Friday, March 18, 2011
Gaya seorang pembohong! |
RAKYAT Sarawak yang bakal berdepan dengan PilihanRaya Umum nanti diingatkan supaya sama sekali tidak mudah terpedaya dengan segala janji-janji yang Anwar bakal taburkan.Mengenali saat Anwar untuk berbohong cukup mudah. Bila Anwar membuka mulutnya untuk berkata-kata ataupun berceramah, ketika itulah Anwar akan berbohong, selagi beliau tidak bercakap,selagi itulah dia benar.
Anwar dianugerahkan Tuhan berbagai-bagai kepandaian dan muslihat.Anwar pandai berceramah, cukup pandai berjanji dan lagi pandai apabila dia memujuk. Anwar ada kepakaran untuk berbohong, putarbelit dan memberikan segala harapan-harapan kosong dan segala kepandaian yang Anwar ada ini tidak ada pada pemimpin-pemimpin lain.
Pilihanraya Sarawak ini sekali lagi akan dijadikan medan untuk Anwar menjaja cerita-cerita lamanya.Medan untuk beliau mengasah bakat-bakat bohong serta penipuannnya ,gelanggang untuk beliau menghasut rakyat bagi mempercayai segala cerita-cerita dongengnya,medan untuk menyakinkan rakyat Sarawak kononnya beliau adalah bakal Perdana Menteri yang hebat selepas PRU13 nanti.
Selama kempen pilihanraya nanti, Anwar akan menunjukkan kepada rakyat Sarawak kononnya beliau sahajalah pemimpin yang bijak,bertanggungjawab dan bakal merubah nasib serta masa depan rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak kan diperbodohkan dengan segala kepintaran Anwar untuk menabur janji-janji palsunya.Anwar ada kepakaran ini dan mampu memperdayakannya,itupun seandainya rakyat Sarawak merelakan diri mereka diperbodohkan oleh makhluk sesumpah ini.
Kita percaya beliau akan menggunakan segala taktik-taktik liciknya.Beliau akan cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi rakyat Sarawak supaya yakin dan percaya kononnya beliau diftnah,ada konspirasi yang mahu menghalangnya untuk menjdi Perdana Menteri sehingga diheret ke mahkamah bagi berdepan dengan kes yang beliau anggap sebagai palsu walaupun semakin ramai menyedari bahawa beliau sememangnya penjenayah liwat.Beliau mahu rakyat Sarawak melihat beliau sebagai pejuang dan bukannnya sebagai seorang pengkhianat dan juga peliwat.
Penolakan oleh mahkamah sampel DNA yang melibatkan beberapa barangan akan dimanipulasikan oleh Anwar untuk melengkapkan skrip konspirasi yang beliau nyanyikan sekian lama dan beliau akan terus mempersendakan mahkamah.Menghina seluruh sistem yang beliau anggap tidak memihak kepadanya.
Selain kempen menjanjikan royalti minyak 20% kepada Sarawak yang beliau dan kuncu-kuncunya dendangkan sedangkan sewaktu beliau jadi Menteri Kewangan dulupun,beliau tidak mampu untuk tunai janji 20 % ini dan beliau akan menjanjikan segala-galanya lagi termasuklah memberikan tempat sebagai Timbalan Perdana Menteri dari Sarawak.
Bayangkanlah betapa bohongnya Anwar ini, berapa ramai pula jawatan Timbalan Perdana Menteri yang beliau janjikan sebelum ini-satu dari Sabah,satu dari DAP dan satu dari PAS dan mungkin beliau juga boleh berjani untuk melantik setiap orang daripada seluruh kaum etnik yang adalam Negara ini sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mudah sungguh Anwar berjanji!
Anwar tidak akan segan silu untuk menipu,berjanji dan mengheret rakyat Sarawak untuk diperbodohkan bagi mempercayai segala agenda jahatnya dan penipuan-penipuan Anwar ini akan dipanjangkan lagi oleh barua-baruanya yang sentiasa bergerak seiring dengan Anwar bagi mencapat matlamat beliau menghuru harakan Sarawak.
Anwar tidak akan segan silu untuk menipu,berjanji dan mengheret rakyat Sarawak untuk diperbodohkan bagi mempercayai segala agenda jahatnya dan penipuan-penipuan Anwar ini akan dipanjangkan lagi oleh barua-baruanya yang sentiasa bergerak seiring dengan Anwar bagi mencapat matlamat beliau menghuru harakan Sarawak.
Rakyat Sarawak yang bakal berdepan dengan senario plitik baru ala Anwar ini yang penuh dengan penipuan dan kelicikan muslihatnya boleh terpedaya dengan seribu wajah-wajah kempen yang bakal Anwar mainkan.Anwar akan mencuba sedayanya untuk meruntuhkan kepercayaan dan keyakinan rakyat Sarawak terhadap kepimpinan Taib Mahmod selama ini.Berbagai sumber dari agensi luar dan dalam Negara akan dipergunakan untuk menumbangkan kerajaan BN di Sarawak ini oleh Anwar Ibrahim.
Anwar boleh menjadi Iban,Kadazan,Murut dan sebagainya.Anwar boleh menyanyi,berzanji,membaca al-Qur`an dan boleh menghafal Injil,Taurat atau Zabur. Anwar bolej menjadi Islam,Budha dan Kristian dalam satu-satu masa.Ini jarang mampu dibuat oleh pemimpin lain.
Beliau akan menghasut rakyat dan hasutan ini telah pun berlaku sekian lama dan makin rancak bila gendang Pilihanraya Umum Sarawak dipalu dan demi menjaga keharmonian Bumi Kenyalang ini, kepimpinan yang masih ada perlu berbuat sesuatu untuk menghalang Anwar melebarkan gerakan hasutannya ini walaupun terpaksa menggunakan berbagai akta yang ada di Sarawak untuk menghalangnya.
Sejarah membuktikan di mana kaki Anwar pijak,mudaratnya lebih besar memusibahkan rakyat.Anwar jadi berani kerana tidak ada sesiapa yang berani bertindak ke atasnya.Anwar berani menghasut kerana yakin dan percaya rakyat Sarawak boleh termakan hasutannya.Anwar adalah Raja Lawak yang boleh menukar wajahnya kepada berbaga-bagai watak.Rakyat Sarawak jangan terpedaya!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments: