Tuesday, March 22, 2011
Anwar kaya dengan tagline! |
BANYAK sungguh penafian Anwar dan semua penafian serta bela dirinya adalah `tidak dia 'atau `bukan dia' dan segala yang melibatkan nama dia adalah konspirasi,tuduhan berniat jahat serta rancangan orang-orang tertentu untuk menghalang cita-cita beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mahu mengaibkan keluarganya serta bentuk politik jahat.
Bila dituduh meliwat Azizan dan Sukma, dia kata bukan dia.Bila dituduh sebagai agen Yahudi,dia kata bukan dia,bila diberikan peluang membela diri sebelum dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan segala jawatannya,katanya segala tuduhan itu berniat jahat dan apabila dituduh meliwat Saiful Bahri,dia tetap berkeras mengatakan bukan dia malah bukan sahaja menolak untuk bersumpah syarie tetapi juga menolak untuk memberikan sampel darah bagi ujian DNA kerana dia kata itu bukan dia yang terlibat dalam kes tersebut dan ini semua adalah konsiprasi untuk mengaibkannya.
Bukan Dia adalah tagline yang cukup sinonim dengan lidah Anwar.Konspirasi adalah perkataan yang sering beliau suburkan di dalam mana-mana ucapannya dan beliau difitnah adalah kesayuan beliau bagi menarik simpati rakyat supaya bersamanya menentang kononnya segala rancangan jahat yang menghalangnya untuk menjadi Perdana Menteri.
Kelebihan Anwar kerana beliau cukup bijak bermain sentimen rakyat dan penyokongnya.Pidatonya memukau hingga ada rakyat melihat bahawa beliaulah yang mampu membawa harapan baru untuk Malaysia.Anwar mampu mengheret rakyat untuk bersedih dan turut berduka di atas segala konspirasi yang kononnya dirancang terhadap dirinya.
Rakyat yang keliru,terpukau dengan gaya pidato dan bahasa melankolik serta kesedihannya akan membutakan mata dan memekakan telinga untuk menerima segala yang bohong serta palsu itu sebagai benar dan nyata.Kalau Anwar itu seorang pelakon,beliau adalah pelakon yang hebat dan kalau beliau adalah badut, dia juga hebat kerana mampu menghiburkan rakyat.
Terbaru dalam sidang media yang melibatkan seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai Dato T mendedahkan dan mendakwa bahawa Anwar terlibat melanggan seorang wanita yang iras Cina untuk memuaskan nafsunya dan sidang media itu dihadiri oleh semua Pengarang-Pengarang kanan akhbar tempatan baik yang berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina.
Beliau dikatakan sebagai lelaki yang terlibat dalam video seks yang dirakamkan di sebuah spa, dia juga mengatakan itu `bukan dia’ sedangkan beliau sendiri belum pun melihat lagi video tersebut tetapi telah pun mengadakan sidang akhbar dan menjawab melaui Twitter bahawa lelaki dalam video itu bukan dia.
Soalnya kalau benar beliau tidak terlibat dan `bukan dia’ lelaki yang dimaksudkan dalam video seks itu,mengapa Anwar harus beriya-iya menafikan dan menyediakan pelbagai alibi kononnya pada tarikh yang disebut berlakunya kejadian itu beliau tidak berada di tempat kejadian dan kalaulah benar beliau adalah `dia’,terbuktilah kehebatan dan kejantanan Anwar yang bukan sahaja mampu `bertarung’ dngan lelaki tetapi turut hebat diranjang dengan seorang perempuan ala Cina dalam viedo seks yang dimaksudkan itu.
Semua pasukannya bergerak sebahu menangani isu `penemuan seks’ terbaru ini sedangkan pasukannnya itu sendiri belum pun melihat video tersebut kerana rakaman asal dan tidak disalin masih berada di tangan Dato T dan tindakan menafikan segala kejadian ataupun rakaman tersebut seolah-olah sebagai langkah awal bagi beliau menyakin rakyat supaya menolak segala isi kandungan itu walaupun akhirnya mungkin akan didapati bahawa beliau adalah lelaki yang benar-benar terlibat dengan persetubuhan haram itu.
Sebagaimana beliau cuba menyakinkan bahawa Lelaki Y itu `bukan dia’, beliau menggerakkan seluruh pasukannya yang terdiri daripada pakatan pembangkang untuk mengelurukan rakyat di setiap ceramahnya bagi membuktikan bahawa Lelaki Y itu bukan dia walaupun kesnya masih dibicarakan di mahkamah.
Barangkali kerana beliau begitu yakin bahawa rakyat akan tetap menolak segala pertuduhan yang dilemparkan terhadap beliau menjadikan beliau berani untuk berbuat salah berulangkali kerana menyakini rakyat akan menolak segala tuduhan yang dihadapkan terhadap dirinya.
Kita tidak berniat untuk mengulas `penemuan seks’ terbaru lelaki yang dianggap `anugerah Tuhan’ ini walaupun ada di kalangan media yang menyaksikan video tersebut berani mengesahkan hingga 200 % bahawa kelibat serta wajah lelaki dalam video itu menyerupai Anwar kerana dirakam menggunakan empat kamera kerana kita semua belum melihat video seks yang dimaksudkan itu dan kesahihannya belum terbukti walaupun ada portal yang telah pun mengulas secara terperinci kejadian yang berlaku hingga ada tulisan yang memperincikan kegiatan seks yang dilakukan oleh pelaku dalam video tersebut.Satu permainan di ranjang yang cukup hebat!
Yang meliwat Azizan dan Sukman pun `bukan dia;.. |
Apa yang bermain dalam pemikiran kita ketika ini adalah sikap dan penafian Anwar yang sering menggunakan perkataan `bukan dia’,konspirasi,agenda jahat dan berbagai-bagai lagi helah serta teori untuk menggambarkan kepada rakyat kononnya beliau cuba diaibkan, memberikan gambaran kepada rakyat dan penyokongnya bahawa sesungguhnya beliau adalah lelaki yang baik dan suami yang tidak pernah curang terhadap isteri dan anak-anaknya.Pendek kata beliau mahu digambarkan sebagai seorang msulim dan pemimpin yang baik sepanjang masa!
Segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, beliau akan cuba mencari idea bagi menangkis dan membuktikan bahawa beliau adalah lelaki maksum dan pemimpin yang tidak pernah buat salah serta bermoral tinggi dan penemuan video seks terbaru ini, beliau mengulangsi skrip yang sama berulang-ulang kali untuk menegaskan bahawa lelaki itu bukan dia.
Anwar begitu `tegas’ dalam menafikan segala bentuk salah laku moral yang melibatkan dirinya.Ketegasannya adalah mempraktikan ungkapan `bukan dia’ dan mengalihkan isu-isu yang melibatkan dirinya dengan menjadikan pemimpin lain sebagai sasarannya dengan berharap rakyat akan melihat dirinya sebagai seorang pemimpin ataupun manusia yang teraniya.
Dalam isu video seks ini sekiranya benar beliau yakin bahawa lelaki itu Bukan Dia,beliau sepatutnya membuat laporan polis dan tidak perlu melatah untuk mempertahankan dirinya dan sekiranya beliau berterusan bertindak mempertahankan dirinya dengan cara seperti yang beliau lakukan hari ini seolah-olah menggambarkan bahawa beliau terlibat.
Kita juga ingin tahu, apa hubungan Anwar dengan Dato T?Adakah Dato T ini Nalakarupan kedua di sisi Anwar?Kita pun ingin tahu apakah benar `bukan dia’ ataupun akhirnya benar bahawa `itu dia’.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments: