Tuesday, April 12, 2011

SEMUA mata sedang memberikan tumpuan kepada keputusan Pilihanraya negeri Sarawak yang akan berlangsung hujung minggu ini dan kalangan pemerhati politik serta nujum-nujum yang tidak bertauliah sudah pun berkira-kira tentang keputusan dan juga calon-calon mana yang menang dan juga kalah sehingga ada pemerhati politik yang dimaksudkan telah membuat ramalan masing-masing,berapa kerusi DUN BN menang dan berapa kerusi pula BN kalah.

Benar itu semua adalah ramalan yang mungkin menjadi nyata ataupun mungkin tersasar kerana yang akan menentukan jatuh bangun atau menang kalah adalah pengundi-pengundi Sarawak kerana ditangan merekalah untung nasib parti-parti bertanding,menang atau kalah dan juga untung nasib masa depan mereka malah tukang tilik atau tukang ramal ini hanya berada di luar gelanggang.

Kita tidak menafikan kedudukan untuk peringkat ini agak seimbang.BN dan pembangkang masing-masing dilihat mempunyai peluang dan pembangkang sebagai sebuat pakatan yang bercita-cita untuk merampas Sarawak sedang menggandakn usaha-usaha kempen mereka dengan melancar manifesto walaupun dianggap sebagai sebuah manifesto sampah serta memualkan dengan segala janji-janji yang dilihat palsu tetapi mampu mengabui mata rakyat Sarawak untuk memilih mereka sebagai kerajaan nanti.

Tsunami politik 1998 diangkat sebagai keramat pembangkang untuk merampas Sarawak daripada tangan Barisan Nasional dan atas keyakinan itulah mereka dilihat mendahului kempen-kempen mengatasi Barisan Nasional.

Pembangkang dilihat begitu optimis bahawa mereka berjaya untuk merampas Sarawak daripada tangan BN dan keyakinan mereka ini mungkin berasaskan kepada tahap sokongan kepada sambutan orang ramai di ceramah-ceramah umum yang diadakan malahan dengan berkampungnya Raja Porno Anwar Ibrahim serta kuncu-kuncunya daripada PAS serta permimpin DAP Pusat termasuklah kuda tua Nik Aziz dipergunakan semaksimum mungkin oleh pembangkang untuk meraih undi dan mengelirukan rakyat.

BN pula sebagai sebuah parti yang sedang memerintah dan telah berkuasa sekian lama mempertaruhkan rekod pencapaian cemerlang membangunkan Sarawak sejak tahun 1963 daripada sebuah negeri yang tidak ada apa-apa kepada sebuah negeri antara yang terkaya dalam Malaysia.Rakyat Sarawak yang bijaksana harus mempunyai kematangan untuk berfikir dan dengan memberikan mandate sekali lagi kepada BN,itulah pilihan yang paling tepat demi survival masa depan rakyat yang berbilang kaum dan juga Sarawak secara total

Meskipun kedudukan Taib Mahmod dipersoalkan dan diperlekeh serta dihina oleh pembangkang terutamanya PKR dan DAP namun rakyat Sarawak tidak boleh menolak untuk berterima kasih dan juga menghargai segala sumbangan Taib Mahmud dalam membangunkan Sarawak sehingga terpampang di depan mata segala kejayaan yang harus dibanggakan.

Dalam menentukan kepimpinan yang akan melaksanakan gagasan ataupun impian rakyat di negeri Sarawak ini, mereka harus menjadikan apa yang berlaku di Selangor,Kedah,Pulau Pinang dan juga Kelantan sebagai penanda aras sebelum pengundi memilih untuk menolak calon-calon ataupun parti yang telah sekian lama berbudi kepada mereka.

Rakyat keempat-empat negeri itu yang begitu dahagakan perubahan serta terpengaruh dengan segala dakyah songsang pembangkang yang bijak menjual air liur dengan segala mimpi serta janji manis akhirnya terperangkap dengan permainan politik kotor pembangkang sehinggakan kejayaan pembangkang merampas daripada negeri yang BN perintah menjadi mimpi ngeri dan menakutkan.

Memang rakyat perlukan perubahan tetapi jangan sampai perubahan yang rakyat tuntut hanya menguntungkan pemimpin tetapi taraf dan masa depan kehidupan rakyat seperti berada dalam sangkar maut.Rakyat Sarawak jangan terjun dalam telaga yang penuh perangkap.Jangan sampai merelakan diri diperbodohkan.

Rakyat Sarawak kena bijak dalam membuat pilihan.Jangan sampai kebijakan akal mereka akhirnya menjadi luntur ataupun bodoh hingga boleh diperalatkan oleh pembangkang.Musim pilihanraya adalah saat yang paling sesuai menabur janji dan rakyat Sarawak harus juga bijak untuim mengenal yang mana satu janji-janji benar dan yang mana satu janji yang penuh dengan muslihat serta permbohongan.

Pemimpin pembangkang yang datang dari semenanjung terlatih dalam menabur janji-janji palsu dan merekayasakan segala fitnah dengan satu tujuan itu mahu meraih undi.Sarawak yang selama ini tenang,damai dan hidup dalam suasana kekeluargaan tidak seharusnya sama sekali membenarkan perpaduan dan kebjikasanaan mereka selama ini diganguguta serta diperbodohkan oleh pembangkang yang hanya mempunyai kepentingan peribadi.

Rakyat Sarawak jangan benarkan diri dijadikan alat atau perkakas demi memenuhi kehendak dan tuntutan nafsu pemimpin yang rendah moral serta tidak bertanggungjawab.

Jadikanlah panduan tentang nasib dan masa depan rakyat di empat buah negeri yang telah menjadi mangsa hasil daripada penipuan pembangkang ini.Jangan gadaikan masa depan rakyat Sarawak dan juga generasi akan datang hanya kerana sebab marah dan sakit hati

Bersandarkan kepada apa yang berlaku di empat buah negeri itu,rakyat Sarawak harus menimbang dengan bijak segala keputusan yang bakal mereka buat.Tersalah catur dalam kotak silangkata yang pembangkang sediakan,nasib rakyat Sarawak akan sama seperti apa yang berlaku di negeri-negeri itu.Jangan korbankan sejarah gemilang sebelum ini dan rakyat atauoun pengundi Sarawak harus hokum segala keceluparan serta penghinaan pemimpin pembangkang terhadap mereka sepanjang kempen pilihanraya ini.

Rakyat Sarawak harus kembali mengenang sejarah dan apa yang berlaku pada tahuin 1963 apabila mereka diberikan peluang,adakah untuk bersama Malaysia ataupun bersama Brunei,Singapura atau Indonesia dan akhirnya mereka memilih untuk bersama Malaysia dan pilihan itu tepat kerana Sarawak telah menjadi negeri yang maju walaupun belum sempuran semuanya.

Generasi muda di Sarawak harus mengetahui sejarah ini dan bertanya dengan orang-orang terdahulu yang masih hidup bagaimana agaknya nasib mereka sekiranya tidak memilih Malaysia pada tahun itu dan mereka harus malu bukan sahaja menggantung bendera pembangkang tetapi melihat bendera pembangkang itu sendiri harus menjadi sesuatu yang menjijikkan.

1 comments:

Anonymous said...

rakyat sarawak jangan biarkan orang luar menghina orang sarawak. Taib Mahmud adalah orang Sarawak
pemimpin yang banyak berjasa membangunkan negeri Sarawak. Beliau ada prinsip, jika majoriti rakyat sarawak mahu beliau berundur biar rakyat sarawak yang menentukan. Bukan orang luar datang dan menghina beliau. Tunjukkanlah protes kamu dengan mengundi BN agar apa yang diperjuangkan oleh Dato Taib akan dapat diteruskan. Bersatulah menentang musuh politik yang suka memecah belahkan rakyat sarawak.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers