Tuesday, January 18, 2011

Beliau tidak layakkah sebagai Pengerusi Perhubungan
KEDAH sudah mengatur langkah memperkukuhkan gerakan parti untuk menghadapi  pilihanraya ke tiga belas.Pulau Pinang juga begitu termasuklah Perlis yang mula menampakkan kejernihan hubungan antara Pengerusi Perhubungan dengan Timbalannya .Cuma jawapan kepada mata yang sedang memerhatikan kepada dua buah negeri iaitu Selangor dan wilayah Persekutuan nampaknya belum lagi ada tanda-tanda menggerakkan jentera terutama sekali di Wilayah Persekutuan.

Sehingga ke hari ini Wilayah Persekutuan yang dilihat serta dilabelkan sebagai jendela menguji kekuatan dan pengaruh UMNO masih lagi terumbang ambing dan ditambah pula dengan kesibukan Pengerusi Perhubungannya yang terpaksa menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran.

Ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi seakan-akan tercari-cari pelan pemulihan ekoran tsunami politik 2008 lalu dan rata-rata berpendapat bahawa sehingga ke hari ini tidak kelihatan pun satu gelombang baru yang dibangkit atau digerakkan oleh kepimpinan baru hari ini untuk menguasai beberapa buah kerusi Parlimen yang telah jatuh ke tangan pembangkang.Mereka dilihat seperti berada di dalam keadaan selesa dan yakin kononnya rakyat akan berubah semata-mata kerana melihat kepincangan demi kepincangan berlaku dalam pembangkang.

Tindakan dan keputusan Presiden UMNO tidak melantik Menteri Wilayah Persekutuan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO  sesuatu yang cukup mengecewakan rata-rata ahli UMNO di Wilayah Perrsekutuan ini. Menafikan hak Menteri Wilayah ke jawatan itu adalah melanggar beberapa tradisi sebelum ini bilamana  seseorang yang dilantik Menteri sekaligus menjawat jawatan itu seperti bekas-bekas Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini.

Kita tidak nafikan UMNO Wilayah Persekutuan sebelum ini pernah dipimpin oleh pemimpin yang bukan daripada kalangan Ketua-Ketua Bahagian tetapi selepas Drs Suleiman Mohamad, UMNO Wilayah Persekutuan dipimpin oleh Tengku Adnan Mansor dan Zulhasnan Rafique,kedua-dua mereka ini adalah Menteri Wilayah Persekutuan sewaktu memegang amanah Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan.

Malah Dato Seri Dr Suleiman Mohamad walaupun hanya ketika itu menjawat jawatan Timbalan Menteri pun boleh dilantik ke jawatan itu menggantikan Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan mengenepikan Raja Nong Chik untuk jawatan itu sebagai menafikan kemampuannya ataupun tidak yakin dengan kemampuan Senator ini untuk menguruskan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.Kalau tidak yakin, atas keyakinan mana pula beliau diangkat sebagai Menteri?Drs Suleiman hanya Timbalan Menteri dan takkanlah sebagai Menteri penuh Raja Nong Chik tidak ada hak?

Dengan meletakkan Raja Nong Chik di kedudukan kedua dalam perhubungan akan memberikan kekangan untuk beliau melaksanakan tugas-tugas selagi tidak mendapat perkenan daripada Pengerusi Perhubungan.Ini kerana sejak akhir-akhir ini sindorm berkerja untuk individu mengatasi kehendak dan kemahuan berkerja untuk memperkasa ataupun memperkukuhkan parti.

Malah ada juga yang menganggap tindakan Presiden UMNO tidak melantik Raja Nong Chik sebagai penghinaan secara diam, tamparan yang memalukan dan memberikan petunjuk secara jelas bahawa Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai belum cukup bersedia untuk memimpin organisasi di peringkat negeri. 

Kalau beliau tidak mampu memimpin UMNO yang membolehkan beliau mendapat tempat sebagai Menteri maka jelaslah juga beliau tidak mampu memimpin Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar ini kerana skop tugasnya lebih besar dan meluas.

Rata-rata ahli UMNO juga hairan bagaimana Ketua-Ketua Bahagian dalam Wilayah Persekutuan ini boleh menerima penghinaan terhadap Menteri Wilayah ini? Kalau sebelum ini ada beberapa Ketua-Ketua Bahagian yang begitu lantang mahu kepimpinan tertinggi parti memilih daripada kalangan mereka terutama sekali Menteri untuk memegang jawatan itu tapi kali ini mereka tunduk dan akur dengan segala keputusan yang dibuat.

Sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik harus diuji dan diberikan tanggungjawab besar untuk memimpin UMNO Negeri sejajar dengan kedudukan dan jawatan kabinetnya.Meletakannya di kedudukan kedua dalam hiraki parti adalah satu tindakan dan keputusan yang memalukan beliau.Mengapa sebegini sekali belau dimalukan?Takkan Menteri tidak layak jadi Pengerusi Perhubungan?

Malah daripada sumber yang layak dipercayai Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk menmgosongkan kerusi Pengerusi Perhubungan untuk diberikan laluan kepada Menteri Wilayah mengisinya tetapi kerana beberapa factor dalaman dan kurang keyakinan kepada kemampuan Raja Nong Chik memikul tugas dan tanggungjawab itu, nasib dan masa depan UMNO Wilayah Persekutuan terus digalas dan terbeban dibahunya.

Daripada beberapa sumber juga mendedahkan bahawa kepimpinan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan sebelum ini pernah cuba disentap turun dari jawatan itu dengan beberapa memorandum.Mengapa kali ini tidak ada memorandum yang dibuat kepada Perdana menteri untuk melahirkan kekecewaan mereka?

UMNO Wilayah Persekutuan terbukti mempunyai pasukan kepimpinan yang hebat-hebat hari ini dan mustahil tidak ada orang lain termasuklah Menteri Wilayah Persekutuan untuk mengetuainya? Dalam UMNO memo tidak perlu tandatangan 2/3 dan hanya cukup dua atau tiga Ketua Bahagian yang bersetuju maka biasanya kepimpinan akan memandang serius tuntutan dalam memorandum itu.

2 comments:

SUARA RAKYAT said...

Sdr tolong pautkan blog AYT diblog sdr. Sanggahtokjangut sudah dipautkan. tks

Anonymous said...

Apa yg penting ialah kerjasama @ teamwork, tidak kira siapa pun Pengerusinya.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers