Friday, January 28, 2011

Wah Idris-pencipta asal lagu rasmi WP
ALANG-ALANG mahu mencipta `sejarah’ atapun mahu dilihat meninggalkan legasi kepimpinan tersendiri  dalam Wilayah Persekutuan, mengapa tidak ditukarkan sekali warna dan  bendera Wilayah Persekutuan itu? Mengapa hanya lLagu Rasmi Wilayah Persekutuan yang ditukar sedangkan dasar penciptaan ataupun penggubahan lagu itu adalah berpandukan serta bercirikan lambang bendera itu sendiri?

Lagi menggelikan hati terutama sekali di pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kesemua lirik lagu tersebut telah bertukar tetapi masih mengekalkan tajuk lagu yang sama dan lagu terbaru Wilayah Persekutuan ini telah dicipta oleh Pak Ngah dan dinukilkan liriknya oleh Siso manakala sebelum ini lagu tersebut  dicipta oleh pencipta lagu-lagu patritok tersohor Dato Wah Idris.

Lebih memalukan lagi kerana inilah buat pertama kalinya dalam sejarah sesebuah negeri mempunyai dua buah lagu rasmi dan dilancarkan oleh dua orang DYMM Yang DiPertuan Agung dan dua Perdana Menteri.Rupanya zaman Pak Lah ini bukan sahaja kepimpinan beliau dikritik hebat, lagu pun turut menjadi mangsa.Dan beban daripada keghairahan politik luar biasa ini turut memberikan kesan menyeluruh kepada seluruh penduduk di Wilayah Persekutuan.

Satu lagu dirasmikan zaman Pak Lah dan satu lagi dirasmikan zaman PM Najib.Lagu pertama Raja Perlis(ketika itu DYMM Yang DiPertuan Agung) rasmikan dan kini Tuanku Mizan.Raja Perlis merasmikan lagu ini empat tahun lalu dan Tuanku Mizan akan merasmikannya di tempat yang sama hujung bulan ini di Dataran Merdeka.

Melihat kepada jawapan Menteri Wilayah Persekutuan lagu baru ini dipilih untuk menukar lagu rasmi yang pertama kerana rentak lagu ini perlahan dan tidak menepati ciri-ciri patriotism Wilayah Persekutuan itu sendiri dan beliau mengambll keputusan kerana ianya diputuskan oleh kabinet supaya sebuah lagi lagu baru dicipta.

Soalnya,betulkah kabinet yang putuskan?Betulkah PM Najib yang arahkan lagu rasmi lama dimansuhkan dan digantikan dengan lagu yang baru?Atau Menterinya sendiri mahu dikenang mencipta sejarah di atas sejarah yang telah terpatri setelah tidak mampu berfikir sesuatu yang lain dan hanya melihat lagu sahaja yang boleh memahatkan namanya kononnya sebagai pencipta sejarah?

Alasan ini cukup tidak masuk dek akal dan penukaran lagu ini lebih dilihat mahu memadamkan beberapa khazanah sejarah yang ditinggalkan oleh kepimpinan sebelum ini dan kalau itulah asasnya mengapa Bendera Rasmi Wilayah Persekutuan tidak ditukarkan sekali kerana lagu ini berdiri atas konsep,maksud dan tujuan bendera tersebut.Ataupun Lagu Rasmi pertama itu mahu dipadamkan kerana ada maksud-maksud lain yang tersendiri?

Menafikan lagu ciptaan Wah Idris ini juga satu penghinaan kepada pengkarya ini kerana beliau selain mencipta lagu Rasmi Wilayah Persekutuan telah turut mencipta banyak lagi lagu-lagu patriotic termasuklah menggubah rentak lagu Negaraku sewaktu pemerintahan Tun M sebagai Perdana Menteri dan adakah Wah sebagai pencipta asal lagu ini dirujuk untuk diminta pandanagn sebelum keputusan ini dibuat?

Sepatah kata Wah Idris, hina sangatkah lagu ciptaan saya ini?Kalau lagu ini hina di mata mereka,mengapa cabinet sebelum ini meluluskannya dan yang meluluskan ketika itu rata-ratanya adalah Menteri yang sama?

Kenapa baru hari ini lagu itu dilihat tidak patriotic, perlahan dan sebagainya sedangkan lagu itu telah pun dinyanyikan hampir empat tahun lebih oleh beratus ribu warga Wilayah Persekutuan?Takkan hanya bila Perdana Menteri atau Menteri Wilayah Persekutuan merasakan lagu itu tidak patriotic dan itu menggambarkan citarasa seluruh rakyat di dalam negeri ini?

Ukuran patriotik ini datang dari mana?Dari siapa?Dan adakah saya juga dilabelkan sebagai tidak patriotik?Kalaulah hanya kerana lagu ini perlahan, mengapa saya tidak dirujuk untuk sekurang-kurangnya memberikan ruang dan peluang kepada saya mencari rentak yang lebih sesuai seperti mana sewaktu saya meggubah rentak lagu NegaraKu dan Negaraku hanya berubah rentak tanpa  mengusik sebaris ayat pun dalam lagu itu.

“Saya hanya tahu lagu asal saya itu akan dibuang melalui akhbar dan saya pernah menulis surat kepada KSU Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga Menteri sendiri untuk berbincang tapi sehingga hari ini surat saya tidak berjawab sehinggalah keputusan telah pun dibuat untuk buang lagu saya dan digantikan dengan lagu lain.

“Saya cukup terhiris dengan permainan politik sebegini dan keputusan ini adalah seperti mencerca hasil karya saya dan kalau lagu ini dinilai oleh panel yang bertauliah serta dilihat benar seperti apa yang mereka katakan, saya terima dengan berlapang dada tetapi siapa mereka untuk mengatakan lagu ini tidak patriotik dan sebagainya?Apa bakti dan jasa-jasa mereka terhadap dunia penciptaan lagu-lagu bercorak patriotik sebegini,”tanya Wah Idris lagi.

Bendera rasmi ini seiring dengan maksud dan tujuan di sebalik lagu Maju Dan Sejahtera
Suka atau tidak dan meskipun dibantah keras oleh wakil-wakil rakyat terutama daripada pembangkang terhadap penukaran lagu ini, bulan Februari ini tercipta satu lagi `sejarah luar biasa’ yang tidak pernah dibuat oleh negeri- negeri lain dalam Negara dan mungkin dalam dunia, lagu rasmi Wilayah Persekutuan ini akan dinyanyikan oleh pelajar-pelajar, kakitangan kerajaan yang berkaitan dan apakah nasib Lagu Rasmi yang pertama itu, tentunya dibakulsampahkan.

Kalaulah ini kaedah kepimpinan yang ada dalam Wilayah Persekutuan ini, kita mencadangkan secara serius supaya PM Najib juga mengarahkan Bendera Rasmi Wilayah Persektuan turut di tukar setalah Tuanku Mizan tamat tempoh sebagai DYMM Yang DiPertuan Agung nanti dan semua sejarah yang pernah ditinggalkan oleh legasi kepimpinan sebelum ini berubah dan kalaulah selepas ini Menterinya berganti, carilah apa-apa yang boleh ditukar,dibuang dipadamkan supaya rakyat melihat mereka ini sudah tidak ada kerja-kerja lain lagi dan terpaksa mencipta sejarah di atas sejarah yang telah ditinggalkan.



Wednesday, January 26, 2011

Raja Arif Raja Ali- KP BTN
AKHIRNYA seperti yang ditulis sebelum ini,dalam blog ini juga, Biro Tata Negara (BTN) akan mempunyai seorang Ketua Pengarah yang baru menggantikan Dato Saghul Hamid yang mula bersara pada Mac 2011 ini.Perlantikan Raja Arif Raja Ali memecah tradisi perlantikan dan menepati ramalan yang mana selama ini perlantikan untuk ke jawatan ini bukan daripada kalangan pemegang-pemegang jawatan dalam politik

Nama Raja Arif ini telah tersebar luas sebelum ini juga dikatakan mempunyai hubungan yang cukup erat dan tersendiri dengan Dato Ahmad Maslan,Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan juga Dato Sahlan Nasution,Setiausaha Politik Perdana Menteri.Apakah perlantikan ini kerana hubungan ini?

Raja Arif kini bertugas di UMT dan pernah menjadi Pengarah BTN Terengganu serta bekas Setiausaha Sulit Kanan  kepada Dato Tengku Mahmood Paduka Raja satu ketika dulu malah baru-baru ini berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO membahaskan usul agama.

Entah darimana dan bagaimana kriteria atau KPI pemilihan ini dibuat hanya Ahmad Maslan,Sahlan dan Perdana Menteri Najib sahaja yang tahu tetapi daripada sumber yang layak dipercayai Raja Arif dipilih hanya kerana hubungan baik antara beliau dengan Idris Jusuh,dikatakan juga sebagai orang kuat bekas Menteri Besar Terengganu itu.Beliau juga AJK Bahagian Kuala Nerus serta Pengerusi Biro Latihan UMNO Bahagian Kuala Nerus dan juga Timbalan Ketua Penerangan Bahagian.

Apakah Perdana Menteri Najib menerima pakai dan memberikan persetujuan melantik Raja Arif ini hanya berpandukan kepada pandangan orang sekelilingnya sahaja ataupun turut mengambil pandangan daripada agensi-agensi berkaitan ataupun individu yang lebih mengenali tahap kesetiaan Raja Arif kepada pemimpinnya,agama,bangsa dan Negara.Atau hanya kerana Raja Arif petah bercakap sewaktu membahaskan usul dalam Perhimpunan Agung UMNO itu?Ucapannya di Perhimpunan UMNO itu juga langsung tidak membayangkan beliau mampu mengemudikan BTN

Ataupun beliau dilantik hanya kerana cadangan Ahmad Maslan ataupun Sahlan?Ataupun dalam negara ini tidak ada calon lain dan hanya Raja Arif sahaja yang layak hingga terpaksa membawa masuk kembali bekas Pengarah BTN Selangor dan Terengganu ini?

Kita bimbang Biro Tata Negara ini akhirnya akan menjadi Biro Tutuh Negara apabila biro ini dipimpin dengan modus oprandi yang akhirnya boleh menjerat kerajaan untuk tumbang menyembah bumi kerana seorang Ketua Pengarah harus meletakkan keutamaan,kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan yang sedia ada dan juga Perdana Menteri yang sedang memerintah.Mereka tidak boleh ada dua Ketua.

Kita masih bersangka baik terhadap perlantikan ini tetapi kita mahu dalam masa yang sama kerajaan harus berwaspada dengan taktik-taktik baru usaha membawa masuk golongan-golongan ataupun individu yang masih berhubung baik dengan Anwar Ibrahim yang sedang mencetuskan huru hara dalam politik Negara ketika ini.

Taktik-taktik ini sedang dibudayakan dengan hebat dan dipimpin oleh orang-orang tertentu yang mengaku baik dengan Perdana Menteri,perancangan mereka cukup rapi dan bagi mereka gerakan untuk menggembalikan semula bekas-bekas penyokong Anwar Ibrahim ke dalam jabatan-jabatan tertentu harus dilakukan secepat mungkin demi mencapai cita-cita peribadi mereka walaupun terpaksa mengorbankan rakyat dan para pejuang parti termasuklah Perdana Menteri sendiri.

Sasaran terbaru kumpulan ini adalah  sebagai contoh adalah menggantikan Ketua Pengarah JASA dengan calon pilihannnya.Ini juga sebahagian daripada usaha untuk meletakkan individu-individu yang kononnya mahu mereformasikan kerajaan ini bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang berharapan baru.

Kalangan bekas-bekas penyokong Anwar ini cukup mudah memainkan peranan untuk mempamerkan setia,taat dan akur di depan Perdana Menteri tetapi keikhlasan dan kejujuran mereka ini harus ditelek sebaiknya supaya mereka tidak menjadi api dalam sekam ataupun duri dalam daging kepada kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri,Presiden UMNO dan juga Pengerusi Barisan Nasional.

Sebagai bekas Pengarah BTN, difahamkan Raja Arif mempunyai kumpulan usrah tersendiri dengan Pengarah-Pengarah BTN yang seangkatan dengannya yang telah pun bersara atau berhenti daripada jawatan masing-masing setelah Anwar dipecat daripada UMNO dan dipenjara enam tahun kerana penyalagunaan kuasa dan Raja Arif adalah antara pendokong visi,misi serta matlamat perjuangan Anwar sebelum ini.




Thursday, January 20, 2011
Mangsa-mangsa gay Anwar Ibrahim

MICHAEL BACKMAN mendedahkan keputusan persidangan tiga hakim Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 mengesahkan Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti homoseksual di Tivoli Villa, pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993, tetapi Anwar dibebaskan kerana percanggahan dari segi ‘tarikh sebenar kejadian’ tersebut.

Secara kritis, majoriti hakim berkata, ‘kami menemui bukti yang perayu-perayu iaitun Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual’ dan kenyataan penting ini telah terlepas pandang oleh pengamal media khususnya di luar Malaysia. 

`Apa yang hakim-hakim tidak dapat menemui bukti adalah ‘tarikh-tarikh’ kejadian sebenar aktiviti homoseksual itu”, kata penulis dari Australia ini dalam bukunya, ‘Inside Knowledge: Streetwise in Asia’ yang diterbitkan oleh Palgrave-Macmillan, 2005.

Michael Backman selain penulis buku terlaris di dunia juga pernah diiktiraf sebagai ‘enulis yang cemerlang dalam strategi-strategi perniagaan serantau oleh Rowan Callick, Australian Financial Review itu, telah melakukan satu penyelidikan khusus berkenaan dengan pembebasan Anwar pada tahun 2004, dan menulis di bukunya di dalam bab ketujuh yang bertajuk “Anwar Ibrahim: Awan Gelap di Malaysia” (Anwar Ibrahim : Malaysia’s Dark Cloud)

Bagi beliau kenyataan hakim yang berbunyi ‘we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities(kami menemui bukti yang perayu-perayu telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual] amat penting kerana hakim-hakim sendiri mengesahkan mereka mempercayai aktiviti homoseksual di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku seperti didakwa.

Di dalam penghakiman ini, Anwar Ibrahim dirujuk untuk sebagai `perayu pertama' (the first appellant) manakala Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dirujuk untuk sebagai `perayu kedua'(the second appellant).

“Walaupun Keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia pada tahun 2004, ‘menterbalikkan hukuman’ bersalah melakukan aktiviti homoseksual, yang membolehkan Anwar keluar daripada penjara, tetapi keputusan hakim itu tidak dapat membersihkan dirinya daripada melakukan aktiviti homoseksual itu”

Michael Backman
“Kebanyakan penganalisis dan wartawan yang melaporkan tentang keputusan hakim Mahkamah Persekutuan, tidak membaca keseluruhan keputusan hakim-hakim yang setebal 36 muka surat itu”, kata Michael Backman yang kini menetap di London.

Maksud ‘menterbalikkan hukuman’ adalah Mahkamah Persekutuan menterbalikkan hukuman bersalah yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, kepada tidak bersalah.

Pada 8 Ogos 2000, Datuk Arifin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar bersalah meliwat Azizan Abu Bakar dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun. Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan yang didakwa sebagai rakan subahat turut didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun dan sebatan empat kali.

Pada 21 Januari 2004, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi 8 Ogos 2000 serta menolak ikat jamin supaya dibebaskan yang dipohon oleh Anwar dan Sukma. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Pajan Singh Gill, bersama dengan Hakim Datuk Richard dan Hakim Datuk Hashim Yusoff.

Kemudian, Mahkamah Persekutuan  bersidang pada 2 September 2004 yang diketuai oleh Datuk Abdul Hamid Mohamad (Hakim Mahkamah Persekutuan) bersama dengan Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud (Hakim Mahkamah Rayuan) dan Datin Paduka Rahmah Hussain (Hakim Mahkamah Persekutuan) untuk meneliti semula rayuan Anwar dan Sukma itu.

Kandungan penghakiman yg terlepas pandang
Walaupun ketiga-tiga hakim bersetuju aktiviti homoseksual yang melibatkan Anwar bersubahat dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan meliwat Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa benar-benar berlaku, namun Hakim Abdul Hamid dan Hakim Tengku Baharuddin bersetuju menerima rayuan Anwar dan Sukma dengan mempertikaikan tentang ‘tarikh kejadian sebenar’, manakala Hakim Datin Paduka Rahmah menolak rayuan tersebut.

Ini bermakna persidangan tiga hakim itu diputuskan dengan majoriti 2 – 1. (Dua hakim menerima dan satu hakim menolak).

Dengan keputusan majoriti 2-1 ini menyebabkan Anwar dan Sukma dibebaskan dari penjara kerana keputusan itu mengetepikan sabitan dan hukuman atas tuduhan meliwat bekas pemandu isteri Anwar, Azizan Abu Bakar.

“Dalam menghormati penghakiman majoriti 2-1 itu yang telah mengatasi keputusan mahkamah-mahkamah terdahulu. Mahkamah Persekutuan mendapati yang pemandu itu (Azizan) “adalah salah seorang rakan homoseksual (suka sama suka)” dalam akta-akta liwat. (Sedangkan) Mahkamah-mahkamah terdahulu telah menghakiminya ( Azizan ) sebagai seorang mangsa. 

Untuk lebih telus, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan itu telah melukis sekeping gambar satu kumpulan tiga orang (Anwar, Sukma dan Azizan) yang sedang bergembira melakukan aktiviti homoseksual secara bersama-sama (a happy threesome) dan bukan seorang mangsa (Azizan) diliwat oleh  dua penceroboh (Anwar dan Sukma).

“Desas-desus aktiviti-aktiviti homoseksual Anwar telah berlegar di Kuala Lumpur selama bertahun-tahun. Hanif Omar, Ketua Polis Negara dari tahun 1974 hingga 1993, mendedahkan bahawa pihak polis telah mengesan aktiviti Anwar itu sejak dari tahun 1993 dan bimbang Anwar akan berhadapan dengan risiko peras ugut melalui aktiviti homoseksualnya itu. 

Pada tahun itu juga, Ketua Polis itu memberitahu Perdana Menteri, Dr Mahathir tetapi ketika itu Dr Mahathir sukar untuk mempercayainya dan Anwar tidak didakwa untuk jangka masa lima tahun itu”, katanya lagi.

Michael Backman adalah seorang penulis dan penceramah yang terkenal berkenaan isu Asia berkaitan dengan ekonomi dan politik serta pandangannya menjadi rujukan kepada golongan korporat dan pelabur yang berminat berbisnes di Asia.

Beliau merupakan penulis Asian Eclipse: Exposing the Dark Side of Business in Asia (Kejatuhan Asia: Pendedahan Sisi Gelap Bisnes di Asia) yang merupakan buku paling laris di dunia dan dinamakan oleh Majalah The Economist sebagai salah satu buku yang ‘paling hebat’ serta disenaraikan oleh Perdana Menteri Thailand ketika itu Thaksin Shinawatra sebagai suatu buku yang harus dibaca oleh semua orang Thailand. Buku tersebut kini dimasukkan dalam senarai bacaan di London School of Economics dan Wharton Business School.


Wednesday, January 19, 2011

Tidak nampak bayang taubat dalam dirinya
GELANGGANG sudah mula terbuka luas di selatan tanahair.PAS letak calon wanita bekas guru sekolah pemulihan khas dan ditentang oleh bekas Penolong Pegawai Daerah Rengit, anak jati Labis untuk menentukan siapa yang rakyat Tenang pilih sebagai mewakili suara mereka di DUN Johor.

Calon PAS telah dihuraikan dalam tulisan sebelum ini dan itulah wajah serta batang tubuh yang PAS pertaruhkan.Jelas  PAS sudah  ketandusan calon berwibawa, yang ada aura ataupun karisma dan sekiranya calon PAS inilah yang menjadi pilihan pengundi di DUN Tenang itu untuk diangkat sebagai wakil suara mereka. Ada sesuatu yang tidak kena di kawasan Dewan Undangan Negeri ini.

Di Utara tanahair pula, barangkali terpana dengan ungkapan Perdana Menteri yang tahu segala-galanya tentang beliau, Anwar  menjadi seperti biawak yang lidah bercabang-cabang.Sebelum ini dengan langkah yang gagah penuh berani, beliau mencabar PM Najib untuk berdebat tetapi selepas Najib mengumpankan sedikit dengan pendedahan yang mungkin memalukan dia, Anwar kata dia tidak ajak Najib berdebat tetapi cumaingin  berbincang tentang pengurusan ekonomi Negara.

Memang benarlah Anwar tidak pernah berubah dan tidak nampak bayang taubat yang ada dalam diri beliau.Pembohongan dan penipuan seakan menjadi air wuduk kepadanya setiap masa dan ketika. Penipuan seperti  menjadi pakaian hariannya.Semakin banyak Anwar bercakap semakin banyak tipu helahnya.Lidahnya berputar-putar mengungkap skrip-skrip bohong yang beliau rekacipta untuk menipu rakyat dan memacak pendirian rakyat supaya tidak berganjak daripada terus menyokongnya, konon sebagai agen perubahan Negara .Bila tembelangnya pecah,Anwar cukup bijak menutupnya.

Barangkali beliau semakin sedar bahawa beliau tidak boleh menipu rakyat sepanjang masa.Beliau mungkin boleh menipu sekali ataupun dua kali tetapi mana mungkin untuk beliau menipu berkali-kali tanpa menyedari bahawa rakyat mula sedar tembelang ataupun perangai sebenar dirinya.

Debat yang beliau cadangkan dan disambut dengan tekanan serta desakan daripada juak-juak politiknya supaya PM Najib menyambut cabaran itu akhir menjadi kendur dan debat yang menjadi kegilaan dirinya dan penyokong beliau bertukar menjadi perbincangan.Mungkin rakyat yang mengelilingi beliau adalah daripada kalangan rakyat yang dangkal pemikiran serta kotor jiwa dan hatinya namun tidak semua rakyat di luar sini yang sanggup menerima serta menyokong pemimpin yang berwatak chameleon ini.Siang menjadi ular malam menjadi manusia.

Langkah politik Anwar menjadi sumbang.Tidak cukup memusuhi dan mendendami UMNO yang telahpun berjaya menghalang niat jahatnya, dia memilih untuk memecahbelahkan PAS dari dalam.Selama ini pun Anwar telah berjaya mem`PKR’kan PAS(sebelum ini mengABIMkan UMNO) dengan kemasukan beberapa orang yang terbukti taksub kepada beliau seperti Kamarudin Jaafar, MP Tumpat, Hatta Ramli MP Kuala Krai, Khalid Samad MP Shah Alam, Dzulkifley Ahmad MP Kuala Selangor daan beberapa orang ADUN termasuklah Husam Musa yang dilabelkan sebagai kumpulan Erdogan dalam PAS.

Ketidakhadirannya di majlis pengumuman calon PAS di Pekan Labis beberapa malam lalu membuktikan ada yang tidak kena antara dia dengan Hadi Awang.Ada sengketa berlaku dalam diam malah melabelkan Hadi Awang sebagai nyamuk yang sesuai berdepan dengan nyamuk merupakan satu penghinaan secara lembut yang beliau tuding kepada Hadi.Rendahnya harga Hadi di mata Anwar dan butanya mata hati penyokong PAS yang sanggup menelan penghinaan terhadap Presiden parti mereka itu.

Umi menyerang lagi...
Kemunculan Umi Hafilda dengan serangan baru terhadap dirinya menjadikan tidur Anwar tidak semakin lena dan mimpinya untuk menakluk Putrajaya menjadi mimpi yang menakutkan.Cabaran Umi dipandang sini dan diumpamkan nyamuk semata dan disinilah Anwar memutar pita politiknya dengan menyerahkan cabaran Umi itu kepada Hadi Awang-baginya nyamuk sahaja yang layak menentang nyamuk. Sedangkan jelas anwar tidak ada keberanian untuk berdepan dengan adik Azmin Ali ini.

Anwar mungkin tidak memerlukan Hadi sebagai melengkapkan percaturan poltiknya. Cukup ada seorang manusia bernama Nik aziz yang telah melutut di kaki beliau bersama dengan DAP, tokoh pemimpin lain dalam PAS hanyalah sekadar kaldai yang boleh beliau arahkan untuk mengangkut bagasi-bagasi bagi mencapai cita-citanya.Baginya sikap tunduk Nik aziz itu adalah lambing kepada segala apa yang dalam PAS.

Anwar tidak ada pilihan.Dia harus menggunakan segala talian hayat yang dia ada untuk menutup segala pembohongan penipuan politiknya dan tindakan PM Najib yang mahu Anwar menyelesaikan dulu kes liwatnya sebelum berbincang atau berdebat tentang isu lain merupakan satu tamparan yang cukup perit untuk Anwar terima.

Anwar cuba menggunakan seluruh media yang ada untuk dirinya dilihat sentiasa relevan dalam politik tanahair dan taktaik ini sama seperti Anwar menguasai TV3,Utusan Malaysia dan Berita Harian satu ketika dulu dengan meletakkan orang-orang keprcayaannya ditempat-tempat yang penting serta strategik.Media cetak inilah yang menjadi agen mempromosikan Anwar kononnya sebagai pemimpin masa depan tetapi akhirnya media ini jugalah yang mendedahkan secara meluas kes liwatnya dengan Azizan,Munawar,Sukma dan terbaru dengan Saiful Adzlan Bukhari  malah mungkin ada lagi mangsa yang terbaru.

Seandainya PM Najib menerima cabaran debat itu bermakna PM Najib telah terp[erangkap dalam helah poiltik yang Anwar sedang ciptakan. Dia tahu dia ada kelebihan bermain kata, mencipta teori dan falsafah yang enak untuk rakyat telan tetapi malangnnya Anwar lupa dia bakal berdepan dengan Perdana menteri yang tahu segala-galanya tentang Anwar,kegiatan Anwar dan hubungan Anwar dengan mana-mana pihak sekalipun termasuklah puak-puak Yahudi. Dan sebagai Perdana Menteri, Anwar mungkin lupa bahawa PM Najib ada akses untuk segala-gala tentang Anwar Bin Ibrahim ini kerana Najib Perdana Menteri dan Anwar  hanya seorang peliwat.

Tuesday, January 18, 2011
Wanita terus jadi alat kepada PAS.Calon ini mangsa terbaru.
HANYA Normala Sudirman, calon PAS bagi Pilihanraya Kecil N05 DUN Tenang yang menaruh harapan untuk menang. Malangnya sentimen yang sama tidak dikongsi oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Berdasarkan ceramah pimpinan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Lim Kit Siang,Wan Azizah dan Hadi Awang, ternyata PAS sudah menerima kekalahan di Tenang, tetapi mengharapkan dapat mengurangkan majoriti UMNO Barisan Nasional berbanding keputusan Pilihanraya Umum ke 12 lalu.

Ternyata itu tidak dapat dikongsi oleh Normala kerana beliau telah meletakkan jawatannya sebagai guru di sekolah kerajaan seminggu setelah SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihanraya kecil, jika ada. Dia juga tidak dibantu dengan masa depan suaminya, yang dikatakan juga seorang guru di sekolah kerajaan dalam DUN Tenang, sebagai guru yang memuat turunkan video yang mendakwa Pengarah Pendidikan Johor berkempen di sekolahnya di DUN Tenang ke dalam YouTube.

Bila ditanya wartawan di dalam sidang akhbar selepas pengumuman calon malam semalam, Normala tidak dapat menjelaskan apakah isu yang akan dibawanya, sebaliknya berkata terpaksa berbincang dengan jentera PRK PAS.

Selepas diperkenalkan sebagai calon, Normala diberi ruang untuk ‘berbicara’ dengan penyokong Pakatan Rakyat yang berjumlah tidak lebih 1,500 orang di Pekan Labis, malangnya Normala gagal mengambil peluang itu untuk beriteraksi dan menimbulkan kemesraan di antara beliau dan bakal pengundinya.

Mendengar ceramah Normala,tidak disalahkan sebahagian penyokong di situ yang mula beransur-ansur meninggalkan perkarangan Dataran Pacak Pekan Labis itu walaupun bakal calon PAS itu masih rancak berceramah.

Isi ceramahnya kosong dan sekadar mengimbaukan kembali memori ‘pemidato’ di sekolah menengah yang sedang berusaha bersungguh-sungguh dengan gaya pidato budak-budak sekolah untuk merebut Hadiah Pidato Piala Perdana Menteri.

Gaya ‘pidato’nya seakan kita melihat seorang pelajar perempuan dengan memakai blazer sedang berdegar-berdegar bertutur dengan irama-irama dan lenggok-lenggok yang direka-reka di atas pentas sekolah.

Malangnya semalam bukan pentas sekolah. Semalam adalah pentas politik yang seperti diwar-warkan oleh Lim Kit Siang sebagai pentas yang akan menentukan masa depan politik Malaysia.

Tetapi, Normala jauh lari dari realiti politik Malaysia. Beliau tidak lebih seperti seorang pemidato amatur dan seorang guru yang cuba menyumbat maklumat ke dalam otak anak-anak muridnya. Silapnya, yang hadir semalam bukan anak muridnya tetapi bakal majikannya. Yang hadir semalam ialah bakal pengundi yang mahu memilih seorang balaci yang dapat dikerah untuk memperjuangkan hak mereka di pentas politik.

Maka jika harapan untuk memenangi DUN Tenang bagi Pakatan Rakyat kini di sandang oleh Normala, benarlah kata  Lim Kit Siang semalam,

“Bukan senang mau menang di Tenang. Penteng (penting) nya kita boleh kasi kurang itu BN UMNO punya majoriti. Itu sudah menang!”

Di dalam PRU ke 12, calon UMNO BN menang dengan majoriti  2,492 undi. Calon PAS ketika itu memperolehi 3,875 undi dan rata-rata undi tersebut diperolehi dari peti-peti undi majoriti pemilih berketurunan cina. Jika benar Pakatan Rakyat mahu mengurangkan majoriti UMNO BN di DUN Tenang dalam PRK ini, mereka telah tersalah perhitungan. Normala bukan calon yang tepat untuk tugasan tersebut.

Mungkin benar juga perkhabaran yang mengatakan Normala hanyalah calon Kambing Hitam disebabkan tiada pimpinan PAS Johor yang mahu menjadi mangsa di Tenang.

Pertembungan di Tenang sebenarnya ialah pertembungan antara MCA dan DAP. Besar kecik majoriti yang akan diperolehi oleh UMNO BN bergantung kepada persaingan MCA dan DAP. Sayangnya, Normala adalah tugas sukar untuk DAP.

Mungkin Lim Kit Siang boleh berkata, “bukan susah mau kalah di Tenang. Yang penteng (penting) kita kasi letak itu calon yang gerenti tarak boleh jual sama orang cina…”
Dan itu sudah berlaku.

Sekarang kita tunggu dan lihat calon UMNO Barisan Nasional pula.

Beliau tidak layakkah sebagai Pengerusi Perhubungan
KEDAH sudah mengatur langkah memperkukuhkan gerakan parti untuk menghadapi  pilihanraya ke tiga belas.Pulau Pinang juga begitu termasuklah Perlis yang mula menampakkan kejernihan hubungan antara Pengerusi Perhubungan dengan Timbalannya .Cuma jawapan kepada mata yang sedang memerhatikan kepada dua buah negeri iaitu Selangor dan wilayah Persekutuan nampaknya belum lagi ada tanda-tanda menggerakkan jentera terutama sekali di Wilayah Persekutuan.

Sehingga ke hari ini Wilayah Persekutuan yang dilihat serta dilabelkan sebagai jendela menguji kekuatan dan pengaruh UMNO masih lagi terumbang ambing dan ditambah pula dengan kesibukan Pengerusi Perhubungannya yang terpaksa menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran.

Ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi seakan-akan tercari-cari pelan pemulihan ekoran tsunami politik 2008 lalu dan rata-rata berpendapat bahawa sehingga ke hari ini tidak kelihatan pun satu gelombang baru yang dibangkit atau digerakkan oleh kepimpinan baru hari ini untuk menguasai beberapa buah kerusi Parlimen yang telah jatuh ke tangan pembangkang.Mereka dilihat seperti berada di dalam keadaan selesa dan yakin kononnya rakyat akan berubah semata-mata kerana melihat kepincangan demi kepincangan berlaku dalam pembangkang.

Tindakan dan keputusan Presiden UMNO tidak melantik Menteri Wilayah Persekutuan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO  sesuatu yang cukup mengecewakan rata-rata ahli UMNO di Wilayah Perrsekutuan ini. Menafikan hak Menteri Wilayah ke jawatan itu adalah melanggar beberapa tradisi sebelum ini bilamana  seseorang yang dilantik Menteri sekaligus menjawat jawatan itu seperti bekas-bekas Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini.

Kita tidak nafikan UMNO Wilayah Persekutuan sebelum ini pernah dipimpin oleh pemimpin yang bukan daripada kalangan Ketua-Ketua Bahagian tetapi selepas Drs Suleiman Mohamad, UMNO Wilayah Persekutuan dipimpin oleh Tengku Adnan Mansor dan Zulhasnan Rafique,kedua-dua mereka ini adalah Menteri Wilayah Persekutuan sewaktu memegang amanah Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan.

Malah Dato Seri Dr Suleiman Mohamad walaupun hanya ketika itu menjawat jawatan Timbalan Menteri pun boleh dilantik ke jawatan itu menggantikan Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan mengenepikan Raja Nong Chik untuk jawatan itu sebagai menafikan kemampuannya ataupun tidak yakin dengan kemampuan Senator ini untuk menguruskan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.Kalau tidak yakin, atas keyakinan mana pula beliau diangkat sebagai Menteri?Drs Suleiman hanya Timbalan Menteri dan takkanlah sebagai Menteri penuh Raja Nong Chik tidak ada hak?

Dengan meletakkan Raja Nong Chik di kedudukan kedua dalam perhubungan akan memberikan kekangan untuk beliau melaksanakan tugas-tugas selagi tidak mendapat perkenan daripada Pengerusi Perhubungan.Ini kerana sejak akhir-akhir ini sindorm berkerja untuk individu mengatasi kehendak dan kemahuan berkerja untuk memperkasa ataupun memperkukuhkan parti.

Malah ada juga yang menganggap tindakan Presiden UMNO tidak melantik Raja Nong Chik sebagai penghinaan secara diam, tamparan yang memalukan dan memberikan petunjuk secara jelas bahawa Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai belum cukup bersedia untuk memimpin organisasi di peringkat negeri. 

Kalau beliau tidak mampu memimpin UMNO yang membolehkan beliau mendapat tempat sebagai Menteri maka jelaslah juga beliau tidak mampu memimpin Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar ini kerana skop tugasnya lebih besar dan meluas.

Rata-rata ahli UMNO juga hairan bagaimana Ketua-Ketua Bahagian dalam Wilayah Persekutuan ini boleh menerima penghinaan terhadap Menteri Wilayah ini? Kalau sebelum ini ada beberapa Ketua-Ketua Bahagian yang begitu lantang mahu kepimpinan tertinggi parti memilih daripada kalangan mereka terutama sekali Menteri untuk memegang jawatan itu tapi kali ini mereka tunduk dan akur dengan segala keputusan yang dibuat.

Sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik harus diuji dan diberikan tanggungjawab besar untuk memimpin UMNO Negeri sejajar dengan kedudukan dan jawatan kabinetnya.Meletakannya di kedudukan kedua dalam hiraki parti adalah satu tindakan dan keputusan yang memalukan beliau.Mengapa sebegini sekali belau dimalukan?Takkan Menteri tidak layak jadi Pengerusi Perhubungan?

Malah daripada sumber yang layak dipercayai Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk menmgosongkan kerusi Pengerusi Perhubungan untuk diberikan laluan kepada Menteri Wilayah mengisinya tetapi kerana beberapa factor dalaman dan kurang keyakinan kepada kemampuan Raja Nong Chik memikul tugas dan tanggungjawab itu, nasib dan masa depan UMNO Wilayah Persekutuan terus digalas dan terbeban dibahunya.

Daripada beberapa sumber juga mendedahkan bahawa kepimpinan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan sebelum ini pernah cuba disentap turun dari jawatan itu dengan beberapa memorandum.Mengapa kali ini tidak ada memorandum yang dibuat kepada Perdana menteri untuk melahirkan kekecewaan mereka?

UMNO Wilayah Persekutuan terbukti mempunyai pasukan kepimpinan yang hebat-hebat hari ini dan mustahil tidak ada orang lain termasuklah Menteri Wilayah Persekutuan untuk mengetuainya? Dalam UMNO memo tidak perlu tandatangan 2/3 dan hanya cukup dua atau tiga Ketua Bahagian yang bersetuju maka biasanya kepimpinan akan memandang serius tuntutan dalam memorandum itu.
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers