Wednesday, January 18, 2012
Kita doakan supaya Rani tidak gila! |
DR Rani Osman barangkali
ketika ini berbaju hitam,bersongkok ataupun bertanjak dan bersampin sedang mengadap
gambar Sultan Selangor yang digantung dirumahnya sambil mengangkat tangan untuk mengangkat
sumpah menyimpan rahsia memegang jawatan
Exco bagi menggantikan Hassan Ali yang dipecat serta dilucutkan semua jawatan
dalam PAS.Barangkali itulah keadaannya ketika ini!
Sewajarnya beliaulah
menggantikan Hassan Ali atas kapasitinya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri
Selangor seperti tradisinya namun malang bagi Rani,tidor lenanya yang sering
terganggu dengan mimpi mengangkat sumpah
jawatan di depan Sultan Selangor punah ranah kerana akhirnya Dr Ahmad Yunus,Adun Sijangkang
dipilih serta dipersetujui oleh Sultan Selangor dan sekaligus meranapkan
cita-cita besar Dr Rani.
Dengan harapan besar dilantik menggantikan Hassan Ali dalam saf kepimpinan Khalid Ibrahim hingga sanggup mengerahkan 75,000 ahli PAS Selangor untuk menyokong Anwar di mahkamah dan mengistiharkan bahawa menyokong Anwar adalah satu jihad akhirnya Dr Rani menerima berita serta keputusan yang cukup memalukan.
Kalau sebelum ini Hassan Ali
dimalukan oleh PAS parti yang beliau sertai hampir 20 tahun itu yang memecatnya tanpa diberikan peluang
membela diri,akhirnya giliran Dr Rani pula dimalukan dan diaibkan sebegitu rupa.Pemnadu
sudah dicari,pegawai-pegawai sudahpun dikenalpasti dan ada janji yang sudah pun
ditaburkan tapi akhirnya segala angan-angan Dr Rani menjadi seperti angan-angan
Mat Jenin.
Dr Rani sebelum ini cukup
yakin bahawa beliau akan dipilih untuk menggantikan Hassan Ali dan difahamkan
beliau telah berhubung beberapa kali dengan pegawai protokol istana untuk
mempelajari cara-cara mengangkat sumpah di depan Sultan dan telahpun menempah
sepersalinan baju melayu berwarna hitam,khusus untuk majlis angkat sumpah.Tinggi
sungguh harapan serta cita-cita ADUN Meru ini namun segala perancangan beliau
tidak menjadi.Beliau bagaikan bermimpi di siang hari.
Andainya Dr Rani pemimpin
yang bermaruah,beliau pasti meninggalkan PAS dan mengikut jejak Hassan Ali
kerana sebagai pemimpin kanan PAS di Selangor tindakan Khalid dan juga
kepimpinan PAS Pusat menafikan haknya
sebagai Pesuruhjaya PASA Negeri Selangor adalah sesuatu yang cukup memalukan.Di
mana Rani mahu letak muka bila berdepan dengan pegawai istana yang beliau
hubungi itu dan Rani pula tidak langsung diberikan bayangan bahawa bukan beliau
yang akan dilantik sehinggalah malam tadi baru beliau tahu,beliau bukan orang
yang diinginkan oleh kerajaan Selangor dan juga Istana.
Tindakan Khalid dan
kepimpinan PAS Pusat itu bukan sahaja memalukan ataupun merendahkan kedudukan
Rani tetapi turut memalukan rakyat yang dipimpin oleh Rani dalam DUN Meru
kerana pemimpin mereka yang mereka harapkan sangat dilantik untuk ke jawatan
itu akhirnya tidak dipilih.
Kita sudah dapat
menjangkakan jawapan ataupun kenyataan Dr Rani selepas ini iaitu `saya terima
keputusan ini dan menganggap tidak ada rezeki.Saya akan terus berjuang dalam
PAS kerana matlamat saya bukanlah jawatan Exco tetapi demi perjuangan Islam..”
mungkin itulah jawapannya nanti.
Ahmad Yunus exco baru dari PAS |
Walaupun Dr Ahmad Yunus
dikatakan bukan mengisi portfolio yang ditinggalkan oileh Hasan Ali kerana
portfolio itu akan diletakkan terus di bawah Khalid Ibrahim (barangkali supaya
senang beliau mengikut telunjuk DAP) namun pemilihan Dr Ahmad Yunus itu
merupakan satu signal bahawa sebenarnya Dr Rani tidak bernilai sesen pun d mata
kerajaan pakatan pembangkang itu.
Nasib malang Dr Rani ini
tidak jauh bezanya dengan Anwar Ibrahim tokoh yang beliau anggap boleh
menjadikan seseorang itu mati syahid kerana mempertahankannya apabila Anwar
dengan plan 16 September untuk menawan Putrajaya akhirnya mengaangkat sumpah di
depan gambar DYMM YDP Agong sebagaimana apa yang Dr Rani sedang lakukan ketika
ini.
Dr Rani wajar mufaraqah
daripada jemaah pimpinan PAS yang sedang berkiblatkan DAP dan PKR ini itupun kalau
benar-benar beliau seorang pejuang Islam yang tulen kerana PAS yang selama ini
begitu hebat memperjuangkan Anwar hingga Nik Aziz bukan main lagi membaca
ayat-ayat Al-Qur`an supaya pengaiban terhadap Anwar dihentikan rupa-rupanya
membuktikan bahawa hanya Anwar jangan diaibkan tetapi mereka boleh mengaibkan
pemimpin mereka sendiri.Kalau sebelum ini Hassan Ali diaibkan kini Dr Rani pula
mangsanya.Inilah Islam cara PAS! Kasihan Dr Rani.Silap
haribulan beliau boleh menjadi gila..!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
2 comments:
NAK MENANGGIS TIADA BERAIR MATA
NAK RAYU PADA SIAPA.
TU LA MAK DAH PESAN JANGAN BUAT JAHAT KAT ORANG.TAPI KENAPA RANI DEGIL TAK DENGAR CAKAP MAK
KAN,KAN DAH MALU
takpelah... boleh la dia buat mcm anwar... angkat sumpah depan gambar sultan.