipijak begitu saja oleh PAS apabila beliau boleh dihalang begitu sahaja oleh partinya daripada mendedahkan kebenaran.Malang nasib Dr Che Rosli ini dan lebih memalukan lagi PAS yang kononnya selama ini mendakwa mendapat pengikhtirafan golongan professional akhirnya turut memalukan kepakaran yang ada pada golonngan-golongan ini.


Jelas PAS sanggup bersekongkol dengan penipuan fakta oleh Fauziah selama ini di mana selama ini PAS merelakan segala fakta diselewengkan dengan begitu tidak bermoral oleh Fauziah dan pasukanya di Pahang.


Antara mereka yang terpedaya dan diperdaya
Soalnya adakah Dr Rosli sanggup tunduk dan turut berbohong serta menpu seperti Fauziah ini?Sekiranya beliau memilih untuk berdiam diri dan menelan bulat-bulat segala pembohongan tersebut,secara tidak langsung Dr Rosli telah menghina kepakaran yang beliau milik selama ini hinggakan beliau digelar saintis.

Sanggupkah Dr Rosli menelan bulat-bulat penafian yang dibuat oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Mahfuz Omar dan Dr Zulkifli sedangkan mereka ini bukan pakar nuklear seperti beliau dan ketiga-tiga mereka ini sedang tunjuk hebat walaupun mereka bukan tahu sepatah pun tentang nuklear ataupun projek Lynas itu sebagaimana kepakaran yang dimiliki oleh MP PAS dari Hulu Langat ini.Jelaslah juga tindakan tokoh-tokoh PAS ini cukup biadap terhadap kepakaran yang Dr Rosli miliki.


Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menegaskan, PAS Pahang tetap konsisten dengan keputusannya menolak projek nuklear Lynas. Dan dalam masa yang sama Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh yang selama ini menjadi burung kakak tua membising membantah  projek kilang Lynas difahamkan juga turut memperlekehkan pandangan dan kepakaran Dr Che Rosli.


Kumpulan yang meletakkan hanya kepentingan politik sebagai asas penting mereka sedang berusaha untuk mengelirukan pandangan serta pemahaman rakyat terhadap isu Lynas ini.Mereka kutip segala maklumat palsu dan menggunakan segala tipu daya yang ada bagi mengelirukan rakyat.


Kumpulan pembangkang yang dikepalai oleh Fauziah Salleh ini  menolak laporan Panel Pakar Bebas Antarabangsa iaitu Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yangdianggotai oleh 9 pakar terdiri daripada 9 orang ahli, empat orang dari IAEA dan selebihnya dari Kanada,United Kingdom,Balanda dan Afrika Selatan. Mereka ini adalah merupakan pakar-pakar terkemuka berkaitan dengan aspek kesiahatan dan keselamatan radisi. Jadi siapa Fauziah Salleh untuk membantah tentang keselamatan ataupun tahap radiasi Lynas ini?


Dalam laporan,pakar-pakar  menjelaskan bahawa Lynas sehingga kini teklah mematuhi standard keselamatan radiasi yang digariskan oleh dua badan pengawal tempatan iaitu AELB dan DOE.Ramai para pemerhati politik tanahair sedang mengintai episod pertikaian ini yang dikira boleh mendedahkan lebih jelas sikap berpolitik dan bermuka-muka parti itu.


Tidak cukup dengan laporan pakar-pakar itu dan juga pendedahan terbaru Dr Che Rosli,paling kita kesalkan lagi, mereka berterusan menghasut orangramai dengan sentimen politik  tanpa mempedulikan aspek ekonomi namun pembangkang tetap meletakkan kepentingan politik sebagai yang utama daripada segalanya meskipun Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob sendiri  menegaskan beliau sendiri tidak akan setuju dengan pembinaan projek itu jika ia disahkan oleh pakar tidak selamat keatas kesihatan.Pakar-pakar telah mengsahkan dan MP PAS juga mengsahkan Lynas selamat serta langsung tidak sepertimana yang digembar gemburkan oleh Fauziah Salleh.


Bila penipuan ini terbongkar.mana mereka semua ini mahu letak muka?Baik Fauziah,Tuan Ibrahim,Mahfuz atau Zulkefly harus mencerminkan muka mereka, siapa lebih pakar antara mereka dengan Dr Che Rosli? Atau mereka mahu terus tetap gelap mata kerana merasa mereka adalah pakar dari segala pakar termasuklah kepakaran mereka mengatasi Dr Che Rosli.

2 comments:

andddiikk said...

Jom. Kerajaan Pahang saman balik Fuziah ni.Dia dah terkantoi menipu tapi masih nak menang. Alahai.

andddiikk said...

Itu pun ada lagi yang percaya pada penipuan Fuziah ni. Kasihan orang Kuantan.Dia tak layak langsung utuk bercakap perkara ini. Orang jahil tapi berlagak tahu .

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers