Monday, August 18, 2014
Apa agenda Shahrizat usulkan seorang lagiNaib Presiden Wanita? |
TERSENYUM simpul kita bila
memerhatikan perjalanan Persidangan UMNO Bahagian-Bahagian yang sedang berlangsung di setiap hujung
minggu ketika ini dan lagi menarik bila Wanita UMNO begitu bersungguh-sungguh mengusulkan
supaya UMNO menyediakan satu lagi jawatan Naib Presiden di kalangan Wanita secara
lantikan walaupun Ketua Wanita telah secara automatik bertaraf Naib Presiden parti.
Kita tidak tahu apa tujuan
sebenarnya Wanita UMNO mengusulkan jawatan itu secara percuma begini sedangkan pada hakikatnya pertandingan
jawatan-jawatan utama dalam parti tidak mengkhususkan kepada lelaki semata-mata
tetapi Wanita dan juga Puteri UMNO termasuk Pemuda UMNO Malaysia boleh
menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan bukan sahaja Naib Presiden
tetapi dibolehkan bertanding Timbalan Presiden ataupun Presiden,itupun jika
mereka mempunyai cukup sokongan seperti yang dibenarkan dalam proses menawarkan
diri untuk turut bertanding.
Kita ambil contoh komponen
Barisan Nasional iatiu MCA dimana Naib Presiden mereka ada juga dari kalangan
Wanita kerana mereka memilih untuk bertanding serta bersaing dengan calon-calon
lelaki dan mereka menang, begitu juga dengan parti PKR,Nurul Izah menang secara
bertanding dan mereka tidak meminta-minta,mendesak hingga dijadikan usul
penting dalam persidangan Bahagian masing-masing.
Kita tidak tahu apa agenda
Wanita atau lebih tepat apa agenda Ketuanya yang meminta seluruh Wanita
Bahagian mengusulkan usul supaya dilantik seorang Naib Presiden dari kalangan
Wanita hingga Hishamudin serta Zahid Hamidi turut menyokong usul tersebut.
Sokongan kedua-dua Naib Presiden ini cukup mudah kita fahami dan salah satu
sebabnya adalah mereka bimbang hilang sokongan dari Wanita jika tidak menyokong
usul tersebut kerana kedua-duanyapasti ada cita-cita politik.
Mengapa Wanita harus
meminta-minta kedudukan ini?Kenapa mereka tidak menunggu waktu sepatutnya di
Persidangan UMNO Malaysia untuk turut serta bertanding sebagaiman MCA ataupun
PKR lakukan?Sikap meminta-minta sebegini boleh dilihat seolah-olah Wanita daam
keadaan desperate mencari kedudukan dalam struktur parti.
Kecuali Wanita UMNO Cheras
yang di pimpin oleh Dato Zurinah secara lantang dan terbuka menolak usul tersebut,semua Wanita Bahagian
lain yang telah pun bersidang seperti sepakat menerima arahan untuk mengusul
bagi mendesak UMNO memberikan kedudukan supaya diadakan khas Naib Presiden
untuk Wanita.
Setakat ini Wanita Cheras tolak usul. |
Kita tidak nafikan peranan
Wanita UMNO membantu gerak kerja parti dan UMNO meriah kerana Wanitalah yang
mengimarahkannya tetapi meminta satu lagi jawatan Naib Presiden secara percuma
tanpa melelaui proses pertandingan seperti biasa dalam parti memungkinkan
Wanita dilihat tidak mampu bersaing dalam pertandingan ataupun lebih malang
lagi kerana Wanita itu seperti tulang belakang parti,mereka menggunakan
pendekatan mengugut.
Jika dipersetujui usul yang
sedang `digilai’ oleh Wanita ketika ini, tidak mustahil selepas ini mereka ula
akan menuntut secara percuma supaya diberikan atau diadakan jawatan Presiden
ataupun Timbalan Presiden dari kalangan mereka.
Saya menulis begini selepas
sekian lama menyepikan diri kerana walaupun usul tersebut begitu lantang
dibahaskan tetapi aada di kalangan Ketua-Ketua Bahagian yang berbisik sesama sendiri
{takut bersuara,bimbang diboikot} tidak setuju dengan usul tersebut, mereka ini
bimbang tindak tanduk Wanita ini yang merasakan mereka cukup penting dalam kerangka
parti akan merosakkan parti malah mereka juga mencadangkan (tapi tidak berani
bersuara secara terbuka} supaya pada pemilihan UMNO yang akan dating,Wanita
yang berminat bileh menawarkan diri bertanding disemua jawatan termasuklah
jawatan nombor satu dalam parti.
Ada juga yang berbisik usul
tersebut terpaksa dibawa ke dalam mesyuarat UMNO Bahagian kerana mahu menjaga
hati Ketua Wanita yang selama ini `menjaga’ mereka dan pada kita apa sahaja
tuntutan dan usul Wanita jangan ianya menjadi bahan jenaka kawan dan lawan.
Wanita yang berpotensi untuk
diangkat sebagai pemimpin harus berani menerjah ke dalam gelanggang dan tidak
meminta-minta kerana meminta-minta bukanlah sikap yang terpuji dan Wanita yang
mengusulan usul tersebut kerana disuruh oleh orang-orang tertentu sebenarnya
sedang ditertawakan oleh ramai orang diluar sana malah bukan pemimpin Wanita
yang mempunyai sahsiah dan jati diri parti.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
4 comments:
terbaik ulasannya.
Ni cuma nak lawan bini KETUM je..
Tak perlu untuk dapat jawatan Naib Presiden secara percuma. Kalau ada kekuatan dan pengaruh ditambah dengan minat untuk berjuang untuk rakyat semata-mata bertandinglah terus jawatan Timbalan atau Presiden parti pun boleh.
Tepuk dada tanya selera dan ukurlah baju di badan sendiri. Ada cita-cita dan disulami dengan usaha pasti akan berjaya.
DS DR WAN AZIZAH ATAU SEORANG WANITA BOLEH JADI MB SELANGOR?
Ramai Sahabat memperkatakan `eligibility' DS DrWan Azizah, seorang wanita tidak layak di lantik menjadi MB Selangor kerana Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor menulis `HE' di dalam kluasa undang undang.
Penulis membuat sedikit research dan menyelami mengapa PAS tidak setuju DS DrWan Azizah di lantik MB Selangor. Berikut adalah pendapat 2 orang tokoh penganlisis dan Undang undang untuk tatapan bersama.
Mengulas persoalan itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata tidak menjadi halangan untuk seorang pemimpin wanita dilantik menjadi Menteri Besar.
“Dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri tidak menyatakan secara terperinci soal jantina bagi seseorang pemimpin dilantik ke jawatan Menteri Besar cuma yang disebut adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
“Menteri Besar perlulah seorang yang berwibawa, mendapat sokongan majoriti DUN dan juga diperkenan oleh Sultan,” katanya.
Pelantikan seorang Menteri Besar di Selangor terletak di bawah kuasa Sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
Di bawah Perkara 55 (2) (a) undang-undang itu, dinyatakan Baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang Menteri Besar.
SANGGAH AMALAN
Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, yang sependapat dengan Mohamed Mustafa, berkata meskipun ia tidak mensyaratkan jantina dalam soal pemilihan Menteri Besar, secara konvensyennya ia didominasi oleh lelaki.
“Tiada kesalahan daripada segi undang-undang, tetapi ia menyanggahi amalan selama ini di mana kaum lelaki yang menjadi Menteri Besar. Tidak salah wanita menjadi Menteri Besar, yang pentingnya merit dan keupayaan mentadbir.
“Walaupun tiada sekatan undang-undang, dalam hal-hal yang berat, di situlah pentingnya kewibawaan seorang lelaki untuk menerajui negeri,” katanya.
Pada ketika ini, belum lagi tercatat dalam sejarah di mana jawatan Menteri Besar di negara ini pernah disandang oleh kaum hawa.Sekiranya wanita dipilih menjadi Menteri Besar, mungkinkah terdapat halangan yang menjejaskan peranannya sebagai Menteri Besar dalam menasihati Sultan dan merasmikan majlis-majlis berbentuk keagamaan?
HALANGAN
Mohamed Mustafa menjelaskan memandangkan belum ada kes duluan sebelum ini, agak sukar untuk menyatakan bahawa sekiranya wanita menjadi Menteri Besar, kelak akan menimbulkan masalah.
“Mungkin halangannya seorang Menteri Besar wanita ialah beliau terpaksa duduk berasingan dengan Sultan, selaku Ketua Agama bagi negeri dalam acara-acara keagamaan seperti merasmikan masjid atau majlis berbuka puasa atau mungkin terpaksa menghantar seorang Exco untuk mengambil alih peranan mewakili Menteri Besar.
“Itu antara kesulitan yang bakal dihadapi dan untuk menasihati Sultan, saya fikir ia tidak menjadi masalah,” katanya.
Dr Shamrahayu turut berpandangan ia tidak sesuai dengan budaya timur di mana pucuk pimpinan tertinggi negara dipegang oleh kaum lelaki.
“Memang tidak boleh dinafikan dan tidak mustahil wanita mampu laksanakan tugas Menteri Besar cuma ia bukanlah amalan tradisi dan akan berlaku kekangan dalam nature of work,” katanya.
Selain Selangor, Perak, Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Negeri Sembilan dalam undang-undang tubuh masing-masing menyatakan Menteri Besar mesti di kalangan mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dan ada yang menyatakan anggota majlis kerajaan negeri mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam. – BERNAMA
sumber
http://www.tv14.my/?p=5508
Dari Segi Undang Undang, Bolehkah Wan Azizah Jadi MB Selangor?
www.tv14.my
» Dari Segi Undang Undang, Bolehkah Wan Azizah Jadi MB Selangor? |
nasirwise.blogspot.com