Thursday, May 9, 2013
Sampai bila BTN diperalatkan untuk kepentingan Raja Arif? |
Apa pun kita bersyukur
kerana BN dibawah kepimpinan beliau terus diberi peluang oleh Allah untuk
beliau kekal sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan dan kita tidak perlu
berpusing-pusing mencari alasalan kekalahan kerana analisis mudah mengapa
kerajaan di bawah pimpinan beliau menerima nasib seperti adalah kerana
penolakan orang Cina,yang PM Najib sifatkan sebagai Tusnami Cina serta penolakan
generasi muda terhadap BN. Kenapa jadi sedemikian?
Apakah semua dasar yang di
kemukakan dalam masa 5 tahun menerajui kerajaan di tolak?Jika ditolak kenapa?PM
Najib memperkenalkan berbagai-bagai dasar,gagasan dan berbagai-bagai
transforamsi tetapi rupa-rupanya PM Najib seakan-akan `one man show’ kerana segala
dasar-dasar serta gagasan-gagasan beliau gagal di hayati dan dirasai oleh jiwa
rakyat.
Sala satu induk pada teras
pentadbiran PM Najib adalah Gagasan 1Malaysia tetapi malangnya Gagasan 1Malaysia
rupa-rupanya hanya disambut pada slogan,diterima pada pada nilai Ringgit
Malaysia yang dibawa bersama dan bukannya pada roh dan semangatnya. Mengapa perkara
ini berlaku? Sasarannya jelasnya kerana agensi yang bertanggung jawab membawa
harapan PM Najib ini pun sebenarnya menilai pada Ringgit Malaysia semata-mata.
PM Najib membayarnya pada
harga yang cukup mahal apabila merubah struktur BTN secara tiba-tiba bila BTN diberikan
tanggungjawab khas mempromosikan Gagasan 1Malaysia dengan menganjurkan berbaga-ibagai
acara,menerbitkan puluhan buku yang menelan belanja jutaan ringgit malah hingga
mengangkat kedudukan Ketua Pengarahnya daripada Gred Jusa C ke Jusa A namun
segala curahan kewangan berjuta-juta ringgit dan kenaikan pangkat Ketua
Pengarah serta Pengarah-Pengarah lain tidak menjamin kejayaan kepada penerimaan
1Malaysia.
Faktor utama penolakan
rakyat sebenarnya,sebahagian besar perlu ditanggung dan diletakkan ke bahu BTN
yang jelas gagal membentuk minda rakyat.BTN mengotorkan amanah yang PM Najib
sandarkan.Jutaan kos yg diberikan rupa-rupanya dihabiskan untuk gerakan
peribadi.Berapa banyak kos dihabiskan untuk membina hubungan Ketua Pengarah
dengan KSN?
Berapa banyak pula Ringgit
Malaysia digunakan untuk memujuk golongan ABIM?Berapa banyak pula Ringgit
Malaysia untuk menutup kelemahan peribadi?Berapa banyak pula untuk melakukan
perubahan fizikal yang ternyata sia-ssia akhirnya?Bermula daripada perubahan
logo BTN hinggalah perubahan modul ianya hanyalah semata-mata untuk dilihat
hebat dan angkuh dan bukannya untuk menjayakan agenda besar PM Najib yang mahu membentuk
minda rakyat berhadapan dengan PRU 13.
Ketika tumpuan perlu
diberikan kpd PRU 13,tumpuan Ketua Pengarah BTN dan pegawainya adalah untuk menunjukkan kuasa
Ketua Pengarah menukar kakitangan.Ketika sepatutnya menjalankan kajian terhadap
kestabilan,fokus BTN membentuk walaq supaya semua orang harus jadi 'samigna wa
atagna' Ketua Pengarah BTN dengan angkuh mendakwa bahawa negara akan selamat
dibawah BTN baru ini tapi apa jadi akhirnya?Andai Raja Arif bermaruah,beliau perlu
letak jawatan hari ini.
Sahlan lombong emas Raja Arif... |
Jutaan Ringgit Malaysia di
taburkan di Pokok Sena tapi hasilnya kemana?Kawasan tumpuan juga di negeri asal
Raja Arif di Terengganu dengan fokus Parlimen Kuala Nerus. Apa sudah jadi?Semuanya
kalah kecuali DUN Seberang Takir yang
diwakili oleh Razif Abdul Rahman.
Apakah sentuhan pengikut setia `dale carnagie’ yang pakar ini sebenarnya retorik atau sememangnya Raja Arif,Ketua Pengarah BTN turut menjadi tangan ghaib yang turut mengalahkan Nasit Ibrahim Fikri kerana kecewa beliau sendiri tidak dicalonkan?
Apakah sentuhan pengikut setia `dale carnagie’ yang pakar ini sebenarnya retorik atau sememangnya Raja Arif,Ketua Pengarah BTN turut menjadi tangan ghaib yang turut mengalahkan Nasit Ibrahim Fikri kerana kecewa beliau sendiri tidak dicalonkan?
Yang pasti,sentuhan BTN
adalah sentuhan kecundang.Mendidik Pengarah-Pengarah Negeri dengan `cash is
king’ yang dibawa ke hulu ke hilir dalam beg adalah isyarat angkuh daripada
seorang penjawat awam dan kehadiran beliau dimana-mana pun bukannya membantu,malah
merosakan hubungan jentera BN.
Kegagalan 1Malaysia adalah
kegagalan BTN.Kekalahan BN dalam gelanggang adalah sebagian kegagalan BTN
membaca denyut nadi rakyat. Berapa banyak ceramah 1Malaysia yang mendapat
sokongan rakyat dlm PRU13? Akhirnya sama ada dlm opsim,opkum,opsidek dan
lain-lain,ianya terpaksa menjawap isu,menerangkan ancaman musuh,tidak ada satu
pun penerangan tentang 1Malaysia.
Kenapa ini tidak
dilaksanakan daripada awal? Kenapa kajian isu Cina tidak dibuat?Kenapa bodoh
sombong dengan tidak menyelaras isu -isu dengan agensi-agensi kerajaan yang
lain?Kenapa beritahu kepada rakyat isu Anwar sudah tidak releven,Anwar bukan
ancaman? Apakah sebenarnya BTN inilah sebenarnya yang mensabotaj BN hingga
wajah PM Najib menjdi sugul sedemikan rupa?
Dalam saat Pam Naib
memerlukan bantuan,sokongan dan kejayaan,semua orang disekelilingnya melihat
kepentingan peribadi lebih penting daripada memenuhi kehendak PM
Najib,masing-masing ingin ambil kesempatan sewaktu berada di `corridor of power’.
Semuanya bertanding sehingga
kosong pejabat Perdana Menteri dan yang tewas tentu sekali memasang semula
angan-angan untuk kembali duduk sebagai Setiausaha Politik ataupun sebagai
Pegawai Khas PM.Apakah kulit wajah mereka ini diselaputi maruah? Kesian PM Najib yang
terbiar keseorangan saat perang sedang melanda...!
Tetapi percayalah orang
seperti Raja Arif akan cepat-cepat,sepantas kilat memaklumkan bahawa beliau telah
buat segala-galanya dan akan mencanai idea kepada PM Najib kononnya untuk lebih
Berjaya pada PRU14 nanti, Gred Ketua Pengarah BTN perlu dinaikan lagi kpd
TURUS,kalau tidak majority 2/3 tidak
akan tercapai,orang-orang ABIM perlu diserap masuk ke pejabat Perdana Menteri
dengan alasan ,kalau tidak mereka akan jauh daripada BN malah macam-macam lagi alas
an serta tipu daya akan Raja Arif rekayasakan.
Mana fokus BTN pada pengundi
muda?Kenapa sebelum ini tak pernah ada `blueprint’ gerakan BTN untuk pengundi
muda?Apakah gerakan BTN untuk kumpulan sasar sepatutnyabahkan program untuk
bantu Biro Penerangan UMNO Malaysia dan BN pun tidak langsung di sokong dan
sebab itulah seperti yang ditulis berkali-kali sebelum ini,mempertahankan Raja
Arif di kerusi Ketua Pengarah BTN dalam keadaan berhadapan PRU13,BN akan
ditimpa petaka,sekarang apa sudah jadi?
Kalau terus membiarkan Raja
Arif yang sombong,bongkak serta berlagak ini terus kekal sebagai Ketua Pengarah
BTN lagi.PM Najib akan menempah laluan berliku untuk PRU14 dan sebab itulah bersungguh
Raja Arif bantu Shalan Ismail di Pokok Sena kerana beliau yakin itu adalah
talian hayatnya,selama ini pun Raja Arif bukan kerja untuk PM Najib tapi demi
Sahlan dan membiarkan semua yang telah meninggalkan pejabat PM membuat pusingan
U akan membuat PM sekali lagi tertipu dgn mainan politik kumpulan ini.
.
Kalau ada kayu pengukur 1-10
kepada sumbangan BTN untuk PRU13ini,skalanya mungkin di angka 1.5 sahaja.
Kononnya BTN ada kumpulan cyber trooper,kononnya ada pakar psywar,kononnya ada
modul khusus tapi semuanya terhimpun dalam bangunan bahkan modulnnya tidak siap-siap
pun sehingga tarikh 5 mei 2013.Porrahhhh!
Ketua Pengarah pula hanya
berada di Pokok Sena,Terengganu dan kawasan kawan-kawannya yang
bertanding(mungkin termasuk di Parlimen Batu Pahat kerana Idris Jusi(PKR) bekas Timbalan Ketua Pengarah
BTN bertanding) dan malang sungguh
kerana mana-mana sahaja kawasan kawasan yan ada sentuhan Raja Arif jika asalnya
kawasan itu putih ianya akan terus jadi hitam.
Namun percayalah, Raja Arif akan
jadi orang pertama yang akan cuba
menghantar laporan pada PM Najib dan akan persembahkan dengan gaya serta auta `
dale carnagie’ untuk menyakinkan PM bahawa dia telah hampir serahkan nyawanya
untuk selamatkan BNbahkan dia akan memberi keyakinan bahawa atas 1Malysia,PM
tidak perlu bimbang apa-apa kerana beliau boleh berunding dengan Anwar supaya
jangan gugat kedudukan kerusi parlimen.Jangan sampai terpedaya lagi PM Najib
dengan lakonan ini!
Yang penting beliau perlu kekal
dengan gred yang lebih tinggi,kekal untuk membina wajah BTN baru,katanya lagi,dia perlu kekal
dan akan lebih berjaya jika bukan Ahmad Maslan yang bertanggungjawab pada BTN
dan biarkan dia pecat dan tukar para pegawai,biar dia bekerja cara `dale
carnagie’,biar dia perhebatkan usrah,biar dia gunakan KSN sepenuhnya,biar dia
buat cara RARA keranadia adalah anak raja yang boleh menukar melalui kata-kata
saolah-olah `kun fayakun’.
Irmohizam tajaan BTN sedang lobi jawatan kabinet.. |
Jangan sesekali PM Najib benarkan
ular-ular yang yang telah mematuknya sama ada di PMO,di agensi-agensi untuk
mematuk PM Najib sebanyak 2 kali.Tindakan sepatutnya adalah ular itu perlu
dibunuh,ular itu perlu di pancung dan gantilah dengan burung helang yang mampu
melihat dari atas dan menyeluruh,gantilah dengan harimau yang garang menerkam musuh,gantilah
dengan kancil yang amat bijak memperdaya buaya dan kalau terpaksa melantik jugaular,carilah
ular yg menyusur akar,yang tak akan hilang bisanya.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
4 comments:
Kadang kadang Najib suka mendengar saura suara merdu dan kucupan sayang hingga lupa bahawa cerita pelipur rakyat ada banyak kebenaran dan cerita bangsawan yang dipersembahkan kepada beliau.
Untuk Najib jadi kan iktibar , lihat kembali fungsi jabatan dan agensi yang berkaitan serta lihat teguran dari kakitangan bawahan dan jangan anggap teguran orang bawahan berupakan ayat benci kepada ketua tetapai selalu nya banyak ketua tidak menjalankan peranan mereka sebagai ketua yang di amanahkana oleh najib sendiri
Setuju sangat2 dibuang je ular2 tu jauh2 terutamanya yang gelak BESAR. They are jokers...
cukp2lh..dharap pm.kene seoak kluar trus gang2 flip flop dp kerajaan..
Elok juga kalah habis pol sec segala. Lepas ni tak payah masuk putrajaya lagi. Dah nampak belang masing2. Pergilah cari kerja dengan kompeni kompeni bangsa yang cukup dibelai 1Malaysia tu.
Agak mahu dibagi muka setelah tak ada guna lagi?