Sunday, January 29, 2012

Hadi lari dari tanggungjawab!
SEBELUM ditimpa malu ataupun dimalukan oleh ahli-ahli partinya sendiri hingga tersingkir dari jawatan Presiden pada Muktamar PAS akan datang,  Hadi Awang mengambil langkah drastik,gelojoh dan begitu terburu-buru untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden parti serta mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRU13 sedangkan parti yang beliau sedang pimpin ketika ini sedang ditimpa oleh berbagai-bagai musibah.

Hadi seperti mahu lari dari tanggungjawabnya ataupun kerana beliau yakin bahawa beliau telah gagal untuk menjadi Presiden yang baik kepada parti yang kononna berteraskan Islam,beliau tidak ada pilihan melainkan meninggalkan parti itu untuk dipulih ataupun terus dikhianati oleh orang lain.

Langkah Hadi Awang ini mungkin  juga kerana beliau telah mencium bau busuk yang sedang melanda PAS ketika ini dan sebagai mahu menampakan beliau tidak bersalah sekiranya PAS berkubur lantaran dikhianati oleh kepimpinan PAS tertinggi lain, Hadi mengumumkan langkah awal dan jelas sangat beliau tidak mahu bertanggungjawab di atas apa yang akan berlaku pada PAS nanti.

Umum semua tahu betapa Hadi Awang mengharapkan Nasharudin Mat isa sebagai regunya memimpin PAS tetapi malang menimpa bila Nasha yang dikatakan mewarisi kepimpinan ulamak disingkirkan oleh kumpulan Erdogan yang begitu bercita-cita besar untuk menguasai PAS dan kemenangan Mat Sabu hanyalah sekadar mahu menyingkirkan Ustaz Nasha dari jawatan itu kerana yang merancang adalah dari kalangan tiga  Naib Presiden dan Husam dilihat sedang bercita-cita untuk bergelar Presiden PAS.

Sebenarnya Hadi Awang sudah hilang upaya serta cengkaman untuk mengepalai PAS kerana beliau sedang dikelilingi oleh puak-puak Erdogan dan IRC lihattulisan sebelum ini yang menyokong Anwar Ibrahim dan tindakan Hadi sejak Muktamar PAS yang lalu langsung tidak mencerminkan kepimpinan PAS yang sebenar kerana Hadi terlalu banyak tunduk serta mengalah terutama sekali kepada kehedak DAP dan PKR.

Hadi gagal berbuat apa-apa sehingga tersingkirnya Hassan Ali dan jelas islam secular sedang meresap ke dalam pimpinan PAS dan PAS ke arah menyokong Islam liberal atau pluralism didokong hebat oleh Anwar serta juak-juaknya hingga PAS tergamak mengistiharkan bahawa mempertahankan Anwar itu adalah satu jihad.

Barangkali kerana takut terlalu banyak lagi dosa terhadap Islam, Hadi Awang mengambil langkah terburu-buru dan paling tidak bertanggungjawab kerana sejak beliau menjejak kaki ke dalam PAS, fatwa Hadilah yang banyak memecahbelahkan umat islam hari ini daripada sembahyang dua imam hingga kepada sembelihan  orang UMNO haram untuk dimakan.

Signal Hadi ini juga sebenarnya boileh dilihat sebagai satu sindiran kepada Nik Aziz yang masih bersedia untuk bertanding dalam PRU13 sekiranya dicalonkan dan jelaslah Nik Aziz mabuk dengan kuasa hinggga memaksa Hadi bersindiran sedemikan.

Peluang Husam sebagai Presiden cerah!
Tindakan Hadi ini akan membuka jalan lebih mudah kepada Husam Musa untuk menguasai PAS dan diyakini sekiranya Hadi berundur dari kerusi Presiden Husam pasti akan menawarkan dirinya sebagai memanafaatkan gerakan tersusun yang dimulai daripada Muktamar PAS lepas. Husam sedang mengintai dengan penuh minta dan berahi kerusi Presiden PAS.

Gabungan Erdogan dan IRC yang menyokong Anwar lebih memudahkan lagi untuk menyingkirkan kepimpinan ulamak dalam PAS dan tindakan terbaru Nik Nazmi serta Aziz Bari yang menyerang MB Kedah Azizan Razak adalah langkah yang paling jelas untuk dinilai bahawa menjelang PRU13 nanti, PAS akan terus bergolak dan bakal berdepan dengan krisis kepimpinan paling teruk dan busuk sepanjang PAS ditubuhkan.

Azizan boleh kita sifatkan sebagai pemimpin PAS yang berani apabila menyelar bahawa Buku Jingga bukanlah Al Qur`an dan ini menimbulkan kemarahan bukan sedikit kepada pakatan pembangkang lain hingga mengupah Aziz Bari dan Nik Nazmi untuk menyerang serta memperlekehkan MB Kedah itu.

Hadi Awang sepatutnya membawa keluar PAS daripada pakatan pembangkang itu dan bukannya melarikan diri dari masalah demi masalah yang menimpa PAS dan sekiranya Hadi membiarkan PAS terus berada dalam pakatan tersebut,Hadi sebenarnya sedang membina keranda untuk menguburkan PAS bersama dengan prinsip serta kepercayaan ahli-ahli PAS kepada pemimpin mereka.

PAS masih selamat sekiranya mereka keluar dari pembangkang dan berdiri sendiri untuk menentang UMNo dan Barisan Nasional dan selagi PAS berada dalam pembangkang maka selag itulah PAS akan mengkhianati Islam yang mereka gunakan selama ini untuk mengaburi mata rakyat bagi meraih undi.Talkin untuk PAS masih mampu ditangguhkan kalau Hadi bersedia untuk bertaubat.Paling penting Hadi jangan lari dari tanggungjawabnya
Thursday, January 26, 2012

Bekas KSU jadi Ketua Audit..
KREDIBILITI dan intergriti Ketua Audit Negara,Ambrin Buang  mula dipersoalkan malah niat serta pertanggungjawabannya  terhadap sesuatu yang diaudit  menimbulkan banyak sekali keraguan dan sudah ada yang mula melihat bahawa kuasanya cukup besar berbanding dengan jawatan lain dan adakalanya  beliau dilihat lebih besar dari Perdana Menteri ataupun Hakim walaupun mengikut Perlembagaan Persekutuan Ketua Audit Negara dilantik oleh DYMM YDP Agung atas nasihat Perdana Menteri.

Kerana keperluannya melaporkan terus segala laporan-laporannya  kepada DYMM YDP Agung yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan dihadapan Dewan Rakyat seperti dituntut dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 105 hingga 107 tanpa melalui Perdana Menteri,ini cukup merbahaya kepada kerajaan seandainya beliau ada berniat tidak baik dan terpulang kepada beliau apa sahaja laporan itu walaupun mungkinj menjejaskan kerajaan  atau tidak sementelahan pula kerajaan tidak bersedia untuk menjawab,pembangkang akan mengambil kesempatan untuk menganggap laporan itu muktamad dan rakyat yang terkeliru akan lagi  mudah percaya.

ISU audit National Fedlot Corporation (NFC) menjadi kelam kabut hasil laporan audit dan bagaikan nampak ada niat tidak baik di sebalik laporan tersebut hingga menjadi modal pembangkang untuk menyerang kerajaan hari ini. Setelah ramai pihak mendesak ketelusan laporan itu, Ambrin mula berdolak dalik.Sekejap beliau kata rugi,sekejap pula beliau kata salah urus dan berbaga-bagai lagi alasan diberikan apabila diasak.Lihat disini..

Beliau menjadikan laporan audit zaman beliau ini  seperti telah menjadi satu hukuman sebelum bicara sedangkan tugas beliau hanyalah membuat pemerhatian audit dan memberikan syor pembaiokan semata-mata dan bukannya menghukum salah laku atau sebagaina kerana apa yang audit temui belum tentu berlaku penyalahgunaan kuasa atau wujud penyelwengan kerana mungkin system kerja sahaja yang tidak sesuai.

Sejak beliau mengambil alih jawatan Ketua Audit Negara berbagai-bagai kontraversi timbul dan ketua Audit Negara ini seolah-olah menjadi diri beliau bersih,dilihat bersih tetapi sudah ada yang mula bertanya mengapa tiada isu projek-projek Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang diluluskan semasa beliau menjawat jawatan Ketua Setiausaha (KSU) dalam laporan audit sebelum ini.

Sebelum ini ada isu KPM dibangkitkan dalam laporan audit semasa beliau dilantik KSU KPM dan selepas beliau memegang jawatan KSU KPM seperti contoh projek air dan makmal komputera yang terbengkalai di Sabah kerana projek tersebut dilaksanakan zaman beliau tetapi tidak selesai di zaman beliau juga.

Kalau benarlah,kita hairan kerana ada pegawai-pegawai kata mereka tidak dibenarkan untuk audit projek-projek KPM semasa beliau menjadi KSU kementerian tersebut dan kita tidak pasti sejauh mana kebenaran cakap-cakap ini tetapi kalau kita melihat kepada perkembangan audit,rasa macam betul sahaja cakap-cakap itu.

Malah barangkali kerana kecewa dengan gelagat dan menunjuk kuasa  Ketua Audit Negara ketika ini,sudah ada yang mula bercakap tetapi kita tidak tahu sejauh mana benarnya apabila ada yang mendakwa bahawa semasa Ambrin menjadi KSU KPM,beliau dikatakan telah mengeluarkan Surat Setuju  Terima (SST) Letter Of Award/Acceptence satu projek Sekolah Teknik baru di Beoufort,Sabah pada tahun 2004 sedangkan ianya tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk melaksanakannya dalam RMK8.

Tetapi SST dikeluarkan juga dengan cara bayaran tertangguh dan dibayar dalam RMK9 dan ini telah menimbulkan persoalan,bolehkah dikeluarkan SST kepada syarikat sedangkan projek tersebut sepatutnya dibina dan disiapkan dalam RMK8(jika betul ada) dan memang tidak dicadangkan untuk dilaksanakan dalam RMK9 malah beluam lagi diluluskan oleh Parlimen?

Jika ini boleh berlaku,apa akan jadi jika semua projek yang belum diluluskan oleh kerajaan boleh dikeluarkan SST oleh KSU yang semestinya merupakan satu surat ikatan atau kontrak yang mengikat kerajaan dari segi kewangan kerana jika obligasi dilanggar,kerajaan boelh di saman di mahkamah untuk menuntut gantirugi. Kalau semua KSU berkuasa seperti itu dan boleh buat seperti itu,apa gunanya Parlimen meluluskan projek terlebih dahulu sebelum satua-satu RMK dibentang dan dibahaskan?

Jika betul projek yang disebut itu penting rasanya lebih penting lagi projek naiktaraf sekolah-sekolah daif di luar Bandar Sabah kerana ada sekolah yang sudah mahu reput,ada yang tiada bekalan air dan letrik dan kita diberitahu Sekolah teknik yang terlalu besar itu tiada keperluan sangat untuk dibangunkan pada masa itu dan difahamkan kos pembinaannya mencecah RM100 juta. 

Kalau dikumpulkan jumlah pelajar untuk layak dari seluruh Negeri Sabah pun masih tidak mampu untuk memenuhkan sekolah tersebut dan dengar ceritanya sekolah tersebut telahpun ditukarkan menjadi sekolah vokasional.Apakah keutamaaan projek ini pada masa itu,pada masa Ketua Audit Negara menjadi KSU KPM berbanding dengan projek-projek lain sehingga ianya perlu diawardkan dalam RMK8 untuk bajet RMK9 yang belum diluluskan oleh Parlimen.

Dakwaan tentang kerja-kerja Ambrin sebagai KSU sebelum ini sudah mula bertaburan dijaja,permulaan kepada jajaan ini adalah dakwaan bahawa zaman beliau menjadi KSU KPM pun banyak penyelewengan seperti yang dibentangkan di atas dan sekiranya ini semua benar,Sruruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) harus menyiasat dan membawa ke muka pengadilan sesiapa sahaja yang terlibat.

Wajar Salleh heret Ambrin ke mahkamah!
Kita juga mengharapkan entity syraikat menyaman Keyua Audit Negara ini supaya kuasanya dalam menjalankan kerja-kerja audit tidak disalah anggap atau diperjelaskan kerana nampak akhir-akhir ini terutamanya menjelang PRU13,Ketua Audit Negara seperti mahu bermain politik ala menyokong pembangkang.

Kita bimbang Ketua Audit Negara terlalu banyak cakap dan kadang-kadang seperti lempar batu sembunyi tangan,orang lain pula mula membongkar tentang beliau sebelum ini.Kita tidak mahu nanti ada yang menyifatkan Ketua Audit Negara ini seperti ayam,kokoknya berderai tapi ekor bergelumang tahi.

Monday, January 23, 2012

Najib diperdaya?
UMUM mengetahui bahawa PM Najib telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam menangguhkan perlaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan memberikan masa tiga bulan kepada pihak terbabit untuk membuat semakan serta penilaian semula dan dalam masa yang sama PM menjelaskan agar Penjawat Awam (PA) jangan bimbang dengan gaji yang didakwa tidak adil dimana kumpulan JUSA dan premier mendapat gaji yang terlalu tinggi dan tidak seperti dalam pembentangan bajet 2012 lalu.

Walaupun SBPA yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Jan 2012 ditangguhkan sebagaimana pengumuman PM, namun kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) disini menimbulkan persoalan  banyak tandatanya dan apakah apakah sebenar yang dimaksudkan dengan para 1 dan 10 kenyataan media KSN tersebut. Siapakah yang dimaksudkan tidak terjejas dan tidak menjadi kurang baik itu?

PM Najib mengumumkan penangguhan tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui termasuk PM Najib sendiri bahawa berdasarkan `khabar baik' yang bertiup kencang bahawa pegawa-pegawai tinggi seperti Ketua-Ketua Perkhidmatan seperti  Pelajaran, Kerjaraya, Kesihatan, Peguam Negara dan Ketua-Ketua Setiausaha (KSU-KSU)  yang dengar ceritanya seramai 36 orang telah menandandatangani opsyen terima SBPA 1 Jan 2012 lalu gaji mereka telahpun dinaikkan hampir 100% berbanding SSM. Mereka langgar arahan PM?Jadi apa ertinya penangguhan yang PM Najib maksudkan itu sedangkan sudah ada perompak yang menyamun di siang hari?

Contohnya, jika dulunya mereka yang gaji hakiki SSM tidak termasuk elaun-elaun RM12 ribu menjadi RM19 ribu sebulan.  Mereka ini kemudiannnya dibersarakan (exit policy) atas skim SBPA dan dimasukkan dalam skim Premier dengan gaji pokok RM35-RM65 ribu sebulan mulai 2 Jan 2012.

Dalam keadaan diarah bersara 'paksa'pun bawah SBPA walaupun berkhidmat hanya satu hari sahaja mereka ini layak untuk dibersarakan umpama mereka berkhidmat sehingga 60 tahun dan pencen mereka akan dikira mengikut mata gaji akhir pada umur 60 tahun. 

Contohnya jika mereka berumur 56 tahun, mereka dianggap bersara umpama bekerja sampai 60 tahun.Jika gaji mereka kini hanya RM19 ribu dan pada umur 60 tahun adalah RM25 ribu.. Mereka akan pencen dengan gaji akhir RM25 ribu,lebih kurang pencen sebulan RM12 ribu jika kita andaikan kiraan 50% daripada gaji akhir..

Itu belum diambil kira gratuiti yang melebihi RM500 ribu dan golden hand shake iaitu ganjaran gantian cuti rehat yg tidak diambil sepanjang perkhidmatan awam. Jika ini betul, maka satu penjelasan atas kewajaran ini perlu dibuat kerajaan.

Dengan pencen dan gaji baru skim premier antara RM35-65 ribu sebulan belum termasuk elaun-elaun tetap,betapa sungguh bertuahnya mereka!Dalam keadaan ramai pakar ekonomi mengandaikan bahawa Malaysia bakal bankrap 2019 jika trend perbelanjaan kerajaan kekal seperti sekarang dan bilangan kakitangan awam tidak dikurangkan, kita pula membuat tindakan yang sebaliknya. Kerajaan kurangkan (istilah jumud dipakai dalam PA) kakitangan awam untuk kurangkan belanja tetapi menaikkan gaji segelintir yang kemudiannya menyebabkan belanja lebih tinggi daripada sebelumnya pula jadinya. Kelakar kan!

Dalam keadaan rakyat selalu mengeluh terhadap kelemahan sistem penyampaian kerajaan yang diketuai oleh 'premier' ini namun kerajaan tetap memberikan habuan tinggi pula kepada mereka. Bagi JUSA pula yang dianggarkan dalam 2 ribu orang, kenaikan mereka jika betul diteruskan juga akan mendapatkan kenaikkan gaji hampir 100%.

Yang menjadi persoalannya, jika PM telah buat keputusan tangguh mengapa gaji yang dibayar pada 16 Jan masih gaji SSM dan baki beza akibat kenaikan gaji dalam skim SBPA dibayar pada 31 Jan? Adakah bermakna SBPA ini  sebenarnya tidak ditangguhkan? Adakah penangguhan ini hanya `ayat wayang’ untuk menjaga kepentingan 'premier' yang telah berkuatkuasa mulai 2 jan 2012 dan jika SBPA betul-betul ditangguhkan, maka hilanglah semua habuan yang mereka idam-idamkan itu. Dan jika ini keadaannya,siapa sebenarnya yang ingin kerajaan jaga?

PRU 13 adalah kritikal bagi Kerajaan BN. Kalau sebelum ini, KSN, KPPA dan KSU-KSU yang bersara berpeluang untuk dilantik menjadi Pengerusi mana-mana GLC atau badan-badan berkanun sebagai pengiktirafan Kerajaan kepada mereka dan sebab itulah  itu mereka tidak ambil kisah dengan pencen yang kecil.Tetapi senario kini berubah, jika PR yang memerintah, adakah mereka berpeluang?

Maaf cakaplah. Bodoh sangatlah, jika PR hendak lantik mereka yang telah gagal laksanakan tugas hingga menyebabkan BN tumbang. Persoalannya, adakah SBPA ini pelan 'menguruskan kekalahan' setelah mereka gagal 'menguruskan kemenangan'?? Jika PR memerintah nanti dan ingin memecat mereka, rasanya mereka dengan senang hati akan bersara kerana 'persediaan awal' bernama exit policy SBPA telah disediakan.

Kita bukan menghalang transformasi kerajaan malah kita amat menyokong apa yang PM ingin laksanakan namun perkara yang baik mesti kelihatan baik dan tidak mempunyai muslihat terselindung. 

KSN sabotaj penangguhan SBPA?
Jika pegawai bentang pada cabinet semestinya semua mempunyai objekitf yang baik dan begitu juga SBPA. agaknya jika ditanya PM, SBPA ini akan membolehkan mereka yang tidak berprestasi tinggi dikeluarkan melalui - exit policy, tentulah PM setuju.

Jika pegawai kata SBPA ini membolehkan bakat terbaik memasuki perkhidmatan awam melalui skim gaji baru, tentulah PM setuju. 

Jika pegawai beritahu  pada kabinet, bahawa kesihatan rakyat Malayisa telah meningkat dan boleh bekerja hingga umur 60 tahun dengan dibentangkan data-data untuk menyokongnya, tentulah kabinet setuju. Tetapi adakah PM dan kabinet tahu  atau diberitahu semua perinciannya?

SBPA yang dikatakan ditangguhkan akan dikaji oleh satu task force diketuai bekas KPPA,Ismail Adam. Ada juga pihak berkata SBPA ini berdasarkan kajian perunding swasta luarnegara dan dikatakan pula, bekas KPPA adalah penasihat kepada firma perunding berkenaan. Setakat ini tidak dapat dipastikan kebenarannya namun jika betul, tentulah ada isu conflict of interest disitu dan sudah tentu juga penasihat akan memastikan atau menyokong hasil kajian firma berkenaan.

Mengapa tidak dilantik KPPA,Abu Bakar untuk mengetuai task force itu?Mengapa disingkirkan beliau? Adakah KPPA sudah tidak boleh diperrcayai ataupun gagal?Apa agenda KSN dalam isu ini?Kita pun ingin tahu SBPA ini dkaji mula bila?Zaman bekas KPPA Ismail Adam atau Abu Bakar?Atau ini satu tindakan sabotaj KSN terhadap KPPA sekarang untuk memberikan imej buruk kepada KPPA dan kerajaan?

Semua orang tahu antara KSN dan KPPA mereka ini tidak `sekepala',tidak sehaluan.Masalah penjawat awam akan selesai sekiranya kedua-dua mereka ini letak jawatan! KSN cukup marah dengan KPPA bila PM sebut tentang isu pool@cold storage pegawai-pegawai kerajaan kononnya itu datang daripada KPPA yang berpakat dengan salah seorang pegawai PM dan sebagai membunuh kepercayaan PM terhadap KPPA,SBPA dijadikan alat membalas dendam.Hasilnya difahamkan PM cukup kecewa dengan Abu Bakar sedangkan ada lagi orang lain mengkhianati PM.Barangkali ini juga antara punca Abu Bakar tidak dilantik mengetuai Jawatan Kuasa untuk buat semakan SBPA itu?

Dan siapa  sebenarnya yang mendapat manfaat sebenarnya drpd SBPA ini?Sama-sama kita fikirkan atau ada pihak yang berpegang pada "Jangan ambil kesempatan tetapi ambil mana yang sempat" sebelum BN tumbang PRU13 akan datang.

AHLI dan penyokong Barisan Nasional (BN) tidak perlu percaya sangat macam-macam ramalan atau analisis yang dibuat berbagai pihak menjelang pilihanraya umum ke 13 akan datang. Sebaliknya, menumpukan usaha mencari pendekatan baru untuk memenangi semula hati rakyat dengan turun padang bagi mengetahui permasalahan orang ramai tanpa mengira fahaman politik yang berbeza.

Itu mesej Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyangkal analisis atau ramalan rambang bahawa BN mempunyai harapan 50-50 untuk menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang.

Sebelum ini, media banyak melaporkan berbagai analisis atau ramalan politik yang dibuat oleh NGO dan ahli akademik mengenai berbagai jangkaan terhadap pilihanraya akan datang.Sesetengah amat mengarut sehingga menjadi bahan ketawa orang ramai.

Antaranya ramalan yang dibuat sebuah NGO semasa Pilihanraya Negeri Sarawak yang kononnya pembangkang akan menang besar di mana sehingga menumbangkan kerajaan BN.

Sebab itu kata Ahmad Zahid, tanggapan kononnya BN hanya berpeluang 50-50 untuk merampas negeri pembangkang hanya analisis politik yang dibuat secara rambang.

"Sama ada BN atau pembangkang semua hendak menang, bagi BN, kita harus memperkasakan usaha untuk meraih sokongan rakyat bukan setakat projek fizikal seperti memberi bantuan atau pembangunan yang masih dianggap tidak mencukupi" katanya.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datoh itu pemimpin BN di berbagai peringkat perlu mencontohi usaha gigih Perdana Menteri Najib Razak yang kerap turun padang untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers