Tuesday, May 21, 2013
Berikan mereka 100 hari ! |
DALAM apa sahaja keadaan pun
kabinet yang dikenali sebagai Pasukan Transformasi PM Najib ini harus disokong
dan saya bersetuju bahawa adalah terlalu awal untuk mengkritik kuasa PM Najib
melantik mereka ini untuk mengisi jawatan sebagai Menteri Kabinet kerana mereka
ini harus diberikan peluang walaupun rata-rata masih mengkritik pemilihan yang
dilihat tidak dilakukan secara berhati-hati,mengambil kira pengalaman serta latar belakang kepimpinan.
Kita berikan mereka masa 100
hari untuk melihat apakah PM Najib betul memilih mereka untuk mengisi jawatan
di Kementeran masing-masing baik sebagai Menteri ataupun Timbalan Menteri dan
memperlekehkan nama-nama seperti Hassan Malek yang dilantik sebagai Menteri
KPDNKK,Shahidan Kasim serta Idris Jusuh dan juga Husni Hanadzlah bukan lagi
masanya kerana paling penting adalah melihat apakah betul transformasi cabinet yang
PM Najib sebut-sebutkan sejak mengambil alih tampuk pemerintagan Perdana
Menteri daripada Pak Lah.
Kata orang kehebatan
seseorang Menteri itu adalah kerana disokong oleh semua pegawai-pegawai di
kementeriannya yang bermula daripada Ketua Setiausaha sehinggalah kepada Budak
Pencari Fail kerana kerja-kerja menguruskan segala hal ehwal kementerian
tersandar di bahu mereka ini dan buruk atau baik kepimpinan sesorang Menteri
itu bergantung kepada sejauh mana sokongan yang mereka terima daripada semua
peringkat kepagawaian kemnterian berkenaan.
Putrajaya menghadapi cabaran
yang cukup besar selepas PRU13 kerana ternyata terlalu ramai penjawat awam yang
menentang kerajaan dan mengundi pembangkang malah di Parlimen Putrajaya sendiri
hamper lima ribu warganya membunag undi untuk Husam Musa yang kita faham mereka
ini adalah sebahagain besar penjawat awam yang menikmati segala nikmat daripada
kerjaan Barisan Nasional.
Transformasi PM Najib harus
secara menyeluruh dan beliau harua mengambil iktibar kepada apa yang berlaku
sebelum ini kebocoran maklumat yang disifatkan melanggar Akta Rahsia Rasmi
ataupun melanggar sumpah jawatan yang dilakukan oleh Penjawat-Penjawat Awam
serta penyalahgunaan kuasa serta kedudukan.
Husni harus direhatkan kata pemerhati politik.. |
Cabaran besar menanti PM
Najib dan harus juga dilakukan adalah mengenal pasti semua Penjawat Awam yang
telah menjadi duri dalam daging kepada kerajaan selama ini taupun yang sememangnya
menjadi agen pembangkang untuk meruntuh serta melemahkan kerajaan pimpinan PM
Najib dari dalam.
Kita percaya PM Najib sudah
pun mendapt maklumat pegawai-pegawai atasan ataupun bawahan mana yang
mengkhianati beliau,KSU,TKSU,SUB dan seluruh Pengarah-Pengarah ataupun Ketua
Jabatan dan agensi yang memberikan laporan salah kepada beliau,memperbodohkan
beliau ataupun kalangan mereka yang bersikap talam dua muka terhadap PM Najib.
Kita setuju tentang
demokrasi,mereka boleh memilih siapa pun yang mereka suka tetapi untuk `Government
Of The Day’ sekiranya mereka bukan pendokong aspirasi kerajaan yang sedia ada
dan berniat untuk menumbangkan kerajaan sedia ada dengan berolok-olok menyokong
PM Najib sedangkan jiwa raga mereka adalah pembangkang,mereka ini harus direhat
ataupun dibersarakan dan PM Najib harus membuat pembersihan ini bermula dari
pejabatnya dahulu sebelum `membersihkan’ keseluruhan penjawat awam yang
bersikap kacang lupakan kulit,api dalam sekam serta duri dalam daging ini.
Parasit-parasit yang selama
ini berwajah macam-macam rupa harus ditunjukkan jalan keluar daripada
kementerian ataupun jabatan dan dalam soal ini ada pula yang bertanya,beranikah
PM Najib mengambil tindakan drtastik demi mempertahankan kerajaannya hingga PRU
14 ataupunPRU15?
PM Najib sudah melihat
dengan mata kepalanya sendiri sistem `cash is king’ yang beliau perkenalkan
tidak membawanya hingga mendapat 2/3 majoriti di Parlimen ataupun menjadi 152
kerusi Parlimen yang disasarkan oleh kepimpinan Barisan Nasional dan dalam soal
ini PM Najib harus berjiwa besar dan tidak takut dengan tekanan daripada mereka
yang terbabit sekiranya PM Najib menyingkirkan mereka ataupun menamatkan
kontrak mereka.
Penjawat-Penjawat Awam yang
disuapkan oleh PM Najib dengan berbagai-bagai intensif tetap juga menggigit
beliau dan Ketua-Ketua Jabatan yang dinaikan pangkat sehingga ke JUSA A tetap
juga mengkhianati beliau dan PM Najib harus mengenal pasti ular-ular yang bakal
menggigit beliau sekiranya ular-ular ini dibiarkan terus berkeliaran di
sekelilingnya,bersedialah PM Najib untuk dpatuk bagi kali keseterusnya.
Untuk berhadapan dengan
cabaran PRU14 akan datang,PM Najib harus betul-betul memilih pasukan
transforamsi daripada semua peringkat yang boleh mendokong kepimpinan serta
hala tuju beliau untuk masa depan rakyat dan Negara ini dan PM Najib tidak
boleh sama sekali menyimpan pegawai politik ataupun kementeriannya yang menganggap`
Najib Boss saya tapi Anwar Idoal saya’.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
8 comments:
YANG PENTING NAJIB MESTI TRANSFORMASI DIRI SENDIRI. JADILAH MELAYU SEJATI YG INGAT BANGSANYA DAN INGAT JUGA BAGAIMANA BIJAKNYA ARWAH AYAHNYA MENGHADAPI KEADAAN SESUDAH 13MEI. INGAT BAGAIMANA TUN ABD RAZAK TELAH BAWA ORG MELAYU KETAHAP YG LEBIH BAIK HINGGA CINA TERPINGA-PINGA, BARU TAHU MACAMANA POLITIK MELAYU.
kalau nak semak senang je cuba tengok kat facebook, tapi bukan senang nak ambil tindakan sebab gang yang nak ambil tindakan ni pun gang dia juga..... hu hu hu, kalau semak dalam facebook kakitangan awam ada yang melanggar peraturan kerajaan contoh terbaik makan burung yang dilindungi.
dlm kerajaan lg kuat politik!yg betol2 keje x pandai mengampu.kene kerat..yg buat report tipu,kaki bodek tu yg cepat naik..tu sbb ramai x gov bengang dgn kerajaan salah 1 sbb pasl ni la..yg pandai ckp keje kurang datas.yg keje btol2 kene campak!
kat ofis aku berlambak pegawai gred 41 dan 44 yang dikategorikan x kenang budi nii...
kat ofis aku berlambak pegawai gred 41 dan 44 yang dikategorikan x kenang budi nii...
Ramai lagi ahli UMNO yang sanggup mendokong dan melaksanakan agenda PM. Tendang keluar semua pembangkang dari kerajaan. eloklah balik ke Penang, Kelantan dan Selangor. Dasar tak mengenang jasa dan tidak menyokong aspirasi kerajaan adalah tindakan khianat.
Tengku Adnan mana ada page facebook dia jadi macam mana orang Putrajaya mahu undi dia sb orang tdk tahu kerja yang dilakukan setiap hari untuk rakyat. Contohilah pembangkang iaitu pembangkang guna banyak page facebook untuk tarik rakyat supaya rakyat dapat undi mereka
nak buang x boleh jadi jpa atau spa lah yang harus main peranan pantau kakitangan awam kat setiap kementerian..mereka guna facebook untuk kutuk kerajan,guna fotostat,guna kertas untuk jadi kan bahan kempen pembangkang,jadi pengintip kepada pembangkang... ini semua harus di hentikan