Tuesday, March 29, 2011

1998-ribuan rakyat diperbodohkan..2012-Anwar perlu diajar tentang keluhuran perlembagaan.
RAKYAT bakal terpedaya lagi.Anwar akan mengulangi taktik yang sama dengan mengheret rakyat untuk menjadi benteng mempertahankan dirinya.Gerakan memprovokasi rakyat telah dimulakan di Gombak dan malam tadi di Stadium Melawati dan kita tidak pernah lupa bagaimana beliau dan kumpulannya mencetus reformasi jalanan yang akhirnya membawa kepada penangkapannya hingga beliau dipenjarakan.

Enam tahun dalam penjara kerana bersalah menyalahgunakan kuasa.Ini barangkali rakyat lupa.

Anwar tidak ada pilihan.Bagi menyempurnakan agenda dendam peribadi dan keinginannya yang meluap-luap untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia,beliau akan menggunakan apa sahaja cara.Tipu daya dan pembohongan serta penafiannya semakin menjadi-jadi. Dari isu liwatnya dengan Sukma,Azizan dan Sukma serta paling baru berdepan dengan isu video seks, Anwar menghalalkan segala cara bagi mencapai matlamatnya. 

Rakyat yang bodoh sedang dimanipulasi dan dihasut semau-maunya untuk menolak sebarang tuduhan salah laku seks terhadap beliau.

Skandal demi skandal terbongkar tapi masih ada rakyat yang menganggap itu konspirasi.Masih ada rakyat yang tetap menolak kebenaran dan menuding kerajaan serta UMNO yang terlibat dalam segala perancangan itu.Kelemahan rakyat dan keyakinan rakyat inilah yang Anwar pergunakan untuk mengalihkan isu kononnya beliau tidak terlibat,beliau teraniyai dan berbaga-bagai lagi alasan yang direkayasakan.Kita akui Anwar ada kepakaran untuk menjadi yang benar itu sebagai bohong dan yang bohong itu sebagai benar.

Tingkah dan pencak politik Anwar cukup hebat.Beliau mampu lagukan senandung yang sumbang untuk didengar enak oleh rakyat.Hujah politiknya mampu meraih simpati dan sokongan.Mimik muka dan wajah palsunya berjaya digambarkan sebagai seorang pemimpin yang berjuang untuk rakyat walaupun sebenarnya beliau sedang memperalatkan rakyat untuk menjadi teras kepada segala pembohongan yang beliau lakukan.

Kita akui bahawa Anwar sememangnya mempunyai hak untuk membuat penafian dan mempertahankan dirinya apabila dituduh meliwat ataupun melanggan pelacur Cina seperti yang didakwa dirakamkan dalam viedo seks ketika ini tetapi tindakan anwar untuk mengheret rakyat dalam skandal-skandal yang sedang beliau hadapi ini adalah satu tindakan yang bacul serta tidak bertanggungjawab.

Tindakan Anwar ini boleh memudaratkan Negara.Boleh mencetuskan rusuhan dan meletakkan Negara dalam keadaan yang tidak aman.Anwar boileh bangga dengan ribuan rakyat yang Berjaya beliau perdayakan tetapi Anwar juga jangan laupa masih ada ratusan ribu ataupun juta yang tidak senang atapun benci dengan sikpa berdolak dalik beliau dan bayangkanlah dengan cara dan corak ceramah beliau yang penuh hasutan apabila kedua-dua kumpulan ini bertembung.Apakah Anwar sememangnya ada niat untuk mencetuskan huru hara demi menyelamatkan diri serta keluarganya daripada semua tuduhan yang sedang beliau hadapi ini?

Anwar perlu `disekolahkan'semula tentang kedaulatan undang2.
Anwar dan kumpulannya sedang mengapi-apikan emosi rakyat.Masjid dan surau-surau terutamanya di Selangor dijadikan meda untuk beliau dan penceramah upahannya mengheret rakyat bagi mempertahankan dirinya sedangkan semua kesnya masih dibicarakan di mahkamah dan kes video seksnya sedang disiasat.

Seperti menjadi kewajipan kepada beliau untuk turut sama mengheret rakyat apabila ada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya ataupun yang membabitkan dirinya dan beliau akan mengerah rakyat untuk turun ke jalanan sedangkan apa sahaja yang beliau hadapi adalah bersifat peribadinya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan rakyat,kerajaan dan parti-parti politik lain.PAS sendiri pun tiba-tiba menjadi bodoh untuk diperalatkan oleh Anwar.Mengapa mesti mengerahkan rakyat untuk membela diriny?

Kepada yang mengenali Anwar-inilah cara Anwar dan amat malanglah kepada rakyat yang bersedia menjadikan diri mereka perkakas untuk diperalatkan oleh Anwar dan lagi malang apabila beliau terus disokong dan dipuja sebagai seorang pemimpin sedangkan kebejatan moralnya semakin hari semakin terserlah.Ini cara yang salah untuk menunjukkan kasih sayang kepada pemimpin.Pemimpin boleh datang dan pergi tapi keamanan negara dan keharmonian rakyat berbilang kaum harus dipertahankan dan tidak boleh digadaikan semahunya.

Wednesday, March 23, 2011

Shazryl Eskay- kawan Anwar yang dedahkan video seks ini!
ISU paling besar dan utama dalam kes yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim  dengan pasangannya pelacur Cina ini adalah,adakah Anwar terlibat?Adakah Anwar lelaki yang dimaksudkan didalam video selama 20 minit itu dalam berbagai-bagai aksi seks itu?Adakah itu Anwar yang bukan sahaja gemar meliwat tetapi juga bernafsu terhadap pelacur.Cakap banyak pun tidak guna,tidak guna mempersoalkan kredibilti sesiapa dan apa yang perlu kita semua tahu,adakah itu Anwar?

Tidak perlu kaitkan cerita seks Anwar melanggan pelacur ini dengan kerajaan.Tidak munsabah untuk diheretkan UMNO sebagai organisasi yang terlibat menyempurnakan agenda pendedahan salah laku seks terbaru yang dikatakan membabitkan Anwar ini kerna rakan baiknya Shazryl Eskay Abdullah telah mengesahkan bahawa ianya tidak ada kaitan dengan kerajaan,parti atau orang-orang tertentu tetapi atas kesedarannya yang telah diperbodohkan oleh Anwar sejak sekian lama.

Kita sedar ada yang mempersoalkan kredibiliti Shazryl Eskay Abdullah dan Rahim Thamby Chik.Malah kita percaya yang taksub kepada Anwar akan merekayasakan pendedahan ini dengan tawaran wang berjuta dan sebagainya.Sikap dan pendekatan pembangkang,kita sedia maklum.

Kita ketepikan dulu persoalan ini tentang siapa mereka.Fokusnya adalah mencari jawapan kepada pelakunya.Satu negara mahu mengetahui kebenaran,mendengar pengakuan ataupun mencari jawapan,adakah benar Anwar terlibat ataupun orang lain di dalam video itu seperti yang digambarkan oleh Johari Abdul,MP PKR dari Sungai Petani.

Kita juga tidak berminat untuk mengetahui yang Johari Abdul meminta RM1 juta ringgit untuk setiap MP KeADILan daripada Eskay sebagai tawaran untuk beliau dan kumpulannya meninggalkan parti itu tetapi yang paling penting video itu harus didedahkan kepada umum supaya rakyat boleh mengetahui,adakah Anwar berbohong atau Dato Trio ini yang berbohong ataupun Johari menyampaikan cerita bohong kepada Anwar?

Mengharapkan Anwar mengaku samalah seperti kita menunggu bulan jatuh ke riba.Sampai kiamat pun Anwar akan menafikan bahawa beliau yang terlibat dalam video itu.Sedangkan beliau sendiri belum tengok pun video tersebut telah menafikan bahawa perutnya tidak buncit seperti pemain dalam video seks dengan pelacur Cina itu.

Anwar jangan sesekali dibenarkan memanipulasikan isu terbaru ini untuk terus mengelirukan rakyat.Berteorilah dalam apa bentuk sekalipun,cercalah Rahim sebagai orang yang pernah terlibat dalam skandal seks dan nilailah Eskay bukan seorang kawan yang baik kepada Anwar walaupun mereka berdua berkawan sejak 1996 dan akhirnya menikam belakang, ini bukan persoalan pokok yang harus didebat ataupun dihujahkan. 

Kegilaan seksnya makin terdedah...
Paling penting dalam isu ini adalah kebenaran.Soal perangkap ataupun konspirasi,itu perkara kedua tetapi dengan membuktikan sekiranya benar pelaku itu adalah Anwar Ibrahim maka terbuktilah bahawa sesungguhnya Anwar ini manusia sampah dan pemimpin paling jijik yang sama sekali tidak harus diberikan tempat sebagai pemimpin utama negara malah segala namanya yang pernah terpahat di mana-mana harus ditanggalkan kerana beliau telah banyak merosakan Negara ini dengan sikap bermuka-mukanya.Kalau benarlan itu Anwar Ibrahim, terbuktilah Anwar ini manusia yang jenis telunjuk lurus kelingking berkait atauopun syaitan bertopengkan manusia.

Rakyat telah lama dikelirukan oleh Anwar.Negara menjadi huru hara hanya kerana Anwar Ibrahim.Semakin hari rakyat semakin terpedaya dan sekiranya sesiapa yang memiliki rakaman video lucah membabitkan Anwar dengan pelacur Cina ini ,ianya harus didedahkan kepada umum.Rakyat mahu tahu kebenarannya walaupun pemimpin pembangkang menolak untuk menontonnya.

Telah sampai waktunya situasi dalam Negara ini dipulihkan.kita sudah tidak tahan lagi dengan segala pengkhianatan dan krisis moral yang membabitkan Anwar Ibrahim ini.Beliau telah lama mendera perasaan rakyat untuk mempercayai segala cerita bohong dan watak-watak sedih keluarganya dan kalau benar Anwar tidak terlibat dalam soal moral ini.sewajarnyalah pihak-pihak yang menabur fitnah terhadapnya diambil tindakan.

Kita setuju untuk ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kesahihan video ini yang dianggotai oleh semua parti-parti pembangkang dan NGO kecuali daripada BN dan juga kerajaan.BN selama ini telah cukup diperlekehkan oleh Anwar dan balaci-balacinya tetapi penggambilan rakaman seks ini tidak dilaku dan didedahkan oleh UMNO tetapi oleh rakan baiknya sendiri iaitu Shazryl Eskay Abi Abdullah manakala Rahim Thamby Chik ataupun Shuib Lazim hanyalah orang perantaraan Eskay bagi Eskay memudahkan pendedahannya kepada umum.

Kita juga ingin mendengar apakah Anwar berani untuk menafikan segala rakaman itu?Adakah Anwar berani menafikan bahawa Eskay itu bukan rakan baiknya yang mengatur segala pertemuannya di luar negeri dan juga mengatur program-program sosialnya?Isunya sekarang ini,adakah pelaku seks dalam video itu Anwar?



Tuesday, March 22, 2011

Anwar kaya dengan tagline!
BANYAK sungguh penafian Anwar dan semua penafian serta bela dirinya adalah `tidak dia 'atau `bukan dia' dan segala yang melibatkan nama dia adalah konspirasi,tuduhan berniat jahat serta rancangan orang-orang tertentu untuk menghalang cita-cita beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mahu mengaibkan keluarganya serta bentuk politik jahat.

Bila dituduh meliwat Azizan dan Sukma, dia kata bukan dia.Bila dituduh sebagai agen Yahudi,dia kata bukan dia,bila diberikan peluang membela diri sebelum dipecat  sebagai Timbalan Perdana Menteri dan segala jawatannya,katanya segala tuduhan itu berniat jahat dan apabila dituduh meliwat Saiful Bahri,dia tetap berkeras mengatakan bukan dia  malah bukan sahaja menolak untuk bersumpah syarie tetapi juga menolak untuk memberikan sampel darah bagi ujian DNA kerana dia kata itu bukan dia yang terlibat dalam kes tersebut dan ini semua adalah konsiprasi untuk mengaibkannya.

Bukan Dia adalah tagline yang cukup sinonim dengan lidah Anwar.Konspirasi adalah perkataan yang sering beliau suburkan di dalam mana-mana ucapannya dan beliau difitnah adalah kesayuan beliau bagi menarik simpati rakyat supaya bersamanya menentang kononnya segala rancangan jahat yang menghalangnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Kelebihan Anwar kerana beliau cukup bijak bermain sentimen rakyat dan penyokongnya.Pidatonya memukau hingga ada rakyat melihat bahawa beliaulah yang mampu membawa harapan baru untuk Malaysia.Anwar mampu mengheret rakyat untuk bersedih dan turut berduka di atas segala konspirasi yang kononnya dirancang terhadap dirinya.

Rakyat yang keliru,terpukau dengan gaya pidato dan bahasa melankolik serta kesedihannya akan membutakan mata dan memekakan telinga untuk menerima segala yang bohong serta palsu itu sebagai benar dan nyata.Kalau Anwar itu seorang pelakon,beliau adalah pelakon yang hebat dan kalau beliau adalah badut, dia juga hebat kerana mampu menghiburkan rakyat.

Terbaru dalam sidang media yang melibatkan seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai Dato T mendedahkan dan mendakwa bahawa Anwar terlibat melanggan seorang wanita yang iras Cina untuk memuaskan nafsunya dan sidang media itu dihadiri oleh semua Pengarang-Pengarang kanan akhbar tempatan baik yang berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

Beliau dikatakan sebagai lelaki yang terlibat dalam video seks yang dirakamkan di sebuah spa, dia juga mengatakan itu `bukan dia’ sedangkan beliau sendiri belum pun melihat lagi video tersebut tetapi telah pun mengadakan sidang akhbar dan menjawab melaui Twitter bahawa lelaki dalam video itu bukan dia.

Soalnya kalau benar beliau tidak terlibat dan `bukan dia’ lelaki yang dimaksudkan dalam video seks itu,mengapa Anwar harus beriya-iya menafikan dan menyediakan pelbagai alibi kononnya pada tarikh yang disebut berlakunya kejadian itu beliau tidak berada di tempat kejadian dan kalaulah benar beliau adalah `dia’,terbuktilah kehebatan dan kejantanan Anwar yang bukan sahaja mampu `bertarung’ dngan lelaki tetapi turut hebat diranjang dengan seorang perempuan ala Cina dalam viedo seks yang dimaksudkan itu.

Semua pasukannya bergerak sebahu menangani isu `penemuan seks’ terbaru ini sedangkan pasukannnya itu sendiri belum pun melihat video tersebut kerana rakaman asal dan tidak disalin masih berada di tangan Dato T dan tindakan menafikan segala kejadian ataupun rakaman tersebut seolah-olah sebagai langkah awal bagi  beliau menyakin rakyat supaya menolak segala isi kandungan itu walaupun akhirnya mungkin akan didapati bahawa beliau adalah lelaki yang benar-benar terlibat dengan persetubuhan haram itu.

Sebagaimana beliau cuba menyakinkan bahawa Lelaki Y itu `bukan dia’, beliau menggerakkan seluruh pasukannya yang terdiri daripada pakatan pembangkang untuk mengelurukan rakyat di setiap ceramahnya bagi membuktikan bahawa Lelaki Y itu bukan dia walaupun kesnya masih dibicarakan di mahkamah.

Barangkali kerana beliau begitu yakin bahawa rakyat akan tetap menolak segala pertuduhan yang dilemparkan terhadap beliau menjadikan beliau berani untuk berbuat salah berulangkali kerana menyakini rakyat akan menolak segala tuduhan yang dihadapkan terhadap dirinya.

Kita tidak berniat untuk mengulas `penemuan seks’ terbaru lelaki yang dianggap `anugerah Tuhan’ ini walaupun ada di kalangan media yang menyaksikan video tersebut berani mengesahkan hingga 200 % bahawa kelibat serta wajah lelaki dalam video itu menyerupai Anwar kerana dirakam menggunakan empat kamera kerana kita semua belum melihat video seks yang dimaksudkan itu dan kesahihannya belum terbukti walaupun ada portal yang telah pun mengulas secara terperinci kejadian yang berlaku hingga ada tulisan yang memperincikan kegiatan seks yang dilakukan oleh pelaku dalam video tersebut.Satu permainan di ranjang yang cukup hebat!

Yang meliwat Azizan dan Sukman pun `bukan dia;..
Apa yang bermain dalam pemikiran kita ketika ini adalah sikap dan penafian Anwar yang sering menggunakan perkataan `bukan dia’,konspirasi,agenda jahat dan berbagai-bagai lagi helah serta teori untuk menggambarkan kepada rakyat kononnya beliau cuba diaibkan, memberikan gambaran kepada rakyat dan penyokongnya bahawa sesungguhnya beliau adalah lelaki yang baik dan suami yang tidak pernah curang terhadap isteri dan anak-anaknya.Pendek kata beliau mahu digambarkan sebagai seorang msulim dan pemimpin yang baik sepanjang masa!

Segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, beliau akan cuba mencari idea bagi menangkis dan membuktikan bahawa beliau adalah lelaki maksum dan pemimpin yang tidak pernah buat salah serta bermoral tinggi dan penemuan video seks terbaru ini, beliau mengulangsi skrip yang sama berulang-ulang kali untuk menegaskan bahawa lelaki itu bukan dia.

Anwar begitu `tegas’ dalam menafikan segala bentuk salah laku moral yang melibatkan dirinya.Ketegasannya adalah mempraktikan ungkapan `bukan dia’ dan mengalihkan isu-isu yang melibatkan dirinya dengan menjadikan pemimpin lain sebagai sasarannya dengan berharap rakyat akan melihat dirinya sebagai seorang pemimpin ataupun manusia yang teraniya.

Dalam isu video seks ini sekiranya benar beliau yakin bahawa lelaki itu Bukan Dia,beliau sepatutnya membuat laporan polis dan tidak perlu melatah untuk mempertahankan dirinya dan sekiranya beliau berterusan bertindak mempertahankan dirinya dengan cara seperti yang beliau lakukan hari ini seolah-olah menggambarkan bahawa beliau terlibat.

Kita juga ingin tahu, apa hubungan Anwar dengan Dato T?Adakah Dato T ini Nalakarupan kedua di sisi Anwar?Kita pun ingin tahu apakah benar `bukan dia’ ataupun akhirnya benar bahawa `itu dia’.
Sunday, March 20, 2011

PEMBANGKANG  sudah mula menyerang Pehin Taib Mahmod kerana mereka sedar kunci kepada segala kekuatan Barisan Nasional Sarawak terletak di tangan pemimpin veteran ini dan sebagai langkah pertama menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak nanti, PAS dan DAP berganding bahu mempersoal serta memperlekehkan kata janji Ketua Menteri Sarawak ini walaupun Taib Mahmod sudah membayangkan melepaskan jawatannya setelah selesai Pilihanraya Negeri Sarawak namun bagi pembangkang katajanji itu adalah palsu dan mahu mengabui mata rakyat.

Janji beliau,peralihan kuasa akan berlaku dan beliau berjanji inilah pilihanraya terakhir yang disertainya dan akan memastikan peralihan kuasa akan berjalan lancar serta sempurna dan memastikan Barisan Nasional terus kukuh di tangan pengganti yang akan dinamakannya setelah mendapat persetujuan parti-parti komponen di Sarawak.Dan berundur ketika perang baru bermula bukan langkah yang bijak serta bertanggungjawab.

Soalnya mengapa pembangkang begitu bersungguh menghasut rakyat Sarawak untuk membenci kepimpinan Ketua Menteri itu?Fitnah,caci maki dan segala umpatan dilempar serta dibongkarkan walaupun kesahihan kepada segala laporan baik yang datang dari dalam dan luar Negara belum disahkan kebenarannya?Adakah mereka merasakan bahawa peluang untuk menang terlalu sukar sekiranya Taib Mahmod masih diberikan mandat mengepalai jentera pilihnaraya?Pembangkang dilihat begitu terdesak dan menggunakan segala upaya untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di Sarawak ini.

Serangan pembangkang bukan baru.Setahun sebelum ini pun mereka telah menyerang Taib Mahmod bukan sekadar berkisar kepada kepimpinannya di Sarawak tetapi turut memunggah tenaga tentangan daripada luar Negara dengan mendedahkan berbaga-bagai kepincangan Taib Mahmod termasuklah kekayaan peribadi yang ditokok tambah untuk menyakinkan rakyat Sarawak,kepimpinan Ketua Menteri ini perlu ditolak.

Tidak cukup gabungan hasutan daripada dalam dan luar Negara, kepimpinan Taib Mahmod diugut dan dicanangkan sebagai boleh terjadi seperti mana rakyat Mesir dan Libya yang sedang menolak kepimpinan sekiranya Taib Mahmod tidak berundur daripada kerusi Ketua Menteri Sarawak dan kita percaya budaya ugutan ini akan dicanangkan sepanjang kempen pilihanraya nanti.

Ketakutan pembangkang terhadap kepimpinan Taib Mahmod ini boleh dirasai dan mereka bagaikan menyedari bahawa untuk menumbangkan Barisan Nasional di Sarawak,pembunuhan karekter kepimpinan Taib Mahmod perlu dilakukan dengan apa cara sekalipun dan membiarkan Taib Mahmod mengetuai kempena PRN Sarawak ini adalah sesuatu yang mustahil untuk pembangkang menambah kerusi serta menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Mereka juga sedar bahawa bukan mudah untuk merubah kesetiaan rakyat Sarawak terhadap kepimpinan Taib Mahmood ini.Kaum Cina yang berbangsa Fuchow terkenal dengan kesetiaan mereka terhadap pemimpin walaupun BN kalah di Sibu tapi bukan factor kepimpinan Taib namun lebih kepada protes terhadap legasi kepimpinan Sibu sebelum ini  dan kaum inilah yang mendominasi ataupun yang bakal menjadi penentu kepada kelansungan kepimpinan Barisan Nasional nanti.

Pembangkang tidak ada pilihan selain daripada `mencencang’ personaliti serta keperibadian Taib Mahmod supaya rakyat boleh yakin bahawa selama ini rakyat Sarawak diperdaya oleh kepimpinan Taib Mahmod dan pasukan Barisan Nasionalnya.Mereka menyedari cengkaman Taib Mahmod selama memerintah Sarawak perlu dilonggarkan selonggar mungkin dengan apa cara sekalipun termasuklah menabur fitnah serta mereka=reka berbagai fakta dan auta.

Dalam apa sahaja keadaan untuk meruntuhkan tembok Barisan Nasional yang Taib Mahmod bina bersama rakan-rakan gabungan bukan sesuatu yang mudah dan sebagai pemimpin veteran, dihujung-hujung pemerintahannya, Taib Mahmod tidak mungkin akan membenarkan pembangkang mencalar ataupun memberikan titik hitam atas jasa dan perjuangannya membangunkan Sarawak selama ini.Pembangkang perlu ada kesedaran ini!

Politik Taib Mahmood adalah melalui proses seni yang serba berkemungkinan dan kita amat yakin yang beliau sedar tanggungjawab yang harus beliau pikul iaitu memastikan Sarawak kekal sebagai antara kubu kuat Barisan Nasional yang tidak mampu digugat oleh ketamakan nafsu pembangkang. Malah pembangkang akan manipulasikan segala taktik-taktik kotor dan tidak bertanggungjawab bagi meraih undi serta kepercayaan rakyat bagi memastikan BN tumbang di Sarawak kerana inilah talian hayat terakhir yang mereka ada untuk survival politik pembangkang di Negara ini.

Taib Mahmod seorang pemimpin yang tahu membalas balik segala perbuatan ataupun kenyataan yang dilemparkan kepadanya dan sebagai seorang pemimpin veteran,Taib Mahmod tahu masanya untuk berundur dan taktik-taktik pembangkang yang sedang digunakan ketika ini dilihat mampu menikam diri mereka sendiri. Kepimpinan Taib Mahmod telah teruji dalam banyak pilihanraya dan beliau mampu berdepan dengan kegetiran cabaran pembangkang terhadap kepimpinannya.

Karier politik Taib Mahmod mempunyai warna tersendiri dan sejarah lampau membuktikan bahawa beliau bukan seorang ahli poltik yang mudah djijinakkan oleh fitnah serta prasangka daripada lawan ataupun kawan dan kita perlu yakin untuk kesekian kali ini panji-panji Barisan Nasional akan terus berkibar dan dipertahankan oleh Taib Mahmod di Bumi Kenyalang ini kerana ianya bukan sahaja untuk kestablian politik negara dan masa depan rakyat terutamanya di Sarawak tetapi untuk mempertahankan maruah Taib Mahmod secara peribadi.
Friday, March 18, 2011

Gaya seorang pembohong!
RAKYAT Sarawak yang bakal berdepan dengan PilihanRaya Umum nanti diingatkan supaya sama sekali tidak mudah terpedaya dengan  segala janji-janji yang Anwar bakal taburkan.Mengenali  saat Anwar untuk berbohong cukup mudah. Bila Anwar membuka mulutnya untuk berkata-kata ataupun berceramah, ketika itulah Anwar akan berbohong, selagi beliau tidak bercakap,selagi itulah dia benar.

Anwar dianugerahkan Tuhan berbagai-bagai kepandaian dan muslihat.Anwar pandai berceramah, cukup pandai berjanji dan lagi pandai apabila dia memujuk. Anwar ada kepakaran untuk berbohong, putarbelit dan memberikan segala harapan-harapan kosong dan segala kepandaian yang Anwar ada ini tidak ada pada pemimpin-pemimpin lain.

Pilihanraya Sarawak ini sekali lagi akan dijadikan medan untuk Anwar menjaja cerita-cerita lamanya.Medan untuk beliau mengasah bakat-bakat bohong serta penipuannnya ,gelanggang untuk beliau menghasut rakyat  bagi mempercayai segala cerita-cerita dongengnya,medan untuk menyakinkan rakyat Sarawak kononnya beliau adalah bakal Perdana Menteri yang hebat selepas PRU13 nanti.

Selama kempen pilihanraya nanti, Anwar akan menunjukkan kepada rakyat Sarawak kononnya beliau sahajalah pemimpin yang bijak,bertanggungjawab dan bakal merubah nasib serta masa depan rakyat Sarawak. Rakyat  Sarawak kan diperbodohkan dengan segala kepintaran Anwar untuk menabur janji-janji palsunya.Anwar ada kepakaran ini dan mampu memperdayakannya,itupun seandainya rakyat Sarawak merelakan diri mereka diperbodohkan oleh makhluk sesumpah ini.

Kita percaya beliau akan menggunakan segala taktik-taktik liciknya.Beliau akan cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi rakyat Sarawak supaya yakin dan percaya kononnya beliau diftnah,ada konspirasi yang mahu menghalangnya  untuk menjdi Perdana Menteri sehingga diheret ke mahkamah bagi berdepan dengan kes  yang beliau  anggap sebagai palsu walaupun semakin ramai menyedari bahawa beliau sememangnya penjenayah liwat.Beliau mahu rakyat Sarawak melihat beliau sebagai pejuang dan bukannnya sebagai seorang pengkhianat dan juga peliwat.

Penolakan oleh mahkamah sampel DNA yang melibatkan beberapa barangan akan dimanipulasikan oleh Anwar untuk melengkapkan skrip konspirasi yang beliau nyanyikan sekian lama dan beliau akan terus mempersendakan mahkamah.Menghina seluruh sistem yang beliau anggap tidak memihak kepadanya. 

Selain kempen menjanjikan royalti minyak 20% kepada Sarawak yang beliau dan kuncu-kuncunya  dendangkan sedangkan sewaktu beliau jadi Menteri Kewangan dulupun,beliau tidak mampu untuk tunai janji 20 % ini dan  beliau akan menjanjikan segala-galanya  lagi termasuklah memberikan tempat sebagai Timbalan Perdana Menteri dari Sarawak. 

Bayangkanlah betapa bohongnya Anwar ini, berapa ramai pula jawatan Timbalan Perdana Menteri yang beliau janjikan sebelum ini-satu dari Sabah,satu dari DAP dan satu dari PAS dan mungkin beliau juga boleh berjani untuk melantik setiap orang daripada seluruh kaum etnik yang adalam Negara ini sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mudah sungguh Anwar berjanji!

Anwar tidak akan segan silu untuk menipu,berjanji dan mengheret rakyat Sarawak untuk diperbodohkan bagi mempercayai segala agenda jahatnya dan penipuan-penipuan Anwar ini akan dipanjangkan lagi oleh barua-baruanya yang sentiasa bergerak seiring dengan Anwar bagi mencapat matlamat beliau menghuru harakan Sarawak.

Rakyat Sarawak yang  bakal berdepan dengan senario plitik baru ala Anwar ini yang penuh dengan penipuan dan kelicikan muslihatnya boleh terpedaya dengan seribu wajah-wajah kempen yang bakal Anwar mainkan.Anwar akan mencuba sedayanya untuk meruntuhkan kepercayaan dan keyakinan rakyat Sarawak terhadap kepimpinan Taib Mahmod selama ini.Berbagai sumber dari agensi luar dan dalam Negara akan dipergunakan untuk menumbangkan kerajaan BN di Sarawak ini oleh Anwar Ibrahim.

Anwar boleh menjadi Iban,Kadazan,Murut dan sebagainya.Anwar boleh menyanyi,berzanji,membaca al-Qur`an dan boleh menghafal Injil,Taurat atau Zabur. Anwar bolej menjadi Islam,Budha dan Kristian dalam satu-satu masa.Ini jarang mampu dibuat oleh pemimpin lain.

Beliau akan menghasut rakyat dan hasutan ini telah pun berlaku sekian lama dan makin rancak bila gendang Pilihanraya Umum Sarawak dipalu dan demi menjaga keharmonian Bumi Kenyalang ini, kepimpinan yang masih ada perlu berbuat sesuatu untuk menghalang Anwar melebarkan gerakan hasutannya ini  walaupun terpaksa menggunakan berbagai akta yang ada di  Sarawak untuk menghalangnya.

Sejarah membuktikan di mana kaki Anwar pijak,mudaratnya lebih besar memusibahkan rakyat.Anwar jadi berani kerana tidak ada sesiapa yang berani bertindak ke atasnya.Anwar berani menghasut kerana yakin dan percaya rakyat Sarawak boleh termakan hasutannya.Anwar adalah Raja Lawak yang boleh menukar wajahnya kepada berbaga-bagai watak.Rakyat Sarawak jangan terpedaya!
Wednesday, March 16, 2011

Kg.Baru- usianya hampir 111 tahun bakal sembah bumi?
TENTANGAN demi tentangan bergema di Kampong Baru yang menolak Rang Undang-Undang Perbadanan pembangunan Kampong Baru bukan sahaja untuk dibacakan kali ke dua di Parlimen malah Rang Undang-Undang itu ditolak secara keseluruhan oleh penduduk Kampong Baru yang menganggap Rang Undang-Undang itu untuk membunuh masa depan pemilik dan pewaris perkampungan Melayu tertua dalam Kuala Lumpur ini.

Tidak cukup dengan penolakan tersebut yang dizahirkan melalui kain-kain rentang di perkampungan tersebut,Raja Nong Chik,Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar turut dicerca sebagai Menteri pembohong dan mempunyai agenda tersendiri di sebalik mahu membangunkan perkampungan tersebut..

Malah kenyataan Raja Nong Chik juga dianggap palsu apabila belaiu mendakwa penduduk Kampong Baru telah memberikan persetujuan untuk menerima Rang Undang-Undang tersebut tersebut serta membangunkan Kampong baru seperti yang beliau uar-uarkan sebelum ini dan menyifatkan Rang Undang-Undang itu sebagai rompakan secara senyap untuk mengambil alih tanah orang-orang Melayu di kampong itu.Tapi tekanan demi tekanan yang Raja Nong Chik berikan gagal melebutkan sebahagian besar hati penduduk Kampong Baru.

Memetik laporan beberapa buah portal dan akhbar tabloid, ada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berkata mereka tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang itu digubal seperti mana dikatakan oleh Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa hampir 90 peratus telah bersetuju dengannya.

Zauriah-Raja Nong Chik hati Yahudi-Foto MInsider
Zauriah Mat Nenggal sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan Raja Nong Chik untuk diadakan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 yang akan akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jun ini.

“Makcik memang tak setuju langsung, rumah mak cik dah dibangunkan janganlah kacau, tak akan nak robohkan rumah mak cik, ada otak itu pakailah. Jangan kacau rumah yang bukan hak kamu.

“Kalau nak robohkan kerajaan kena ganti balik, saya tidak mahu duit tapi saya mahu kerajaan ganti rumah juga,saya di sini ada rumah 12 pintu dan saya sewakan kepada orang, jadi jangan kacau mata pencarian mak cik,” katanya yang berusia 77 kepada The Malaysian Insider.

Bagi Zauriah, tindakan kerajaan yang mahu mewujudkan rang undang-undang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

“Raja Nong Chik hati Yahudi,Yahudi robohkan rumah Arab untuk bangunkan rumah tapi Raja Nong Chik nak ambil tanah Melayu untuk buat pembangunan.Raja Nong Chik tidak berperikemanusiaan langsung,ingat senang-senang nak robohkan rumah mak cik? Ingat orang Kampung Baru ini bodohkah? Ingat duit mak cik ini pasirkah? Kenapa nak kacau Kampung Baru? Ini kampung Melayu kenapa mesti nak kacau?” katanya.dan menggesa agar kerajaan pusat membatalkan hasrat untuk mengadakan akta tersebut.

“Raja Nong Chik ini dah belakangkan kiblat, tak jaga orang Melayu, baru jadi Menteri dah lupa daratan.Kalau perkara ini Raja Nong Chik yang kena macam mana dia rasa? Mesti dia sakit hati,” soalnya.

Bagi Jamaluddin Kamat, 54, cadangan untuk mewujudkan rang undang-undang itu seolah-olah mempunyai agenda tersendiri selain akan menidakkan hak pemilik dan pewaris tanah kawasan itu sekiranya ia dilaksanakan.

“Saya setuju dengan pembangunan di kawasan Kampung Baru tetapi tidak bersetuju dengan rang undang-undang yang kalau kita lihat tidak jelas apa tujuan penubuhannya.

“Bagi saya rang undang-undang ini tidak menjamin masa depan pemilik dan pewaris tanah. Kalau contoh kita bersetuju apa jaminan kerajaan kepada kami? Pembangunan yang macam mana kerajaan mahu lakukan? Selain itu, kalau ia dilaksanakan mereka (kerajaan) mempunyai kuasa penuh ke atas tanah-tanah di kawasan ini,” katanya.

Kata anak jadi Kampung Baru itu, rang undang-undang tidak diperlukan untuk membangunkan kawasan itu kerana sudah mempunyai Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru yang sudah menguruskan penempatan itu sejak 111 tahun lalu.

“Kami di sini tak perlukan rang undang-undang untuk membangunkan kawasan Kampung Baru ini, kami sudah ada MAS,selama ini MAS yang menguruskan semua perkara di sini.

“Pembangunan Kampung Baru ini boleh dilakukan tanpa rang undang-undang, kita boleh bangunkan melalui MAS dan kami percaya kepada MAS untuk menguruskan soal pembangunan tetapi dengan syarat kerajaan kena bantu, bukan dengan menubuhkan rang undang-undang yang kami sendiri pun tak tahu fungsinya,” katanya sambil berharap sebelum bacaan kali kedua rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen Jun ini, Jamaluddin berkata, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu jelaskan kepada penduduk terlebih dahulu.

“Itu perlu dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah walaupun dapat tentangan, kena beritahu kerana kami nak tahu apa yang kerajaan ingin lakukan,” katanya.

Kamal Hussein,78, pula mahu imej kampung Melayu dikekalkan di Kampung Baru walaupun pembangunan dilakukan di kawasan itu.

“Bangunan tinggi-tinggi tidak diperlukan di Kampung Baru, cuma perlu menaik taraf mana-mana yang patut sahaja, buat apa nak bangunan tinggi, bukan kita mampu nak beli.

“Imej sebagai kampung Melayu perlu dikekalkan. Eloklah kalau kampung Melayu ini ada, lagipun Kampung Baru ini terkenal di seluruh dunia, kalau tiada imej kampung Melayu apa gunanya Kampung Baru di sini,” katanya yang juga bersetuju rang undang-undang yang telah diperhalusi semula Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu dibentangkan kepada penduduk sebelum dibawa ke Parlimen.

“Kami di sini nak tahu apa yang diubah,apa yang diperhalusi dan kami nak tahu apa rang undang-undang yang akan dibentangkan nanti. Saya sendiri pun nak tahu apa yang mahu dilakukan kerajaan,” katanya.

Tentang penduduk yang dizahirkan..
Raja Nong Chik sebelum ini berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen Jun ini selepas semua tugas memperhalusi semula deraf rang undang-undang itu selesai sepenuhnya.Malah beliau dilihat begitu berkeyakinan tinggi masalah yang selama ini membelenggu Kampong Baru akan dapat diselesaikan setelah beberapa orang menteri sebelum ini gagal mencari penyelesaian pembangunan di perkampungan tersebut.

Sementara itu, pemilik tanah generasi keempat Kampung Baru Efendi Ishak, 34, berkata rang undang-undang yang mahu dilaksanakan itu masih belum jelas fungsinya dan menimbulkan persoalan di kalangan pemilik dan pewaris tanah.

“Rang undang-undang tidak jelas, kita tak tahu apa yang kerajaan nak buat seolah-olah berselindung di sebalik nama rang undang-undang. Pemilik dan pewaris masih tertanya-tanya, kami tidak faham dan masih samar-samar tentang cadangan rang undang-undang ini,” katanya.

Bagi beliau, sekiranya mahu membangunkan kawasan Kampung Baru kerajaan tidak perlu menubuhkan rang undang-undang, sebaliknya membantu pemilik dan pewaris dalam bentuk kewangan untuk membangunkan sendiri kawasan tersebut.

“Kami di sini tak bantah pembangunan tapi apa yang kami bantah adalah rang undang-undang ini. Kalau betul-betul nak bantu kami, tak perlukan rang undang-undang pun.Kami di sini boleh bangunkan sendiri kawasan Kampung Baru, tapi kerajaan perlu bantu dalam bentuk kewangan agar ia dapat dilakukan,” katanya.

Mohd Yusof Abu, 67 pula berkata banyak perkara yang tidak dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah mengenai rang undang-undang termasuk peruntukan yang memberikan kuasa penuh kepada menteri dan ia tidak boleh dicabar di mahkamah sekiranya perbadanan itu diwujudkan.

“Imuniti kepada perbadanan kami tak setuju, rang undang-undang ini juga kami tidak bersetuju, jadi bagaimana Raja Nong Chik boleh kata 90 peratus daripada kami bersetuju? Pembubaran MAS juga kami tidak setuju. Rang undang-undang ini tidak jelas dan ia cuba berselindung untuk menyembunyikan segala pembohongan yang mereka ingin lakukan,” katanya.

Seorang lagi yang ditemui, Mohammd Raizal Ahmad Yusof, 38, berkata, rang undang-undang tersebut tidak perlu dilaksanakan kerana kerajaan tidak mempunyai sebarang hak ke atas tanah yang diwasiatkan sejak turun-temurun itu.

“Apa hak kerajaan nak wujudkan rang undang-undang? Adakah tanah ini milik mereka? Ini adalah tanah wasiat dan ia perlu dijaga dan bukan untuk dibangunkan ikut rancangan kerajaan. Kalau nak bangunkan juga kerajaan pergi tanya setiap pemilik dan pewaris tanah, kalau mereka setuju bangunkan sahaja di tanah mereka buat apa nak libatkan semua tanah milik kami di sini,” katanya.

Dia juga meminta agar Raja Nong Chik kemukakan bukti bahawa 90 peratus pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru bersetuju dengan cadangan untuk diwujudkan rang undang-undang itu.

“Ada dia tanya pendapat pemilik dan pewaris tanah sebelum nak buat? Adakah kerajaan nak rompak tanah kami?” katanya.
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers