Monday, January 23, 2012

AHLI dan penyokong Barisan Nasional (BN) tidak perlu percaya sangat macam-macam ramalan atau analisis yang dibuat berbagai pihak menjelang pilihanraya umum ke 13 akan datang. Sebaliknya, menumpukan usaha mencari pendekatan baru untuk memenangi semula hati rakyat dengan turun padang bagi mengetahui permasalahan orang ramai tanpa mengira fahaman politik yang berbeza.

Itu mesej Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyangkal analisis atau ramalan rambang bahawa BN mempunyai harapan 50-50 untuk menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang.

Sebelum ini, media banyak melaporkan berbagai analisis atau ramalan politik yang dibuat oleh NGO dan ahli akademik mengenai berbagai jangkaan terhadap pilihanraya akan datang.Sesetengah amat mengarut sehingga menjadi bahan ketawa orang ramai.

Antaranya ramalan yang dibuat sebuah NGO semasa Pilihanraya Negeri Sarawak yang kononnya pembangkang akan menang besar di mana sehingga menumbangkan kerajaan BN.

Sebab itu kata Ahmad Zahid, tanggapan kononnya BN hanya berpeluang 50-50 untuk merampas negeri pembangkang hanya analisis politik yang dibuat secara rambang.

"Sama ada BN atau pembangkang semua hendak menang, bagi BN, kita harus memperkasakan usaha untuk meraih sokongan rakyat bukan setakat projek fizikal seperti memberi bantuan atau pembangunan yang masih dianggap tidak mencukupi" katanya.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datoh itu pemimpin BN di berbagai peringkat perlu mencontohi usaha gigih Perdana Menteri Najib Razak yang kerap turun padang untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers