Monday, August 18, 2014

Apa agenda Shahrizat usulkan  seorang lagiNaib Presiden Wanita?

TERSENYUM simpul kita bila memerhatikan perjalanan Persidangan UMNO Bahagian-Bahagian yang sedang berlangsung di setiap hujung minggu ketika ini dan lagi menarik bila Wanita UMNO begitu bersungguh-sungguh mengusulkan supaya UMNO menyediakan satu lagi jawatan Naib Presiden di kalangan Wanita secara lantikan walaupun Ketua Wanita telah secara automatik  bertaraf Naib Presiden parti.

Kita tidak tahu apa tujuan sebenarnya Wanita UMNO mengusulkan jawatan itu secara percuma begini  sedangkan pada hakikatnya pertandingan jawatan-jawatan utama dalam parti tidak mengkhususkan kepada lelaki semata-mata tetapi Wanita dan juga Puteri UMNO termasuk Pemuda UMNO Malaysia boleh menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan bukan sahaja Naib Presiden tetapi dibolehkan bertanding Timbalan Presiden ataupun Presiden,itupun jika mereka mempunyai cukup sokongan seperti yang dibenarkan dalam proses menawarkan diri untuk turut bertanding.


Kita ambil contoh komponen Barisan Nasional iatiu MCA dimana Naib Presiden mereka ada juga dari kalangan Wanita kerana mereka memilih untuk bertanding serta bersaing dengan calon-calon lelaki dan mereka menang, begitu juga dengan parti PKR,Nurul Izah menang secara bertanding dan mereka tidak meminta-minta,mendesak hingga dijadikan usul penting dalam persidangan Bahagian masing-masing.

Kita tidak tahu apa agenda Wanita atau lebih tepat apa agenda Ketuanya yang meminta seluruh Wanita Bahagian mengusulkan usul supaya dilantik seorang Naib Presiden dari kalangan Wanita hingga Hishamudin serta Zahid Hamidi turut menyokong usul tersebut. Sokongan kedua-dua Naib Presiden ini cukup mudah kita fahami dan salah satu sebabnya adalah mereka bimbang hilang sokongan dari Wanita jika tidak menyokong usul tersebut kerana kedua-duanyapasti ada cita-cita politik.

Mengapa Wanita harus meminta-minta kedudukan ini?Kenapa mereka tidak menunggu waktu sepatutnya di Persidangan UMNO Malaysia untuk turut serta bertanding sebagaiman MCA ataupun PKR lakukan?Sikap meminta-minta sebegini boleh dilihat seolah-olah Wanita daam keadaan desperate mencari kedudukan dalam struktur parti. 

Kecuali Wanita UMNO Cheras yang di pimpin oleh Dato Zurinah secara lantang dan terbuka menolak usul tersebut,semua Wanita Bahagian lain yang telah pun bersidang seperti sepakat menerima arahan untuk mengusul bagi mendesak UMNO memberikan kedudukan supaya diadakan khas Naib Presiden untuk Wanita.

Setakat ini Wanita Cheras tolak usul.
Kita tidak nafikan peranan Wanita UMNO membantu gerak kerja parti dan UMNO meriah kerana Wanitalah yang mengimarahkannya tetapi meminta satu lagi jawatan Naib Presiden secara percuma tanpa melelaui proses pertandingan seperti biasa dalam parti memungkinkan Wanita dilihat tidak mampu bersaing dalam pertandingan ataupun lebih malang lagi kerana Wanita itu seperti tulang belakang parti,mereka menggunakan pendekatan mengugut.

Jika dipersetujui usul yang sedang `digilai’ oleh Wanita ketika ini, tidak mustahil selepas ini mereka ula akan menuntut secara percuma supaya diberikan atau diadakan jawatan Presiden ataupun Timbalan Presiden dari kalangan mereka.

Saya menulis begini selepas sekian lama menyepikan diri kerana walaupun usul tersebut begitu lantang dibahaskan tetapi aada di kalangan Ketua-Ketua Bahagian yang berbisik sesama sendiri {takut bersuara,bimbang diboikot} tidak setuju dengan usul tersebut, mereka ini bimbang tindak tanduk Wanita ini yang merasakan mereka cukup penting dalam kerangka parti akan merosakkan parti malah mereka juga mencadangkan (tapi tidak berani bersuara secara terbuka} supaya pada pemilihan UMNO yang akan dating,Wanita yang berminat bileh menawarkan diri bertanding disemua jawatan termasuklah jawatan nombor satu dalam parti.

Ada juga yang berbisik usul tersebut terpaksa dibawa ke dalam mesyuarat UMNO Bahagian kerana mahu menjaga hati Ketua Wanita yang selama ini `menjaga’ mereka dan pada kita apa sahaja tuntutan dan usul Wanita jangan ianya menjadi bahan jenaka kawan dan lawan.

Wanita yang berpotensi untuk diangkat sebagai pemimpin harus berani menerjah ke dalam gelanggang dan tidak meminta-minta kerana meminta-minta bukanlah sikap yang terpuji dan Wanita yang mengusulan usul tersebut kerana disuruh oleh orang-orang tertentu sebenarnya sedang ditertawakan oleh ramai orang diluar sana malah bukan pemimpin Wanita yang mempunyai sahsiah dan jati diri parti.

4 comments:

Anonymous said...

terbaik ulasannya.

Anonymous said...

Ni cuma nak lawan bini KETUM je..

Anonymous said...

Tak perlu untuk dapat jawatan Naib Presiden secara percuma. Kalau ada kekuatan dan pengaruh ditambah dengan minat untuk berjuang untuk rakyat semata-mata bertandinglah terus jawatan Timbalan atau Presiden parti pun boleh.

Tepuk dada tanya selera dan ukurlah baju di badan sendiri. Ada cita-cita dan disulami dengan usaha pasti akan berjaya.

nasirwise said...

DS DR WAN AZIZAH ATAU SEORANG WANITA BOLEH JADI MB SELANGOR?

Ramai Sahabat memperkatakan `eligibility' DS DrWan Azizah, seorang wanita tidak layak di lantik menjadi MB Selangor kerana Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor menulis `HE' di dalam kluasa undang undang.

Penulis membuat sedikit research dan menyelami mengapa PAS tidak setuju DS DrWan Azizah di lantik MB Selangor. Berikut adalah pendapat 2 orang tokoh penganlisis dan Undang undang untuk tatapan bersama.

Mengulas persoalan itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata tidak menjadi halangan untuk seorang pemimpin wanita dilantik menjadi Menteri Besar.

“Dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri tidak menyatakan secara terperinci soal jantina bagi seseorang pemimpin dilantik ke jawatan Menteri Besar cuma yang disebut adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

“Menteri Besar perlulah seorang yang berwibawa, mendapat sokongan majoriti DUN dan juga diperkenan oleh Sultan,” katanya.

Pelantikan seorang Menteri Besar di Selangor terletak di bawah kuasa Sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Di bawah Perkara 55 (2) (a) undang-undang itu, dinyatakan Baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang Menteri Besar.

SANGGAH AMALAN
Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, yang sependapat dengan Mohamed Mustafa, berkata meskipun ia tidak mensyaratkan jantina dalam soal pemilihan Menteri Besar, secara konvensyennya ia didominasi oleh lelaki.

“Tiada kesalahan daripada segi undang-undang, tetapi ia menyanggahi amalan selama ini di mana kaum lelaki yang menjadi Menteri Besar. Tidak salah wanita menjadi Menteri Besar, yang pentingnya merit dan keupayaan mentadbir.
“Walaupun tiada sekatan undang-undang, dalam hal-hal yang berat, di situlah pentingnya kewibawaan seorang lelaki untuk menerajui negeri,” katanya.

Pada ketika ini, belum lagi tercatat dalam sejarah di mana jawatan Menteri Besar di negara ini pernah disandang oleh kaum hawa.Sekiranya wanita dipilih menjadi Menteri Besar, mungkinkah terdapat halangan yang menjejaskan peranannya sebagai Menteri Besar dalam menasihati Sultan dan merasmikan majlis-majlis berbentuk keagamaan?

HALANGAN
Mohamed Mustafa menjelaskan memandangkan belum ada kes duluan sebelum ini, agak sukar untuk menyatakan bahawa sekiranya wanita menjadi Menteri Besar, kelak akan menimbulkan masalah.

“Mungkin halangannya seorang Menteri Besar wanita ialah beliau terpaksa duduk berasingan dengan Sultan, selaku Ketua Agama bagi negeri dalam acara-acara keagamaan seperti merasmikan masjid atau majlis berbuka puasa atau mungkin terpaksa menghantar seorang Exco untuk mengambil alih peranan mewakili Menteri Besar.

“Itu antara kesulitan yang bakal dihadapi dan untuk menasihati Sultan, saya fikir ia tidak menjadi masalah,” katanya.

Dr Shamrahayu turut berpandangan ia tidak sesuai dengan budaya timur di mana pucuk pimpinan tertinggi negara dipegang oleh kaum lelaki.

“Memang tidak boleh dinafikan dan tidak mustahil wanita mampu laksanakan tugas Menteri Besar cuma ia bukanlah amalan tradisi dan akan berlaku kekangan dalam nature of work,” katanya.

Selain Selangor, Perak, Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Negeri Sembilan dalam undang-undang tubuh masing-masing menyatakan Menteri Besar mesti di kalangan mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dan ada yang menyatakan anggota majlis kerajaan negeri mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam. – BERNAMA
sumber
http://www.tv14.my/?p=5508

Dari Segi Undang Undang, Bolehkah Wan Azizah Jadi MB Selangor?
www.tv14.my
» Dari Segi Undang Undang, Bolehkah Wan Azizah Jadi MB Selangor? |


nasirwise.blogspot.com

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers