Friday, August 29, 2014

Kalau ikut perkiraan pakar strategiklah!

KRISIS politik Selangor telah benar-benar menguji konsep kesepakatan,tahalul siasi dan konsep kerjasama dalam kerajaan campuran PAS,DAP dan PKR  yang mana penghujungnya semua orang telah tahu dan boleh menduga apa kesudahannya,siapa yang bakal diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan ramai pihak mula menelah bahawa krisis yang sedang berlaku ini telah merosakkan hubungan antara mereka yang selama ini dibentuk bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Semua media sentiasa melaporkan dan mendedahkan kemelut yang sedang melanda kerajaan campuran ini dan dari kalangan UMNO serta Barisan Nasional dilihat mula dibuai rasa selesa,tersenyum simpul seolah-olah mereka telah mendapatkan kemenangan politik dan rakyat terbanyak pada perkiraan mereka telah mula berpihak kepada Barisan Nasional.

Soalnya,apakah krisis dalam kerajaan campuran ini benar-benar telah menggembalikan sokongan politik orang-orang Melayu khususnya kepada UMNO dan BN?Kita tidak perlu menunggu lama dan bagaimana berakhirnya episod politik Selangor kerana Tuhan yang sehebat-hebat perancang telah menyediakan medan ataupun ujian terbaik untuk UMNO menilai diri dengan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubur,Kelantan ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Dato Noor Zahidi Omar dan disinilah bermulanya kayu ukur hasil daripada kemelut serta perebutan kerusi MB dalam kerajaan campuran Selangor ketika ini.
Tuesday, August 26, 2014

KJ telanjangkan kerajaan..!

SEHINGGA ke hari ini tidak ada satu pun kenyataan ataupun pandangan daripada ahli-ahli kabinet terhadap kenyataan Khairy Jamaludin,Menteri Belia Dan Sukan dan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menegaskan bahawa beliau bersedia untuk menerima sesiapa sahaja termasuk yang menyokong pembangkang untuk berkerja bersama dengan beliau asalkan penyokong pembangkang tersebut tidak membocorkan rahsia kerajaan.

Kenyataan beliau disiarkan secara meluas oleh media massa dan mengundang reaksi yang bukan sedikit daripada penyokong-penyokong kerajaan terutama sekali cybertroopers UMNO yang selama ini berkerja keras mempertahankan kerajaan dan UMNO dari serangan serta kejian dan makian pembangkang.Namun KJ bersikap sebalik itu malah membuka seluas-luasnya peluang,ata beliau,yang menyokong pembangkang tidak boleh dipaksa untuk menyokong kerajaan.Itu hak mereka..!

Sebenarnya apa yang KJ sebut hari ini adalah mengiyakan segala yang pemimpin-pemimpin UMNO termasuklah Perdana Menteri lakukan hari ini dan benarlah apa yang Tun M melenting selama ini malah pendedahan KJ ini sekaligus membuka reban untuk musang berbulu ayam terus membiak di dalam kerajaan,juga secara tidak langsung mendedahkan juga bahawa kerajaan hari ini sememangnya menyusukan kera di hutan.
Monday, August 18, 2014

Apa agenda Shahrizat usulkan  seorang lagiNaib Presiden Wanita?

TERSENYUM simpul kita bila memerhatikan perjalanan Persidangan UMNO Bahagian-Bahagian yang sedang berlangsung di setiap hujung minggu ketika ini dan lagi menarik bila Wanita UMNO begitu bersungguh-sungguh mengusulkan supaya UMNO menyediakan satu lagi jawatan Naib Presiden di kalangan Wanita secara lantikan walaupun Ketua Wanita telah secara automatik  bertaraf Naib Presiden parti.

Kita tidak tahu apa tujuan sebenarnya Wanita UMNO mengusulkan jawatan itu secara percuma begini  sedangkan pada hakikatnya pertandingan jawatan-jawatan utama dalam parti tidak mengkhususkan kepada lelaki semata-mata tetapi Wanita dan juga Puteri UMNO termasuk Pemuda UMNO Malaysia boleh menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan bukan sahaja Naib Presiden tetapi dibolehkan bertanding Timbalan Presiden ataupun Presiden,itupun jika mereka mempunyai cukup sokongan seperti yang dibenarkan dalam proses menawarkan diri untuk turut bertanding.
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers