Sunday, March 20, 2011

PEMBANGKANG  sudah mula menyerang Pehin Taib Mahmod kerana mereka sedar kunci kepada segala kekuatan Barisan Nasional Sarawak terletak di tangan pemimpin veteran ini dan sebagai langkah pertama menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak nanti, PAS dan DAP berganding bahu mempersoal serta memperlekehkan kata janji Ketua Menteri Sarawak ini walaupun Taib Mahmod sudah membayangkan melepaskan jawatannya setelah selesai Pilihanraya Negeri Sarawak namun bagi pembangkang katajanji itu adalah palsu dan mahu mengabui mata rakyat.

Janji beliau,peralihan kuasa akan berlaku dan beliau berjanji inilah pilihanraya terakhir yang disertainya dan akan memastikan peralihan kuasa akan berjalan lancar serta sempurna dan memastikan Barisan Nasional terus kukuh di tangan pengganti yang akan dinamakannya setelah mendapat persetujuan parti-parti komponen di Sarawak.Dan berundur ketika perang baru bermula bukan langkah yang bijak serta bertanggungjawab.

Soalnya mengapa pembangkang begitu bersungguh menghasut rakyat Sarawak untuk membenci kepimpinan Ketua Menteri itu?Fitnah,caci maki dan segala umpatan dilempar serta dibongkarkan walaupun kesahihan kepada segala laporan baik yang datang dari dalam dan luar Negara belum disahkan kebenarannya?Adakah mereka merasakan bahawa peluang untuk menang terlalu sukar sekiranya Taib Mahmod masih diberikan mandat mengepalai jentera pilihnaraya?Pembangkang dilihat begitu terdesak dan menggunakan segala upaya untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di Sarawak ini.

Serangan pembangkang bukan baru.Setahun sebelum ini pun mereka telah menyerang Taib Mahmod bukan sekadar berkisar kepada kepimpinannya di Sarawak tetapi turut memunggah tenaga tentangan daripada luar Negara dengan mendedahkan berbaga-bagai kepincangan Taib Mahmod termasuklah kekayaan peribadi yang ditokok tambah untuk menyakinkan rakyat Sarawak,kepimpinan Ketua Menteri ini perlu ditolak.

Tidak cukup gabungan hasutan daripada dalam dan luar Negara, kepimpinan Taib Mahmod diugut dan dicanangkan sebagai boleh terjadi seperti mana rakyat Mesir dan Libya yang sedang menolak kepimpinan sekiranya Taib Mahmod tidak berundur daripada kerusi Ketua Menteri Sarawak dan kita percaya budaya ugutan ini akan dicanangkan sepanjang kempen pilihanraya nanti.

Ketakutan pembangkang terhadap kepimpinan Taib Mahmod ini boleh dirasai dan mereka bagaikan menyedari bahawa untuk menumbangkan Barisan Nasional di Sarawak,pembunuhan karekter kepimpinan Taib Mahmod perlu dilakukan dengan apa cara sekalipun dan membiarkan Taib Mahmod mengetuai kempena PRN Sarawak ini adalah sesuatu yang mustahil untuk pembangkang menambah kerusi serta menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Mereka juga sedar bahawa bukan mudah untuk merubah kesetiaan rakyat Sarawak terhadap kepimpinan Taib Mahmood ini.Kaum Cina yang berbangsa Fuchow terkenal dengan kesetiaan mereka terhadap pemimpin walaupun BN kalah di Sibu tapi bukan factor kepimpinan Taib namun lebih kepada protes terhadap legasi kepimpinan Sibu sebelum ini  dan kaum inilah yang mendominasi ataupun yang bakal menjadi penentu kepada kelansungan kepimpinan Barisan Nasional nanti.

Pembangkang tidak ada pilihan selain daripada `mencencang’ personaliti serta keperibadian Taib Mahmod supaya rakyat boleh yakin bahawa selama ini rakyat Sarawak diperdaya oleh kepimpinan Taib Mahmod dan pasukan Barisan Nasionalnya.Mereka menyedari cengkaman Taib Mahmod selama memerintah Sarawak perlu dilonggarkan selonggar mungkin dengan apa cara sekalipun termasuklah menabur fitnah serta mereka=reka berbagai fakta dan auta.

Dalam apa sahaja keadaan untuk meruntuhkan tembok Barisan Nasional yang Taib Mahmod bina bersama rakan-rakan gabungan bukan sesuatu yang mudah dan sebagai pemimpin veteran, dihujung-hujung pemerintahannya, Taib Mahmod tidak mungkin akan membenarkan pembangkang mencalar ataupun memberikan titik hitam atas jasa dan perjuangannya membangunkan Sarawak selama ini.Pembangkang perlu ada kesedaran ini!

Politik Taib Mahmood adalah melalui proses seni yang serba berkemungkinan dan kita amat yakin yang beliau sedar tanggungjawab yang harus beliau pikul iaitu memastikan Sarawak kekal sebagai antara kubu kuat Barisan Nasional yang tidak mampu digugat oleh ketamakan nafsu pembangkang. Malah pembangkang akan manipulasikan segala taktik-taktik kotor dan tidak bertanggungjawab bagi meraih undi serta kepercayaan rakyat bagi memastikan BN tumbang di Sarawak kerana inilah talian hayat terakhir yang mereka ada untuk survival politik pembangkang di Negara ini.

Taib Mahmod seorang pemimpin yang tahu membalas balik segala perbuatan ataupun kenyataan yang dilemparkan kepadanya dan sebagai seorang pemimpin veteran,Taib Mahmod tahu masanya untuk berundur dan taktik-taktik pembangkang yang sedang digunakan ketika ini dilihat mampu menikam diri mereka sendiri. Kepimpinan Taib Mahmod telah teruji dalam banyak pilihanraya dan beliau mampu berdepan dengan kegetiran cabaran pembangkang terhadap kepimpinannya.

Karier politik Taib Mahmod mempunyai warna tersendiri dan sejarah lampau membuktikan bahawa beliau bukan seorang ahli poltik yang mudah djijinakkan oleh fitnah serta prasangka daripada lawan ataupun kawan dan kita perlu yakin untuk kesekian kali ini panji-panji Barisan Nasional akan terus berkibar dan dipertahankan oleh Taib Mahmod di Bumi Kenyalang ini kerana ianya bukan sahaja untuk kestablian politik negara dan masa depan rakyat terutamanya di Sarawak tetapi untuk mempertahankan maruah Taib Mahmod secara peribadi.

1 comments:

Bahtera Merdeka said...

Salam Bro.

Seperti biasa gerombolan pakatan pembangkang akan memainkan apa sahaja isu yg boleh menaikkan kemarahan, kebencian dan sentimen perkauman dan agama.

Kita Taib akan menempuhi segala kerenah ini dengan baik dan rakyat pasti akan bersama BN kerana jasanya tidak dapat kelupakan begitu sahaja.

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers