Wednesday, January 18, 2012

Kita doakan supaya Rani tidak gila!
DR Rani Osman barangkali ketika ini berbaju hitam,bersongkok ataupun bertanjak dan bersampin sedang mengadap gambar Sultan Selangor yang digantung dirumahnya  sambil mengangkat tangan untuk mengangkat sumpah  menyimpan rahsia memegang jawatan Exco bagi menggantikan Hassan Ali yang dipecat serta dilucutkan semua jawatan dalam PAS.Barangkali itulah keadaannya ketika ini!

Sewajarnya beliaulah menggantikan Hassan Ali atas kapasitinya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor seperti tradisinya namun malang bagi Rani,tidor lenanya yang sering terganggu  dengan mimpi mengangkat sumpah jawatan di depan Sultan Selangor punah ranah kerana  akhirnya Dr Ahmad Yunus,Adun Sijangkang dipilih serta dipersetujui oleh Sultan Selangor dan sekaligus meranapkan cita-cita besar Dr Rani.

Dengan harapan besar dilantik menggantikan Hassan Ali dalam saf kepimpinan Khalid Ibrahim hingga sanggup mengerahkan 75,000 ahli PAS Selangor untuk menyokong Anwar di mahkamah dan mengistiharkan bahawa menyokong Anwar adalah satu jihad akhirnya Dr Rani menerima berita serta keputusan yang cukup memalukan.

Kalau sebelum ini Hassan Ali dimalukan oleh PAS parti yang beliau sertai hampir 20 tahun itu  yang memecatnya tanpa diberikan peluang membela diri,akhirnya giliran Dr Rani pula dimalukan dan diaibkan sebegitu rupa.Pemnadu sudah dicari,pegawai-pegawai sudahpun dikenalpasti dan ada janji yang sudah pun ditaburkan tapi akhirnya segala angan-angan Dr Rani menjadi seperti angan-angan Mat Jenin.

Dr Rani sebelum ini cukup yakin bahawa beliau akan dipilih untuk menggantikan Hassan Ali dan difahamkan beliau telah berhubung beberapa kali dengan pegawai protokol istana untuk mempelajari cara-cara mengangkat sumpah di depan Sultan dan telahpun menempah sepersalinan baju melayu berwarna hitam,khusus untuk majlis angkat sumpah.Tinggi sungguh harapan serta cita-cita ADUN Meru ini namun segala perancangan beliau tidak menjadi.Beliau bagaikan bermimpi di siang hari.

Andainya Dr Rani pemimpin yang bermaruah,beliau pasti meninggalkan PAS dan mengikut jejak Hassan Ali kerana sebagai pemimpin kanan PAS di Selangor tindakan Khalid dan juga kepimpinan PAS Pusat  menafikan haknya sebagai Pesuruhjaya PASA Negeri Selangor adalah sesuatu yang cukup memalukan.Di mana Rani mahu letak muka bila berdepan dengan pegawai istana yang beliau hubungi itu dan Rani pula tidak langsung diberikan bayangan bahawa bukan beliau yang akan dilantik sehinggalah malam tadi baru beliau tahu,beliau bukan orang yang diinginkan oleh kerajaan Selangor dan juga Istana.

Tindakan Khalid dan kepimpinan PAS Pusat itu bukan sahaja memalukan ataupun merendahkan kedudukan Rani tetapi turut memalukan rakyat yang dipimpin oleh Rani dalam DUN Meru kerana pemimpin mereka yang mereka harapkan sangat dilantik untuk ke jawatan itu akhirnya tidak dipilih.

Kita sudah dapat menjangkakan jawapan ataupun kenyataan Dr Rani selepas ini iaitu `saya terima keputusan ini dan menganggap tidak ada rezeki.Saya akan terus berjuang dalam PAS kerana matlamat saya bukanlah jawatan Exco tetapi demi perjuangan Islam..” mungkin itulah jawapannya nanti.

Ahmad Yunus exco baru dari PAS
Walaupun Dr Ahmad Yunus dikatakan bukan mengisi portfolio yang ditinggalkan oileh Hasan Ali kerana portfolio itu akan diletakkan terus di bawah Khalid Ibrahim (barangkali supaya senang beliau mengikut telunjuk DAP) namun pemilihan Dr Ahmad Yunus itu merupakan satu signal bahawa sebenarnya Dr Rani tidak bernilai sesen pun d mata kerajaan pakatan pembangkang itu.

Nasib malang Dr Rani ini tidak jauh bezanya dengan Anwar Ibrahim tokoh yang beliau anggap boleh menjadikan seseorang itu mati syahid kerana mempertahankannya apabila Anwar dengan plan 16 September untuk menawan Putrajaya akhirnya mengaangkat sumpah di depan gambar DYMM YDP Agong sebagaimana apa yang Dr Rani sedang lakukan ketika ini.

Dr Rani wajar mufaraqah daripada jemaah pimpinan PAS yang sedang berkiblatkan DAP dan PKR ini itupun kalau benar-benar beliau seorang pejuang Islam yang tulen kerana PAS yang selama ini begitu hebat memperjuangkan Anwar hingga Nik Aziz bukan main lagi membaca ayat-ayat Al-Qur`an supaya pengaiban terhadap Anwar dihentikan rupa-rupanya membuktikan bahawa hanya Anwar jangan diaibkan tetapi mereka boleh mengaibkan pemimpin mereka sendiri.Kalau sebelum ini Hassan Ali diaibkan kini Dr Rani pula mangsanya.Inilah Islam cara PAS! Kasihan Dr Rani.Silap haribulan beliau boleh menjadi gila..!

2 comments:

Anonymous said...

NAK MENANGGIS TIADA BERAIR MATA
NAK RAYU PADA SIAPA.

TU LA MAK DAH PESAN JANGAN BUAT JAHAT KAT ORANG.TAPI KENAPA RANI DEGIL TAK DENGAR CAKAP MAK

KAN,KAN DAH MALU

r0 said...

takpelah... boleh la dia buat mcm anwar... angkat sumpah depan gambar sultan.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers