Wednesday, August 10, 2011

Rosmah harus buktikan beliau mangsa fitnah!
SEBENARNYA tidak ada sebab untuk memilih menulis tentang Rosmah Mansor kerana beliau bukanlah sesiapa,beliau bukan wakil rakyat yang dipilih melalui pilihanraya ataupun Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk bertanggungjawab terhadap mana-mana kementerian  tetapi beliau hanyalah  secara kebetulan isteri seorang Perdana Menteri yang sedang hebat diperkatakan oleh kawan dan lawan ketika ini.

Rosmah Mansor ketika ini ternyata dijadikan sasaran berterusan pembangkang untuk mempertikaikan peranan yang beliau mainkan sebagai isteri Perdana Menteri malah ada yang melihat kadang-kadang tindak tanduk beliau tidak mencerminkan kedudukannya sebagai seorang isteri yang seharusnya berdiri di belakang suami untuk membantu sekadar yang termampu.

Kita tidak tahu apakah punca sebenar Rosmah Mansor diserang bertubi-tubi oleh pembangkang?Adakah beliau dilihat sebagai kelemahan PM Najib ataupun dia dilihat sebagai kekuatan yang harus diruntuhkan seandainya pembangkang bercita-cita untuk menawan Putrajaya?Ataupun pembangkang sedang irihati melihat kecemerlangan Rosmah membantu suaminya untuk mengemudikan Negara ini?

Suka atau tidak, kita harus mengakui bahawa idea menubuhkan PERMATA adalah satu idea yang bagus demi survival kanak-kanak Malaysia.Jelas Rosmah begitu bersungguh menjayakannya tanpa mempedulikan apa kata pengkritik terhadap idea beliau itu hingga ada yang mengatakan bahawa campurtangan berterusan Rosmah terhadap gagasan ideanya itu seperti mengambilalih peranan serta tanggungjawab kementerian berkaitan.Itulah persepsi yang terus dimainkan oleh pembangkang.

Namun sikap berdiam diri Rosmah menimbulkan banyak masalah kepada kerajaan dan parti pimpinan suaminya PM Najib.Setiap isu yang timbul ataupun fitnah yang dilemparkan, Rosmah lebih mudah mengambil sikap berdiam diri dan menguncikan segala kenyataan dengan membiarkan fitnah ataupun kenyataan demi kenyataan terhadap diri beliau dicanai semahunya oleh pembangkang dan orang-orang yang tidak senang dengan kedudukan ataupun ideanya.

Dalam saat beliau diserang atau difitnah bertubi-tubi,ramai yang berharap agar beliau tampil untuk mempertahankan dirinya atau mengambil tindakan undang-undang sebagaimana Rais Yatim mengambil tindakan undang-undang apabila beliau dan keluarganya difitnah.Mereka mahu Rosmah buktikan segala serangan-serangan peribadi terhadap beliau selama ini adalah fitnah semata-mata.

Rosmah tidak boleh berharap semata-mata kononnya rakyat boleh menilai ataupun berselindung di sebalik kenyataannya bahawa beliau berpendidikan dan tidak salah membantu suaminya dalam soal-sola yang melilibatkan pentadbiran Negara walaupun sebelum ini tidak ada dalam sejarah Negara seorang isteri begitu sekali menggunakan kedudukan hingga dilihat lebih sudu dari kuah.

Benar kita setuju kalau itu sejarah yang diubah dan boleh menguntungkan kerajaan dan parti tapi dalam masa yang sama, Rosmah harus juga mengambil kira pandangan orang-orang bawah ataupun rakyat yang semakin hari dimomokkan dengan segala cerita dan berita negatfi tentang beliau dan dalam masa yang sama Rosmah dilihat langsung mengenepikan penyokong-penyokong serta keluh kesah rakyat diperingkat akar umbi.

Kata orang berani kerana benar,takut kerana salah dan kebimbangan inilah yang menghantui penyokong kerajaan dan parti apabila sikap berdiam diri Rosmah itu akan ditafsirkan sebagai benar-benar bersalah dan Rosmah meletakkan parti dan kerajaan dalam keadaan yang lebih rumit..Terlalu payanh menangkis serangan pembangkang apabila tuan tubuh sendiri berdiam diri seribu bahasa.

Kita tidak berniat untuk mengungkit segala macam tomahan yang dilemparkan terhadap beliau kerana kita sendiri pun seram sejuk dengan segala tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang namun sikap `memekakkan telinga dan menebalkan muka’ merungsingkan ramai dan rakyat perlu rungsing kerana beliau adalah orang yang disahkan rapat serta akrab dengan Perdana Menteri.

Logiknya isu cincin ini gila!
Sebagai satu  contoh,dalam isu cincin berlian yang dikatakan bernilai USD24 juta itu dan isu ini dimomokkan oleh seorang penyokong PKR dari Rembau, seharusnya Rosmah tampil mengambil tindakan undang-undang dan mengheret pemfitnah ini ke muka pengadilan tapi malangnya Rosmah tidak ada ketegasan ini dan membiarkan isu cincin itu diperkatakan baik di kedai kopi atau di mana-mana sahaja dan jawapan Rosmah yang tidak mahu melayan isu ini bukanlah penamat kepada segala dakwaan yang dilemparkan itu.

Mencari simpati dan pengertian dalam kedudukan parti dan kerajaan yang dilihat tidak kuat ini, Rosmah seharusnya lebih berani untuk `mengajar’ sesiapa sahaja yang melemparkan fitnah terhadap beliau kerana fitnah-fitnah itu bukan sahaja mencemarkan maruah beliau tetapi turut menjadikan PM Najib terpalit sama dan lebih malang lagi parti dan kerajaan akan dimangsai secukupnya oleh pembangkang yang mengambil kesempatan atas sikap berdiam diri itu.

Lihat bagaimana Anwar Ibrahim dan Wan Azizah menggunakan mahkamh untuk menutup krtikan ataupun tudahan terhadap beliau dan tindakan yang dibuat oleh suami isteri malang ini sedikit sebanyak berjaya menyentapkan gerakan untuk lebih membongkar lagi penipuan dan pembohongan mereka. Rakyat hari ini lebih yakin Anwar dan Wan Azizah tidak bersalah kerana  `keberanian’ yang mereka tunjukkan itu.

Kita tidak minta banyak ataupun kurang daripada Rosmah.Kita hanya mahu beliau tampil mempertahankan dirinya kerana hari ini beliau telah dijadikan sasaran kritikan,tohaman dan celaan yang cukup hebat daripada pembangkang hingga sampai kepada satu peringkat, beliau dianggap liabaliti kepada parti dan kerajaan pimpinan PM Najib.

Mengapa pembangkang begitu berani sekali?Sebabnya cukup mudah kerana mereka yakin Rosmah tidak ada keberanian untuk mempertahankan dirinya apatah lagi untuk mengambil tindakan undang-undang. Kita bukan tidak saying Rosmah tapi kita lebioh sayangkan parti dan kerajaan.Pemimpin boleh dating dan pergi tapi institusi dalam apa sahaja keadaan perlu dipertahankan maruah dan kredibilitinya.

Kita perlu ingat dan sedar bahawa politik Malaysia ini sedang dibina berdasarkan persepsi.Fakta dan bukti bukan lagi menjadi keutamaan.Kegagalan menguruskan persepsi akan banyak mendepani kerajaan dan parti dalam masalah.Kita perlu akui dalam menguruskan persepsi hari ini, pembangkang telah berjaya.

Sikap berdiam diri Rosmah banyak kesan buruknya kepada parti dan kerajaan dan lagi lama Rosmah berdiam diri,lagi banyak masalah kepada kerajaan dan jentera parti..

4 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan. Betul Datin Seri Rosmah harus mempertahankan diri beliau secepat mungkin sebelum terlambat. Sayer agak terkejut bila pulang ke kampung di mana dulu orang orang kampung dan ibu ibu adalah penyokong kuat UMNO dan memang tidak peduli kpd Pembangkang tetapi sekarang mereka berpaling arah dan membaca "Haramkah" dan lebih percaya daayah pembangkang dari BN. Kalu ini di biarkan UMNO dan BN akan jadi lipatan sejarah....terpulang kepada Datin Seri Rosmah untuk mengambil tindakan segera....

Anonymous said...

masalah hari ini adalah.....PEMBANGKANG sudah tidak mensasarkan DS Najib krn setiap tindakan beliau secara tidak langsung diakui kebenarannya oleh PIHAK PEMBANGKANG.......namun, mengheret DS Rosmah sebagai serangan politik pembangkang......adalah umpama API DLM SEKAM.....membakar dan menjulang api secara sedikit

Anonymous said...

Org kampung skrg bukan mcm org kampung dulu bro..kami pun dlu suka n syg pd umno tp apbl mlihat telatah n gaya hdup pmimpin umno kdg2 rkyat jd mluat..dimana2 pmimpin2 umno ni same je perangainya mlainkan sorg dua.. jd kalau umno nak trus memerintah, pmimpin n umno kne berubah kalau tidak tgulah PRu 13 nti mgkin rakyat akan jdkan Umnobn pbangkang..

imi said...

Haiiiii...saudara STJ ni nak membela kee atau sengaja nak menjatuhkan maruah isteri pm...sebab kalau d saman lagi banyak yg akan terungkai..diam2 udah la...

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers