Friday, April 22, 2011

Kalau sekadar tidur dalam Dewan baik tak payah!
TEMPOH khidmat Kamaruddin Ambok sebagai Ahli Dewan Negara telah tamat dan ini bermakna ada kekosongan jawatan Senator daripada Wilayah Persekutuan walaupun ketika ini telah ada dua wakil di Dewan Negara iaitu Redzuan Hamid (Kepong) dan Mariani Mat Yit (Bukit Bintang).

Bila ada kekosongan,lobi melobi mula berlaku.Ada yang menaruh harapan dan ada yg mula mengejar jawatan.Senator juga memastikan mereka bergelar Yang Berhormat.Soal parti kuat atau bagaimana mahu memastikan UMNO dan BN diterima rakyat bukan lagi menjadi focus utama kerana bila berjaya mendapat kedudukan sebagai seorang Senator sekurang-kurangnya mereka ada dua penggal (enam tahun) untuk bergelar Yang Berhormat.

Barangkali dengan jawatan itu boleh menyuntik semangat mereka untuk berkerja mengangkat martabat dan sokongan rakyat kepada parti .Penyakit mengejar kedudukan dan jawatan dalam parti ini bukan satu benda baru di Wilayah Persekutuan apatah lagi bila Raja Nong Chik yang hanya berjawatan ketua Bahagian dalam parti dan tidak pernah bertanding dalam pilihanraya boleh dilantik Senator dan seterusnya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Mungkin sudah ada yang menempah baju baru,berkira-kira untuk menggajikan pemandu peribadi dan sebagainya namun tanpa mereka sedar amanah tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara bukan satu kedudukan yang mudah.Disiplin Dewan Negara berbeza dengan disiplin Dewan Rakyat.Tidak berguna masuk Dewan kalau hanya untuk tidur dan melopong.

Barangkali mengambil contoh nasib baik Raja Nong Chik inilah yang menjadikan jawatan Senator untuk kuota Wilayah Persekutuan ini menjadi rebutan.Manalah tahu dengan perlantikan ini ada pula yang melobi Perdana Menteri untuk jawatan Menteri atau Timbalan Menteri dan ini tidak pelik kerana Perdana Menteri begitu terbuka dan tidak memilih kedudukan,latar belakang pendidikan,pengalaman dan daya fikir.Aslakan berkenan,jadi!

Apa saja keputusan yang bakal Perdana Menteri lakukan bagi mengisi kekosongan jawatan Ahli dewan Negara ini haruslah melihat kepada ketokohan dan keupayaan untuk menjadi suara rakyat diperingkat Dewan tersebut dan bukan sekadar mengisi kekosongan itu dengan seseorang yang tidak mempunyai kredibiliti dan intergrti sebagai Ahli Dewan Negara.Yang akan menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.

Bukan sekadar untuk bergelar Yang Berhormat tapi mempunyai kemampuan untuk membawa suara dan hasrat rakyat di Wilayah Persekutuan,ahli UMNO dan kepentingan Kuala Lumpur sebagai ibukota Malaysia.Bukan sekadar mendabik dada dan mendongak ke langit dengan jawatan yang sementara sedangkan hakikatnya sumbangan mereka terlalu kecil atau tidak memberikan apa-apa makna kepada Barisan Nasional dan juga UMNO Wilayah Persekutuan.

Dalam keadaan UMNO Wilayah Persekutuan yang letih lesu kerana dipimpin oleh Menteri yang dilihat tidak mempunyai sahsiah dan jati diri UMNO,yang diangkat hanya hasil daripada membalas budi,setakat hari ini tidak ada calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan itu dan alangkah moleknya kuota senator daripada Wilayah Persekutuan ini dtapis dan sekiranya tidak ada calon berkelayakan,kuota itu dibiarkan kosong sahaja.

`Winnable Candidate’ yang PM Najib maksudkan janganlah ditafsirkan sebagai `cable candidate’ kerana dalam kedudukan Barisan Nasional hari ini serta petunjuk yang datang dari Sarawak ianya memerlukan satu pendekatan ataupun mekanisme yang luar biasa daripada kepimpinan UMNO Wilayah Persekutuan.

Malah beban kemungkinan Wilayah Persekutuan tewas lebih teruk lagi pada PRU13 nanti jangan hanya terbeban kepada Muhyiddin Yassin tetapi sokongan daripada Timbalan Pengerusinya harus beridea baru dan bukannya seperti sokong yang membawa rebah untuk memastikan Wilayah Persekutuan kembali ke tangan Barisan Nasional namun bila melihat kepada senario kepimpinan yang ada hari ini, rasanya jauh panggang dari api.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers