Monday, February 24, 2014


Gerakan memperdayakan Najib!
SEMUANYA telah terjawab dan BN akan turut serta dalam PRK Kajang dengan mempertaruhkan calon MCA untuk menentang Anwar Ibrahim dan keputusan yang diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional membuatkan ramai orang bertepuk tangan kegembiraan kerana kesempatan untuk membedal,membelit dan menipu bagi meraih keuntungan kini kembali terbuka dan bermula dari tarikh pengumuman sehinggalah ke tarikh pilihanraya,masing-masing sedang merangka apa yang mereka bakal perolehi.

Namun begitu kita tidak menafikan bahawa masih ramai yang begitu bersemangat untuk memastikan BN menang bagi menghalang Anwar daripada menjadi MB Selangor kerana mereka tahu bala atau malapetaka besar sedang menanti sekiranya pemimpin yang tidak bermoral ini menang dan dilantik sebagai MB Selangor  dan orang-orang yang mahu BN menang ini adalah orang-orang yang tidak berprofil tingi,yang tinggal di Gua Musang,Lenggong,Hulu Selangor dan lain-lain kampung maupun bandar serta orang-orang yang melihat PRK dalam kacamata yang tulus ikhlas membawa roh perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.


Mereka inilah yang akan datang berkampong dan akan bergerak dari rumah ke rumah berkempen untuk memastikan Anwar Ibrahim akan dimalukan di Kajang dan perancangannya untuk menjadi MB akan terkubur begitu sahaja,.mereka ini semua akan tinggalkan keluarga dan anak-anak dikampung dan akan berjuang biarpun bukan UMNO yang bertanding tetapi kerana kematangan politik yang mereka faham iaitu demi masa depan anak cucu,agama dan negara bukannya kerana wang imbuhan berjuta.
Sunday, February 9, 2014

Kajang- permulaan menumbangkan Najib!

PANDANGAN dan nasihat telahpun diberikan kepada PM Najib supaya mengambil keputusan untuk tidak menyertai PRK Kajang yang jelas telah mencabul prinsip demokrasi malah PRK Kajang bukan sekadar untuk mengisi tembolok nafsu serakah Anwar Ibrahim namun lebih jauh dari itu adalah bertujuan untuk melaksanakan satu gerakan bagi menumbangkan PM Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mengambil kira sejarah lampau bilamana Anwar mengarahkan isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk satu PRK dan selepas daripada itu kedudukan Pak Lah mula goyang hingga akhirnya dengan tekanan dalaman Pak Lah berundur untuk digantikan dengan Najib.

PM Najib boleh berfikir kenapa DUN Kajang dipilih daripada 44 DUN yang ada di Selangor dan kita pasti Anwar telah merancang sesuatu serta menyakini bahawa sesiapa sahaja calon yang ditawarkan oleh BN,mereka tidak mampu untuk menumbangkan Anwar.

Dan kalau BN tidak akan menang,untuk apa menyertai PRK Kajang itu?Kalau merasakan itu pencabulan,untuk apa BN turut sama mencabul prinsip itu sepertimana PKR mencabulinya. MCA pun tidak perlu bersungguh untuk menyertai kerana yang lebih penting kepada mereka sekarang ini adalah menggembalikan semula MCA ke landasan yang betul setelah berubah pucuk pimpinan mereka.
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers