Wednesday, August 3, 2011

SEMUA pihak harus melihat agenda portal pembangkang terutama sekali  MalaysiaKini dan Malaysia Insider yang semakin melampau corak pemberitaan mereka dan dilihat semakin tidak bertanggungjawab apabila  tanpa segan silu tulisan yang dilaporkan  meniup api permusuhan dan dalam masa yang sama menjaja segala fitnah-fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap kerajaan.

Mereka mengejar rating hingga sanggup meminggirkan rasa cinta terhadap agama,bangsa dan negara dan langsung tidak  menghormati prinsip perpaduan kaum yang dimeterai sekian lama malah pengurusan kedua-dua portal ini bagaikan sekumpulan manusia yang dirasuk untuk bersaing dan mempertaruhkan negara dengan meletakkan nasib negara  dalam keadaan yang tidak ketahuan untung atau rugi.

Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multi Media (SKMM) tidak boleh memejamkan mata atas alasan mendokong kebebasan akhbar untuk  bersuara sedangkan gerakan kedua-dua buah portal ini boleh mengundang kepada kemusnahan sebuah negara bangsa malah corak pemberitaan mereka penuh dan putar belit tanpa fakta yang kukuh untuk mendokong tulisan ataupun berita yang dilaporkan.

Mereka hilang kejujuran dan rasa insaf.Tulisan mereka umpama serigala lapar yang sanggup membaham apa sahaja demi mengisi tembolok kepentingan mereka.Tulisan mereka seperti tunduk kepada apa yang mereka dijanjikan, dalam apa sahaja keadaan dan ketika,rakyat atau pembaca perlu dihasut dan menelan hasutan tulisan yang dilaporkan dalam apa sahaja keadaan.

Sudah sampai masanya Kementerian Dalam Negeri dan SKMM yang berkuasa menggunakan segala kuasa yang ada menghentikan gerakan-gerakan pemberitaan gila yang sedang diwacanakan oleh karyawan portal-portal ini.Palin penting membuktikan kepada rakyat negara ini bahawa mereka semua ini didalangi oleh agen-agen asing yang mahu melihat negara ini runuh ataupun bergerak mengikut acuan mereka.

Prinsip kebebasan media harus dipimpin sejajar dengan keperluan ataupun tuntutan yang terkandung dalam segala undang-undang Negara ini dan harus berpaksi kepada Perlembagaan Persekutuan tetapi  portal-portal ini bagaikan tidak langsung menghormati undang-undang sedia ada kononnya atas alasan mereka harus diberikan peluang untuk menyatakan pendapat serta pandangan masing-masing.

Portal ini dilihat semakin hari semakin galak meniup api perkauman dan permusuhan malah tidak keterlaluan dikatakan mereka telah secara jelas mejadi lidah penyambung kepada perjuangan pembangkang dalam negara ini  sehingga tulisan yang dicetak langsung tidak mencerminkan kehendak lebih 23 juta rakyat dalam negara ini.

Tulisan dan laporan berita mereka bercorak khianat,adu domba yang keterlaluan dan mereka seperti meletakan undang-undang cyber di tangan mereka tanpa ada sesiapa yang berani untuk menyentuh gerakan penulisan yang sedang mereka lakukan ini apatah lagi untu mengambil tindakan walaupun jelas kebanyakan tulisan pemberita-pemberita mereka menghasut dan boleh mencetuskan perbalahan kaum dan etnik dalam Negara ini.

Kerajaan dilihat seperti takut untuk mengambil tindakan kepada portal-portal ini malah untuk mengekangnya pun kerajaan tidak berani, mungkin mereka bimbang menghadapi tekanan daripada portal ini meskipun sebahagian besar rakyat bersedia bersama kerajaan bagi menjamin Negara dan rakyatnyai hidup aman damai tanpa provokasi melampau pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Kerana tidak ada tindakanlah yang menyebabkan portal-portal ini jadi berani walaupun PDRM memberikan peringatan akan mengambil tindakan terhadap penghasut tetapi  sampai hari ini tidak ada walaupun sebesar zarah sekalipun tindakan diambil terhadap portal-portal ini.

Mereka inilah yang menjadi agen menghidupkan semangat BERSIH 2.0, menjadi suara lantang kepada pembangkang untuk menyambung fitnah dan pembohongan dan lihatlah agenda tersirat mereka apabila tulisan dalam Bahasa Malaysia diberikan secara percuma kepada pembaca sedangkan untuk melayari berita dalam Bahasa Inggeri,Tamil atau Cina, pembaca kena membayar harga yang telah ditetapkan.Apa agenda mereka?

Malah sejak akhir-akhir ini portal-portal ini menambahkan lagi kelajuan dalam laporan mereka dengan memetik segala laporan ataupun sumber daripada luar walaupun belum ditentukan kesahihannya bagi bertujuan untuk memalukan kerajaan dan mereka berterusan menghidupkan kembali segala isu walaupun telah diputuskan bersalah atau tidak oleh mahkamah.

Portal ini sedang memberikan tekanan tanpa henti dan ombak kecelaruan pemikiran mereka sentiasa ditiupkan demi untuk memperdayakan rakyat yang baru celik IT. Dengan menjadikan gerakan pembangkang dalam Negara ini sebagai obor untuk mereka menyalakan segala macam api permusuhuhan dan api yang mereka bawa ini jika tidak dipadamkan akan membakar seluruh institusi dalam Negara ini.

Poratl-portal ini sedang berperanan sebagai sebahagian daripada perkakas pembangkang untuk meruntuhkan kepimpinan yang ada serta merubah segala sistem yang sekian lama dipersetujui oleh pemerintahan sejak merdeka hingga kini.dan sekiranya kerajaan menganggap segala yang digerakkan ini sebagai cacinng semata-mata, tunggulah cacing ini hingga mereka menjolok mata.

Kedua portal ini dbiarkan bermaharajalela dan mereka seolah-olah dijadikan penanda aras untuk menentukan kepimpinan dalam negara ini dan pengurusan portal ini lagi jahat apabila mereka membuka ruang-ruang komen untuk diisi oleh komen-komen yang biadap serta tidak bertanggungjawab termasuklah membenarkan Institusi Diraja  dihina serta diperlekehkan.

Portal ini sebenarnya langsung tidak mendokong prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara malah apa yang mereka lakukan hanyalah berpandu kepada gerak hati mereka atau dengan kata lain menjadi alat kepada golongan oportunis untuk memenuhi aspirasi politik jahat masing-masing.


1 comments:

Keris 7 Lok said...

Salam perjuangan. Saya telah link blog tuan ke blog saya. Harap dapat follow & link juga blog saya ke blog tuan. Terima kasih.
Demi perjuangan alif ba ta
http://keris7lok.blogspot.com

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers