Thursday, September 5, 2013

Menjadikah transformasi politik yang Najib mahukan?

PERLUMBAAN mengejar jawatan dan kedudukan dalam Majlis tertinggi UMNO nampaknya semakin menarik,sengit dan mungkin bakal menempa `sejarah’ dalam pemilihan parti kali ini terutama sekali melibatkan jawatan Naib Presiden UMNO apabila calon terbaru Ali Rustam tampil menawarkan diri bertanding jawatan tersebut setelah tiga pemegang jawatan iaitu Zahid,Hishamuddin dan Shafie Afdal mengesahkan akan bertanding mempertahankan jawatan itu serta disusuli oleh Isa Samad dengan menjadikan setakat ini lima calon telah pun bersiap siaga untuk mengisi tiga tempat dalam hiraki kepimpinan tertinggi UMNO.

Penawaran diri dua calon lama iaitu Tan Sri Isa Samad dan Dato Seri Ali Rustam merupakan satu tamparan paling hebat  kepada UMNO yang secara tidak langsung membuktikan betapa UMNO ketandusan pemimpin pelapis dan sekaligus merencatkan pembaharuan ataupun melengkapkan proses transformasi dalam UMNO seperti yang di war-warkan oleh Presiden parti sekiranya kedua-dua calon ini dberikan semula tempat ke dalam UMNO,UMNO terus menjadi  seperti  paten kueh baulu yang tidak berubah apa-apa malah memungkinkan pelan pembangunan parti terbantut.


Sebagai parti yang mengamalkan demokrasi,kita tidak boleh menghalang kegilaan sesiapapun untuk bertanding merebut jawatan walaupun calon-calon disarankan untuk cermin diri,meletakkan kepentingan parti lebih utama dari kepentingan diri dan paling penting calon-calon yang menawarkan diri haruslah calon yang sudah diterima oleh rakyat,menang dalam pilihanraya serta tidak mempunyai rekod disiplin parti.Tapi lain jadinya apabila ada juga calon yang kalah tiba-tiba beriya-iya menawarkan diri bertanding.

Dalam mendepani cabaran mendatang,kali ini atau untuk kesekian kali yang  cukup penting ini,kebijaksanaan akal fikir para perwakilan dituntut untuk memilih pemimpin  yang benar-benar berwibawa,berwawasan dan tidak mewakili kelompok pimpinan tertentu supaya kepimpinan parti tidak dijadikan bahan tawa oleh ramai orang termasuklah dari parti lawan apabila kita terpaksa  membawa masuk orang lama untuk meremajakan parti.

Andainya 150,000 orang ahli dari seluruh Negara  meletakkan maruah  semangat  pemiilahn MT kali ini atas mengenang budi kawan,mengenang jasa kawan ataupun membalas budi kawan kerana pernah diberikan imbuhan tertentu,yakinlah UMNO parti keramat orang Melayu ini sedang berada di hujung nyawa dan sekaligus gagal menyakini orang-orang muda bahawa UMNO sebenarnya bukan sebuah parti yang mahu berubah tetapi lebih kepada memperjuangkan maruah diri sendiri dan bukannya memperjuangkan maruah parti secara consensus untuk  kepentingan perjuangan parti jangka panjang.

Mampukah 3 Naib Presiden ini bertahan?
Kita kesal kerana ada pemimpin yang sudah pun melewati zaman perjuangannya yang sepatutnya berdiri di belakang  pemimpin-pemimpin muda turut ghairah menawarkan diri dan sekaligus menyempitkan generasi pelapis untuk turut sama menaburkan budi serta bakti kepada parti malah kita yakin,golongan yang sudah berkar umbi malah yang sudaj dtunjukkan jalan keluar dari medan juang oleh rakyat akan menggunakan apa sahaja cara termasklah menggunakan wang bagi menggelapkan mata perwakilan nanti.

Kita tidak menafikan peranan mereka sebelum ini yang turut sama mewanarkan kanvas perjuangan dengan berbaga-bagai jenis dakwat sehingga BN hampir kehilangan tampuk pemerintahan melalui PRU13 lalu tapi menjelang PRU14,sokongan muda pada pemimpin yang sebaya dan seusia mereka menjadi penanda aras kepada kekuatan UMNO menerjah gerakan massa yang sedia ada dan untuk ketika ini kalangan pemimpin UMNO masih lagi seperti mahu mengejar kuasa dan kedudukan semata-mata tanpa memikirkan bala maupun petaka yang bakal menimpa UMNO jika terus kepimpinan diisi oleh pemimpin yang sama seperti ubat luput tarikh.

Perwakilan UMNO yang merasakan parti ini lebih penting daripada ikatan setiakawan maupun tuntutan membalas budi harus berfikiran positif andai tidak mahu parti ini ditalkinkan lebih awal (kecuali mereka sememangnya sudah ada niat mahu membunuh parti) agar mengenal pasti calon-calon wibawa dan yang benar-benar boleh mengisi transformasi parti untuk dipilih ke jawatan yang ditawarkan.

Kita tidak mahu hanya kerana marahkan nyamuk,kita bakar kelambu,marahkan ungags kita musnahkan sebuah taman

2 comments:

Anonymous said...

AKu pelik aku heran malah aku tersedu bila Dato Ali Rastam mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden dengan alasan demi perjuangan bangsa memertabatkan semula bangsa agama dll . Soal nya kita tahu Presiden Umno sekarang hanya tidak menterjemahkan agenda beliau secara telus mungkin untuk menjaga hatio kaan-kawan kompenan BN. Malah sikap Presiden Umno seakarng yang dilhat tidak sensitif dengan isu melibatkan melayu membuatkan semua orang melayu marah walaupun mereka bukan pendokong umno.

Yang kita rasa tikda kena disini adalah semangat Dato Ali Rastam yang cuma berani melawan kerusi No 1. Kenapa bukan No 1 dan pilihan melawan jawatan Naib , adakah tidak yakin dengan semangat beliau sendiri yang berkobar-kobar untuk mempertabatkan bangsa melayu sebagai wadah perjuangan umno selama ini.

Jika benar jujur , lawan lah kerusi No 1 baru lah Dato Ali dikatakan benar-benar jujur dengan semangatnya seperti yang diwarwarkan oleh beliau Dan baru lah kita akan melihat samada Presiden Umno akan memulakan langkah untuk mengiyakan beliau seorang yang memperjuangkan bangsa atau sebaliknya.

Kepada Dato Ali, jika betul betul mahu turun gelangang cuba lah jawatan No 1 bukan jawatan Naib kerana Orang Nombor Satu selalunya tidak akan mendengar nasihat dari orang bawah kerana dalam fikirannya aku lebih baik jika tidak tentunya aku tidak pegang jawatan No 1.

Kepada dato Ali Rastam, tunjukkan semnagat Tuah atau Jebat keran dalam pertarungan pasti ada yang kecundang. Lebih baik kecundang jawatan etrtinggi dari yang nombor bersiri

Anonymous said...

Setakat Naib Presiden ajea yg bertanding tak payah laa...Najib patut dengan gentlemanya meyatakan dia sanggup dicabar! Baru aku sebagai RAKYAT percaya dengan transperansi dia. Harap2 dia tak cakap serupa bikin.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers