Wednesday, March 12, 2014


TANGGAL 31 Julai 2008, Presiden PKR, Wan Azizah  Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan ketika itu Wan Azizah memberikan dua sebab kenapa beliau meletakkan jawatan.


Pertama bagi membolehkan suaminya Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kedua memberi laluan kepada Anwar bagi membolehkan usaha menawan Putrajaya dipercepatkan.


Inilah sahaja alasan diberikan ketika itudan bagi menutup alasan semata-mata kerana suami, Wan Azizah menjaja usaha menawan Putrajaya demi membangkitkan keghairahan sekutu pembangkang PAS dan DAP untuk digula-gulakan agar bersama-sama dengan Anwar dan berbondong-bondong rakyat Permatang Pauh tertipu dengan alas an yang diberikan oleh Wan Azizah.



Bagi mengikat sokongan PAS dan DAP, Anwar selepas itu mula menawarkan dogengan 16 September sehingga kan pada pagi 16 September 2008, Anwar dengan muka selamba, pembohong nombor satu Malaysia menyatakan mereka sudah mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menggantikan kerajaan BN ketika itu.


Akhirnya, tiada apa pun yang berlaku. 18 September tinggal kenangan. Tiada rasa bersalah. Tiada permohonan maaf kepada rakyat atas pembohongan yang dilakukan. Malah bagi menutup malu, Perdana Menteri ketika itu Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dipersalahkan oleh Anwar kerana tidak mahu mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membolehkan undian tidak percaya dijalankan. 


Sedangkan seminggu selepas itu sidang Dewan Rakyat diadakan, tiada pun usul undi tidak percaya dan Anwar memberi alasan hendak memberi tumpuan kepada pembentangan Bajet 2009 pula.


Licik dan penuh muslihat Anwar dan tidak pun dianggap berdosa oleh rakyat dan pakatan pembangkang yang lain. Anwar dan Wan Azizah sama-saa bersubahat mendustai rakyat dan kali ini rakyat Kajang pula mahu digula-gulakanya.


Jijah yang lara!
KIni Kajang, modus operadi sama digunakan. ADUN Kajang Lee Chin Cheh diarah meletak jawatan. Alasan hendak menawan Putrajaya juga digunakan. Anwar sekali lagi dikatakan calon yang sesuai untuk menggerakan usaha menawan Putrajaya. 


Walaupun hakikatnya 2008 terbukti Anwar gagal dan berbohong. Selain gerakan hendak menawan Putrajaya, PRK Kajang  ditambah  dengan tuduhan kerajaan zalim kononnya keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes liwatnya untuk menafikan hak beliau untuk bertanding.


Isu keputusan Mahkamah Rayuan,semua sudah tahu faktanya. Tarikh perbicaraan telah ditetap awal dan Anwar tahu meletakkan jawatan pada 27 Januari 2014,pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari dan menurut amalan sebelum ini pilihan raya diadakan dalam tempoh 30 hingga 50 hari dari tarikh kerusi dikosongkan. Jadi, Anwar memang merancang PRK DUN Kajang akan menjadi medan untuk mempertahankan kes liwatnya di gelanggang rakyat


Oleh itu, faktanya jelas, sandiwaranya juga jelas mengikut skrip yang disediakan Anwa,rakyat terus diperalat hanya untuk menyelesaikan isu Anwar dan keluarganya. Wan Azizah yang dulu lari dari tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dengan mengkhianati amanah pengundi Permatang Pauh, kini tanpa rasa malu menawarkan diri kononnya dialah calon yang akan membela rakyat. 


Apakah jika Mahkamah Persekutuan melepas dan membebaskan Anwar sekali lagi Wan Azizah jika menang  akan meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding semula  di Kajang kerana agendanya besar menawan Putrajaya?Dan jika Anwar dipenjara,kerusi Permatang Pauh akan diserahkan kepada anaknya pula?


Sila baca kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini sewaktu mengosongkan kerusi Permatang Pauh dan bandingkan dengan kenyataan-kenyataannya sekarang sempenan kempen PRK Kajang ini,semuanya sama,skripnya tidak berubah.Agenda Kajang hanyalah usaha untuk keluarga mereka sahaja dan bukannya rakyat jelata.


Dari Kajang Ke Putrajaya

Anwar telepas Azmin ternganga


Dari Kajang Ke Putrajaya

Wan Azizah  menangis air mata buaya


Dari Kajang Ke Putrajaya 

Wan Azizah Ketawa rakyat teraniya

2 comments:

Unknown said...

nepotisme di dalam PKR yg menjadikan rakyat mangsa mereka.. PRK Kajang hanya medan Anwar perbodohkan rakyat!!

anti-LGBT said...

Daripada PR, lebih baiklah BN. Aku tak nak sokong parti yang ketua dia tu PELIWAT,pakar tebuk BONTOT jantan, betina , laki & perempuan. Aku tak nak pilih parti yang ketua tu satu spesis dengan umat Nabi Lut yang Allah SWT rejam sampai mampos kat dasar Laut Mati.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers