Monday, February 24, 2014
Gerakan memperdayakan Najib! |
Namun begitu kita tidak menafikan
bahawa masih ramai yang begitu bersemangat untuk memastikan BN menang bagi
menghalang Anwar daripada menjadi MB Selangor kerana mereka tahu bala atau
malapetaka besar sedang menanti sekiranya pemimpin yang tidak bermoral ini
menang dan dilantik sebagai MB Selangor dan orang-orang yang mahu BN menang ini adalah
orang-orang yang tidak berprofil tingi,yang tinggal di Gua Musang,Lenggong,Hulu
Selangor dan lain-lain kampung maupun bandar serta orang-orang yang melihat PRK dalam kacamata yang tulus
ikhlas membawa roh perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.
Mereka inilah yang akan
datang berkampong dan akan bergerak dari rumah ke rumah berkempen untuk
memastikan Anwar Ibrahim akan dimalukan di Kajang dan perancangannya untuk
menjadi MB akan terkubur begitu sahaja,.mereka ini semua akan tinggalkan
keluarga dan anak-anak dikampung dan akan berjuang biarpun bukan UMNO yang
bertanding tetapi kerana kematangan politik yang mereka faham iaitu demi masa depan anak cucu,agama
dan negara bukannya kerana wang imbuhan berjuta.
Namun begitu keputusan BN untuk
bertanding dilihat oleh sesetengah orang yang kediamannya di Putrajaya dan
tinggal sekitar "corridor of power".tanpa mengambil kira kesanggupan
orang-orang kampong yang akan datang berjuang untuk menghalang Anwar memenangi
PRK Kajang ini,mereka sedang menyiapkan `power point‘ untuk dipersembahkan
pada PM Najib dengan niat untuk membedal dan membelit yang jumlahnya cukup untuk
sentiasa berulang alik ke luar Negara,miliki
rumah yang ada lif atau esklator,membeli lot-lot tanah,rumah kedai dan berbagai
lagi yang boleh dijadikan harta anak bini dan kesemua jumlah itu terlindung
disebalik program yang akan dibuat,manifesto Kajang yang akan dibukukan,risalah-risalah
penerangan yang akan di cetak malah berbagai-bagai lagi yang terselindung di
sebalik nama Ops PRK Kajang.
Belitan dan bedalan mereka
secara profesional ini akan diterima dengan penuh senyuman oleh PM Najib kerana kejahatan mereka
terselindung disebalik darjah yang membawa gelaran Dato dan Tan Seri malah kedudukan
mereka juga kerana PM Najib sendiri yang meletakan mereka di kedudukan yang
membolehkan mereka ini membedal dan membelit.
Barangkali kerana menyedari
tentang hebatnya belit dan bedal kalangan yang berjawatan ini Timbalan Ketua
Setiausaha (TKSU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) memanggil pengurusan tertinggi
BTN untuk disiasat tentang penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan dana
kewangan yang diperuntukan kepada BTN bagi membantu kerajaan dan tindakan TKSU
memanggil untk siasatan Ketua Pengarah BTN dan dua (2)Timbalan Ketua Pengarah
serta seorang Pengarah Cawangan BTN adalah satu langkah terpuji serta tepat
pada masanya walaupun beliau tahu risiko memanggil siasatan orang yang diangkat
oleh PM Najib untuk ke jawatan itu dan ini memberikan tanda bahawa masih ada
pegawai yang tidak sanggup meihat PM Najib terus ditipu dan dianiyai oleh
jentera kerajaan sendiri.
Difahamkan hingar bingar Ibu
Pejabat BTN di Putrajaya bahawa Raja Arif, Mokthar@ PA System,Hanafi@ Abu Nawas
dan Cik Manis @anak abah dikatakan telah dipanggil untuk siasatan kerana
melanggar etika kerja,penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan dan jika
benarlah seperti yang didakwa bahawa Cik Manis telah membuat pengakuan bahawa
syarikat suaminya terlibat dalam mendapatkan kerja-kerja percetakan dan
kelangsungan daripada siasatan TKSU ini kita bukan sekadar mengharapkan siasatan
semata-mata,memanggil untuk bertemu mata semata-mata malah tindakan lebih
lanjut termasuk membabitkan SPRM perlu diteruskan sejajar dengan
kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan.Kalau benar Cik Manis mengaku,ini
adalah kes yang sahih dan TKSU jangan bersekongkol menyembunyikan siasatan itu
tanpa apa-apa tindakan susulan.
TKSU juga harus menyiasat
kos ubahsuai Rumah Meranti di Jalan Bellamy yang dijadikan pusat usrah ABIM,pembelian
PA System yang diarahkan oleh Haji Mokhtar,pembelian air mineral dari Selangor
untuk dihantar ke Sabah sebelum PRU13, kewajaran trip perjalanan ke luar Negara yang
secara wewenangnya digunakan oleh pengurusan tertinggi BTN dengan alasan bertemu
pelajar dan melancarkan buku di luar Negara sedangkan hakikatnya mereka
mengambil peluang untuk melancong menggunakan wang kerajaan,pertukaran pegawai
dua kali setahun,kenaikan pangkat atau Gred secara membuat tuli malah ada yang
dua kali naik pangkat dalam masa setahun.
Selama ini pendedahan
Sanggah Tok Janggut tentang salahlaku serta penyelewengan Ketua Pengarah BTN dan
pasukan pengurusannya langsung tidak bersifat peribadi tetapi saya tidak
sanggup melihat para badut dan boneka mempermainkan PM Najib dan mengambil
kesempatan atas ruang dan peluang yang diberikan oleh PM Najib untuk menikam
belakang PM dan mengaut keuntungan peribadi atas jawatan dan kedudukan yang diberikan oleh Perdana Menteri.
Bukti nyata bahawa Raja Arif
terus menikam dan menipu PM Najib apabila PM sendiri melantik seorang pakar
yang mampu memberikan sumbangan tetapi Raja Arif dengan angkuh dan lagak
sombongnya menidakkan surat yang ditandatangani oleh PM sendiri dan tidak
membayar elaun bulanan yang sepatutnya pakar itu terima.Sikap bermuka-muka atau
talam seribu muka Raja Arif amat ketara didepan PM Najib tetapi Raja Arif masih
membayar elaun orang-orang ABIM yang masih jadi jentera perang saraf
Anwar.Apakah BTN masih boleh dinamakan sebagai jentera kerajaan ataupun jentera
PM Najib?
Seronok menyanyi! |
Malah sikap Raja Arif yng
seakan-akan kelaparan harta dan kemewahan ini terus menggunakan kedudukan
beliau dan Haji Mokhtar mengagih-agihkan
berbagai-bagai projek serta bantuan
kewangan dan TKSU juga harus menyiasat dan mengambil tindakan kepada Haji
Mokhtar tentang kewajaran beliau menghantar kontraktor-kontraktor kenalan
beliau untuk menyelenggarakan Kem-Kem Latihan BTN diseluruh Negara dan dalam
masa yang sama Haji Mokhtar meletakkan pegawai-pegawai ataupun Pengrus Kem
Latihan yang memihak kepada beliau sebagai Pengetua Kem dan ini dilihat sebagai
memudahkan beliau untuk megumpul harta dan kekayaan sebagai Timbalan Ketua
Pengarah BTN.
Terlalu buruk penyalahgunaan
kuasa yang dilakukan oleh tiga orang pengurusan tertinggi BTN ini,kepada yang
tidak sealiran dengan mereka ianya akan ditamatkan perkhidmatan dan ditukarkan
dalam masa 24 jam dan TKSU siasatlah berapa ramai yang menjadi mangsa kepada
gila kuasa mereka ini?TKSU juga perlu tahu bahawa dua Timbalan Menteri yang
bertanggungjawab mengawasi BTN cuma Raja Arif angguk di depan mereka sahaja
tetapi Raja Arif jelir lidah bila di belakang Timbalan Menteri ini bahkan ada
pegawai-pegawai BTN yang rapat dengan Timbalan Menteri pun kena hukum dan bagi
ketiga-tiga musibat ini,menukar ataupun memecat pegawai umpama seperti permainan
catur kepada mereka,sekejap mereka ditukarkan ke ibu pejabat dan selepas dua
bulan di tukar lagi ke peringkat negeri..tak ke gila namanya tu!
Tetapi kepada yang pandai
membodek,mengampu sebagaimana Raja Arif sendiri yang pandai membodek dan
mengampu KSN dan juga KPPA akan naik pangkat dua kali setahun malah dalam temph
enam bulan sahaja,dari Gred 44 dinaikan pangkat ke Gred 52.Kerakusan ini
dilakukan kerana Raja Arif,Mokhtar dan Hanapi selalu menegaskan dengan penuh
yakin bahawa KSN dan KPPA adalah orang kita.Apa maksudnya?Apakah KSN dan KPPA
juga penyokong tegar dan sanggup mati demi Anwar?
Tahniah dan syabas sekali
lagi kepada TKSU JPM atas keberanian menyiasat ini dan sekali lagi diulang,TKSU
harus berani mengambil tindakan dan kalau kes-kes penyalahgunaan kuasa serta
penyelewengan ini dillepaskan atau dibiarkan begitu sahaja,TKSU juga tidak jauh
bezanya.
Aziz Bari penasihat Raja Arif ke? |
Kita simpati kepada BTN,satu
ketika dulu mereka adalah jentera kerajaan paling berkesan tetapi kini telah
menjadi mandul,menopause apabila Raja Arif dilantik sebagai Ketua Pengarah dan
pihak TKSU boleh buat kajian,berapa peratus pegawai dana kakitangan BTN hari
ini yang seronok berkerja untuk menyumbang pada kerajaan?Sebahagian besarnya
sudah hilang segalanya itu kecuali yang ada niat mahu menyamun projek serta
kontrak kerana mereka ini jika tidak pandai bodek atapun mengampu akan dianggap
musuh,diugut untuk ditamatkan kontrak atau dipindahkan dan simpati kita pada
seorang PTD,seorang anak muda yg dilantik sebagai Pegawai Khas yang di ibarat
habis madu sepah dibuang kerana akhir bulan ini beliau akan dibuang ke
kementerian lain dan macam-macam tuduhan diberikan sedangkan sebelum ini pegawai
PTD muda inilah yag menjadi barua bagi
menutup berbagai-bagai salah laku dalam penggunaan wang BTN.
Seronok Haji Mokhtar diluar negara! |
Kepada Saudara Naizul...anggaplah
ini adalah pengajaran dalam kita mengenal sikap manusia,sesuatu yang tidak di
ajar di INTAN..ini juga adalah salah satu dari agenda membawa masuk orang-orang
ABIM..kesian Naizul hanya kerana beliau bukan dari kalangan usrah ABIM,khidmatnya
sudah tidak berguna lagi!.
Kejayaan mengalahkan Anwar
haruslah bermula dengan keberanian dan keberanian TKSU JPM adalah diharap
menjadi pembakar semangat kepada gerakan
menentang Anwar dalam PRK Kajang nanti dan ingatlah bahawa kejayaan kita
mengalahkan Anwar atau mengurangkan majoriti ialah dengan semangat dan keberanian
yng di bawa oleh jentera yng datang dari kampung biarpun hidup mereka kais pagi
makan pagi,bukannya bergantung kepada badut-badut yang berselindung disebalik
agensi dan memakai gelaran Dato dan Tan Seri.
Kepada semua jentera yang
akan mula berkampung di Kajang..Ingat dan yakinlah bahawa kalian semua lebih
bermaruah daripada Raja Arif,Hanapi dan juga Mokhtar.Jazakallah..
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments: