Wednesday, June 13, 2012

Berhempas pulas Khalid cuba menipu rakyat!
GURUH berdentum sekarang.Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim sedang bergelut untuk membuktikan Selangor Boleh bagi menunjukkan kepada dunia kerajaan pakatan pembangkang boleh melaksanakan pendidikan percuma.

Menteri Besar,bekas orang korprat itu mengumumkan Selangor akan meneruskan cadangan mencairkan aset Universiti Selangor sekalipun Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah menarik balik pembekuan pinjaman yang sebelumnya di umum oleh Menteri Pengajian Tinggi,Khalid Nordin.

Ikut ceritanya RM30 juta,sebahagian dari hasil penjualan itu akan digunakan untuk merintis jalan tujuan memberi pendidikan percuma di universiti itu.

Maka berbagai langkah sedang diatur termasuk akan mengadakan mesyuarat dengan lembaga pengarah Unisel untuk mendapatkan gambaran sebenar keperluan pelajar dan universiti itu.

Apakah ini satu lagi langkah 'mi segera'?

Dalam suasana pilihanraya yang semakin hampir apa pilihan yang kerajaan Selangor ada.Boleh ke tidak boleh belakang kira.Janji sudah ditabur dalam kenyataan dan ceramah  diserata ceruk kononnya mereka ada cara untuk memberi pendidikan percuma tanpa PTPTN.

Ramai yang sedang mengintai telatah kerajaan pakatan pembangkang yang terbaru ini.
Siapa yang boleh lupa pada kisah bagaimana  Khairy Jamaluddin membidas pembangkang dalam debat pemansuhan PTPTN dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di Shah Alam pada malam 22 Mei lalu.

Pada pengulungan perbahasan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,telah menghentam apa yang didakwanya kekagalan mereka melunaskan janji-janji pilihanraya umum 2008 yakni pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika.

Baginya apa yang nak sembang tentang pendidikan percuma untuk pelajar institusi pengajian tinggi sedangkan bagi murid tadika pun tidak tertunai.

Ingat balik bagaimana dua hari lepas debat itu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri Selangor,Halimah Ali hadir pada Penyerahan cek Bantuan Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Fasa Satu 2012 di Shah Alam.

Halimah mengumumkan seramai 3,000 murid tadika berumur empat hingga enam tahun di Selangor, menerima bantuan RM50 sebulan dan tertakluk kepada keluarga yang berpendapatan RM1,500 kebawah mulai Julai ini.

Pemberian bantuan RM50 sebulan itu dilakukan selepas empat tahun kerajaan Parti Keadilan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri Selangor, sejak memenangi pilihanraya umum pada tahun 2008.

Papan tanda ajelah!
Apapun Halimah dengan tegas menafikan pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika disebabkan selepas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas pembangkang dalam debat pemansuhan PTPTN.

"Saya tidak dengar apa yang Khairy cakap. Ini secara kebetulan dan tidak ada kena-mengena dengan Khairy, malah ia sebenarnya dalam perancangan fasa keempat program Merakyat Ekonomi Selangor (MES)," katanya memberi alasan.

Pada awal bulan Mei Perdana Menteri Najib Tun Razak berkata kegagalan kerajaan Selangor menunaikan satu daripada janji pilihan rayanya  wajar menjadi "pembuka mata" kepada rakyat mengenai kredibiliti kerajaan negeri terdiri gabungan Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS.Ini katanya termasuk janji untuk mengurangkan cukai pintu.

Menurut beliau gelagat kerajaan Selangor itu membuktikan bahawa segala janji yang dibuat sebelum ini hanyalah sekadar "fantasi" untuk meraih sokongan pengundi.

"Mungkin ada pihak yang termakan dengan janji-janji ini sebab bila sebut penurunan cukai dan sebagainya memang merupakan sesuatu yang diterima oleh sebahagian daripada pengundi.

"Saya berharap semua orang akan sedar bahawa apa yang penting bukanlah janji tetapi apakah janji itu mampu ditunaikan...antara janji dan realiti, antara sesuatu yang mungkin dicakap sebagai percakapan politik, tetapi mereka tahu ia tak mungkin dapat ditunaikan," katanya.

Sehari sebelum itu Menteri Besar Selangor berkata keputusan untuk tidak melaksanakan pengurangan cukai itu dibuat kerana keadaan ekonomi negeri itu belum mencapai tahap yang memuaskan bagi membolehkan janji itu dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Katanya pengurangan hanya dilaksanakan tahun ini jika kerajaan negeri mempunyai kewangan yang mencukupi kerana pada masa yang sama pihak berkuasa tempatan (PBT)juga memerlukan bajet yang besar untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab kepada rakyat.

Habuk pun tarak!
Antara janji-janji lain yang terkandung dalam manifesto PKR dan PAS ialah cuti bersalin 90 hari, membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan pra persekolahan dan memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Najib berkata kerajaan Barisan Nasional sejak awal lagi telah menjangkakan bahawa kerajaan Selangor tidak akan melaksanakan janji itu.

Beliau berharap senario itu akan menjadikan rakyat lebih bijak dalam menilai janji-janji parti politik dalam usaha memilih kerajaan yang benar-benar bertanggungjawab.

"Sesuatu yang dibuat sebelum pilihan raya diadakan atau waktu pilihan raya diadakan bukanlah penilaiannya (kepada pengundi) tetapi (yang penting) kemungkinan sesuatu itu dilakukan selepas pilihan raya," katanya.

Menteri Pengajian Tinggi,Khaled Nordin berkata sememangnya sukar untuk melaksanakan janji itu kerana semasa pilihan raya pembangkang membuat pelbagai janji.

"Banyak benda mereka janji, sudah tentulah tidak mampu dilaksanakan kerana ada banyak yang perlu dipertimbangkan.

"Seperti juga janji mereka untuk memberikan biasiswa percuma kepada semua, kalau semua duit kita peruntukkan untuk pendidikan dan tidak cukup untuk membangunkan ekonomi, pelajar keluar universiti nanti hendak kerja apa.

"Selagi kita tidak diberi tanggungjawab, kita tidak akan faham segala masalah, isu dan cabaran (berkaitan pentadbiran) jadi kita boleh bercakap dan berjanji sesuka hati sahaja," katanya.

Setelah empat tahun berlalu, ramai rakyat Selangor kedengaran merungut dan tertanya-tanya apa istimewanya kerajaan pakatan pembangkang kalau hendak dibandingkan dengan kerajaan Barisan Nasional dulu.

Kata mereka pusing kiri pusing kanan tidak nampak ada sesuatu yang 'sangat hebat' di negeri ini.Apa yang nampak ialah papan tanda propoganda di sana sini.Ini menepati gelaran lucu 'kerajaan papan tanda' yang semakin rancak berlegar sekarang
Saturday, June 9, 2012

Akhbar Inggeris agen putabelit!
PADA 25 Mei lepas, saya diundang merasmikan Bengkel Cyber Troopers Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu. Seperti biasa, saya berucap tanpa menggunakan teks. Topik bengkel berkaitan langkah menangani cabaran dunia siber. Luas dan umum sifatnya.

Dalam ucapan selama kira-kira 30 minit itu, saya menyentuh banyak perkara. Antaranya, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu pendatang asing. Slogan `Sabah for Sabahan' yang dicanangkan pembangkang. Perjanjian 20 Perkara. Juga saya sentuh mengenai pembangunan.

Saya katakan, semua isu itu perlu diberi perhatian oleh generasi muda. Lebih penting, ia perlu diperjelaskan kepada rakyat. Supaya rakyat tidak keliru atau dikelirukan oleh pihak pembangkang.

Esoknya, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris mengambil isu 20 Perkara sebagai tajuk utama di muka hadapan. Terkejut juga saya bila melihatnya. Sebab seingat saya, saya cuma menyentuh hal itu secara sepintas lalu, kira-kira lima minit. Saya mendapatkan akhbar lain. Ternyata tiada satu pun tulis mengenai 20 Perkara. Akhbar lain mengambil topik politik biasa dan isu pembangunan.

Di situlah bermulanya polemik dan kontroversi. Akhbar yang sama menyiarkan reaksi dan susulan, komen dan ulasan pelbagai pihak. Semuanya menghentam saya secara peribadi.
Saya mengingati kembali ucapan saya. Saya langsung tidak menyentuh soal `kesahihan' 20 Perkara sebagaimana yang tergambar dalam laporan akhbar itu. 

Saya berucap dalam Bahasa Melayu, tetapi apabila ditulis dalam Bahasa Inggeris, ia barangkali dibuat berasaskan persepsi wartawan yang menulis, yang kemudian dirumuskan mengikut kefahaman editor ketika membuat tajuknya. Sebab itulah, tajuk yang dibuat tidak sama dengan isi yang ditulis dalam laporan tersebut.

Saya memahami kebebasan media dalam konteks sistem demokrasi. Sebab itu, saya tidak membuat penafian atau menyalahkan sesiapa. Dua hari selepas itu, saya sekadar membuat penjelasan menerusi Bernama mengenai kedudukan dokumen 20 Perkara itu, setelah membaca bermacam-macam komen negatif mengenainya, yang semuanya bersifat emosi dan peribadi.

Di dalam penjelasan itu, saya nyatakan bahawa penjelasan sebenar berhubung dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia perlu dibuat bagi mengelak parti pembangkang memperalatkannya untuk kepentingan politik.

Soal kesahihan sebenarnya tidak berbangkit kerana pada hakikatnya, 20 Perkara itu hanya memorandum dan bukan perjanjian yang ditandatangani. Dan ada antara perkara tersebut yang telah pun dimasukkan ke dalam dokumen perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Negara.

Secara peribadi, saya menerima dan menghormati segala pandangan dan komen yang diberikan. Tapi apa yang boleh saya katakan bahawa sebahagian besar komen tersebut bersifat emosional dan peribadi, bukan bersandarkan fakta atau prinsip perundangan. Dalam isu serius seperti 20 Perkara ini, kita tidak seharusnya tenggelam dalam emosi sehingga lupa apa sebenarnya yang diungkapkan.

Perkara 20 yang menjadi benteng Sabah..
Saya berasa agak sedih juga sebab ulasan-ulasan yang diberikan kebelakangan ini sudah terkeluar daripada topik asal, sehinggakan ada yang meminta saya memohon maaf, malah ada yang mendesak saya meletakkan jawatan. Itu semua tidak masuk akal, dan didorong elemen politik.

Jika diamati penjelasan yang saya telah berikan bahawa soal kesahihan 20 Perkara tidak pernah berbangkit, maka komen atau ulasan hendaknya tidak berulang-ulang mengenai `kesahihan' lagi. Lebih penting, komen seharusnya lebih fokus dan mereka yang mengulas hendaklah memahami bahawa dokumen 20 Perkara itu bukannya perjanjian, cuma memorandum.

Di sini elok barangkali saya ringkaskan terjemahan saya mengenai apa yang disebut dalam dokumen 20 Perkara.Terjemahan saya ini mungkin dipersetujui ataupun tidak oleh pembaca. Ini adalah perkara biasa dalam sebuah masyarakat yang mengamalkan kebebasan memberi pandangan sesuai dengan sistem demokrasi. Saya hormati sebarang terjemahan dan mungkin kita boleh "bersetuju untuk tidak bersetuju."

Pada saya secara umum, 20 Perkara merupakan memorandum yang dibentangkan oleh pakatan parti-parti politik utama Sabah kepada Jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-Governmental Committee) yang telah ditubuhkan untuk mengenal pasti dan merangka draf Perlembagaan baru untuk Persekutuan Malaysia yang baru dengan mengambil kira perlindungan dan kedudukan khas Sabah dan Sarawak.

Memorandum 20 Perkara ini merupakan perlindungan perlembagaan yang paling minima yang Pakatan parti-parti politik Sabah mahukan. Wakil-wakil Sarawak juga telah bentangkan Perkara 18 mereka untuk tujuan yang sama.

Saya mendapati Jawatankuasa IGC sudah menggabungkan atau memasukkan perlindungan-perlindungan Perkara 20 dan 18 ini bila mereka membuat pindaan-pindaan relevan terhadap Perlembagaan Malaya ketika itu. Semua pindaan-pindaan perlembagaan ini boleh dilihat di dalam Bab 3 Laporan Jawatankuasa IGC ini.

Dari sisi undang-undang, saya rasakan Perkara 20 sebagai memorandum perkara-perkara minima untuk perlindungan khas Sabah di dalam Perlembagaan bukanlah dokumen undang-undang yang boleh mengikat atau berkuasa. Ianya cuma relevan untuk menjadi bahan rujukan apabila Mahkamah tidak boleh menafsirkan Perlembagaan Malaysia ataupun Perjanjian Malaysia secara tepat.

Artikel 8 dalam Perjanjian Malaysia pula teramat penting kerana ia mewajibkan Kerajaan Malaya, Sabah dan Sarawak untuk mengambil langkah-langkah perundangan ataupun eksekutif untuk merealisasikan pengesyoran Bab 3 Laporan IGC (Lampiran A dan B) sekiranya ia tidak dilindungi atau didapati dalam Perlembagaan Malaysia.

Oleh itu, sekiranya salah satu Perkara 20 tidak diambil kira oleh Jawatankuasa IGC dan tidak tertulis di dalam pengesyoran Bab 3 Laporan IGC, maka Perkara 20 tidak lagi relevan ke tahap itu. Hak-hak yang termaktub di dalam Perkara 20 bergantung kepada Laporan IGC yang menjadi sumber asas untuk Perjanjian Malaysia dan seterusnya Perlembagaan Malaysia.

Sebagai contoh, salah satu Perkara 20 yang tidak direkodkan ke dalam Laporan IGC merupakan Perkara No. 3 yang mengharuskan setiap pindaan terhadap Perlembagaan Sabah perlu mendapat persetujuan rakyat (melalui referendum). Namun ini tidak dilihat di dalam Laporan IGC. Maka dengan itu, Perkara 3 ini tidak lagi relevan untuk masa sekarang.

Kita seharusnya mengkaji Bab 3 dari Laporan IGC untuk mengenal pasti pengesyoran mana yang belum lagi dikuatkuasakan untuk melindungi hak dan kedudukan Sabah dalam Malaysia. Dan bukannya menguatkuasakan Perkara 20 kerana ia bukannya dokumen undang-undang yang relevan untuk masa kini.-8/6/2012 - OLEH SALLEH SAID KERUAK,TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SABAH DAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH

Friday, June 8, 2012


TIDAK keterlaluan jika dikatakan bahawa isu Scorpene adalah isu paling hebat yang boleh dimainkan oleh pembangkang dalam menuju pilihanraya yang akan dating kerana kebanyakan isu-isu lain, pembangkang begitu mudah terkantoi atau tertembak kaki sendiri kerana terlalu mudah untuk dipatahkan. 
 
Tetapi, apabila sesuatu isu membabitkan angka dan juga pihak luar negara seperti pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis, ia akan lebih mudah untuk dimanipulasi untuk mengelirukan rakyat.   

Alasan seperti bukti tidak boleh dikemukakan kerana berada di tangan mahkamah Perancis memudahkan pembangkang mempermainkan rakyat. Justeru, segala tuduhan dibuat sewenang-wenang oleh mereka tanpa perlu membuktikan apa-apa.  

Memetik kata-kata Cynthia Gabriel, Penyelaras SUARAM sebelum ini, beliau menyatakan, “Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”   Jelas, jumlah yang menjadi pertikaian ialah EURO 114 juta dalam transaksi pembelian kapal selam ini.
 
Tetapi, apabila pihak kerajaan menjustifikasi jumlah itu sebagai bayaran untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan kepada syarikat Perimekar, SUARAM tiba-tiba menukar angkanya. 
  
Kini, angka yang disebut sebagai rasuah bukan lagi EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta tetapi USD 1 bilion atau RM3.8 billion pula.  Menurut SUARAM, mereka mempunyai bukti bahawa PM Najib, pada ketika itu Menteri Pertahanan, ada meminta jumlah tersebut untuk dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai komisyen. 

Adalah penting untuk kita memberi perhatian kepada angka-angka yang disebut di sini kerana tidak mustahil pihak SUARAM dan pembangkang akan menukarnya sekali lagi apabila terperangkap bohong.

Perlu diingatkan bahawa nilai keseluruhan kontrak ialah EURO 1.084 billion atau RM3.87 billion.  Ia merangkumi harga 2 kapal selam scorpene termasuk pakej Integrated Logistic Support dan latihan krew bernilai EURO 969.15 juta.  Selebihnya EURO114.96 juta ialah bayaran kepada Perimekar untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan. 

Kesemua dokumen jual beli dan penerimaan wang dibuat secara mengikut prosedur dan boleh dikemukakan sebagai bukti.
 
Jika benar PM Najib ada meminta sebanyak RM3.8 billion bermakna kapal selam tersebut telah diberikan secara percuma kepada Malaysia.  Ini kerana mengikut nilai tukaran matawang pada ketika kontrak tersebut dimeterai iaitu 5 Jun 2002, adalah seperti berikut:  USD 1 bill = EURO 1.06 bill = RM3.80 bill.
 
Memandangkan keseluruhan bayaran kontrak berjumlah EURO1.08 billion sahaja, maka keseluruhan bayaran yang dibuat tersebut adalah berupa rasuah dan urusan jualbeli kapal selam hanyalah ilusi semata-mata. 

Nampak benar SUARAM hanya bermain-main dengan angka untuk mengelirukan rakyat yang mungkin kurang berminat untuk menghalusi fakta dan angka. 
 
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia membuka mata dan memperincikan segala maklumat yang diterima agar tidak mudah dipermainkan oleh pihak-pihak yang ingin melemahkan kerajaan semata-mata untuk mencapai matlamat mereka untuk berkuasa.

Terima kasih Khalid kerna bantu Selangor!
SESEKALI Khalid Nordin bersuara,pencacai PKR dan pembangkang lain tidak tentu arah dan Kahlid mula dituding dan dicerca berbagai sedangkan apa yang Khalid Nordin lakukan adalah untuk membantu kelicinan perjalanan pemerintah PKR di Selangor malah tanpa Khalid Nordin sebagai Menteri Pengajian Tinggi,kerajaan Serlangor tidak mungkin dapat melaksanakan janji mereka untuk memberikan pendidikan percuma bermula di UNISEL.

Khalid,Anwar dan sesiapa sahaha harus mengucapkan terima kasih kepada PM Najib dan juga Khalid Nordin kerana keputusan yang dibuat mengelakkan kepimpinan Selangor terjebak dal;am munafik tetapi Kerajaan Selangor sudah mula menggelabah.Perangkap yang mereka pasang menjerat mereka sendiri.

Mereka ingat isu pendidikan percuma boleh memerangkap kepimpinan Najib sebab itulah selama ini mereka bersungguh-sungguh termasuklah menghasut para mahasiswa untuk berkhemah di Dataran Merdeka menolak skim PTPTN dan Anwar terpekik terlolong menjaja sistem pendidikan percuma andainya mereka memerintah dan juga membakar mahasiswa setipa hari supaya tidak membayar pinjaman PTPTN.

Namun tidak sampai dua hari kerajaan membekukan pinjaman untuk pelajar-pelajar baru UNISEL,Khalid Ibrahim sudah mula berkira-kira untuk menjual harta kerajaan negeri Selangor dan ayam katek yang lemah gemalai Rafizi mula menyerang keputusan kerajaan itu.Sepatutnya mereka ini menyokong tindakan kerajaan itu yang meluruskan segala jalan sulit mereka selama ini untuk memberikan pendidikan percuma di Selangor.

Keputusan Khalid itu juga satu tamparan hebat kepada Anwar,keputusan yang memalukan Anwar yang selama ini begitu yakin mampu memberikan pendidikan percuma namun ternyata Anwar,Rafizi dan sesiapa sahaja yang selama ini berjuang kononnya untuk menghapuskan skim PTPTN itu merupakan satu pembohongan semata-mata dan segala tindakan mereka itu hanyalah umpan politik untuk meraih sokongan mahasiswa.

KPT tolong tunaikan janji Anwar!
Adakah dana Selangor yang Khalid cairkan itu untuk dijadikan bantuan tidak perlu dibayar balik oleh pelajar?Kalau pelajar perlu bayar balik,apa bedanya dengan PTPTN itu?Andainya pelajar tidak membayar apa yang diberikan oleh Selangor kepada mereka,bagaimana pula tindakan kerajaan negeri?

Khalid perlu menyalahkan kegilaan Anwar dan para barua-barua yang sebelum ini begitu hebat menekan kerajaan pusat supaya membatalkan PTPTN dan mempertikaikan keputusan kerajaan itu seperti mereka meludah kelangit dan akhir mereka terpaksa menelan kahak mereka sendiri.

Tindakan PTPTN perlu kita sokong dan dianggap sebagai bijak kerana apa gunanya memberikan pinjaman kepada seseorang yang pasti tidak akan membayarnya balik malah kerana keengganan mereka ini membayar balik pinjaman tersebut akan memberikan kesan jangka panjang kepada kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar lain.

Khalid perlu ingat bahawa hanya pinjaman di UNISEL sahaja yang dibekukan oleh kerajaan kerana rata-rata pelajar di UNISEL itu tidak bertngganungjawab,mereka menangis meraung masa meminjam dan bersetuju dengan apa sahaja syarat yang ditetapkan oleh pihak PTPTN tetapi bila sampai saat membayar,mereka enggan bayar balik kerana dihasut oleh petualang negara bernama Anwar Ibrahim.

Hari ini pelajar jadi mangsa kebobrokan serta penipuan yang dilakukan oleh pembangkang.Suara yang mereka luangkan selama ini untuk memberikan pendidikan percuam kepada pelajar hanyalah suara iblis semata-mata dan akibatnya  pelajar-peljar yang tidak mampu terpeksa berdepan dengan seribu kuslitan,kesulitan yang dipta oleh pemimpin idola mereka.Padan muka!

Namun  adakah rakyat Selangor bersetuju segala harta kerajaan dicairkan untuk dijadikan wang bagi membiayai pelajar-pelajar yang mula mendaftar untuk memasuki UNISEL ini kerana harta yang Khalid mahu cairkan itu bukan harta mak bapak Khalid tapi itu harta rakyat Selangor.

Ini juga saat kerajaan Selangor menunaikan segala janji-janji mereka seperti yang tertulis dalam Manisfesto PRU12 untuk memberikan pendidikan percuma hingga ibu bapa terpedaya dengan mengundi mereka hingga membolehkan pembangkang membentuk kerajaan di Selangor malah inilah ujian pertama kerana selepas ini akan banyak lagi keputusan kerajaan yang tidak akan memihak kepada Khalid dan kerajaan pimpinannya.

Apa agaknya reaksi Anwar dan rasanya ini bakal kenyataan dia…serahkan Putrajaya kepada kami,kami akan hapuskan segala bentuk pinjaman membabitkan pelajar dan akan memberikan pendidikan percuma daripada tadika hingga ke peringkat tertinggi…Bab bohong Anwarlah pakarnya…
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers