Friday, January 20, 2012

Lewat tapi ok!
TINDAKAN Shahrizat Abdul  Jalil menyaman  fitnah MP Ampang Zuraida Kamarudin dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli sebanyak RM100 juta meskipun dilihat tidak mampu membasuh segala noda dan dosa serta fitnah yang dilemparkan kedua mereka ini terhadap beliau namun sekurang-kurangnya Shahrizat akhirnya berani mengambil tindakan terhadap keceluparan dan kebiadapan pemimpin pembangkang ini.

Walaupun tindakan ini lewat dimana sepatutnya Shahrizat mengambil tindakan menyaman kedua mereka ini apabila kedua mereka mula membuka mulut menyerang dan memfitnah beliau kononnya beliau terlibat dalam isu National Fedlot Corporation (NFC),milik suaminya.Kedua-dua mereka ini jelas berniat jahat untuk menjatuhkan maruah dan kepimpinan Shahrziat dalam parti dan juga kerajaan.

Imej Shahrizat teruk dicemarkan oleh keceluparan pembangkang ini dan apa sahaja keputusan di sebalik saman fitnah ini ianya tidak mampu membersihkan namanya kerana pembangkang telah menjaja isu ini sekian lama dan dilihat berjaya memahatkan dalam fikiran rakyat  yang Shahrizat terbabit dalam NFC ini.

Kita setuju bahawa tindakan ini betul dan amat dialu-alukan tapi apa ertinya lagi kerana bukan sahaja Shahrizat dicemarkan imej dan reputasi nya malah kerajaan diheret sama oleh pembangkang kononnya bersekongkol di sebalik penyalahgunaan dana serta pinjaman.

Shahrizat sepatutnya dari dulu lagi mengambil keputusan menyaman kedua-dua mereka ini ataupun sesiapa sahaja yang terlibat memfitnah beliau dalam isu NFC ini tetapi sikap bertolak ansur Shahrizat dibunuh oleh persepsi pembangkang yang dilemparkan kepadanya dan akhirnya  Shahrizat  tidak ada pilihan selain menyaman mereka ini yang memfitnahnya terlibat dalam perniagaan milik suaminya itu.

Setelah teruk dicemar serta diburukkan oleh pembangkang barulah Shahrizat `terbuka hati’ untuk mengambil tindakan yang difailkan oleh peguam Muhamad Shafee Abdullah itu dan adakah pembangkang lain akan menghentikan tomahan ini?Banyak pihak betrpendapat bahawa Shahrizat harus mengambil perintah injuksi lebih awal bagi mengelakkan sebarang tekanan,tomahan dan mehnah hingga mengheret sama kerajaan dalam isu ini.

Kalaupun Shahrizat memang dalam kes ini tapi kemenangannya adalah atas luka-luka yang pedih ditinggalkan pembangkang dan sebagai seorang pemimpin,wanita,ibu dan isteri,kita bersimpati atas nasib yang menimpa Shahrizat tapi apakan daya dalam politik matmalat menghalalkan cara,musuh politiknya akan berbuat apa sahaja baik yang ditegah agama sekalipun untuk mencari simpati,undi dan sokongan.

Selama ini pembangkang terutamanya Zuraida Kamaruddin yang tidak berpeluang untuk menyerang Shahrizat tapi isu NFC seperti bola tanggung kepada mereka dan kesempatan ionilah mereka rekayasakan segala fitnah untuk mencemarkan imej dan reputasi di mata rakyat,tujuannya hanyalah untuk melemahkan juga Pergerakan Wanita UMNO Malaysai yang dipimpin oleh Shahrizat.

Andainya Shahrizat mengambil keputusan menyaman kedua-dua pencelupar ini sebelum Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu,imej parti serta kerajaan  sekaligus imej peribadinya tidak akan dijaja semurah ini oleh pembangkang kerana mereka menyedari bahawa Shahrizat mempunyai kekuatan tersendiri  dalam membina pengaruh dan kekuatan Wanita UMNO menjelang PRU13 nanti .

Pembangkang terutamanya Ketua Wanita KeADILan ini mengambil kesempatan menyerang Shahrizat walaupun berkali-kali Shahrizat menafikan tentang pembabitan beliau dalam kelulusan projek itu  kerana Zuraida sedar dan berkeyakinan  bahawa untuk membunuh kekuatan Wanita UMNO,Shahrizat harus disentap turun daripada jawatan itu bermodalkan fitnah serta cercaan terhadap Shahrizat.Kumpulan pembangkang ini mengasak Shahrizat dari segenap penjuru dan karier politik Shahrizat harus dimatikan dengan apa cara sekalipun.Usaha mereka ini nampak seperti mula mendatangkan hasil.

Walaupun tindakan seperti ini keji serta kotor apalagi pilihan Wanita KeADILan ada melainkan terus mencemarkan imej Shahrizat,akhirnya Shahrziat mengambil cuti 3 minggu bagi melancarkan perjalanan siasatan polis serta SPRM dalam isu NFC ini.

Dan kita juga amat berharap Shahrizat bukan sahaja mengambil tindakan ke atas pemimpin geladangan seperti Zuraidah dan Rafizi ini tetapi beliau harus mengambil tindakan kepada semua yang terbabit menyerang,menghina dan mencacinya walaupun mungkin daripada rakyat biasa yang termakan hasutan pembangkang ini.

Zaman berlaku baik,menjawab dengan fakta dan bukti sudah tidak `makan’ hari ini dan sebab itulah Anwar menggunakan senjata menyaman bagi menutup mulut pengkritik ataupun pemimpin yang menuduhna sebagai contoh bagaimana Anwar menyaman Anifah Aman.

Walaupun sudah terlewat tetapi sekurang-kurangnya dengan tindakan menyaman ini.kita harapkan kebenaran akan terbukti dan Shahrizat terlepas dari `seksa’ akibat daripada perniagaan suamina yang selama ini ditegaskan oleh Shahrziat bahawa beliau tidak pernah mencampuri sebarang urusan perniagaan milik suami dan anak-anaknya.


6 comments:

Wake UP! said...

Saman sajalah jangan takut!

Anonymous said...

bukan sengaja melambat2kan kot?

mungkin sengaja nak biar depa terus2an menghambur fitnah sampai tak ingat dunia..bila bukti dah banyak..hah, ambik kau 100juta. hehe

Anonymous said...

TOO SLOW!!

SEPATUTNYA SHARIZAT DAN JUGA KERAJAAN MENYAMAN MEREKA DARI AWAL LAGI.

PEMBANGKANG NI SEMUA BUKAN PARTI POLITIK.

TAPI PARTI PULERTIK!!

BAU MULOT MEREKA SAMA BAU JAMBAN SAMA!!

YANG BUKAN ISLAM DAN JUGA YANG ISLAM SAMA JER!!

akubekaspkr said...

Lambat tindakan saman bukan satu kesilapan kerana dosa terhimpun yang ditanggung kedua dua balaci Anwar ini akan memakan diri sendiri seumur hidup.

pacat said...

biar lambat tetapi tetap berani ke makamah dari pada langsung tiada tindakan seperti kes cincin rosmah tu!!!

gombakharapan said...

Salam Tuan , harap dapat tuan link kan blog sy ke blog hebat tuan , blog tuan tlh sy link kan ke blog saya http://gombakharapan.blogspot.com

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers