Monday, April 11, 2011

PM Najib  malam ini meminta rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan desakan parti pembangkang yang mahu Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyegerakan peralihan kepimpinan negeri.Beliau berkata peralihan kepimpinan negeri bakal dilakukan pada waktu yang sesuai.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata beliau telah berunding dengan Taib tentang proses peralihan kepimpinan bagi memastikan ia berjalan lancar. 

“Oleh itu, janganlah kita terpedaya dengan hasutan pembangkang kerana banyak lagi pemimpin pembangkang yang juga berumur,” katanya pada majlis Rakyat Bersama Pemimpin di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini. 

Taib, 74, yang mengetuai jentera pilihan raya BN Sarawak pada 16 April, berulangkali menyuarakan hasratnya untuk berundur daripada jawatan ketua Menteri, yang disandangnya sejak 1981.

Perdana Menteri berkata beliau amat gembira kerana dapat menghadiri perhimpunan itu untuk memberi sokongan kepada calon-calon BN yang bertanding di sekitar kawasan Kuching pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April.

Mereka ialah Datuk Alfred Yap yang bertanding di kerusi Kota Sentosa, Sim Kiang Chiok (Padungan), Prof Dr Sim Kui Hian (Pending), Tan Joo Phoi (Batu Kawah) dan Sih Hua Tong (Batu Lintang).Turut hadir Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 

“Saya datang ke Sarawak banyak kali kerana saya berhasrat untuk membantu rakyatnya dan oleh sebab itu pilihlah calon yang boleh mewakili masyarakat Cina serta kaum lain,” katanya Najib.

Beliau berkata wakil daripada kaum Cina diperlukan bagi bersama-sama dengan pentadbiran kerajaan dan untuk menyampaikan hasrat dan masalah mereka kepada kerajaan seperti permintaan untuk menambah satu lagi sekolah Chung Hua di kawasan Kuching. 

“Saya akan terima baik pertimbangan daripada wakil BN dan ada harapan tinggi permintaan diluluskan,” katanya, dan menambah kata bahawa terdapat permintaan bagi melaksanakan projek kesihatan metropolis di sini pada masa terdekat. 

Beliau berkata kerajaan BN akan melakukan perubahan secara tersusun termasuk program transformasi untuk melaksanakan lebih banyak prasarana luar bandar serta bekalan elektrik dan air di Sarawak. 

“Inilah bezanya dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang, yang janji-janji mereka untuk melaksanakannya tiada jaminan tetapi BN boleh menunaikan dan melaksanakannya,” katanya.
“Jika anda memberikan kami (BN) mandat, kami akan memberikan anda lebih banyak perubahan lebih baik,” katanya.

Najib berkata tidak perlu mengundi DAP bagi perubahan kerana ketidaktentuan tidak bagus untuk perniagaan.

Meskipun di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang berjaya menarik pelaburan asing, Perdana Menteri berkata ia kebanyakannya adalah usaha Kerajaan Persekutuan dan agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers