Monday, September 30, 2013

Kontraversi pelantikan Hadi sebagai KP PLKN..
BILA Abdul Hadi Awang Kecil,Ketua Pengarah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)disambung semula kontraknya sebagai Ketua Pengarah ramai pihak yang tekejut dan mempersoalkan dimana relevensinya Ketua Pengarah yang banyak menimbulkan kontraversi sepanjang mengetuai PLKN hingga beliau dipilih semula.

Abdul Hadi sepanjang khidmatnya dilihat tidak mampu melahirkan pelatih-pelatih PLKN sejajar dengan modul latihan yang diperkenal dan dituntut oleh kerajaan malah kewibawaan beliau  mengemudikan  PLKN untuk membina pelatih-pelatih PLKN agar mencintai dan menumpahkan taat setia kepada Negara  jauh tersasar apabila alumni PLKN yang melebih 700 ribu itu rata-rata PLKN gagal munafaatkannya untuk menjadi asset kepada Negara.


Ramai pemerhati diluar menganggap akan dilantik calon lain untuk menggantikan Hadi apatah lagi Hadi pernah menimbulkan kontraversi apabila bas-bas kegunaan pelatih PLKN.milik PLKN telah diberikan kebenaran untuk diguna pakai oleh anggota parti DAP dan kencenderungan politik Hadi mula diragui malah ada yang mendedahkan bahawa Abdul Hadi adalah antara penyokong kuat pembangkang yang berada dalam agensi kerajaan.

PLKN yang sepatutnya menyediakan modul  yang  mana apabila pelatih-pelatih PLKN bila tamat latihan akan menjadi agen ataupun  mata telinga kerajaan serta membina pemimpin pelapis namun hasrat serta impina kerajaan tidak kesampaian apabila pelatih-pelatih yang keluar dari pusat latihan PLKN kebanyakannya lebih rela bersekongkol degan pembangkang dan ini dikaitkan dengan modul latihan PLKN.

Lebih memilukan lagi sepanjang Abul Hadi mengetuai program ini bilangan pelatih meninggal dunia bertambah,bilangan pelatih bersalin anak luar nikah bertambah,kes dera hingga pelatih meninggal dunia dan paling malang lagi apabila terdapat jurulatih yang mengambil kesempatan terhadap pelatih-pelatih wanita dan kalau inilah dijadikan antara syarat KPI,Hadi sepatutnya sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada PLKN dan menyerahkan tampuk pentadbiran kepada orang lain kerana Abdul Hadi sudah hilang kredibiliti sebagai pemimpin ataupun Ketua Pengarah.

Malah ada yang begitu lantang menuduh bahawa Hadi melalui jurulatihnya merekrutkan pelatih-pelatih untuk menjadi jurucakap pembangkang dan mempersoalkan sebahagian besar pelatih-pelatih yang tamat kursus PLKN telah menjadi sebahagai peserta demontrasi yang menentang kerajaan dan ini dikaitkan dengan fahaman politik Hadi,individu yang cukup berkuasa di PLKN ketika ini.

Bas milik PLKN digunakan DAP..
Dan kerana kuasa yang beliau miliki itu, Hadi juga dikatakan tidak menghormati dan memperlekehkan teguran ataupun pandangan daripada Kementerian Pertahanan yang menaungi program ini terutama sekali arahan-arahan daripada pihak Menteri,Hadi dikatakan memandang sinis  dan tidak mempedulikan apa sahaja arahan Menteri dan bertindak mengikut acuannya sendiri.

Bila Hadi disambung semula ianya membayangkan bahawa Kementerian Pertahanan ketandusan pemimpin lain untuk memimpin PLKN dan ada juga yang mengatakan bahawa hanya kerana hubungan Hadi dengan pihak tertentu yang mengelilingi Perdana Menteri,beliau sekali lagi dpilih untuk menjadi Raja di PLKN.Hadi kekal kerana kabel yang cukup kuat.

Malah ada juga yang mendakwa bahawa Hadi bersikap bermuka-muka dengan pihak Kementerian terutama sekali Menteri Pertahanan baik dari zaman Zahid Hamidi hinggalah ke zaman Hishamudin hari ini dengan mengangguk untuk menerima pandangan Menteri tetapi sebalik tidak berlaku seperti yang dipersetujui dan bagi Hadi orang politik jangan campurtangan dengan apa yang beliau lakukan di PLKN.

Andainya masih ada masa untuk diperbetulkan PLKN supaya kekal dengan hala tuju sejajar dengan hasrat penubuhannya,Menteri berkaitan harus mengkaji semula pelantikan Abdul Hadi kerana ternyata sebagai agen kerajaan,Abdul Hadi gagal untik menterjemahkan aspirasi kerajaan dalam penubuhan PLKN ini dan pelatih-pelatih yang taat latihan sebahagian besar dilihat bukan menjadi milik kerajaan

1 comments:

Anonymous said...

sepatutnya program ni di berhentikan dulu dgn dilakukan kajian sejauhmana keberkesanannya pd generasi baru dr segi membentuk warga yg patriotik, benci jenayah dan lebih berdisiplin.

Cuba amek data di lokap2 dan penjara sejak bermulanya plkn ni sampai sekarang, kalu tak da beza jumlah yg masuk dalam kerana jenayah dgn data sebelum plkn ni maka program ni dikira membazir dan wajib diberhentikan.

Itu belum dikira jumlah yg menentang kjaan sekarang pastinya lagi jelas gagalnya.

itu belum diuji dgn pemikiran jati diri vs liberal@pluralisme, kalu lg membiak liberalisme/pluralisme, hilang jati diri maka sah gagal plkn.

KENAPA BLOGGERS TAK NAK HIGHLIGHT ISU PLKN NI? BERAPA BANYAK DAH WANG KJAAN DAH BELANJA KALU IMPAKNYA KURANG DAH DIKIRA GAGAL, BAZIR LEBIH BAIK KITA BUAT PROGRAM YG LEBIH BAIK ATAU DIPERKUKUHKAN KOKURIKULUM DI IPT ATA SEKOLAH.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers