Sunday, February 9, 2014
Kajang- permulaan menumbangkan Najib! |
PANDANGAN dan nasihat
telahpun diberikan kepada PM Najib supaya mengambil keputusan untuk tidak menyertai PRK Kajang yang jelas telah mencabul
prinsip demokrasi malah PRK Kajang bukan sekadar untuk mengisi tembolok nafsu
serakah Anwar Ibrahim namun lebih jauh dari itu adalah bertujuan untuk
melaksanakan satu gerakan bagi menumbangkan PM Najib sebagai Perdana Menteri
Malaysia.
Mengambil kira sejarah lampau
bilamana Anwar mengarahkan isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk
satu PRK dan selepas daripada itu kedudukan Pak Lah mula goyang hingga akhirnya
dengan tekanan dalaman Pak Lah berundur untuk digantikan dengan Najib.
PM Najib boleh berfikir
kenapa DUN Kajang dipilih daripada 44 DUN yang ada di Selangor dan kita pasti
Anwar telah merancang sesuatu serta menyakini bahawa sesiapa sahaja calon yang
ditawarkan oleh BN,mereka tidak mampu untuk menumbangkan Anwar.
Dan kalau BN tidak akan
menang,untuk apa menyertai PRK Kajang itu?Kalau merasakan itu pencabulan,untuk
apa BN turut sama mencabul prinsip itu sepertimana PKR mencabulinya. MCA pun
tidak perlu bersungguh untuk menyertai kerana yang lebih penting kepada mereka
sekarang ini adalah menggembalikan semula MCA ke landasan yang betul setelah
berubah pucuk pimpinan mereka.
Biarkan pembangkang
menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka dan sebagai Perdana Menteri,tidak
perlulah beliau menjadi orang tengah ataupun membiarkan diri dimangsai oleh
kegelojohan dan kegilaan pembangkang ini.PM Najib lebih bijak membaca apa yang
tersirat sebenarnya di sebalik arahan Anwar supaya DUN Kajang dikosongkan untuk
satu PRK dan tidak perlulah PM Najib menelan gula-gula yang diberikan oleh
orang-orang sekelilingnya.
PM Najib tidak perlu terpedaya
dengan muslihat penasihat-penasihat yang berada di sekeliling beliau ketika ini
terutama Ketua-ketua jabatan psywar yang sekarang ini sedang sibuk membuat analisa
seperti salah seorang darinya iaitu Raja Arif,Ketua Pengarah BTN kerana sudah
terang lagi bersuluh bahawa ada agenda yang sedang Anwar gerakkan dan mungkin
turut digerakkan oleh dalaman UMNO untuk melihat nasib PM Najib seperti Pak
Lah.
PM Najib tidak perlu
menunggu analisa bohong yang dibuat oleh jabatan berkaitan terutama sekali
daripada BTN yang mana Raja Arif sedang dibantu oleh pegawai-pegawai kanannya
yang masih buta tentang politik dan kalau celik sekalipun,analisa mereka bukan
boleh diguna pakai.
Raja arif sendiri khabarnya
sedang membuat pelbagai analisa dibantu oleh pegawai-pegawai kanan beliau yg
rata-ratanya memang tinggal atauoun bermastautin di Kajang. Memamg menjadi
prinsip Raja Arif,hanya lembu Mekah; yng tahu tentang Mekah lantaran itulah
Raja Arif sedang menunggu analisis daripada pegawai-pegawai daripada Kajang dan
PM Najib dikatakan sedang menunggu analisa ini bagi diperbodohkan untuk
kesekian kalainya oleh pasukan BTN yang semakin tidak berguna dan berharga
sesen pun ketika ini.
Kita yakin dan percaya
pasukan Raja Arif ini akan menasihati PM Najib supaya menawarkan calon untuk
bertanding di Kajang dengan memberikan harapan serta keyakinan bahawa BN boleh
menang di DUN tersebut malah boleh mengurangkan majority tetapi itu jugalah
yang dinyanyikan sewaktu Anwar bertanding di Permatang Pauh,bukan menurunkan majority
malah majority Anwar bertambah melebihi lima ribu undi.
Analisa yang dibuat oleh
pasukan BTN ini sebenarnya hanya sekadar untuk menghalalkan mereka menggunakan
wang jabatan dan sebagai pengkagum Anwar,tidak mustahil pasukan ini bukan
membantu calon BN malah mungkin akan menggunakannya untuk membantu Anwar.
Sebab itulah untuk PRK Kajang walaupun melanggar
prinsipnya,Raja Arif telah melantik orang Kelantan sebagai Pengarah Operasi PRK
Kajang iaitu Pengarah Cawangan Pemaju Masyarakat yang amat dibenci oleh beliau
diTerengganu kerana Pengarah ini adalah orang Kelantand an pemilihan ini
seperti tidak masuk akal kerana Raja Arif selalu mengulangi dan menjadi
pegangan beliau bahawa orang Kelantan tidak layak memegang apa-apa jawatan yang
bersifat strategic kerana Kelantan adalah negeri yang kalah tetapi kali ini
beliau melanggar prinsipnya dan apakah Ops kali ini adalah Opreasi untuk kalah
bagi kesekian kalinya kerana logiknya yang bertanding di PRK Kajang adalah
idola dan juga murrabi kepada Raja Arif.
Raja Arif-Calon Raja Lawak dari BTN. |
PRK Kajang yang datang
secara tiba-tiba ini juga adalah peluang untuk Raja Arif mencari talian
hayatnya. Untuk kekal sebagai Ketua Pengarah BTN dan sebab itulah beberapa hari
lalu Raja Arif bertemu dengan Mustafa Mohamad,Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Kelantan walaupun Tok Pa tidak layak dimata Raja Arif kerana Tok Pa gagal
membawa kemenangan untuk Kelantan dan pertemuan tersebut bagi tujuan Tok Pa
menyokongnya ataupun mengetahu tentang kewujudannya dan alasan lain pertemuan
itu adalah menawarkan bantuan untuk UMNO Kelantan.
Kita percaya selepas Tok
Pa,Raja Arif akan menemui seluruh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri untuk menyembah
dan menawarkan diri membantu dengan harapan agar Pengerusi Perhubungan
Negeri-Negeri ini memberitahu kepada PM Najib kononnya Raja Arif gigih berkerja
dan perlu disambung kontraknya sebagai Ketua Pengarah BTN apatah lagi beliau
belum sempat lagi menggunakan kereta baru yang disediakan oleh kerajaan.
Kalau benarlah PM Najib
menggunapakai otak udang Raja Arif dan pasukannya ini,kita percaya salah
satu lagi prosedur tetap operasi BTN adalah mendekati pengundi dengan
menggunakan padang golf dan lagi senanglah kerana di Kajang memang banyak
terdapat padang-padang golf ini.Disinilah analisa Raja Arif..
Raja Arif bangga kerana program
bermain golf lah yang beliau lakukan di Terengganu hingga BN tetap menang besar
mengikut penilaian dan analisa Raja Arif dan dikatakan bangga mengatakanbahawa
Terengganu benar-benar bernasib baik kerana PM Najib melantik beliau sebagai
Ketua Pengatah BTN menyebabkan BN masih menang dan bangga tindakan drastiknya
membawa balik anak Terengganu.sebagai Pengarah BTN Negeri telah mengubah landskap
politik negeri tersebut
Cuma kerana beliau tidak
dicalonkan sebagai calon PRU13 maka Parlimen Kuala Nerus dan 3 DUN dalam
kawasan tersebut jatuh ke tangan pembangkang.Koya anak Raja Ali nih!
Biar mereka sahaja yang gila,jangan Najib ikut gila mereka.. |
Mungkin kerana berpandukan
kepada kehebatan-kehebatan inilah barangkali PM Najib sedang menunggu lampu
hijau Raja Arif untuk membuat keputusan samada menyertai PRK Kajang atau tidak..Bukti
daripada PRK terakhir sebelum ini iaitu Kuala Besut adalah amat releven dengan
keputusan yang akan PM Najib laksanakan dan PM Najib kalau mahu mendengar
nasihat ataupun pandangan Raja Arif,lihat dulu analisa BTN di Kuala Besut
bilamana peti undi yang dipertanggungjawab kepada ketua Pengarah yang `ddok rok
chhetong’ ini iaitu di Kg Nail,jelas keputusannya memihak kepada BN iaitu tidak
berlaku sebarang peningkatan sokongan serta penurunan sokongan,kalau bukan BTN
yang bertanggungjawab seakan Peti Undi tersebut akan kalah.
Kesimpulannya PRK Kajang bukanlah medan yang
sepatutnya BN terlibat sama.Kita pernah mengatakan keputusan pengosongan itu
adalah pengkhianatan kepada amanah rakyat dan kalau BN juga terlibat maka BN tidak
jauh beza dengan PKR,sama-sama menjadi pengkhianat kepada rakyat.Kalau kita
mengatakan tindakan ADUN PKR itu mengosong kerusi tersebut sebagai dosa kepada
rakyat,BN juga akan turut berdosa kerana menelan dosa yang sama.Biarlah Anwar
dengan kegilaannya,biarlah bertembung Anwar,Khalid serta Azmin Ali..urusan
mereka biar mereka yang selesaikan.Jangan BN diperbodohkan untuk kesekian
kalinya dan jangan nasib Pak Lah turut sama menimpa Najib..!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
1 comments:
apa kata BN letakkan berok bos BTN ni sebagai calon melawan firaun politik pkr. tengok betapa hebatnya berok tu meraih undi orang kajang. sama ada dia yg melingkup atau dapat melingkupkan defacto pkr tersebut.