Friday, August 29, 2014

Kalau ikut perkiraan pakar strategiklah!

KRISIS politik Selangor telah benar-benar menguji konsep kesepakatan,tahalul siasi dan konsep kerjasama dalam kerajaan campuran PAS,DAP dan PKR  yang mana penghujungnya semua orang telah tahu dan boleh menduga apa kesudahannya,siapa yang bakal diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan ramai pihak mula menelah bahawa krisis yang sedang berlaku ini telah merosakkan hubungan antara mereka yang selama ini dibentuk bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Semua media sentiasa melaporkan dan mendedahkan kemelut yang sedang melanda kerajaan campuran ini dan dari kalangan UMNO serta Barisan Nasional dilihat mula dibuai rasa selesa,tersenyum simpul seolah-olah mereka telah mendapatkan kemenangan politik dan rakyat terbanyak pada perkiraan mereka telah mula berpihak kepada Barisan Nasional.

Soalnya,apakah krisis dalam kerajaan campuran ini benar-benar telah menggembalikan sokongan politik orang-orang Melayu khususnya kepada UMNO dan BN?Kita tidak perlu menunggu lama dan bagaimana berakhirnya episod politik Selangor kerana Tuhan yang sehebat-hebat perancang telah menyediakan medan ataupun ujian terbaik untuk UMNO menilai diri dengan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubur,Kelantan ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Dato Noor Zahidi Omar dan disinilah bermulanya kayu ukur hasil daripada kemelut serta perebutan kerusi MB dalam kerajaan campuran Selangor ketika ini.


Jika tafsiran politik diambil kira, untuk DUN N 01 Pengkalan Kubur ini,cukup dengan meletakkan songkok pun,BN boleh menang besar kerana disamping telah 3 penggal BN mengekalkan kerusi tersebut, PRK kali ini dibuat saat kerajaan campuran PKR,DAP dan PAS berada dalam keadaan cukup krtikal,cukup lemah apatah lagi kuota Pengkalan Kubur adalah calon dari PKR dan bukannya PAS.

Jika dinilai berasaskan kehadiran ahli parti PKR dalam Kongres mereka yang berlangsung baru-baru ini,dewannya kosong berbanding dengan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC hinggga tidak cukup ruang tempat duduk, maka BN melalui songkok yang dimaksudkan akan menang PRK Pengkalan Kubur ini cukup mudah.

Benarkan tafsiran poilitik ini?

Malah bukan hanya perpecahan berlaku bahkan jika ada bunuh membunuh sesama mereka pun dalam PKR,ianya tidak lebih sekadar satu berita gembira untuk kita tahu dan akhirnya kita berkata,lihatlah betapa jahat serta rakusnya mereka kerana ianya tidak membawa apa-apa erti ataupun makna kepada politik kerana sehingga hari ini,sejak istilah transformasi diperkenalkan hingga kini,BN dan UMNO tidak berubah apa-apa dan tidak pernah berfikir bagaimana untuk memenangi hati rakyat yang telah pun menolak PKR.

Ini mungkin terlalu konservatif tetapi terbukti sehinggakan Timbla Presiden UMNO, Muhyuddin Yassin terpaksa mengumumkan untuk mengadakan peraduan mengemukakan idea ~Wow Factor’ dalam perasmian Persidangan UMNO Bahagian baru-baru ini serta menawarkan hadiah lumayan kepada mana-mana Bahagian UMNO yang boleh mengemukakan idea ~wow~ tersebut.

Pada kita, jika peraduan idea `Wow~ baru mahu dibuat,maksudnya untuk melaksanakan idea tersebut ialah pada tahun 2020 nanti dan ini sekaligus memberikan maksud, kita akan menyertai PRK Pengkalan Kubur dan juga jika DUN Selangor dibubarkan sekalipun adalah tanpa factor ~Wow~ itu dan bila menyertai tanpa factor `Wow~ bermaksud juga UMNO akan menghadapi karenah yang sama iaitu soal calon,isu,kemudahan logistik, sabotaj dan berbagai-bagai lagi karenah lain dan ini sekali lagi akan meletakkan BN dan UMNO berada dalam situasi yang sukar walaupun PKR sedang berpecah belah.

Kita fokus di PRK Pengkalan Kubur,rata-rata disebut DUN ini adalah kubu kuat BN,benteng agam UMNO kerana berjaya dimenangi selama 3 penggal berturut-turut.Apa terjadi pun PRK ini tidak memberikan sebarang kesan kepada kerajaan PAS Kelantan jika BN menang sekalipun kerana tidak langsung menggugat kekuatan majoriti mereka apatah lagi kepada PAS itu sendiri kerana DUN ini kuotanya adalah untuk PKR.Kita pasti laporan seperti inilah yang akan diberikan atau disampaikan oleh hubaya-hubaya kepada Presiden parti.

Sehari dua lagi ataupun mungkin sekarang ini akan turun dan berkampunglah pakar-pakar strategi dalam UMNO dan juga dari pejabat Perdana Menteri ke DUN Pengkalan Kubur membuat analisa bagi dipersembahkan kepada PM untuk membuat keputusan. 

Dua pakar hebat ni - Raja Arif dan Sahlan..!
Pakar Strategi yang telah merangka kemenangan peribadi di Pokok Sena,Kedah, Sahlan ismail bersama Pegawai Iringan Khasnya Raja Arif yang sebelum ini hampir-hampir melingkupkan kerajaan BN Terengganu akan turun dengan penuh bergaya bagi mendapatkan maklumat akar umbi untuk merangka strategi kemenangan DUN Pengkalan Kubur.

Sebagai panduan kepada dua `pakar’ yang hebat ini, yang kononnya cukup rapat serta akrab dengan PM, yang kononnya setiap masa dipanggil PM,di sini saya ingin mengemukakan beberapa perkara sebagai asas pertimbangan untuk merangka fatwa-fatwa songsang bagi dilaporkan kepada Presiden parti.

Antaranya, kemenangan tiga penggal Allahyarham Noor Zahidi bukanlah kemenangan UMNO  dan BN seratus peratus tetapi kemenangan itu disumbangkan dengan kekuatan peribadi Allahyarham yang menjadi penyumbang terbesar bagi memastikan kemenangan BN. 

Oleh itu, dalam pemilihan calon untuk menggantikan Allahyarham, rakyat Pengkalan Kubur bukan hanya melihat kepada status kedudukan, kroni kepada Pengarah Strategik dan orang atau calon yang kononnya PM kenal, anak orang berpengaruh tetapi rakyat akan menilai kepada perkhidmatan dan hubungan baik bakal calon dengan masyarakat.

PRK ini tidak semudah yang dijangka kerana jika silap memilih calon, BN dan UMNO akan tewas kepada parti yang paling jijik dan lemah dalam sejarah parti politik tanahair.

Pola sokongan pengundi Pengkalan Kubur kepada BN perlu dikaji secara mendalam dan DUN Pengkalan kubur terbahagi kepada dua iaitu peti-peti undi di sebelah pantai dan peti-peti undi di sebelah darat:-

Peti Undi sebelah pantai :
1.Pengkalam Kubur
2.Ketil
3.Tebing
4.Geting
5.Tujuh
6.Kuala Getting.

Peti Undi sebelah darat :-
1.Simpangan
2.Telaga Bata
3.Bunuhan
4.Jubakar
5.Bendang Pak Yong
6.Teluk Jering

Kekuatan dan kawasan berpengaruh BN berasaskan tiga penggal kemenangan adalah d kawasaan peti undi darat dan kemenangan di peti undi inilah yang dapat menampung kekalahan di peti undi pantai dan dalam pemilihan calon dan merangka strategi, tumpuan serta pandangan daripada pengundi-pengundi di peti undi darat perlu diberikan perhatian.

Jika strategi Pokok Sena,Kedah digunakan di DUN Pengkalan Kubur, memang BN akan berkuburlah di sini manakala dikalangan pengundi Siam di peti undi Jubakar dan kawasan sekitar dimana dalam tiga   pilihanraya telah memberikan sokongan yang padu kepada BN begitu juga dengan pengundi luar negara yang tinggal di Thailand.

Setakat ini UMNO Bahagian Tumpat di bawah pimpinan Allahyarham mampu menguruskannya dengan baik tetapi untuk kali ini tidak dapat di pastikan kerana yang akan turun awal ialah Pengarah Strategi Pejabat PM, Shalan Ismail dan Raja Arif yang mana umum semua tahu mereka berdua adalah kenalan rapat Kamaruddin Jaafar ahli Parlimen Pas Tumpat. Apakah mereka ke Pengkalan Kubur untuk memenangkan UMNO dan BN atau akan membantu Kamarudin Jaafar membamtu mengalahkan calon BN?

Namun saya bersangka baik bahawa mereka turun adalah untuk membuktikan kepada Prresiden parti dan Perdana Menteri bahawa bahawa PM Najib  tetap memerlukan mereka dan kontrak mereka perlu serta wajib disambung kerana  mereka amat mahir  serta bijak merangka strategi untuk memberikan kemenangan besar kepada BN di saat PKR sedang nazak. Kerana bila mereka balik nanti, pasti mereka sudah ada orang yang mereka inginkan jadi calon (pilihan mereka, bukan pilihan rakyat) akan melaporkan kepada PM Najib bahawa semuanya beres, kali ini letak songkok pun  BN boleh menang!

1 comments:

berasiam said...

kalau letak songkok lawan serban, teruk songkok kena balut dek serban.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers