Friday, May 17, 2013



Kemana mereka mahu bawa negara dan UMNO?
SEGALANYA telah selesai serta terjawab dan PM Najib telah pun membentuk kabinet beliau untuk penggal baru, penggal yang terbina hasil dari percaturan politik baru dan penggal pemerintahan yang akan menyaksikan senario yang lagi baru serta sekalung tahniah kepada PM Najib atas kebijaksanaan yang ditampilkan dengan barisan kabinet berimbang pada kali ini, kabinet yang mengambil kira pelbagai sudut. 


Meskipun ada yang kata bahawa kabinet Najib ini lebih kepada mahu memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai Presiden parti menjelang pemilihan UMNO nanti dan bukan satu gambaran untuk mengekalkan ataupun memperkasakan survival UMNO bagi mendepani cabaran massa namun untuk ketika ini semua pihak perlu berlapang dada untuk sekurang-kurangnya 100 hari melihat kemana negara dan UMNO melalui pembentukan kabinet ini.



PM Najib lebih tahu apa yang ingin beliau capai dengan pembentukan kabinet ini dan siapa yang beliau telah amanahkan sama ada sebagai Menteri ataupun Timbalan  Menteri, PM Najib lebih tahu hasil yang mahu dicapai dalam PRU14 akan datang dan Inilah masa yang akan menguji kekuatan dan kebijaksanaan beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.


Namun wajah PM Najib masih lagi tidak ceria sebagaimana sebelum PRU 13, sugulnya wajah PM Najib sejak pembentukan kerajaan sehinggalah ke majlis mengangkat sumpah jawatan kabinet dan barangkali PM Najib masih lagi dihantui dengan ucapan-ucapan manis dan laporan-laporan yang diterima sebelum PRU13 baru-baru ini,malangnya segala ucapan dan laporan yang beliau terima tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk mandat besar melalui pilihan raya dan barangkali sugulnya wajah PM Najib itu kerana beliau telah diperdaya dengan segala laporan-laporan yang retorik.


Inilah cabaran yang akan cuba diatasi oleh PM Najib melalui kabinet barunya. kabinet yang menggalas harapan untuk memberikan perkhidmatan dan dapat membentuk minda rakyat agar melihat kerajaan BN sebagai penyelamat, pelindung dan sebuah kerajaan yang dapat memayungi rakyat sehingga PRU14 dan rakyat akan memberikan sokongan dalam bentuk undi dan mandat yang lebih besar dari PRU13.


Sebab itu kita perlu mulakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada PM Najib kerana menterjemahkan hasrat dan denyut nadinya melalui senarai ahli kabinet baru ini malah penghargaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang diberikan jawatan Menteri seimbang dengan sumbangan kedua-dua negeri ini terhadap kemenangan BN dan terpatri dalam sejarah Negara, seramai lebih 14 Menteri dan Timbalan Menteri dari Sabah dan Sarawak dilantik dan ini merupakan kurniaan yang tidak perlu  dipertikaikan oleh sesiapa.


Sememangnya perlu diakui bahawa apa juga keputusan PM ianya tetap gagal memuaskan hati semua orang tetapi sebagai permulaan untuk menghadapi cabaran baru, ini adalah satu gambaran yang amat baik dan tidak ada lagi watak-watak yang boleh dianggap bebanan kepada PM Najib sama ada dikalangan yang dikekalkan ataupun muka baru. 


Darah muda yang menyertai kabinet juga dikalangan yang di lihat mempunyai trek rekod yang baik, sudah pasti diharap mampu membawa hasrat dan idea PM Najib terutama kepada generasi X dan Y,golongan ini jugalah yang dikatakan menjadi penyumbag besar sehingga BN gagal mencapai target 2/3.


Namun kabinet kali ini juga harus berindak secara kolektif untuk menjayakan agenda transformasi PM Najib dan agenda 1Malaysia perlu dinilai semula kaedah dan method penghayatannya, "New destination call for new map". PM Najib melalui kabinet ini wajib merangka `road map’ yang baru untuk 'win over' pemikiran dan persepsi khususnya kepada golongan muda dan golongan bukan Melayu khususnya kaum Cina yang PM Najib tanya sebelum ini `Cina mahu apa lagi’.


Minggu ini mungkin pelbagai `post mortem’ akan di bentangkan oleh banyak pihak kepada PM Najib tentang apa yang berlaku terhadap keputusan PRU13 yang lepas dan kita percaya serta penuh yakin bahawa bedah siasat yang kadang kala masih lagi mencari `kambing hitam’ untuk dipersalahkan tanpa mengakui hakikat kelemahan dan macam-macam lagi. 


Malah ada sekumpulan penjawat awam juga sedang membuat analisa dan `post mortem’ di Melaka (akan di dedahkan kemudian kerana agensi ini adalah yang pertama meraikan kegagalan BN untuk mendapat 2/3 dengan menghantar pegawai-pegawai secara beramai-ramai ke Bandung, Jakarta, Beijing dan Guangzhow selepas sahaja keputusan PRU13).


Namun sama ada ingin meletakkan punca kepada pengundi luar, pengundi Cina, pengundi muda dan pengundi di kawasan luar bandar, kesemuanya ini adalah orang yang jumlahnya akan bertambah untuk PRU14 akan datang dan jumlah pertambahan mereka jika kesemuanya menyokong pembangkang akan menyebabkan BN akan kehilangan kuasa,hilang segala-galanya.


Oleh itu, amat diharap kabinet ini adalah kabinet yang akan mengagaskan Gerakan Nasional untuk menghadapi dan memenangi pemikiran dan persepsi golongan yang telah dinyatakan dan Kementerian yang ada hubungan langsung dengan kumpulan yang dinyatakan di atas perlu terkehadapan dalam menyatakan dasar dan memberi perkhidmatan malah di sinilah memerlukan kekuatan seseorang yang bergelar Menteri yang mengetuai kementerian berkaitan.


Melihat kepada komposisi yang telah diumumkan menyerlahkan kekuatan apa yang PM Najib inginkan dari setiap Menteri kabinetnya kerana pembentukan minda golongan pengundi muda, pengundi bandar, pengundi luar dan kaum Cina bukan hanya boleh dibuat dalam masa PRU, ianya perlu bermula dari sekarang dan PM Najib serta para panglimanya tidak perlu berhiba terlalu lama ataupun mengambil peluang untuk bercuti di luar negara.


Bagaimana ini haru dilakukan? Ianya memerlukan transformasi dalam dasar yang bukan hanya membentuk minda tetapi mengajar tentang pendidikan politik kepada rakyat khususnya generasi muda,ini yang harus digarap secara komperehensif di samping Kementerian dan Jabatan-Jabatan lain meningkatkan tahap perkhidmatan,tahap intigriti dan tahap pencapaian masing-masing.


TSMY terus menjadi tulang belakang DSN..
Sejarah mengajar kita bahawa perkhidmatan yang baik, penyaluran bantuan yang berganda dan pemberian pelbagai insentif bukan lagi syarat utama menjadi pilihan rakyat kerana yang lebih penting adalah rakyat perlu diajar dan di dedahkan dengan pendidikan politik yang memerlukan bukan hanya kecerdikan untuk memahami tetapi memerlukan kebijaksanaan untuk mentafsir dan emosi untuk menghayati, di sinilah memerlukan kaliber serta karismatik seseorang Menteri yang mengetuai kementerian yang mengandungi pelbagai agensi, terutamanya agensi psywar.


 Kenapa ini ditekankan? Menjadi pra syarat wajib kepada setiap Menteri membentuk warga kementerian dan agensi memahami agenda PM Najib ini kerana zaman pegawai kerajaan tidak menghayati falsafah negara dan gerakan nasional perlu dihentikan malah mat malang kepada kerajaan yang memiliki kakitangan yang hanya tahu cukup bulan, keluarkan duit gaji dan mengharapkan pelbagai insentif tetapi tidak menghayati kehendak 'goverment of the day',segak berpakaian dengan pangkat dan gred jawatan yang tinggi di Putrajaya, tetapi bila balik kampung diTerengganu turut menjadi talibarut dan penghasut agar membenci kerajaan dan pemimpin tertentu. 


Setiap Menteri dan kementerian jangan hanya menjadikan KPI berdasarkan jumlah wang peruntukan yang diberikan oleh kerajaan dan ukuran kejayaan pula hanyabergantung kepada jumlah yang digunakan sahaja kerana menjadi kemestian setiap kementerian mengira jumlah wang yang dibelanjakan sama ada untuk apa-apa tujuan dengan jumlah undi yang kementerian masing-masing boleh sumbangkan untuk kekuatan kerajaan BN. 


Janganlah bila sudah bergelar Menteri, terpengaruh dengan slogan` kita harus profesional dan di lihat profesional’ walhal itu adalah slogan `dummy’ untuk secara tidak langsung bersimpati kepada pembangkang dan sebab itulah selaras dengan pembentukan kabinet baru ini ianya harus menjadi iltizam kepada semua Menteri bahawa perkara utama adalah memcucibersihkan pemikiran pegawai-pegawai Kementerin masing-masing agar memahami matlamat kerajaan dan tegaskan bahawa mereka adalah sebahagian pelaksana dasar yang bukan hanya memberi perkhidmatan tetapi turut membina pemikiran. 


Menteri-Menteri akan terus menghadapi masalah jika pegawai-pegawai di bawah mereka tidak dapat dijadikan agen bagi membina minda masyarakat, malah sebahagian Ketua jabatan yang diberi amanah, bertindak seolah-olah lebih bijak dan hebat dari Menteri dan disebabkan dosa ketua jabatan, akhirnya penjawat awam bawahan menghukum kerajaan, malah ada yang sanggup berceramah di pentas pembangkang seperti berlaku di Perak.


Tahap penghormatan kepada ahli kabinet ini kadangkala diletakan dibawah tapak kaki oleh pegawai-pegawai Kementerian ataupun agensi dan jika PM Najib ataupun Menteri-Menteri ini terus terpedaya dengan laporan dan persembahan menarik data-data tanpa mentafsir agenda besar PM Najib, maka akan wujud semulalah kementerian dan agensi kerajaan yang kaku, beku dan layu. 


Menteri-Menteri kabinet perlu memahami sepak terajang dan permainan politik penjawat awam dan kerana tidak memahaminyalah akhirnya ada Ketua Jabatan agensi kerajaan yang dalam PRU13 lepas hanya berkempen untuk seorang calon sahaja, barangkali mencuba nasib kalau- kalau ada dahan berpaut selepas PRU13,, cuba PM Najib siasat dan kenal pasti Ketua Jabatan yang musibat ini.


Jelas ada Ketua jabatan yang gagal membaca signal dan petunjuk yang ada, ketua jabatan yang syok sendiri dengan budget yang diberi sehinggakan boleh diguna oleh pegawai-pegawai untuk melancong malah ketika memohon peruntukan,pasti kertas kerja dikemukakan dan pasti tidak ada pun peruntukan untuk melancong tetapi barangkali kerana memang merancang untuk tidak menang besar, maka lebihan boleh digunakan untuk membeli hati dan jiwa pegawai-pegawai sebagai persediaan, agar jika Ketua Jabatan itu di tukar atau di minta menamatkan perkhidmatan, pegawai-pegawai yang telah dibeli hati dan jiwa akan turun memprotes.


Kepada PM Najib, amat sekali diharapkan bukan hanya kepada anggota-anggota kabinet, tetapi pegawai kerajaan yang mengetuai kementerian, jabatan dan agensi juga perlulah diberi perhatian untuk `dibersihkan’ dari terus mengotorkan kementerian dan agensi kerana tidak cukup dengan mempunyai Menteri yang hebat tetapi tidak disokong oleh Ketua-Ketua Jabatan, kementerian dan agensi yang juga hebat dan boleh mentafsir agenda PM Najib. Malah mereka kadang=kadang menjadi musang berbulu ayam,gunting dalam lipatan.


Kepada semua Menteri, jadikanlah amanat PM Najib itu sebagai satu permulaan untuk melihat wajah PM kembali ceria dan binalah warga kementerian masing-masing dengan falsafah yang digariskan oleh semangat Perlembagaan Persukutuan serta intailah ruang yang ada biar sekecil mana sekali pun untuk digunakan dalam membentuk semangat cintakan negara dan ingin diwariskan negara yang aman ini dalam keadaan yang tetap baik kepada anak cucu kita


Kepada warga kementerian, jabatan dan agensi, terimalah Ketua baru ini dengan berlapang dada dan sambutlah kedatangan mereka dengan keikhlasan perkhidmatan dan bersikap jujurlah dengan diri sendiri,usahlah terus menjadi api dalam sekam dan bersikap telunjuk lurus kelingking berkait dan ingatlah bila bala di datangkan oleh Tuhan akibat sikap kufur kita kepada nikmat Allah, ianya datang tidak berpilih-pilih,semua akan terkena termasuk kita semua.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers